Anda di halaman 1dari 5

Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia

Mata Pelajaran

Tanggungjawab Umum

1. Membantu Pengetua merancang,


mengelola dan melaksanakan program
kecemerlangan khusus kepada mata
pelajaran berkaitan di sekolah.

2. Menggalakkan guru-guru mata-pelajaran


memperbaiki atau membina kompetensi,
sikap, kepimpinan, pengetahuan,
kemahiran dan sahsiah dalam pengurusan
kurikulum.

Bidang tugas

1. Mengetuai panitia mata pelajaran serta


menganggotai Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.

2.Merancang, dengan kerjasama semua ahli


panitia, segala aktiviti untuk
meningkatkan pencapaian mata pelajaran
berkaitan termasuk pencerapan P&P.

3.Menjadi pemudahcara di antara panitia


mata pelajaran dengan semua pihak yang
lain mengenai segala hal berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran dan juga
pengurusan mata pelajaran berkaitan.

4.Menyelaras kerja-kerja akademik guru-


guru mata pelajaran bagi kelas-kelas yang
berkenaan.

5.Berhubungan erat dengan semua anggota


ahli panitia untuk mendapat tahu tentang
kemajuan-kemajuan yang dicapai,
masalah-masalah yang dihadapi dan
langkah-langkah yang harus diambil untuk
memperbaiki mutu pengajaran dan
pencapaian.

6.Menentukan penggunaan Sukatan


Pelajaran yang betul dan sentiasa
mengetahui perubahan yang berlaku.

7. Mendapatkan naskah Sukatan Pelajaran


yang terbaru daripada Setiausaha
peperiksaan/Pengetua.

8. Bertanggungjawab tentang rancangan


pelajaran bagi semua tingkatan serta
memberi perhatian berat tentang
rancangan kerja pelajar-pelajar.

9. Menyelaras penyediaan soalan-soalan


peperiksaan dan pemeriksaan kertas
jawapan.
10. Membantu pengetua memeriksa/
menyemak gerakerja pelajar-pelajar
dalam mata pelajaran berkaitan.

11. Mengkaji dan menganalisa keputusan


peperiksaan bagi mata pelajaran
berkaitan dan memikirkan cara-cara
untuk memajukan pencapaian dari
semasa ke semasa.

12. Membekalkan buku-buku rujukan guru


kepada guru-guru mata pelajaran serta
memungut kembali pada akhir sesi
persekolahan.

13. Memberikan senarai buku mata


pelajaran berkaitan yang ingin dibeli
untuk perpustakaan kepada guru
perpustakaan/pusat sumber .

14. Mengkaji dan menentukan jenis-jenis


serta bilangan buku kerja/tambahan
yang perlu digunakan oleh pelajar bagi
tiap-tiap tingkatan.

15. Mengkaji buku-buku contoh yang


dikirimkan oleh pihak penerbit dan
menentukan pemilihan buku-buku untuk
digunakan sebagai buku teks.
16. Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua
salinan soalan-soalan peperiksaan
dalaman dan luar untuk dijilidkan
dengan
baik dan seterusnya menyerahkan kepada
Guru Pusat Sumber sebagai bahan
rujukan.

17. Menyelenggarakan dengan sempurna,


lengkap dan kemaskini kenyataan khas
mata pelajaran berkaitan.

18. Mengadakan mesyuarat panitia (formal)


sekurang-kurangnya sekali sepenggal
atau lebih kerap lagi, jika perlu (atau
mengikut takwim sekolah).

19. Melengkapkan diri dengan


perkembangan yang terbaru dalam
pendidikan mata pelajaran berkaitan
melalui bacaan, menghadiri
kursus/seminar atau mesyuarat yang
berkaitan. Dalam perkataan lain, Ketua
Panitia Mata Pelajaran haruslah
menunjukkan kepimpinan yang dinamis
dan inovatif sebagai teladan kepada semua
ahli panitia.

20. Menjalankan semua arahan yang


diberikan oleh Pengetua/GPK dari semasa
ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai