Anda di halaman 1dari 2

TAMAN PERMAINAN

v Taman permainan yang terdapat di sekolah adalah dikhaskan untuk murid-murid prasekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun.
v Taman permainan ini diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor kasar di kalangan kanak-kanak.

PETI KECEMASAN
v Setiap kelas prasekolah perlu mempunyai peti kecemasan.
v Peti kecemasan sangat penting ketika waktu kecemasan seperti murid mengalami kecederaan semasa melakukan aktiviti dan
sebagainya.
v Peti kecemasan perlulah disimpan di tempat tinggi iaitu tempat yang tidak dapat dicapai oleh murid.
v Selain itu, pastikan peti kecemasan ini diperbaharui dari semasa ke semasa.
v Sekiranya ubat yang terdapat dalam peti kecemasan ini telah luput tarikh penggunaanya, guru prasekolah perlulah
menggantikannya dengan yang baru.
v Hal ini dapat mengelakkan pengguna yang menggunakan ubat tersebut mengalami kesan yang lebih buruk.

PENYUSUNAN PERALATAN
v -Dapat membantu kanak-kanak membentuk tingkah laku yang positif.
v -menganggarkan bilangan kanak-kanak mengikt keselesaan ruang.
v -mendorong melakukan aktiviti dengan rakan.
v -memberi peluang untuk kanak-kanak membuat pilhan aktiviti yang aktif dalam suasana senyap atau bising.

LONGKANG
Longkang perlu dibersihkan setiap hari bagi menggelakkan air bertakung yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Selain itu, longkang perlu ditutup secara rapi dan tidak berbahaya kepada murid.

Alat pemadam kebakaran


Prasekolah perlu mempunyai alat pemadam kebakaran. Hal ini penting kerana guru prasekolah boleh menggunakan alat
pemadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran kecil di prasekolah. Selain itu, alat pemadam ini perlu masih sah digunakan
dan diperbaharui dari semasa ke semasa.

Dua pintu utama


Prasekolah perlu mempunyai pintu di hadapan kelas dan di belakang kelas. Hal ini penting semasa berlaku kecemasan.
Sekiranya kecemasan berlaku di dalam kelas, guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid boleh menggunakan kedua-
dua pintu untuk meyelamatkan diri dan murid-murid.

Persekitaran luar
Persekitaran di luar prasekolah perlulah selamat untuk murid-murid. Pastikan prasekolah tidak berada berhampiran dengan
jalan raya dan jalan yang sibuk. Tambahan pula, pastikan kawasan prasekolah tidak mempunyai peralatan berbahaya seperti
cangkul, serpihan pasu, tong-tong air dan sebagainya. Murid-murid tidak mengetahui tentang bahaya yang akan menimpa
mereka ketika mereka bermain di kawasan luar kelas prasekolah.Taman permainan kanak-kanak perlu mempunyai ruang khas
untuk kanak-kanak bermain dan terletak di kawasan lapang. Alat mainan yang disediakan perlulah selamat iaitu tidak tajam dan
tidak bertoksik. Alat permainan yang baik ialah alat permainan yang dihasilkan dari jenis tidak berkarat dan plastik yang tahan
lama. Hal ini penting untuk menjamin keselamatan kanak-kanak semasa bermain. Di samping itu, siaz alat permainan ini
perlulah sesuai dengan usia kanak-kanak. Tambahan pula, pembaik pulih alatan permainan perlu dibuat bagi menjamin tahap
keselamatan kanak-kanak semasa bermain alatan tersebut.

CIRI-CIRI KESELAMATAN CIRI-CIRI KESELAMATAN DI PRASEKOLAH YANG


PERLU DIUTAMAKAN

Menggunakan alatan permainan yang diperbuat daripada plastik


Ia boleh mengurangkan risiko kecederaan di kalangan kanak-kanak semasa bermain.
Mengawasi kanak-kanak
Guru sentiasa memantau dan mengawasi kanak-kanak ketika mereka bermain. Kanak-kanak
yang terlalu lasak di berikan perhatian yang lebih bagi mengelakkan sebarang pergaduhan.
Penggunaan selipar ke tandas - kanak-kanak yang ingin ke tandas harus memakai selipar. Ia
bagi mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh jika lantai licin.
Pembalutan span pada tiang yang keras - membalut tiang atau bucu yang tajam
menggunakan span bagi mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada kanak-kanak.

Meja segiempat tidak digunakan sebaliknya diganti dengan meja bulat yang lebih selamat.
Mewujudkan kawasan larangan

Dapur merupakan kawasan larangan bagi kanak-kanak. Mereka tidak dibenarkan masuk ke
kawasan dapur kecuali ketika mengambil makanan. Kawasan longkang ditutup -Longkang
dan lubang ditutup menggunakan papan penutup. Ia bagi mengelakkan kanak-kanak dari
terjatuh ketika bermain.

Larangan menggunakan pensel warna yang tajam - Kanak-kanak tidak dibenarkan


menggunakan pensel warna yang terlalu tajam.Semasa kanak-kanak mewarna,guru sentiasa
memeriksa keadaan pensel warna mereka.

Wayar-wayar elektrik dijauhkan dari kanak-kanak - Guru sentiasa memastikan wayar-wayar


ini berada di tempat yang tinggi dan tidak berserabut.Kanak-kanak juga dilarang mendekati
wayar-wayar ini.
Lantai kelas haruslah sentiasa bersih dan kering - Guru sentiasa meneliti keadaan lantai
prasekolah.Lantai harus kering dan bersih. Ini kerana,kanak-kanak gemar berlari dalam kelas
mereka.Lantai yang licin boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak. Pintu pagar ditutup
mengikut waktu

Pintu pagar utama akan ditutup selepas jam 8.30 pagi setiap hari. Ia bagi mengelakkan orang
yang tidak dikenali memasuki kawasan prasekolah dan ini akan membahayakan kanak-kanak.

Pinggan dan cawan plastik digunakan - Kanak-kanak menggunakan pinggan dan cawan
daripada plastik ketika makan. Jika perkakas ini terjatuh,ia masih boleh bertahan dan tidak
mengundang risiko kecederaan kepada kanak-kanak berbanding jika menggunakan perkakas
kaca.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu