Anda di halaman 1dari 15

PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

KERTAS CADANGAN

PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM
PENGAKAP
SK SEMADA
2017

1 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

1. PENDAHULUAN

Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan badan beruniform yang


disertai oleh ahli pasukan unit beruniform Pengakap SK Semada mula tahun 4 hingga tahun 6.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan


seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan
para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang
mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang
perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai
permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang
cemerlang, seperti kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

2. LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua
anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui
penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Pada tahun 2017, dijangkakan sejumlah 40 orang peserta akan menyertai Perkhemahan Unit
Beruniform Pengakap. Program ini akan melibatkan sejumlah 2 orang Pegawai dan Jurulatih serta
12 orang pembantu bagi melaksanakan pelbagai aktiviti integrasi, pertandingan, reakrasi,dan
kerohanian/moral dalam perkhemahan.

3. RASIONAL
3.1 Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum,
disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.
3.2 Tema tahun 2017 ialah INTEGRASI PEMANGKIN KECEMERLANGAN .

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek
perkhemahan secara menyeluruh.
4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri setiap peserta.
4.4 Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang
pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

5. KONSEP PERKHEMAHAN

5.1. Pemantapan Intergrasi


5.1.1 Pengagihan peserta kepada 4 platun
5.1.2 Intergrasi melalui aktiviti
5.1.3 Memasak berkumpulan

5.2. Pertandingan

2 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

5.2.1 Kawad Individu mewakili kumpulan /platun


5.2.2 Seni Perkhemahan
- Pintu Gerbang
- Gajet
- Kraf Perkhemahan
5.2.3 Pertandingan Persembahan
- Kategori Putera
- Kategori Puteri
5.3 Khidmas
5.3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.

5.4 Kerohanian dan moral


5.4.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam
5.4.2 Ceramah Moral bagi yang bukan Islam

6. PELAKSANAAN

6.1 TARIKH
9-10 November 2017

6.2 TEMPAT PERKHEMAHAN

Padang SK Semada

7. SENARAI JAWATANKUASA

7.1 JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

Penaung : GUNCHENG ANAK BANTER

Penasihat : WILLIAM ANAK AJAN

Pengerusi : MOHD RUSHDAN BIN MAT ROSID

Setiausaha : MOHD RUSHDAN BIN MAT ROSID

Penolong Setiausaha : MARIS ANAK KERENG

Urusetia : MARIS ANAK KERENG

7.3 JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN

3 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

Penasihat : WILLIAM ANAK AJAN

Pengerusi : MOHD RUSHDAN BIN MAT ROSID

Naib Pengerusi : MARIS ANAK KERENG

Setiausaha : MOHD RUSHDAN BIN MAT ROSID

Penolong Setiausaha : MARIS ANAK KERENG

Bendahari : MARIS ANAK KERENG

7.3.1 URUSETIA SEKRETARIAT DAN PENDAFTARAN

MARIS ANAK KERENG

7.3.2 MAKANAN DAN SAJIAN/SANITASI


RUSILIS ANAK PUA

7.3.3 PERASMIAN PENUTUP DAN JURU ACARA


MOHD RUSHDAN BIN MAT ROSID

7.3.4 KESELAMATAN/TATATERTIB
NORMAND ANAK CHARAM

7.3.5 PENGANGKUTAN / PERALATAN


WILLIAM ANAK AJAN

7.3.6 AKTIVITI, PERTANDINGAN DAN JURULATIH


NATASHA NURALANIS BINTI ZULKIPLI

7.3.7 RAKAMAN FOTO/VEDIO


EDMUND ANAK AMIS

7.3.8 PERSIAPAN TEMPAT/PENGINAPAN PEGAWAI DAN JURULATIH


SANDING ANAK GENI

7.3.9 SIARAYA/DATA/STATISTIK
DENIES ANAK JULIE

7.3.10 HADIAH DAN CENDERAMATA


SALAMAH BINTI BE

4 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

8. SASARAN

8.1 Sekurang-kurangnya 40 orang murid.

8.2 Kategori pemilihan peserta:


8.2.1 Peserta yang menyertai perkhemahan ini terdiri daripada pelajar yang
bergiat cergas dan aktif dalam kegiatan yang dijalankan di sekolah.

8.2.2 Anggota platun mestilah terdiri dari pelbagai kaum

9. JADUAL

Rujuk Lampiran

10. KONSEP PEMARKAHAN

10.1 Setiap aktiviti akan menyumbangkan mata kepada platun integrasi.


10.2 Pecahan mata adalah seperti berikut:
Pertama 10 mata
Kedua 7 mata
Tempat ke-3 5 mata
Tempat ke-4 3 mata
Tempat ke-5 2 mata

10.2 Bagi Pertandingan Integrasi, jika jumlah mata yang dikumpul adalah
sama, maka kedudukan terbaik dalam pertandingan Merempuh Halangan akan
menjadi penentu.

11. AKTIVITI

11.1 PERTANDINGAN ANTARA PLATUN


11.1.1 Memasak lelaki
11.1.2 Memasak perempuan
11.1.3 Seni Perkhemahan (lelaki dan perempuan)
- Pintu Gerbang
- Gajet
- Kraf Perkhemahan
11.1.4 Persembahan lelaki
11.1.5 Persembahan perempuan
11.1.6. Ihktiar Hidup
11.1.7. Permainan Tradisional
11.1.8. Merempuh Halangan
11.1.9. Jelajah Minda ( Explorace)

13. PENGINAPAN

MASS : Kawasan penginapan Pegawai


AREA 1 : Kawasan perkhemahan peserta lelaki
AREA 2 : Kawasan perkhemahan peserta perempuan

14. PENGANGKUTAN

5 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

14.1 Perjalanan Pergi-Balik disediakan oleh ibu bapa masing-masing

15. MAKAN MINUM

15.1 Pihak pengelola akan menyediakan makan dan minum pada hari pertama dan
terakhir perkhemahan.
15.2. Urusan memasak akan diuruskan sendiri oleh kontinjen mulai minum petang hari
kedua hingga minum pukul 10.00 pagi hari keempat.

16. PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PERSERTA

16.1 PEGAWAI: Pakaian uniform masing-masing.


16.2 PESERTA: Pakaian T-Shirt dan uniform masing-masing
16.3 PAKAIAN AKTIVITI : T-Shirt Hijau atau putih sahaja
16.4 TUDUNG: Berwarna hitam atau putih sahaja
16.5 KASUT: Berwarna putih atau hitam sahaja
16.6 RAMBUT (lelaki): Nombor 2

17. BENDERA

17.1 Setiap pasuakan perlu membawa bendera unit masing-masing

19. PETI BANTU MULA

Setiap sekolah mesti membawa minimum dua peti bantu mula / pertolongan cemas

20. BORANG PENYERTAAN PEGAWAI DAN PESERTA

20.1 Setiap kontingen perlu mengisi borang penyertaan pegawai dan peserta
perkhemahan

21. SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN

21.1 Setiap sekolah perlu menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk
Setiap peserta yang menyertai perkhemahan seperti dalam LAMPIRAN.
21.2 Setiap sekolah perlu memastikan setiap pegawai dan peserta mempunyai
tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik

22. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA

22.1 SEKOLAH
22.1.1 Khemah peserta
22.1.2 Bendera Sekolah
22.1.3 Peti pertolongan cemas
22.1.4 Borang pendaftaran yang lengkap (cetakan dan disket)
22.1.5 Surat Kebenaran Waris
22.1.6 Peralatan masak
(Hanya: tong gas, dapur, periuk, belanga dan cerek disediakan)
22.1.7 Peralatan aktiviti di tapak perkhemahan (gergaji, cangkul, tali, parang
dan yang berkaitan)

6 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

22.2 PESERTA
22.2.1 Pakaian unit uniform sendiri
22.2.2 Seluar dan T.Shirt secukupnya

22.2.3 Pakaian Riadah / Sukan termasuk kasut


22.2.4 Pakaian Ibadah
22.2.5 Peralatan peribadi
22.2.6 Ubatan Peribadi
22.2.7 Pinggan, gelas, camca (bukan kaca)

23. HADIAH

Johan Keseluruhan (74)


Naib Johan Keseluruhan (74)
Peserta Terbaik lelaki (1)
Peserta Terbaik Perempuan (1)
Johan, Naib Johan dan Ketiga (Kategori lelaki/perempuan)
- memasak (20 x 3 x 2 = 120)
- Seni Perkhemahan (Pintu Gerbang, Gajet dan Kraf Perkhemahan)
- Persembahan (20 x 3 x 2 = 120)
- Sijil
- Hamper (Integrasi)

24. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN

24.1 ARAHAN UMUM


24.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang
perkhemahan
24.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan /
Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada
keperluan semasa perkhemahan
24.1.3 Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan
sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan
24.1.4 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan
selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau
pegawai perubatan yang bertugas
24.1.5 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing
dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan
dari pihak urusetia
24.1.6 Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa
berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian
24.1.7 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan
hormat diutamakan
24.1.8 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
24.1.9 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang
perkhemahan

LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA

24.2 KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI

7 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

24.2.1 Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar


diputuskan.
24.2.2 Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan
selepas mengisi borang yang disediakan
24.2.3 PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone
semasa perkhemahan

24.3 KESELAMATAN: UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA


24.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak.
24.3.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta
diikuti dengan arahan / arah pergerakan
24.3.3 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.

24.4 KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA


24.4.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang
telah ditetapkan
24.4.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda
24.4.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang
24.4.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem /
seumpamanya
24.4.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12
tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang
kecemasan atau diringi oleh pegawai

24.5 PAKAIAN / NAME TAG:

Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai
mengikut aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan
- Semasa Pertandingan
- Semasa Aktiviti Integrasi
- Semasa Sukan dan Riadah
- Semasa Aktiviti Kerohanian
- Semasa Majlis Perasmian Penutup

24.6 PERATURAN PERBARISAN: (tepati masa)

24.6.1 3 Bentuk Perbarisan :


a. Perbarisan Keseluruhan Anggota Perkhemahan - Tindakan Kem
Komandan
b. Perbarisan Platun - Tindakan Ketua Platun

i. Berbaris mengikut aktiviti yang telah ditetapkan


ii. Perbarisan pagi/ Sebarang aktiviti utama dikelolakan oleh Kem Komandan
mengikut kaedah :
- Doa
- Lagu Negaraku
- Lagu Pulau Pinang

8 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

- Melapor (Ketua Platun melaporkan kekuatan anggota kepada Pegawai


Bertugas)
24.10.2 Jurulatih mengambil tempat dan seterusnya menjalankan tugas

24.7PERATURAN KEBERSIHAN :

Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan
perkhemahan atau sekitarnya
Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun
Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan
teratur sebelum solat bermula
Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk
kegunaan ramai dan bersama
Bagi kaum wanita sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum
dibuang ditempat yang sepatutnya.

24.8 PERATURAN KELUAR MASUK


24.8.1 Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan dalam
buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia
24.8.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari kawasan
kem
24.8.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai dokumen
dan tujuan yang sah dari ketua platun masing-masing

25. PENILAIAN
25.1 Borang penilaian akan dibuat melalui borang yang diedarkan kepada peserta
pada akhir setiap aktiviti
25.2 Borang berkenaan perlu dikembalikan semasa kontinjen melapor untuk keluar
dari kawasan perkhemahan

26 PERBELANJAAN dan PENDAPATAN


26.1

9 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

PERKARA UNIT JUMLAH


YURAN PERKHEMAHAN RM10 x 40 orang RM400.00

26.2 PERBELANJAAN

PERKARA UNIT JUMLAH

Pengangkutan - -
Penginapan Pelajar - -
Penginapan Pegawai/jurulatih - -
Sewa khemah RM2 x 40 peserta RM80.00
Makanan RM 5 x 58 orang x 3 hari RM522.00
T-Shirt Pelajar RM 5 x 40 peserta RM200.00
Fail dan Alatan RM1.50 x 40 peserta RM60.00
Cenderamata/Sijil RM3 x 40 peserta RM120.00
Hadiah RM10 x 6 RM60.00
Kad Matrik Pelajar RM1.50 x 40 peserta RM60.00
Kad Matrik Jurulatih / Pegawai RM1.50 x 18 peserta RM27.00
Dokumentasi RM 2 x 2 CD RM 4.00
Banner RM200x 1 banner RM200.00
Lain-lain RM300 Rm300.00

