Anda di halaman 1dari 21

KEBERKESANAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP ) DALAM

MEMBANGUNKAN INTELEK, KEMAHIRAN DAN NILAI GURU SEBAGAI


PENERAJU PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

1.0 Pengenalan

Profession perguruan adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam
proses pembangunan manusia, masyarakat dan Negara. Sebagai guru yang
professional,beliau perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia
menanggung semua konsekuan yang sesuai dengan nilai profession ini (Ragbir kaur a/p
Joginder Sigh, 2007). Guru yang professional dan berkualiti haruslah mampu memenuhi
keperluan murid dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran
(p&p), sahsiah, kemahiran, kepakaran mahupun pengurusan. Akauntabiliti utama guru yang
mempunyai sifat professional yang tinggi adalah bertindak sebagai penyebar ilmu. Guru yang
berprofession harus peka terhadap pembangunan kemahiran, intelektual, dan nilai.

1.1 Pembangunan kemahiran


Menurut dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 kemahiran dimaksudkan kecekapan
dan kepandaian melakukan sesuatu. Guru-guru harus cekap dan pandai dalam melakukan apa
jua aktiviti sama ada di luar dan didalam bilik darjah. Guru-guru juga harus pandai dan cekap
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran- kemahiran bagi guru adalah
kemahiran belajar, kemahiran berkomunikasi, berfikir, merancang, kemahiran ICT,
kemahiran mengajar, kemahiran pemudahcaraan dan kemahiran mengurus.

Kemahiran komunikasi merangkuni kemahiran mendengar, kemahiran bertanya,


berucap, maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan Tingkah laku, kemahiran
penampilan dan kemahairan komunikasi bukan Lisan. Komunikasi merupakan satu proses di
mana guru dan murid bersama-sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Dalam proses
ini, guru dan murid-murid bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan, mereka mencipta
makna antara satu sama lain. Sesuatu proses tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu.
Ia berjalan terus-menerus tanpa berhenti (Mansor 1984).

Kemahiran mendengan merupakan kemahiran yang penting bagi seseorang guru


dalam komunikasi. Fungsi utama mendengar ialah untuk belajar, untuk mempengaruhi orang,
menjalin hubungan, berseronok dan menolong orang lain (Abdullah Hassan & Ainon Mohd,
2002). Seterusnya, kemahiran bertanya merupakan salah satu kemahiran yang penting semasa
melakukan komunikasi. Kemahiran bertanya penting kerana dapat mewujudkan iklim
komunikasi yang sihat dan juga memberi peluang kepada orang-orang yang berkomunikasi
dengan kita berasa bebas bagi meluahkan perasaan, pendapat, keinginan, dan juga
kebimbingan. Jadi guru-guru harus membina kemahiran bertanya dalam diri masing-masing.
Dalam komunikasi juaga terdapat komunikasi bukan lisan. Ia boleh dimaksudkan sebagai
komunikasi non-verbal dan bahasa badan. Komunikasi bukan lisan merupakan kemahiran
yang penting bagi usaha mencapai matlamat P&P yang baik.

Kemahiran belajar harus diterapkan dalam diri seseorang guru. Dalam kehidupan guru,
belajar merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat. Pembelajaran tidak hanya
berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari
tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan
seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan (Hargreaves, 1996). Ilmu yang
diperolehi oleh guru melaui pembelajaranya harus berkongsi bersama murid-muridnya. Ini
dapat membantu menjalankan proses p&p yang lancar dan penuh berilmu.

Selain itu, kemahiran berfikir amat penting bagi seseorang guru dalam professionnya.
Kementerian pendidikan memperkenalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam
kurikulum pendidikan. Guru guru perlu mahir dalam berfikir secara kritis dan kreatif bagi
mewujudkan murid yang berfikiran maju. De Bono (1976) berpendapat bahawa keperluan
kemahiran berfikir bukan sekadar melibatkan penyelesaian masalah tetapi juga melibatkan
pencarian masalah dan penerokaan peluang-peluang yang baru, kemungkinan kemungkinan
baru serta penjanaan idea-idea baru. Guru-guru sentiasa mengeluarkan idea-idea yang baru
untuk p&p yang kreatif.

