Anda di halaman 1dari 11

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS

KOTA KINABALU

PEPERIKSAAN AKHIR

SEMESTER I SESI 2004/2005

OKTOBER MASA: 1 JAM

SEKOLAH PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA.

KOD KURSUS UFll13

TAJUK KURSUS TAMADUN ISLAM DAN ASIA

ARAHAN JAWAB SEMUA SOALAN DI DALAIVI KERTAS JAWAPAN


OMR DENGAN MENGGUNAKAN PENaL 2B

Kertas ini mengandungi 9 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini
UF1113

Jawab semua soalan

1. Perbezaan utama Tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain yang pernah


muncul ialah

A. Sifat keterbukaan Tamadun Islam terhadap tamadun-tamadun lain.


B. Tamadun Islam bersumberkan Wahyu Ilahi.
C. Tamadun Islam menekankan pembangunan yang berteraskan
kerohanian.
D. Sikap toleransi dengan tamadun-tamadun lain.

2. Apakah nama kebudayaan yang terawal dan mempunyai ciri tersendiri dalam
Tamadun China?

A. Longshan
B. Huangho
C. Yangshao
D. Shaanxi

3. Matlamat umum pembinaan tamadun Islam ialah

I. mengangkat Islam sebagai ai-Din;


II. menegakkan keadilan;
III. membentuk hubungan dengan pencipta;
IV. membina pembangunan demi kemajuan manusia.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III dan IV
,
4. Soalan 4 berdasarkan rajah di bawah

Satu peristiwa penting dalam Empayar Maurya ialah Perang Kalinga yang
berlaku pada tahun ke 9 selepas pemerintah ini ditabalkan. Peperangan itu
telah meninggalkan kesan mendalam dalam' diri pemerintah tersebut dari segi
pemikiran dan dasar politik.

Pernyataan di atas menjelaskan tentang salah satu pemerintah empayar Maurya.


Siapakah pemerintah yang dimaksudkan?

A. Bindusara
B. Chandragupta
C. Asoka
D. Mahendra

1
UF1113

5. Sistem keluarga masyarakat India dipelihara oleh empat tahap hidup yang harus
dilalui oleh setiap manusia dan empat objektif mulia hidup yang utama, iaitu

A. Artha/Kama
B. Brahmacharya/Grihasta .
C. . Ashrama Dharma/Purus"rtha
D. Empat Kebenaran Mulia/J;:mpat Jalan Berlapis

6. Peringkat ini memperlihatkan berlakunya proses perubahan dan mewujudkan


pemikiran bahawa dewa-dewi memiliki beberapa sifat yang sama. Peringkat ini
merujuk kepada satu tahap perkembangan kerohanian dalam Tamadun India,
iaitu

A. Henoteisme
B. Monisme
C. Politeisme
D. Monoteisme

7. Tauhid Rububiyyah merujuk kepada

A. Beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a:w kepada manusia.
B. Beriman bahawa Nabi MlJhammad merupakan rasul terakhir.
C. Mengaku dan beriman. bahawa Allah bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan dan maha sud daripada sitat-sifat kelemahan dan
kekurangan.
D. Beriman bahawa Allah yang mencipta langit, bumi, manusia dan alam
sejagat. Allah jua yang menghidup dan mematikan sesuatu dan Allah
jualah yang mentadbir a/am ini.

8. Aliran falsafah India ini menerangkan tentang penyatuan roh individu dengan roh
duniawi iaitu melalui latihan minda, intelek dan ego untuk membantu pencapaian Q
moksha. Apakah aliran falsafah tersebut? I

A. Nyaya
B. Yoga
C. Vedanta
D. Mimamsa

9. Salmah dan Asri tidak mempunyai kaitan keluarga tetapi Asri semasa kecilnya
pernah menyusu dengan ibu Salmah. Berdasarkan sistem undang-undang Islam,
apakah hukum perkahwinan di antara kedua-duanya?

A. Haram abadi
B. Haram sementara
C. Haram bersyarat
D. Makruh
(J

2
UFl113

10. Soalan 10 berdasarkan rajah di bawah.

Madinah menjadi pusat pentadbiran negara Islam dan dibahagikan


kepada 20 jajahan. Setiap jajahan diketuai oleh Naqib (ketua), dibantu
oleh Arif(timbalan ketua) dan memiliki Saqifah (pusat pertemuan).

Pernyataan di atas adalah merujuk kepada dasar pentadbiran Islam di bawah


pimpinan

A. Rasulullah
B. Khulafa al-Rasyidin
C. Bani Umayyah
D. Bani Abbasiyah

11. Pilih pernyataan yang salah tentang tokoh-tokoh cendikiawan Islam dan hasil
karya mereka.

A. Ibn Sina & al-Qanun fi al-7ibb


B. AI-Biruni & Rasail al-Biruni
C. AI-Khawarizmi & Hisab al-jabr wa al-Muqabalah
D. Ibn Khaldun & Tahafatu al-Falasifah

12. Prinsip kesederhanaan atau Zhongyong (The Golden Mean) merupakan satu
bentuk pemikiran moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan
bersesuaian.

Prinsip ini diasaskan oleh aliran

A. Buddhisme
B. Konfusianisme
C. Taoisme
D. Moisme

13. Ajaran ini diasaskan pada kurun k~-6 SM dan kemudiannya disebarkan ke China.
Agama ini telah mengalami <J)enQubahsuaian yang menyerapkan nilai-nilai
kecinaan, namun ajarannya tetap berRekala(l dan menekankan permasalahan
manusia. ~

Apakah agama yang dimaksudkan di atas?

A. Hinduisme
B. Buddhisme
C. Taoisme
D. Penyembahan nenek moyang

3
UF1113

14. Soalan 14 berdasarkan rajah di bawah.


Sejak dari awal lagi, mereka mempercayai sekiranya manusia ingin
maju, ia tidak harus menimbulkan kemarahan atau cuba
menguasai alam semesta tetapi sebaliknya harus cuba berusaha
untuk mencapai keharmonian dengannya. Konsep ini menyatakan
ciri utama binaan yang menjelaskan tentang keinginan membuat
binaan yang berharmoni dengan alam semesta yang menjadi
tunjang kepada tamadun tertentu.

Pernyataan di atas merujuk kepada salah satu tamadun dunia iaitu

A. Tamadun India
B. Tamadun Melayu
C. Tamadun Cina
D. Tamadun Islam

15. "Dan Dialah Allah yang memudahkan Iautan (untukmu) agar kamu dapat
memakan daripadanya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari
lautan itu perhiasan yang kamu pakai......" (an-Nahl :14)

Ayat al-Quran di atas menerangkan tentang hubungan yang seharusnya wujud di


antara dua pihak, iaitu

A. Hubungan manusia dengan alam sejagat


B. Hubungan manusia dengan manusia
C. Hubungan manusia dengan Pencipta
D. Hubungan manusia dengan Rasul

16. Tulisan Cina dikenali sebagai

A. Minzu
B. Zhishi
C. Hanzi
D. Yangtze

17. Terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman purbaOna dan
kemudiannya telah membentuk suatu entiti bersepadu yang diberi nama
Tionghua. Di antara berikut yang manakah bukan merupakan antara bangsa
bangsa tersebut?

A. Miao-man
B. Yan-Huang
C. Yan Di
D. Feng Yang

4
UF1113

18. Legalisme (Fa Jia) diasaskan oleh Han Fei Tsu dan dilaksanakan semasa China di
bawah pemerintahan dinasti Chin. Apakah yang disarankan oleh Legalisme
kepada pihak pemerintah?

A. Kepimpinan melalui teladan.


B. Pemerintah berteraskan undang-undang<'
C. Berperikemanusiaan dan bermoral.
D. Tidak menguatkuasakan sebarang undang-undang.

19. Siapakah yang mencipta epik Ramayana ?

A. Vyasa
B. Valmiki
C. Rama
D. Panini

20. Istilah jihad bermaksud

A. Menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk


mencapai matlamat.
B. Menggunakan akal budi dan kerohanian untuk kepentingan diri.
C. Menggunakan kepimpinan khalifah untuk berperang.
D. Menggunakan segala kepintaran untuk kebahagiaan manusia.

21. Keistimewaan (keunikan) Tamadun Islam ialah

A. agama melahirkan tamadun.


B. tamadun melahirkan agama.
C. bahasa melahirkan jiwa bangsa.
D. istana melahirkan kegemilangan tamadun.

22. Istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan

A. kulit dan paras rupanya.


B. rumpun bangsa dan bahasanya.
C. tempat tinggal atau seni ukiran rumahnya.
D. aktiviti pertanian dan tangkapan ikannya.

23. Apakah nama kitab agama yang tertua di dunia dan mengandungi pengetahuan
mengenai agama orang Indo-Arya ?

A. Rig Veda
B. Sama Veda
C. Yajur Veda
D. Atharva Veda

r Icr''''I'I'!"'UV'MTr'C''''''''''Z''D
-= UP! "ST:'Z!pmm

UFl113

24. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun India telah membentuk empayar
Islam yang unggul di bawah Kesultanan

A. Monggol
B. Moghul "

C. Arya
D. Maurya

25. Taoisme menegaskan keharmonian dengan alam semesta boleh dicapai melalui
jalan yang dipanggil

A. Tao
B. Wu Wei
C. Tao Te Ching
D. Yin dan Yang

26. '1 Yang manakah tidak benar mengenai tujuan perkahwinan dalam Islam?

A. Untuk memelihara lelaki dan wanita daripada melakukan perbuatan yang


dilarang.
B. Untuk memelihara generasi manusia agar tidak musnah dan pupus
dengan adanya keturunan.
C. Untuk memelihara keselamatan zuriat dan keturunan.
D. Untuk menunaikan kehendak syahwat semata-mata.

