Anda di halaman 1dari 9

1.

Susu lembu boleh dibuat minuman yang baik untuk


kesihatan.
2. Susu lembu juga boleh diproses untuk dijadikan susu
tepung untuk kegunaan harian.
3. Susu lembu juga boleh dibuat dadih yang manis
kegemaran kanak-kanak.
4. Susu lembu dicampur untuk membuat kek kek dan
kuih - muih.
5. Susu lembu mempunyai banyak kegunaan kepada
manusia.
1. Getah daripada pokok getah boleh dibuat tayar untuk
kegunaan kenderaan beroda.
2. Getah juga digunakan untuk membuat selipar dan kasut
getah yang tahan lama.
3. Getah gunakan dalam membuat alas tilam dan kusyen
sofa.
4. Getah juga dibuat bola, gelung getah dan pelbagai
peralatan harian yang lain.
5. Getah daripada pokok getah diproses menjadi pelbagai
barangan kegunaan manusia.
1. Buah nanas yang telah masak boleh dimakan mentah
tanpa dimasak.
2. Buah nanas boleh diproses menjadi jem nanas yang
manis dan sedap.
3. Buah nanas juga dijadikan jus yang mempunyai banyak
khasiat dan baik untuk kesihatan.
4. Buah nanas boleh dimasak menjadi pajeri nanas yang
biasanya dihidangkan pada kenduri perkahwinan.
5. Buah nanas juga boleh diawet dan ditinkan untuk
kegunaan masakan.
1. Ubi kayu boleh diproses menjadi tepung ubi yang
digunakan untuk membuat kuih muih.
2. Ubi kayu juga digoreng untuk dijadikan kerepek yang
sedap dan rangup.
3. Ubi kayu direbus dan dimakan bersama sambal atau
pun dibuat pengat ubi.
4. Ubi juga boleh dijadikan bingka ubi yang merupakan
kuih tradisional orang Melayu.
5. Ubi kayu mempunyai banyak kegunaan kepada
manusia.
1. Sungai merupakan jalan pengangkutan utama kepada
manusia di beberapa buah negara.
2. Ramai orang juga mencuci pakaian dan mandi di sungai
terutamanya di kampung.
3. Air sungai juga boleh dijadikan air minuman setelah
diproses.
4. Sungai juga adalah sumber mendapatkan hidupan
sungai seperti ikan dan udang.
5. Sungai amat berguna kepada kehidupan manusia.
1. Ikan boleh dijadikan lauk dalam masakan seperti asam
pedas, gulai dan ikan goreng.
2. Ikan juga dikeringkan untuk dijadikan ikan kering.
3. Isi ikan diproses menjadi bebola ikan dan kek ikan yang
digunakan dalam masakan goreng dan sup.
4. Ikan juga diproses menjadi keropok ikan dan keropok
lekor yang sedap.
5. Ikan juga boleh dijadikan sebagai ikan hiasan yang
diletakkan di dalam akuarium.
1. Buluh digunakan untuk memasak lemang yang
merupakan makanan tradisi orang Melayu.
2. Batang buluh juga dibuat perabut seperti katil dan
kerusi.
3. Batang buluh juga amat sesuai untuk dijadikan rakit
yang digunakan sebagai pengangkutan di sungai.
4. Buluh juga digunakan untuk membuat bubu yang
digunakan untuk menangkap ikan.
5. Buluh mempunyai banyak kegunaan kepada manusia.
1. Jagung rebus atau jagung bakar enak untuk dimakan.
2. Jagung diproses menjadi minyak jagung yang digunakan
dalam masakan harian.
3. Jagung juga diproses menjadi tepung jagung yang
digunakan untuk membuat kuih muih.
4. Jagung juga boleh dimasak menjadi bubur atau puding
yang manis dan enak.
5. Jagung banyak ditanam di negara kita dan mempunyai
banyak khasiat.

Anda mungkin juga menyukai