Kemahiran perancangan juaga harusada pada diri guru. Perancangan di sini


merupakan perancangan masa dan perancangan aktiviti p&p. Perancangan masa amat penting
dalam mengurus masa untuk proses pengajaran guru. Peancangan aktiviti p&p juga harus
dirancangan sebelum masuk bilik darjah dan juga bersesuain dengan tahap keceedasan
kepelbagaian murid di dalam bilim darjah. Bagi mengelakan berlakunya pengajaran yang
bosan guru-guru harus mempunyai kemahiran pemudahcaraan. Pemudahcaraan seperti
demonstrasi, penglibataan, keprihatinan dapat mengubah situasi bilik darjah kepada yang
lebih kondusif dan jua berpusatkan murid.
Guru-guru bukan sahaja mengurus murid dan aktiviti bilik darjah malah, guru-guru juga
mengurus orang awam seperti ibu bapa, dan juga mengurus sumber-sumber. Dalam mengurus
setiap satu guru-guru mesti berhtai-hati. Pada era globalisasi ini, guru-guru perlu dan harus
memajukan diri dalam kemahiran ICT. Kemahiran ICT boleh diperkatakan merupakan tulang
belakang bagi pendidikan pada masa kini. Seperkara yang jelas ialah pengetahuan dan
kemahiran yang baik dalam ICT dapat meningkatkan keyakinan guru semasa mengajar
(Balakrishnan, 2002). Dalam kajian yang lain Wan Mohamad Wan Ibrahim et al. (2002) telah
mendapati bahawa lebih 80% guru-guru sekolah mempunyai persepsi yang positif terhadap
penggunaan ICT dalam profesion mereka. Guru-guru perlulah pembangunkan diri dengan
kemahiran ICT ini.

1.2 Pembangunan Intelektual


Intelektual bermaksud dalam kamus dewan orang yang berintelek iaitu orang yang
cerdik pandai. Guru-guru merupakan orang yang berkemampuan menggunkan intelek unutk
berkerja, belajar, membayangkan, mengagak, atau menyoal dan menjawab soalan tentang
berbagai-bagai idea.Guru yang berintelek dapat mewujudkan murid yang berintelek tinggi.

Menurut Suparno(2003) sikap yang dikembangkan oleh seorang yang berintelek


adalah, terus belajar berfikiran rasional, aktif cari, berani bertindak dan
bertanggungjawabsikap reflektif, membela kebanaran dan keadailan. Sebagai seorang guru,
pembelajara berterusan dapat mengembangakan ilmu dan peka terhadap isu-isu semasa.
Guru-guru berintelek dapat berfikir secara rasional , kritis.dan bebas. Dengan memikiran
secara kritis, rasioanal dan bebas mereka mengembangkan memikiran serta diharapkan dapat
lebih kreatif dan mengembangkan inovsi baru dalam proses pendidikan. Guru-guru yang
berintelek harus aktif dalam pencarian ilmu dan sumber yang terbaik bagi murid-muridnya.
Guru-guru perlu mengambil inisiatif dan mengaktifkan diri bagi mencari perkara-perkara
yang baru dan sumber-sumber yang kreatif untuk murid. Guru-guru bukan sahaja menurut
perintah malah guru-guru bertindak dan mengambil tindakan merujuk kepada situasi yang
sebenar.

1.3 Nilai
Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia karangan W.J.S. Poerwadarminta (2007: 801)
dinyatakan bahwa nilai adalah harga, hal-hal yang penting atau berguna bagi kemanusiaan.
Nilai merupakan sesuatu kritiria yang penting bagi mengukur kemutuan guru yang
berprofession. Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan
mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral,
agama, terminal dan instrumental.

Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang
baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna nilai
seperti menghargai masa, menghargai jasa, menepati masa, kerajianan, kegigihan,
bertoleransi, rasioanal dan bertimbang rasa merupakan nilai-nilai yang perlu ada dan perlu
diamalkan oleh seseorang guru bagi situasi-situasi yang tertentu.

Dalam konteks pendidikan, latihan dalam perkhidmatan dianggap sebagai elemen penting
untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Guru-guru dalam bidang
pendidikan ini memerlukan pengetahuan, pengalaman serta kemahiran yang tinggi
memandangkan proses pengajaran guru dalam bidang ini banyak melibatkan pengaplikasian
teknologi. Pendedahan guru-guru kepada program latihan dalam perkhidmatan sangat
bersesuaian dengan aspirasi negara dalam memperkasakan modal insan bagi melengkapkan
mereka dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menjadikan guna tenaga yang produktif.
2.0 Penyataan Masalah

Dalam era globalisasi masa sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan
mencabar. Karisma seorang guru sememagnya mampu memberikan impak yang besar kepada
pembangunan integriti anak didiknya. Tetapi, guru guru pada masa kini tidak begitu peka
terhadap pembangunan intelektual, kemahiran dan nilai dalam diri mereka. Ini memberikan
impak yang besar terhadap murid murid mereka.