27. Apakah nama segolongan sarjana barat yang mempertikaikan al-Quran sebagai
y kitab suci yang diwahyukan dari Tuhan?

A. Eastemis .
B. Westemis
C. . Orientalis
D. Atheis

28. Di antara pernyataan berikut, yang manakah menjelaskan tentang al-Hadis?

I. Perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad s.a.w.


II. Sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w.
III. Suatu yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. oleh para
sahabat.
IV. Pengalaman Nabi Muhammad s.a.w. dalam peperangan, perniagaan dan
pengembalaan ketika zaman kanak-kanak.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

J!
i
6
UF1113

29. Zaman Gupta (300-600 M) dikenali sebgai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan
kerana

A. peningkatan perusahan pertanian.


B. Mengembalikan konsep Devaraja dan Asramedha.
C. Kebudayaan Hindu kembalikukuh di kawasan utara India.
D. Penaklukan besar-besaran di kawasan selatan India.

30. Golongan yang manakah di antara berikut dikategorikan dalam \Trivarna' ?

I. Brahmin
II. Kshatria
III. Vaisya

. rv. Shudra

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan rv
31. Di antara berikut, aspek yang manakah sangat signifikan sehingga membawa
i<epada kemunculan agama Sikh?

I. Mengesakan tuhan.
II. Mengangkat martabat wanita.
III. Menghapuskan sistem kasta.

rv. Mengagungkan para rishi.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan m
D. III dan IV

32. Apabila manusia diberi pilihan dalam melakukan sesuatu perbuatan atau suruhan
khusus, hukum itu dinamakan

A. Wajib
B. Sunat
C. Makruh
D. Harus

33. Pada zaman apakah konsep Tian atau langit dipercayai telah wujud dalam
kepercayaan masyarakat ana ?

A. Dinasti Chou
B. Dinasti Chin
C. Dinasti Ching
D. Dinasti Tang

7
UFl113

34. Kitab apakah yang menerangkan tentang konsep Taiji yang merujuk kepada G
kenyataan muktamad dari makhluk sejagat wujud ?

A. Kitab Daodejing
B. Kitab Lunyu
C. Kitab Yijing
D. Kitab Wuxing

. .

35. Apakah maksud Datung atau 'Jalan Agung' menurut Konfusianisme ?

A. Prinsip kesederhanaan dalam pemikiran.


B. Perpaduan antara Tian def'lgan manusia.
C. Insan merupakan sebahagiaan dari Tian.
D. Tahap pencapaian keharmonian masyarakat paling ideal.
I

~
36. Dalam kitab Lunyu atau Analekta, ajaran utama Konfusianisme menekankan
amalan nilai dan sifat moral yang mulia. Di antara berikut yang manakah
berkaitan dengan ajaran terse but?

I.
II.
Ren
Li
I
III. Xiao
IV. Zhi

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, ill dan IV
D. I, II, III dan IV

37. Di antara berikut yang manakah merupakan padanan yang tepat mengenai hasil
penciptaan dalam Tamadun ana?

A. Kertas - Cai Lun


B. Alat Cetak Bergerak - Ahli kimia Taois
C. Bahan Letupan - Mo zi
D. Kompas - Bi Sheng

38.'1'- Pada masa pemerintahan dinasti manakah berlakunya peperangan dan


ketidakstabilan sosial sehingga membawa kepada kemunculan ahli-ahli falsafah
dalam Tamadun Cina?

A. Dinasti Shang
B. Dinasti Chou
C. Dinasti Chin
D. Dinasti Ming

8
UFl113

39. Apakah yang dimaksudkan dengan Moksha dalam Purus17arta (empat objektif
mulia) menurut masyarakat India?

A. Pencapaian kebebasan kerohanian.


B. Mencari kekayaan di jalan yang halal.
C. Memperolehi ilmu keagamaan.
D. Mementingkan tanggungjawab sosial.

40. Prinsip moral Konfusianisme terkandung dalam drama Cina tradisional. Apakah
nilai-nilai yang sering dijadikan tema dalam karya-karya drama?

I. Tanggungjawab terhadap suami.


II. Tanggungjawab terhadap ibubapa.
m. Taat setia kepada tuan atau ketua.
IV. Kegagahan pahlawan.

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

SILA lSI BORANG KEHADlRAN INI DENGAN LENGKAP

PASTlKAN PELAJAR MENYERAHKAN KERATAN INI

KEPADA PENGAWAS PEPERIKSAAN

SEBELU:rJI MENINGGALKAN DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

AKAD/P-03

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

II BORANG KEHADIRAN PEPERIKSMN II


I No. Pelajar
I Dengan I Dengan I
Perkataan i Angka .

Kertas ang diduduki (seperti yang tercetak ada kertas soalan)

Tarikh Peperiksaan Masa/Tempat Peperiksaan

Tandatangan No. Kad Pengenalan

Anda mungkin juga menyukai