JUMLAH RM 1663.00

JUMLAH KESELURUHAN RM2033.00

27. PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kali ini dapat
dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama
daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan
hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan
Pejabat Pelajaran Daerah Serian. Semoga tema INTEGRASI PEMANGKIN
KECERMERLANGAN dapat direalisasikan semasa perkhemahan tersebut.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP


TAHUN 2017

Disediakan oleh:
MOHD RUSHDAN BIN MAT ROSID
Penyelaras Unit Beruniform Pengakap
SK Semada

10 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA KERJA


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
1. Jawantankuasa kerja Urusetia

1. Melantik AJK
2. Menguruskan surat pelantikan jawatankuasa pengelola dan ahli-ahli
3. Bekerjasama dengan jawatankuasa jemputan, penyambut tamu, dan protokol untuk
urusan surat jemputan
4. Membuat tempahan sijil dan cenderamata peserta
5. Bekerjasama dengan JK perasmian penutup
6. Menyelaraskan tugasan di antara semua JK kerja
7. Menghadiri semua mesyuarat JK dan membentangkan laporan
8. Memaklumkan kelulusan kepada pihak-pihak berkuasa seperti polis,
9. Sentiasa ada kakitangan di bilik operasi dan berfungsi setiap masa.
10. Menyediakan borang penilaian akhir perkhemahan.
15. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan

2. Jawatankuasa Makanan dan Sajian

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat
4. Memastikan tahap kualiti makanan yang tinggi
5. Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi
6. Memastikan makanan disediakan dalam masa yang ditetapkan
7. Menentukan menu harian
8. Menentukan menu bagi kumpulan tertentu ( vegetarian )
9. Mengambil tindakan atas aduan yang berkaitan
10. Menentukan lokasi penyediaan makanan
11. Memastikan jumlah khemah mencukupi
13. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan dan pembelian barangan mentah

3. Jawatankuasa Perasmian Penutup dan Juruacara

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan backdrop
4. Mengadakan raptai perasmian penutup
5. Menyusun aturcara penutup
6. Menyusun peralatan di khemah VIP dan tetamu
7. Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa
8. Bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya
9. Menentukan tempat
10. Mengemas semula selepas upacara
12. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan

4. Jawatankuasa Pengangkutan

1. Melantik AJK
2. Menyediakan pengangkutan pergi dan balik .
3. Menyediakan pengangkutan untuk mengambil atau memulangkan alatan perkhemahan
4. Memastikan semua aktiviti di luar tapak perkhemahan berjalan seperti yang dijadualkan

11 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

5. Menyediakan pengangkutan untuk pergerakan ke tempat aktiviti di luar tapak


perkhemahan utama
6. Bekerjasama dengan bahagian Jawatankuasa Aktiviti dan yang berkaitan
8. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan

5. Jawatankuasa Aktiviti ( Pertandingan & Integrasi ) dan Jurulatih

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan jadual aktiviti dengan petugas-petugas
4. Menyelaras dan memantau urusetia/ petugas bahagian dan perjalanan aktiviti sepanjang
perkhemahan
5. Menyediakan borang pertandingan dan borang keputusan
6. Menetapkan tempat pertandingan
7. Menyediakan format/ syarat pertandingan
8. Menentukan jumlah hakim pertandingan
9. Mengatur taklimat untuk Pengurus-Pengurus Pasukan dan Jurulatih-Jurulatih
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan

6. Jawatankuasa Keselamatan dan Pertolongan Cemas

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Memaklumkan kepada hospital/pusat kesihatan
4. Memohon pihak kesihatan membuat fogging kawasan
5. Menyediakan kenderaan yang bertindak sebagai ambulans sekiranya berlaku
kecemasan
6. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas
7. Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap aktiviti yang
dijalankan.
8. Memastikan petugas mahir dalam Pertolongan Cemas
9. Merekod rawatan pesakit
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan
11. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 7 hari sekepas
perkhemahan kepada bendahari

7. Jawatankuasa Rakaman Foto / vedio

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Membuat rakaman foto keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)
4. Menyediakan anggaran perbelanjaan
5. Menyediakan kertas cadangan
6. Membuat rakaman video keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)
7. Mendokumentasikan program dan menyerahkannya kepada urus setia

8. Jawatankuasa Peralatan

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang diperlukan
4. Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan
5. Memastikan alatan selamat digunakan
6. Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup
7. Menyediakan anggaran perbelanjaan

12 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

9. Jawatankuasa Persiapan Tempat

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan/ Menanda tapak perkhemahan mengikut platun dan jantina
4. Memastikan peraturan di tapak perkhemahan dipatuhi setiap masa
5. Memastikan tapak perkhemahan bersih
6. Menyediakan tapak pelupusan sampah bagi lelaki dan perempuan
7. Menyediakan anggaran perbelanjaan

10. Jawatankuasa Siaraya

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan peralatan siaraya yang secukupnya
4. Menyediakan petugas siaraya
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan
6. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 7 hari sekepas
perkhemahan kepada bendahari.

11. Jawatankuasa Penginapan Pegawai-Pegawai Perkhemahan

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Mendapatkan jumlah pegawai yang memerlukan penginapan
4. Mengenalpasti bangunan dan kawasan untuk penginapan
5. Menyelaras peraturan penginapan
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan
)

12. Jawatankuasa Sanitasi

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan plastik sampah untuk setiap negeri
4. Menyediakan tong sampah yang bersesuaian di lokasi-lokasi tertentu
5. Memastikan seluruh kawasan perkhemahan bersih sepanjang masa
6. Mencadangkan tapak lokasi pembuangan sampah
7. Menyediakan plastik-plastik khas di tandas peserta perempuan
8. Memastikan tandas dan bilik air sentiasa bersih
9. Menyediakan sekurang-kurangnya 2 tong sampah besar
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan

13. Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyusun tempahan hadiah
4. Menguruskan cenderamata VIP dan hakim
5. Menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pertandingan dan sijil pemenang
(Johan, Naib Johan dan Ketiga)
6. Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian hadiah

13 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

7. Mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada JK Pertandingan dan Kontinjen


8. Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian hadiah
9. Memastikan penerima bersiap sedia awal
10. Menyediakan beberapa pelajar stand by untuk menerima hadiah
11. Menyediakan anggaran perbelanjaan

14. Jawatankuasa Data dan Statistik

1. Menubuhkan AJK
2. Menyediakan laporan harian
3. Mengadakan mesyuarat penyatuan dan penyelarasan ( harian )
4. Mengemaskini data dan pemarkahan
5. Memberi keputusan mengikut keperluan
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan

23. Jawatankuasa Tatatertib

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menerima dan menyiasat maklumat berkaitan kesalahan tatatertib
4. Mengambil tindakan tatatertib
5. Menyediakan laporan tatatertib

14 SK SEMADA YBB 8245


PERKHEMAHAN PENGAKAP 2017 SK SEMADA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP


SK SEMADA

Nama dan Alamat Sekolah:

SK Semada, D/A PPD Serian, 94700 Serian, Sarawak.

SURAT KEBENARAN WARIS MENYERTAI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


PENGAKAP 2017

1. Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga

Nama :______________________________________________________
No.KP: ______________________
Alamat Rumah : ________________________________________________
No. Tel. Rumah : _____________
No. H/Phone : ______________

2. Maklumat Pelajar

Nama :______________________________________________________
No.KP: ______________________
Alamat Rumah : ________________________________________________
Kelas : ______________
No. Tel Sekolah: ______________

Dengan ini saya mengizinkan anak/ jagaan saya mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform
Pengakap Tahun 2017 yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 9-10 November 2017


Tempat : PADANG SK SEMADA

Saya difahamkan bahawa di dalam aktiviti ini, guru juga terlibat sebagai salah seorang
pegawai yang bertugas di sepanjang aktiviti perkhemahan. Soal keselamatan dan disiplin sentiasa
akan diberi perhatian sewajarnya oleh pegawai/guru yang telah diamanahkan.

Sekiranya kesihatan anak/jagaan saya terganggu dalam masa perkhemahan, maka saya
dengan sepenuh hati membenarkan guru/pihak pengurusan perkhemahan menguruskan bagi
pihak saya untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Yang benar,

Tarikh :
( Tandatangan Ibu/ Bapa/ Penjaga )

Disahkan oleh,

.. Tarikh :
( Tandatangan Pengetua dan Cop Rasmi)

Catatan : Hendaklah diisi dalam dua salinan. Disimpan 1 (satu) oleh ibu/ bapa/
penjaga dan 1 (satu) salinan diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran

15 SK SEMADA YBB 8245

Anda mungkin juga menyukai