Guru guru pada masa kini tidak begitu sedar dengan peredaran masa dan mereka
masih kekal dengan cara lama walaupun pelbagai perubahan telah berlaku dalam pendidikan.
Didapati guru guru sangat kurang pendedahan dengan perubahan yang telah berlaku dari
segi intelektual, kemahiran dan nilai. Oleh sebab itu, guru guru masih kekal dengan tradisi
lama ( chalk and talk ) dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kekurangan pembangunan intelektual dalam diri guru, mengakibatkan mereka tidak


dapat memikir dengan lebih luas. Walaupun guru guru boleh memberikan idea idea yang
banyak namun ia tidak begitu kreatif dan tidak mengikuti citarasa murid dan tahap murid.
Dengan ini, guru tidak dapat menyediakan sesuati bahan untuk kalangan guru dan tidak dapat
menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai kepada murid murid mereka. Kekurangan
intelektual dalam diri guru juga mengakibatkan mereka ketinggalan zaman. Mereka tidak
mengikuti perubahan dalam pelajaran sekarang. Sebagai contoh, guru guru tidak begitu
peka dengan system KSSR sekarang dan masih mengikuti system lama iaitu KBSR. Selain
itu, guru guru juga tidak pandai menilai seseorang murid dan akhirnye murid itu sendiri
mengalami masalah pada akhir tahun walaupun murid tersebut sudah mencapai tahap yang
baik. Guru guru pada masa kini juga tidak teringin untuk mengambil tahu tentang dunia
luar. Mereka tidak berusaha untuk meluaskan pengetahuan am mereka dan kekal sebagai
katak di bawah tempurung.

Jika kita melihat dari segi kemahiran, guru guru pada masa kini kurang pendedahan
dengan ICT. Walaupun pelbagai kemudahan telah diwujudkan untuk kegunaan guru, namun
guru guru tidak mengambil inisiatif untuk menggunakan kemudahan tersebut. Sebagai
contoh, guru guru dibekalkan dengan computer riba untuk meningkatkan kemahiran ICT
mereka dan untuk menyediakan pelbagai bahan untuk PNP dalam bilik darjah tetapi guru
guru tidak menggunakan kemudahan itu dengan bernas malah menyalahgunakan kemudahan
tersebut. Oleh sebab itu, tahap kemahiran mereka tidak dapat ditingkatkan. Guru harus
mendahului murid dalam perkara ini sebab murid murid sekarang lebih celik ICT.

Di samping itu, guru guru juga kurang mengamalkan nilai nilai yang patut ada
pada seseorang guru. Pertama sekali, mereka tidak bekerjasama dengan sesama guru di
sekolah. Mereka tidak berkongsi pendapat dan ilmu antara satu sama lain. Oleh sebab itu,
mereka sangat kekurangan dengan ilmu pengetahuan. Guru guru juga tidak mengamalkan
nilai toleransi. Mereka tidak bertoleransi dengan guru guru lain semasa membuat sesuatu
tugasan. Guru guru tidak ada nilai yang dapat melihat sesuatu perkara daripada pelbagai
pandangan. Sehubungan dengan itu, mereka tidak dapat meningkatkan tahap mereka ke
peringkat tinggi lagi. Kekurangan nilai nilai seperti ini dalam diri mereka mengelakkan
mereka daripada melaksanakan tugasan mereka dengan sempurna.

Pihak sekolah sentiasa mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk


membangunkan dan meningkatkan intelektual, kemahiran dan nilai guru. Walaupun setiap
guru menghadirkan diri dalam Latihan Dalam Perkhidmatan, namun mereka tidak
menghayati keberkesanan LDP. Oleh yang demikian, guru guru tidak ada peluang untuk
mengetahui kandungan LDP dan mereka tidak dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran
dan pembelajaran seharian. Latihan dalam perkhidmatan merupakan peluang kepada semua
guru untuk menerajui ilmu profession perguruan dan pembelajaran di sekolah.
3.0 Objektif Kajian

Objektif yang diingin capai melalui kajian ini adalah:

i) Mengenal pasti Latihan Dalam Perkhidmatan dapat membangunkan intelektual


guru meneraju pembelajaran di sekolah.

ii) Mengenal pasti Latihan Dalam Perkhidmatan dapat membangunkan kemahiran


guru meneraju pembelajaran di sekolah.

iii) Mengenal pasti Latihan Dalam Perkhidmatan dapat membangunkan nilai guru
meneraju pembelajaran di sekolah.

