Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TOH JOHAN,

34800, TRONG
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-8577223
Faks : 05-8578017
Email : aba6013@1bestari.net
___________________________________________________________________________
KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN DANA DAN PERUNTUKAN UNTUK
MEMBELI DUA UNIT WATER COOLER

1.0 PENDAHULUAN
Setiap sekolah memerlukan air yang bersih untuk diminum selain
dari bekalan air yang dibawa oleh murid. Alat penapis air ini
memberi banyak kegunaan kepada murid,guru dan kakitangan
sekolah di mana ia memberi air minuman yang selamat dan bersih
kepada semua.

2.0 Rasional
Rasional keperluan water cooler ditempatkan di sekolah adalah
seperti berikut :
2.1 Sewaktu Kokurikulum atau acara sukan
- Murid boleh minum air yang ditapis semasa aktiviti sukan
yang dijalankan.
- Mengurangkan rasa panas dan kering akibat cuaca yang
tidak menentu.
- Murid dapat minum air dari sumber yang bersih dan
selamat berbanding air paip yang tidak ditapis.

2.2 Murid yang miskin dan tidak mampu


- Disebabkan faktor kewangan,murid tidak mempunyai wang
saku untuk membeli air,maka air penapis ini memberikan
manfaat yang besar kepada mereka.
- Bagi murid yang membawa bekalan botol air,mereka boleh
mengisi kembali air tersebut.

3.0 Kesan Buruk Jika Tiada water cooler

1
Jika tiada water cooler ini, murid yang tidak berkemampuan akan
terus meminum air paip yang tidak ditapis dengan baik. Seterusnya,
ia akan mengundang risiko penyakit kepada murid-murid di sekolah
ini

4.0 Anggaran kos pemasangan dua unit water cooler


Dianggarkankan sebanyak RM 5 000.00 diperlukan bagi kos
membeli dan memasang dua buah unit water cooler. Ini kerana
bilangan murid di sekolah ini mempunyai lebih daripada 400 orang
murid

5.0 Penutup
Adalah diharap pihak YB Datuk Dr Hj Muhammad Amin Bin hj
Zakaria selaku Exco Pendidikan Negeri Perak sudi membantu pihak
sekolah dalam memberikan perkhidmatan dan pendidikan yang
terbaik kepada anak-anak didik di sekolah ini. Sekian

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________________ ____________________________
En Mohamad Faiz Bin Abdol Samad Hajah Haliza Binti Mohamad
Roslan
Setiausaha HEM Penolong Kanan HEM
SK Toh Johan SK Toh Johan

Disahkan oleh, Disokong oleh,

___________________________ ___________________________
En Badrol Manan Bin Mohamad YB Datuk Dr. Zabri Bin Abdul Wahid
Guru Besar ADUN Trong,
SK Toh Johan Perak Darul Ridzuan