Anda di halaman 1dari 2

SK MARIAN CONVENT, SETAPAK

LAPORAN AKTIVITI PELAKSANAAN PROGRAM STEM

1.Nama Aktiviti 1. Miracle Lemon/ Lemon Battery

2. Membuka minda murid dalam menghasilkan


2. Matlamat sesuatu melalui ujikaji

1. Dapat menyalakan mentol/LED dengan


menggunakan buah lemon.
2. Membantu murid merungkaikan jawapan sama ada
buah lemon dapat mengalirkan arus elektrik.
3.Objektif 3. Membantu murid dalam menjalankan kerja secara
berkumpulan.
4. Dapat mengaplikasikan aktiviti dalam kehidupan
seharian.
5. Mendidik diri murid agar tidak cepat berputus asa
dalam sesuatu tindakan.
6. Mengenalpasti keyakinan diri murid dalam
memastikan sesuatu yang dilakukan dapat
membuah hasil.

4. Butir-butir Pelaksanan
4.1 Tarikh 13 Oktober 2016
4.2 Hari Khamis
4.3Masa 11.00 pagi hingga 1.00 ptg
4.4 Tempat Bilik Gerakan
4.5 Anjuran SKMC dengan kerjasama Universiti Malaya
4.6 Sasaran Murid Tahun 6 Bestari
4.7 Kehadiran Hadir : 16 0rang
4.8 Pelaksanaan Taklimat tentang STEM (Slide Power Point disediakan)
Program Kerja Berkumpulan

5. Laporan Kewangan Anggaran perbelanjanaan dibiayai oleh guru untuk


membeli bahan dan alatan yang digunakan
seperti buah lemon dan dan dawai kuprum.
6. Cadangan Aktiviti
1. Murid dibahagikan kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan bahan dan alatan yang diperlukan semasa ujikaji.
3. Murid menjalankan penyiasatan mengikut langkah demi langkah yang telah
diterangkan oleh guru mengikut Engineering Design Process.
4. Murid menulis hasil dapatan pada borang yang disediakan.

7. Keputusan
1. Kesemua murid tidak dapat menyalakan mentol dengan menggunakan
sebiji lemon walaupun semua kumpulan telah berusaha.
2. Terdapat satu kumpulan yang dapat menyalakan mentol dengan
menggunakan 6 biji lemon tetapi menghasilkan nyalaan yang terlalu malap.

8. Kelemahan
1. Guru perlu mencuba terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu aktiviti
bagi mengetahui hasil aktiviti.
2. Buah lemon yang dibeli agak lama disimpan.
3. Berkemungkinan cara sambungan dawai kuprum antara satu buah lemon
dengan buah lemon yang lain terdapat kesilapan.
4. Ketebalan dawai kuprum juga berkemungkinan memberi kesan dalam
pengalirkan arus elektir melalui buah lemon yang digunakan.

9. Cadangan Penambahbaikan
1. Setelah dikenalpasti kelemahan, guru perlu bersedia dengan sebarang
kemungkinan semasa menjalankan penyiasatan bagi memastikan objektif
utama yang dikehendaki tercapai.
2. Guru perlu bersedia dengan rancangan baru seandainya apa yang dirancang
tidak menjadi seperti menggunakan multimeter/ammeter bagi mengetahui
pengaliran arus elektrik selain menggunakan mentol ataupun LED.

Disedikan Oleh:- Disahkan Oleh :-

PN. NOOR KHAIRIN BT. JOHAR