4.0 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Latihan Dalam Perkhidmatan yang
ditawarkan kepada guru guru di sekolah rendah. Untuk menilai keberkesanan Latihan
Dalam Perkhidmatan beberapa soalan kajian telah dibina :

i) Sejauh manakah Latihan Dalam Perkhidmatan dapat membangunkan intelektual


guru meneraju pembelajaran di sekolah ?
ii) Sejauh manakah Latihan Dalam Perkhidmatan dapat membangunkan kemahiran
guru meneraju pembelajaran di sekolah?
iii) Sejauh manakah Latihan Dalam Perkhidmatan dapat membangunkan nilai guru
meneraju pembelajaran di sekolah.

5.0 Tinjauan Literatur


5.1 Pengenalan
Kekuatan sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh
rakyat negara tersebut. Sistem pendidikan sudah semestinya diberi tanggungjawab yang
begitu besar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya. Jika sistem
pendidikan sesebuah negara itu kurang berkesan ataupun gagal memberikan ilmu dan
kemahiran yang diperlukan kepada rakyatnya untuk negara tersebut bersaing dengan negara-
negara lain, maka akan ketinggalanlah negara tersebut (N.S Rajindran, 2001)

Menutup tirai 2004 menyaksikan Negara Malaysia melangkah setapak lagi ke


hadapan meloloskan dirinya dari terus dilabel sebagai Negara Dunia Ketiga. Pembangunan
yang bersifat multi dimensi telah dikecapi oleh Malaysia, kini dapat diukur melalui
pembangunan fizikal yang cukup pesat dan pertambahan pelbagai infrastruktur yang
berteraskan Sains dan Teknologi. Kesemuanya telah memenuhi keperluan dan kehendak
manusia. Taraf kehidupan semakin meningkat dan segala urusan boleh dilakukan secara
instant di atas kecanggihan teknologi terkini. Untuk menguruskan kecanggihan teknologi ini
perlukan modal insan yang berpengetahuan. Insan yang berpengetahuan terlahirnya daripada
tunjuk ajar seorang guru yang berpendidikan dan berpengetahuan yang tinggi.

5.2 GURU
Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap
tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran
yang harus didepani dengan profesional. Selain itu, guru dalam konteks pendidikan
berperanan sebagai ejen penyalur budaya san ilmu. Guru juga berperanan sebagai ejen
pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. (Rencana yang
dipetik daripada Dewan Masyarakat Mei 2012)

Guru dan pemimpin sekolah ialah pemacu yang amat penting bagi pencapaian murid.
Kajian yang dijalankan di Tennessee, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990-an
menunjukkan bahawa secara relatif guru berprestasi tinggi dapat meningkatkan pencapaian
murid sebanyak 50% dalam tempoh tiga tahun berbanding guru yang berprestasi rendah.
Begitu juga, pengetua/guru besar yang berprestasi cemerlang yang menumpukan kepada
kepimpinan instruksional berbanding pentadbiran dapat meningkatkan pencapaian murid
sehingga 20%. (PPPM 2013-2025)
Peranan guru sebenarnya sangat penting. Guru adalah sumber penyampai ilmu
pengetahuandan kemahiran kepada para pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai
tempat untuk memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar serta sebagai wadah
untuk membina dayapemikiran yang kritis dan kreatif pelajar sehingga mereka nanti dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Seorang guru yang
telah menyempurnakan latihan samada di maktab perguruan atau di mana-mana pusat
pendidikan guru tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran mereka telah sempurna.
Begitu juga dengan guru yang telah lama mengajar. Kejayaan seseorang guru dalam
kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru untuk memajukan diri dan
profesionnya melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan secara formal,informal atau
nonformal. Guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di
luarprofesion. Diantara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk
mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif
disamping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan
teknologi baru (Mohamad Sani Ibrahim & Zuraidah Majid, 2002).

Membangunkan guru itu sendiri menjadi salah satu faktor dalam membangunkan
pendidikandi sesebuah negara. Perkembangan profesional juga dilihat sangat diperlukan
kerana kebanyakan guruterutama generasi dulu yang telah 10 hingga 20 tahun mengajar di
sekolah masih mengguna cara lamadalam mengajar, misalnya. Borko (1998) menyatakan
bahawa guru-guru yang telah lama mengajarlebih menumpukan kepada penguasaan konsep
sebagai fokus utama dan kurang memberi fokuskepada proses itu sendiri atau ilmu yang
dijana dari penyelesaian masalah dalam subjek tersebut.Fokus kedua ini sebenarnya dapat
diperolehi dengan memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkanpenglibatan pelajar dalam
membina, mengguna dan menilai pemikiran mereka. Dengan ini satu perubahan perlu
dilakukan di mana ahli jabatan di universitiperlu meningkatkan kualiti pengajaran, fakulti
pendidikan mesti menitikberatkan kepentingan ilmudan kerajaan negeri mestilah berusaha
keras dalam menjalankan satu usaha yang sistematik untuk mengembangkan pembangunan
profesional para guru (Wu, 1999).

