Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA UJIAN KENAIKAN BENGKUNG & PROGRAM

AMAL PERSATUAN SENI SILAT PENCAK


SMA AL-FALAH 2016

1.0 Pengenalan

Ujian kenaikan bengkung merupakan salah satu cara dalam menguji pesilat sama ada
telah menguasai silibus-silibus silat yang telah dipelajari sepanjang tempoh latihan. Sebagai
pengiktirafan, maka program ini diwujudkan bagi memotivasikan diri pesilat-pesilat agar
lebih bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu seni mempertahankan diri warisan
Melayu ini.

2.0 Objektif
2.1 Melatih dan memberi pendedahan kepada pesilat SMA Al-Falah agar mempunyai
teknik yang betul serta ketahanan mental dan fizikal yang mantap sebelum
menyertai kejohanan yang dianjurkan.
2.2 Memberi peluang kepada pelajar menonjolkan diri serta mencungkil bakat yang
ada.
2.3 Melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi kepimpinan, sahsiah,
bertanggungjawab, berdisiplin serta mampu membuat membuat keputusan yang
bijak.

3.0 Tarikh Program


11-13 November 2016
4.0 Tempat
Masjid Ar-Ridzwan Chelong, Lubuk Buntar, Kedah.
5.0 Pengangkutan
Menggunakan van sekolah dan kereta guru penasihat.
6.0 Anggaran Perbelanjaan

Perkara Kos
Penginapan RM 25 x 2 hari x 30 RM 1500
Makan Peserta RM 30 x 30 peserta RM 900
Jumlah RM 2400

7.0 Pendapatan

Perkara Kos
Wang Bantuan Kokurikulum RM 2400
Jumlah RM 2400

8.0 Jumlah Peserta


-30 peserta
9.0 Jawatankuasa
-Rujuk lampiran I
10.0 Tentatif Program
- Rujuk lampiran II
11.0 Penutup
Adalah diharapkan program ini akan memberikan impak yang positif kepada peserta-
peserta yang terlibat seterusnya dapat melatih pelajar supaya sedia berkhidmat secara
sukarela dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Disediakan oleh,
_______________________

Saiful Anuar B. Abdul Rahman


Guru Penasihat II,
Persatuan Pencak Silat
SMA Al-Falah
Parit Buntar, Perak.

Disahkan oleh,

_______________________

Pn. Noraini Bt. Yaakob


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,
SMA Al-Falah
Parit Buntar, Perak.

Lampiran 1
Penasihat : Tn. Hj. Abdul Hamid bin Mohamad
Pengetua SABK Al-Falah
Kem Komandan : En. Mohd. Baihaqi B. Mat Akhir
Setiausaha : En. Saiful Anuar B. Abdul Rahman
Bendahari : En. Muhammad Fariz B. Ramli

Pendaftaran : En. Muhammad Faiz B. Hassan

Makanan : En. Nordin bin Abdul Rahman

Keselamatan : En. Khuzaimi bin Hassan

Penginapan : En. Zulkifli B. Awang

Pengangkutan : En. Mohd Lokman bin Hj. Taib

Lampiran II
Tentatif Program.
Hari Pertama ( 11 November 2016)
3.30 ptg : Peserta berkumpul di dataran
3.45 ptg : Bertolak ke lokasi program
4.30 ptg-6.30ptg: Persiapan penginapan, solat asar
6.30-9.00mlm : Persiapan diri, makan, solat maghrib, tazkirah, solat isyak
9.00 -11.00mlm : Slot 1 (Taklimat & Latihan Intensif)
11.00 mlm. : Rehat Minda

Hari Kedua ( 12 November 2016)


6.00 pg : Solat subuh, tazkirah
7.30 pg : Sarapan
8.00 pg : Kecergasan
9.00 pg : Slot 2(Gotong-royong membersihkan masjid)
12.00 pg : Rehat & makan tengahari
2.00 pg : Slot 3 (Latihan Intensif)
4.30-6.30 ptg : Solat Asar, minum petang, kecergasan
6.30-9.00mlm : Persiapan diri, makan, solat maghrib, tazkirah, solat isyak
9.00 -11.00mlm : Slot 4 (Latihan Intensif)
11.00 mlm. : Rehat Minda

Hari Ketiga (13 November 2016)


6.00 pg : Solat subuh, tazkirah
7.30 pg : Taklimat, sarapan
8.00 pg : Sesi Ujian
12.00 tgh : Rehat & makan tengahari
2.00 ptg : Bertolak ke sekolah.