Anda di halaman 1dari 3

INOVASI DAN DAYA SAING KE ARAH MALAYSIA ALAF BARU

Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk

dan perkhidmatan yang lebih baik. ini bermakna, setiap organisasi sama ada

berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif

bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan

sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan

pengeluaran (supply-demand equation). Daripada pengertian di atas dapatlah

disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai:

Penghasilan baru

Berdasarkan proses penyusunan semula

Menggunakan unsur yang sedia ada

Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai

Perlaksanaan inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif dan kritis untuk

menjadi peneraju (pioneer) dan meraih peluang yang maksimum.

Sebagai peneraju Sanis,Teknologi dan Inovasi negara, Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diberi mandat untuk memacu ekonomi baharu

iaitu ekonomi yang tidak lagi bergantung kepada komoditi tetapi

pengetahuan berasaskan kepada inovasi. Terdapat banyak peluang untuk

Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Malaysia maju ke hadapan dan memacu

pembangunan ekonomi negara selaras dengan Dasar Sains dan Teknologi Negara

yang bertujuan menggalakkan penggunaan Sains danTeknologi sebagai alat untuk

pembangunan ekonomi negara.

Menterinya, Datuk Seri Madius Tangau berkata, Malaysia tidak boleh lagi bergantung

kepada pertanian sebagai sumber ekonomi yang mana aset utama ialah
tanah memandangkan ia terhad dan akan mengalami kehabisan sumber ini pada

masa akan datang.

Justeru, cabaran disebabkan persaingan global dan dasar pasaran terbuka


memerlukan Malaysia menggubal dan meningkatkan dasar inovasi yang progresif
bagi membolehkan Malaysia mempunyai daya saing yang tinggi. K-Ekonomi diterima
sebagai perubahan inovatif untuk membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang
dan dapat menjana kemakmuran baru dalam mengharungi alaf baru.

Maka, untuk Malaysia maju ke hadapan, sudah tiba masanya bagi kita terus
menjadikan inovasi sebagai pelonjak utama yang mampu memacu ekonomi negara
terutamanya dengan mengembangkan inovasi dalam bidang sains dan teknologi agar
mampu menjadi negara
maju seperti Korea Selatan dan Sweden.

Dunia perniagaan berkait rapat dengan daya saing dan inovasi. Tanpa daya saing dan

inovasi, dunia perniagaan akan kekal statik tanpa sebarang pembaharuan dan

perubahan.

Justeru, usahawan yang membudayakan daya saing dan inovasi di dalam model

perniagaan mereka, akan lebih bergerak maju dan berjaya berbanding usahawan

yang kekal dengan model perniagaan tradisional, yang hanya mementingkan jualan

semata-mata.

Daya saing dan inovasi di dalam dunia perniagaan boleh dilakukan dalam pelbagai

cara. Antaranya melalui produk, perkhidmatan, jenama, model perniagaan dan

pemasaran.

Dengan inovasi, sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, akan

membentuk keunikan dan berbeza dengan produk atau perkhidmatan yang sama

yang telah sedia ada di pasaran. Di Malaysia, kita mungkin mempunyai lebih 100

pengeluar kicap.
Tetapi apa yang membezakan 100 pengeluar kicap tadi sehingga pengguna dapat

membezakan di antara kicap milik Abu dan kicap milik Ali? Jawapannya adalah sejauh

mana kreativiti dan inovasi digunakan bagi menonjolkan kelainan dan keunikan

produk masing-masing.

(Isu dayasaing dan strategi terbaik memasarkan barangan akhir yang berkualiti
sememangnya telah menjadi topik yang sekian lama dibincangkan di peringkat
antarabangsa. Salah satu strategi positif yang dipersetujui ialah mengujudkan satu
sistem piawai yang diiktiraf dunia seperti HACCP, ISO 9000, GMP, TQM, bagi
memastikan barangan yang memenuhi piawai ini mendapat pasaran yang lebih luas.}