5.3 PEMBANGUNAN INTELEKTUAL


Matlamat pendidikan negara ialah untuk memperkembangkan daya intelek dan
kerohanian ke peringkat yang maksimum. Perkembangan daya intelek dan kerohanian
generasi muda dikira perlu kerana generasi muda merupakan penyumbang tenaga kerja utama
negara.

Diantara kepentingan perkembangan profesional di sekolah sebagaimana yang


disarankanoleh Anna Cratt (1996) ialah ia dapat membaiki kemahiran prestasi kerja guru,
membaiki ketrampilan,menambah pengalaman untuk perkembangan kerjaya atau untuk naik
pangkat, membina pengetahuanprofesional dan pemahaman seorang guru, meningkatkan
giperibadinya, menghargai sumbangan guru, memberi kepuasan dari segi ikhtisas,
meningkatkan kefahaman guru, membolehkan guru menjangkadan bersedia untuk berubah
dan memperjelaskan polisi sekolah dan jabatan guru. Untuk membangunkan profesional guru
perlu dibuat dengan usaha yang teliti dan berhati-hati. Ini kerana,kita tidak mahu usaha
kerajaan yang mengguna dana yang banyak tidak mendapat hasil yang sepatutnya.

5.4 KEMAHIRAN
Kemahiran dapat dikuasai melalui pengajaran pembelajaran yang tersusun di samping
mempunyai keazaman untuk memperbaikinya dan diikuti dengan latihan (Torrance, 1963:
Bono, 1978; Philips, 1997).

Kemahiran guru boleh dibahagiakan kepada dua bahagian dimana bahagian pertama
menyentuh Kemahiran kemahiran profesional yang perlu ada pada seorang guru. Manakala
bahagian kedua pula menyentuh tentang kemahiran yang perlu diterapkan di dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.
Kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang guru adalah seperti berikut:-
i. Kemahiran Belajar
ii. Kemahiran Berfikir
iii. Kemahiran Merancang
iv. Kemahiran Pemudahcara
v. Kemahiran Berkomunikasi
vi. Kemahiran Mengurus

Kemahiran yang perlu terapkan dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran


i. Sebelum Perancangan
ii. Semasa Penyampaian
iii. Selepas - Penilaian

5.5 NILAI GURU


Jules Henry (1975) mendefinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih
saying, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketentangan dan
kesederhanaan. Raths, Harmin dan Simon (1980) merumuskan nilai sebagai garis panduan
umum terhadap tingkah laku. Garis panduan ini memberikan satu arah kepada kehidupan
seseorang atau anggota sesuatu masyarakat. Mengikut Redfirld (1953) nilai ialah suatu
konsep tersurat atau tersirat bagi individu atau sifat-sifat bagi suatu kelompok yang
dikehendaki yang mempengaruhi pemilihan ragam, maksud dan segala tindakan. Manakala
Hutcheon (1972), seorang ahli antropologi mempunyai beberapa pengertian lain untuk
mentakrifkan nilai. Menurut beliau, nilai merupakan norma, idealism budaya, kepercayaan,
barang-barang berharga, orientasi nilai, tingkah laku yang baik dan sikap.

5.6 LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PRESTASI


Seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(PPPM 2013-2025) dibawah Bab 5 : Guru dan Pemimpin Sekolah aspek Latihan dan
Pembangunan Prestasi (LDP) diberi penekanan yang lebih khusus. Latihan Dalam
Perkhidmatan merupakan satu latihan yang berorientasikan model defisit, dimana ianya
merupkan program yang dirancang berasaskan andaian bahawa guru-guru serba kekurangan
dalam pengetahuan dan kemahiran tertentu. Oleh itu adalah menjadi tanggujawab sekolah
untuk merangka latihan yang bersesuaian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
guru-guru di sekolah.

