Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan Tarannum

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah saw melalui
perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan jalan yang
mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut
bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sabie, dan lain-lain lagi demi
memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati
dan diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasul saw :




Maksudnya: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang
elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu. (Hadith Riwayat Abu Daud)
Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan
bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd
Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti
Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak boleh dilagukan
seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :


Bermaksud : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjah arab.
Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab
(Kristian dan Yahudi). (Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi).

Pengertian Tarannum
Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa
maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata
akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud intonation,
modulation, recital, chanting, singing and humming iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan
bacaan yang baik.
Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama
tertentu.
Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:

-
Maksudnya:
"Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu
mengelokkanlagu (tarannum) bacaan al-Quran
Sejarah Tarannum
Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca
Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa
orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Masud RA, Abu Musa
Asyari dan ramai lagi.
Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah (Tahun 62 hijrah).
Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum
yang terus berkembang sehingga ke hari ini.
Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (simai), maka Jumhur qurra bersepakat
bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika zaman
keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai
aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang
popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi, Kurdi (sempadan Iraq dan Turki),
Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri.
Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka
sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya
untuk bacaan Al-Quran.
Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri
Aliran Hijazi
Padang pasir.
Bukit bukau.
Suhu tinggi.
Lalu: irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan.

Aliran Misri
Lembah nil.
Subur menghijau.
Suhu sederhana.
Lalu: irama dan rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan.

Asal Ilham Tarannum


Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak zaman silam, pengaruh
bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-lain telah
mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun di dalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Ghina,
ataupun ilmuAl-Maqamat.

Falsafah Tarannum
Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran yang bernilai
tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah S.W.T.
Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah tarannum ialah:
1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud: diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan. (Riwayat Muslim)
2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-ayat al-
Quran sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud: Mereka segera menundukkan muka sambil
menangis sedangkan al-quran itu boleh menambahkan kekusyukan dan keinsafan. (Surah al-Isra:ayat 109)
3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Taala bermaksud: Dan apabila al-Quran di baca
hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh
rahmat Allah Taala. (Surah al-Araf:ayat 204).
4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah SAW: Perelokkan bacaan
al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu
menambahkan keindahan seni al-Quran.

Hukum Bertarannum
Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum
bertarannum adalah seperti berikut;
1. Fardhu (kifayah) : jika hanya dengan berlagu dapat mengajak masyarakat ingin mendekati Al-Quran.
2. Sunat : jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus : untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh : jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram : jika mahu menunjuk-nunjuk kepada orang yang mendengar atau riyak atau ujub. Atau jika
merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi
yang hanya melekakan dan lain-lain.
Sabda Rasulullah s.a.w.:


.
( ) .
Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali
menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli
fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu
golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur,
pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati
mereka yang mengkaguminya".
Kata Ibnu Kathir: Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah
mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan
hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.

Pembahagian Tarannum
Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:
a) Tarannum bit Tahqiq Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya
kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain.
Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
b) Tarannum bit Tadwir Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid.
Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-
Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.

ASAS ALIRAN TARANNUM


Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas mereka boleh
diketahui dengan kata-kata Bihumurin jasad
1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.
Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sunani, Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.

Asas Tarannum Aliran Misri


Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum asas aliran
Misri ialah:
1. Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.
Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat
El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu).
Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah terdapat
juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir
dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai
dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti asal dan
yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.
Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan penting untuk mengarabkan
bacaan mereka .
2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qitah dan satu mahattah).
2.3.2 Qitah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).
2.3.3 Burdah asli dan sinai (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah).
2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).
2.3.5 Salalim suud dan nuzul (suara mendaki dan menurun mengikut ilmu tangga-tangga suara ).
2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).
2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di dalam
satu harkat).

Jenis-jenis Tarannum
TARANNUM BAYYATI
Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.
Sifat Tarannum Al-Bayyati
Lembut disamping tegas.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Harmoni.
Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati


Memantapkan persembahan.
Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SOBA
Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir
Sifat Tarannum Soba
Gerak ringan meresap jiwa.
Alunan lembut yang mendayu.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba


Menenangkan persembahan.
Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM HIJAZ
Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum
dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Hijaz
Gerak lambat tapi berkesan.
Ketegasan pendorong semangat.
Kelincahan menghidupkan persembahan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah. Peranan Tarannum Hijaz.
Memberi semangat kepada persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND
Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum
nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Nahwand
Gerak ringan yang berkesan.
Kelembutan bersopan.
Sederhana memikat jiwa.
Kehalusan seni.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand


Melembutkan bacaan.
Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah
diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Rast
Gerak lembut disamping ketegasan.
Kelembutan alunan.
Lincah menyemarakkan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast


Memberi semangat kepada persembahan.
Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SIKAH
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19
masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Sikah
Gerak lambat meyakinkan.
Kelembutan menusuk kalbu.
Berciri kesedihan dan kerintihan.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Contoh :
Peranan Tarannum Sikah
Melembutkan persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM JIHARKAH
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19
masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Jiharkah
Gerak ringan yang berkesan.
Kelembutan menusuk kalbu.
Harmoni.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah


Menenangkan ketegangan persembahan.
Melembutkan persembahan.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
DapatmenimbulkanperasaanmengkagumimukjizatAl-Quran.

Anda mungkin juga menyukai