Program lawatan Penanda Aras Ke Sekolah Kebangsaan Batu Keling di Daerah Belaga
merupakan satu program yang dirangka khas untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran
dalam pengurusan pendidikan dan membuat penambahbaikan selepas lawatan. Program ini
diharap dapat memberikan gambaran positif dan strategik dalam usaha mengembangkan ilmu
dan pengalaman para peserta lawatan serta dijadikan sebagai satu proses pembelajaran yang
berterusan.
Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian
terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut.
Penekanan kepada aspek-aspek tersebut amat penting untuk menambahbaik pengurusan bilik
kelas dan iklim kerja. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan
pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada
anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pendidikan dalam
era globalisasi.
2.0 OBJEKTIF
Program ini disasarkan kepada semua pengawas sekolah, semua pengawas asrama,
pengawas PSS dan wakil guru serta wakil AKP.
Pada 31 mac 2017 hari Jumaat, seramai 13 orang guru dan 3 orang kakitangan Sekolah
Kebangsaan Long Gang, dan 70 orang murid sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah,
Pengawas Asrama dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah membuat lawatan
penandaarasan ke Sekolah Kebangsaan Batu Keling, Belaga.
Kami begitu teruja untuk melihat sekolah SK Batu Keling ini kerana sekolah ini sebuah
sekolah yang besar dan meskipun terletak lebih kurang 10 kilometer dari sekolah kami, inilah
pertama kali sekolah kami mengadakan program pendandaarasan ke sekolah SK Batu Keling
ini. Sebaik sahaja rombongan kami memasuki perkarangan sekolah, jelas tersergam bangunan
yang cantik dan gah. Ketibaan kami disambut oleh guru-guru dan pengawas sekolah SK Batu
Keling dengan sapaan dan senyuman perkenalan.
Sebelum memulakan acara seterusnya terlebih dahulu diadakan sesi taklimat oleh Guru
Besar SK Batu Keling iaitu Encik Besam Tuban berkenaan sedikit sebanyak latar belakang
sekolah dan pentadbiran sekolah. Setelah itu, kami dibawa untuk melawat lokasi asrama puteri
dan asrama putera. Asrama puteri dan asrama putera dipisahkan oleh tiga buah bangunan Pra
Sekolah di tengahnya. Kedua-dua asrama putera dan puteri kelihatan bersih dan dijaga dam
keadaan baik. Setiap bilik asrama disediakan dengan satu meja dan kerusi untuk murid-murid
belajar pada waktu petang dan malam kecuali murid tahun 6.
Secara umumnya, saya merasakan lawatan ini sangat berjaya kerana banyak ilmu dan
pengalaman yang berharga kepada warga SK Long Gang untuk lebih berusaha dan lebih
cemerlang demi kemajuan bersama.
Disediakan oleh,
Disemak oleh, Disahkan oleh,
.......
AJK Dokumentasi, SK ........... .......
PKHEM, SK Long Gang Guru Besar, SK Long Gang
Long Gang
2017 2017
2017
Taklimat ringkas sebelum berangkat ke SK Batu Keling.