Keperluan guru mendapat maklumat terkini dianggap penting kerana mereka adalah
merupakan sumber utama dalam menyampaikan ilmu dan melaksanakan dasardasar serta
peraturan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Perkembangan staf juga
mestilah dijadikan sebagai budaya sekolah serta perlu dilaksanakan secara berkala sepanjang
tahun. Menurut Joyce dan Calhoun (1999), Staff development programs must be carefully
designed as educational programs for students and the implication of not doing so is serious.
Istilah pembangunan profesionalisme guru sering kali dikaitkan dengan pembangunan staf
atau pembangunan profesional. Namun begitu banyak perdebatan berlaku tentang makna
khusus istilah tersebut. John West Burnham dan Pergus OSullivan (2004), keadaan ini
menjadi sukar kerana mereka yang dianggap pakar dalam bidang pembangunan guru juga
tidak mendefinisikan dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan istilah. Ini disebabkan oleh
amalan proses perkembangan yang pantas dalam bidang pembangunan guru telah
mempengaruhi kedua-dua makna dan penggunaan istilah berkenaan (Glover dan Law 1996).
Mereka yang mendefinisikan pembangunan profesionalisme guru sebagai produk melihat
produk dalam bentuk impak langsung dan impak secara tidak langsung tetapi kritikal dalam
menentukan keberkesanan pembangunan profesionalisme guru. Produk dalam impak tidak
langsung itu berbentuk peningkatan personel. Pembangunan profesionalisme dilakukan oleh
program latihan dalaman dengan tujuan untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran
baru di kalangan staf sekolah yang menekankan kesediaan, perancangan, latihan,
perlaksanaan dan penilaian (Word dan Thompson 1998).

Secara umumnya, Latihan dan pembangunan adalah mengenai memberi manusia


kemahiran yang akan membolehkan mereka membangun atau mengembangkan potensi
mereka sepenuhnya dan membuat sumbangan yang maksimum kepada organisasi di mana
mereka bekerja, bukan sahaja pada masa kini tetapi juga pada masa akan datang. Memberi
latihan atau tidak, bukan lagi merupakan satu pertanyaan yang memerlukan jawapan. Tanya
suatu tindakan yang diperlukan sebaik sahaja organisasi ditubuhkan. Ia harus menjadi
sebahagian daripada falsafah dan budaya organisasi selagi ia beroperasi. Tambahan pula,
latihan dan pembangunan tidak dilihat sebagai satu aktiviti yang boleh membantu organisasi
atau syarikat menghadapi cabaran-cabaran yang komparatif dengan jayanya. Namun pada
masa kini , pandangan sedemikian kian berubah. Organisasi yang menggunakan latihan yang
berinovatif dan memperkenalkan amalan - amalan baru dilihat sebagai lebih berpotensi dan
kukuh dari segi kewangan berbanding dengan organisasi yang tidak mempunyai latihan.

Latihan adalah usaha yang dirancang oleh syarikat untuk memudahkan pembelajaran
pekerja mengenai keperluan berkaitan dengan prosedur kerja mereka. Antara keperluan
keperluan ini termasuklah pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku yang diperlukan supaya
pekerja menjalankan tugas dengan efektif. Oleh itu matlamat latihan ialah supaya pekerja
dapat memperolehi kemahiran, menguasai pengetahuan dan tingkahlaku yang boleh
dipraktikkannya dalam pekerjaan seharian. Latihan digunakan untuk memperolehi faedah
yang kompetitif dan untuk mewujudkan 'intellectual capital'. 'Intellectual capital' ini
termasuklah:
i. kemahiran asas untuk menjalankan tugas masing-masing.
ii. kemahiran lanjutan iaitu bagaimana menggunakan teknologi untuk berkongsi
maklumat dengan pekerja lain;
iii. Pemahaman mengenai pelanggan atau sistem pengeluaran dan kreativiti yang
didorong sendiri.

Pembangunan pula merujuk kepada pembangunan pengurusan pasukan termasuk


penyelia, pengurus menengah serta pengurusan atasan. Ia bertumpu kepada mengembangkan
secara sistematik, pengetahuan asas, sikap, kemahiran asas, kemahiran interpersonal dan
kemahiran teknikal golongan yang menjadi nadi kepada organisasi. Oleh kerana pengurus
adalah orang yang bertanggungjawab dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi, maka
perhatian khas harus diberikan kepada pembangunan mereka. Adalah penting lagi bagi
golongan `nadi' ini memiliki pengetahuan, kemahiran dan motivasi.

6.0 Metadalogi

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan
semasa. Maklumat dan data kajian diperolehi melalui soal- selidik. Kajian ini menggunakan
kaedah tinjauan dengan mengumpul maklumat data daripada soal selidik serta mencari
taburan kekerapan dan peratusan min. Populasi dalam kajian ini adalah terdiri daripada guru-
guru akademik dari sebuah sekolah rendah di daerah Butterworth, Pulau Pinang. Populasi
kajian adalah seramai 24 orang di mana sampel kajian adalah seramai 15 orang guru
akademik. Pemilihan sampel adalah secara rawak kelompok atas kelompok bersistematik.
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah yang berada di negeri Pulau Pinang iaitu
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mak Mandin Butterworth. Lokasi ini dipilih kerana sekolah
ini dan semua guru yang dikehendaki memenuhi kriteria dan ciri-ciri yang diperlukan untuk
kajian ini.

