Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

NAMA SEKOLAH : SJK(T) LADANG TUAN MEE

KOD SEKOLAH : BBD 3072

ALAMAT SEKOLAH : SJK(T) LADANG TUAN MEE, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR.

PKG : PKG BUKIT BADONG

DAERAH : KUALA SELANGOR

PENGLIBATAN MURID : 80

PENGLIBATAN GURU :12

RASIONAL PROGRAM:

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Lets Read Together For 10 Minutes (LRT) merupakan
langkah besar-besaran oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke
arah minat membaca sekali gus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri di Malaysia relevan
dalam kehidupan masyarakat seharian. Program ini dilaksanakan secara serentak di seluruh negara
pada Selasa, 25 April 2017 jam 11.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari
berkenaan rakyat Malaysia akan berhenti sebentar dan membaca bersama-sama selama 10
minit.Program ini merupakan langkah ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan
menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu
persekolahan dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia,
mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.

PELAKSANAAN PROGRAM DI PERINGKAT SEKOLAH

Sebagai perlaksanaan program di peringkat sekolah kami SJKT Ladang Tuan Mee, telah melibatkan
semua guru dan murid pra sekolah hingga tahun 6. Sehari sebelum program semua murid dan
guru juga diberi taklimat tentang program Jom Baca Untuk 10 Minit ini. Semua murid
dan guru digalakkan untuk membawa buku untuk bacaan masing-masing dan perpustakaan
sekolah juga menyediakan bahan bacaan untuk perlaksaan program ini. Pada pagi program semua
guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk perlaksanaan program Jom Baca Untuk
10 Minit ini . Program ini telah dijalankan di tahun 6 bersama semua guru.. Selain itu, bilik guru
sekolah juga disediakan dengan bahan bacaan untuk para guru dan staf sokongan untuk mengikuti
bacaan sepanjang program ini. Program ini dijalankan sampai pukul 11.10 pagi dimana loceng
mengakhiri program juga dibunyikan. Program ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.
'10 Minutes ReadTogether atau 10 Minit Membaca Bersama ini dapat merangsang minat murid
untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai pelbagai perkara melalui pembacaan.

LAPORAN BERGAMBAR
DISAHKAN OLEH

___________________________

PN.KALAIMANY

Anda mungkin juga menyukai