Kami menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Terdapat dua bahagian
soal selidik yang digunakan untuk mengumpul data seperti berikut :

Bahagian A : Soal selidik mengenai latar belakang responden. Bahagian ini


mengandungi 18 soalan untuk dijawab oleh para responden tentang diri mereka, akademik
mereka dan juga tentang perkhidmatan mereka di sekolah.

Bahagian B : Bahagian ini mengandungi 35 item soalan soal selidik yang di


bahagikan kepada 3 bahagian seperti Jadual 1 di bawah .

Jadual 1 : Pembahagian dan taburan bilangan soal selidik

BAHAGIAN Aspek Kajian Jumlah Soalan

A Maklumat Responden 18
Pembangunan Intelek Guru 8
Pembangunan Kemahiran 18
B Pembangunan Nilai 9

Jumlah Item Soalan 53

Penganalisisan data dan maklumat yang diperolehi daripada responden akan


dianalisis menggunakan statistik parmetrik dan juga program perisian komputer
Statistical Package For Social Sciences (SPSS version 10.0 For windows) dan dilaporkan
secara deskriptif inferens iaitu menggunakan taburan kekerapan dan peratusan.

Untuk membuat penilaian dan Perbincangan terhadap dapatan kajian, pengkaji telah
mengkategorikan pengurusan penilaian kepada 3 kategori berdasarkan kepada purata peratus
keseluruhan bagi setiap persoalan kajian. Jadual 2 di bawah menunjukkan takrifan penilaian
pengkaji terhadap dapatan kajian

Jadual 2 : Penilaian Terhadap Analisis Kajian

Peratus ( % ) Penilaian/Takrifan
0 49.9 Lemah / Rendah
50.0 69.9 Sederhana
70.0 - 100 Baik / Tinggi

7.0 Dapatan Kajian

Jadual 3 : Analisis keseluruhan berkaitan dengan tahap pembangunan intelek, kemahiran dan
nilai guru melalui Latihan Dalam Perkhidmatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mak
Mandin.
Persoalan Kajian Analisis Kajian

A. Pembangunan Intelek Guru

Ilmu pengetahuan & pendidikan dan matapelajaran atau


STS TS KS S SS
bidang pengkhususan
1. Meningkatkan perkongsian ilmu dalam bidang
pengkhususan 7 93

2. Meningkatkan ilmu dan pengaplikasian ilmu


100

3. Meningkatkan pedagogi Terkini mengikut kecerdasan


murid 20 67 13

4. Meningkatkan ilmu ICT dalam PNP


20 67 13

Pengurusan kurikulum
STS TS KS S SS

5. Meningkatkan pengetahuan Penilaian dan Pentaksiran :


pembinaan item dan analisis item 7 80 13

6. Meningkatkan pengetahuan Pengurusan Panitia: Pelan


Strategik; head count 20 67 13

Kreativiti dan inovasi pedagogi


STS TS KS S SS

7. Kursus Pedagogi berkesan bagi guru


7 86 7

8. Mengetahui Strategi pemulihan dan masalah pembelajaran


13 74 13

Purata % 11 79 10
B. Kemahiran Profesionalisme

Kejurulatihan (Training of Trainers)


STS TS KS S SS

9. Kursus Mentoring dan Coaching


100

10. Kursus Team building 13 87


Kejurulatihan dan Pentauliahan Kokurikulum
STS TS KS S SS

11. Kursus Kemahiran Asas


Unit Beruniform 7 86 7
Kelab dan Persatuan
Sukan Permainan
12. Kursus Kejurulatihan
Unit Beruniform 13 80 7
Kelab dan Persatuan
Sukan Permainan
13. Kursus Kepegelolaan dan Pentadbiran
Unit Beruniform 3 67 20
Kelab dan Persatuan
Sukan Permainan
14.Kursus Kepegawaian dan Pengadilan
Unit Beruniform 13 74 13
Kelab dan Persatuan
Sukan Permainan
Penulisan Ilmiah
STS TS KS S SS

15. Kursus Kaedah Penulisan ilmiah : artikel, jurnal, modul


13 87
P&P
Kajian dan penyelidikan Akademik
STS TS KS S SS

16. Kursus Analisis data


27 60 13

17. Kursus Jenis-jenis Kajian


13 74 13

18. Kursus Kajian Tindakan


20 67 13

19. Kursus Reka bentuk kajian


20 67 13

Kepimpinan
STS TS KS S SS

20. Kursus kepimpinan berkesan


87 13

21. Kepimpinan pengajaran (Instructional leadership)


93 7

22. Kepimpinan Islam


27 20 33 20
23. Kepimpinan 18trategic18
20 80

Pengurusan Kewangan
STS TS KS S SS

24. Kursus asas kewangan


7 7 73 13

Pengurusan Strategik
STS TS KS S SS

25. Kursus Pengurusan 18trategic


7 7 86

26. Kursus Pengurusan Perubahan


7 93

Purata % 3 12 77 8
C. Nilai dan Amalan Profesionalisme

Nilai dan Etika


STS TS KS S SS

27. Kursus membangun sahsiah cemerlang


7 93

28. Kursus pengurusan tingkah laku dalam kurikulum


7 7 79 7

29. Kursus pengurusan tekanan atau pengurusan krisis


13 7 73 7

30. Kursus Peningkatan 18rotocol18 dan budaya kerja


7 7 79 7
cemerlang
31. Kursus pembelajaran organisasi (learning organization)
7 7 73 13

32. Kursus 18rotocol dan etiket.


7 7 86

Komunikasi berkesan
STS TS KS S SS

33. Kursus komunikasi berkesan 7 80 13

34. Kursus pengucapan awam 7 7 66 20

35. Kursus kemahiran perundingan 7 13 67 13

Purata % 8 6 77 9
Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan analisis kajian secara keseluruhan berkaitan
dengan tahap pembangunan intelek, kemahiran dan nilai guru melalui Latihan Dalam
Perkhidmatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mak Mandin.

Analisis mendapati bilangan responden yang bersetuju Latihan Dalam Perkhidmatan


membangunkan intelek guru adalah pada tahap tinggi iaitu peratus purata sebanyak 79 %.
Bilangan responden yang kurang bersetuju adalah rendah iaitu peratus purata sebanyak 11%
manakala bilangan responden yang menyatakan sangat setuju adalah rendah iaitu peratus
purata sebanyak 10 %.

Analisis menunjukkan bahawa peratus purata 77 % responden bersetuju bahawa


Latihan Dalam Perkhidmatan membangunkan kemahiran guru meneraju pembelajaran
sekolah. Ini menunjukkan ia adalah pada tahap baik. Responden yang kurang bersetuju ialah
peratus purata 12 % dan responden yang menyatakan tidak setuju adalah peratus purata
21.89 % iaitu pada tahap rendah. Selain itu, peratus purata sebanyak 8% responden sangat
setuju bahawa Latihan Dalam Perkhidmatan membangunkan kemahiran guru.

Analisis mendapati bilangan responden yang bersetuju Latihan Dalam Perkhidmatan


membangunkan nilai guru adalah pada tahap tinggi iaitu peratus purata 77%. Responden
yang kurang bersetuju pula ialah peratus purata sebanyak 6 % iaitu dalam tahap. Peratus
purata sebanyak 8% respondan menyatakan Latihan Dalam Perkhidmatan tidak
membangunkan nilai guru dan selebihnya sebanyak peratus purata 9% sangat setuju dengan
pernyataan di atas.

Analisis keseluruhan secara peratus pada Jadual 3 menunjukkan maklumat balas


responden terhadap ciri Latihan Dalam Perkhidmatan yang paling dominan ialah
Pembangunan Intelek. Ia menunjukkan tahap yang tertinggi sekali iaitu purata 79%
responden bersetuju . Faktor yang paling dominan bagi responden yang kurang bersetuju
pula adalah berkaitan dengan nilai guru iaitu 6 %
Persoalan STS TS KS S SS

A. Pembangunan Ilmu pengetahuan & 6 50 4


Intelek Guru pendidikan dan
matapelajaran atau
bidang pengkhususan

Pengurusan kurikulum 4 22 4

Kreativiti dan inovasi 2 1 24 3


pedagogi

B. Kemahiran Kejurulatihan 1 21
Profesionalisme Kejurulatihan dan 6 46 8
pentauliahan
kokurikulum

Penulisan Ilmiah 2 13

Kajian dan 17 35 8
Penyelidikan Akademik

Kepimpinan 5 5 4 42 4

Pengurusan Kewangan 1 1 11 2

Pengurusan Strategik 2 1 27

C. Nilai dan Nilai dan Etika 1 3 81 5


Amalan Komunikasi Berkesan 3 33 8
Profesionalisme