Anda di halaman 1dari 9

KEPENTINGAN SUKAN

Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial
aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi.. Melalui sukan, kita
dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu,sikap bertolak ansur dapat dilahirkan.
Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang
positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh membentuk
tingkah laku disiplin dalam kalangan anggota seseorang individu.Ini adalah kerana setiap permainan
mempunyai peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat.

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa .Malaysia terdiri daripada berbagai kaum
dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk
bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain
itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala
sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan
sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula,pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat
mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain.Keamanan Negara
dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global
yang baik.

Sebagai asas dalam pembentukan PENDIDIKAN JASMANI dan KEGIATAN KOKURIKULUM


Kewujudan aktiviti sukan juga mendorong pelancaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah rendah
dan menengah sertapun pusat-pusat pengajian tinggi.Pendidikan Jasmani ini adalah terdedah kepada
semua pelajar bahawa fungsi-fungsi sukan secara berfokus kepada fizikal dan mental seseorang dan
juga mengajar mereka bagaimana melakukan setiap aktiviti sukan dengan tatacara yang betul supaya
tidak membahayakan diri sendiri.Selain itu,kegiatan kokurikulum juga diperkenalan selepas
kewujudan sukan.Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakan institusi-institusi
pengajian tinggi.Kegiatan-kagiatan yang dijalankan adalah seperti aktiviti sukan yang biasanya kita
jalankan.
Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan
professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah
syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat
kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang
diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai
perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak
pandai dalam bidang akademik.
Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan
professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah
syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat
kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang
diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai
perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak
pandai dalam bidang akademik.

Sebagai satu industri dan perdagangan serta penyumbang pendapatan negara. Sukan berkembang
menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contohnya : Amerika Syarikat
memperolehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat
sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara
kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat.
Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru
ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan
industri sukan telah meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan
pengedaran alat-alat sukan, barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran
dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an.
Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Bersukan dapat menjadikan
tubuh badan seseorang individu sihat dan cergas.Sehubungan dengan itu,kerajaan dapat
mengurangkan peruntukan kewangan untuk membeli bahan-bahan perubatan dan teknologi yang
canggih bagi mengubati penyakit rakyat.Manakala,kerajaan dapat mengalihkan modal-modal yang
berlebihan ke sektor-sektor yang lebih penting dalam mencapai hasrat wawasan 2020 terutamanya
sektor industri dan pembangunan.Jika dilihat dari segi perspektif individu sebdiri,seseorang itu juga
dapat menjimatkan perbelanjaannya terhadap bahan perubatan kerana tubuh badan yang sihat
disebabkan bersukan secara kerap.Manakala,individu berkenaan juga boleh menggunakan
pendapatan yang berlebihan untuk membeli keperluan asas seperti makanan,minuman,pakaian dan
lain-lain bagi menjamin kesejahteraan kehidupannya.

Sukan dilihat sebagai satu aktiviti sihat yang berupaya mengeluarkan peluh
apabila dilaksanakan secara kerap.Contoh aktiviti sukan itu meliputi acara
larian, bola sepak, badminton, hoki, dan bola jaring yang menjadi kegilaan
masyarakat kita. Sebenarnya, banyak manfaat yang timbul apabila sukan
menjadi sebahagian daripada aktiviti harian rakyat jelata.

Kelebihan melakukan acara sukan ialah badan ahli masyarakat kita akan
menjadi semakin sihat untuk melakukan aktiviti harian. Kajian sudah
membuktikan bahawa semua acara sukan melibatkan penghasilan peluh
yang turut membuang toksik badan bersama-sama melepaskan tekanan
yang dialami oleh individu itu. Lantaran itu, masyarakat yang kerap
melaksanakan aktiviti sukan akan memiliki kesihatan yang terpelihara
sepanjang masa.

Selain itu, sukan juga dikatakan berupaya untuk memupuk perasaan


perpaduan sesama rakyat yang berbilang bangsa itu. Interaksi sesama
individu akan berlaku kerana sukan memerlukan setiap ahli untuk
bekerjasama melaksanakan aktiviti tersebut. Maka, perpaduan antara
kaum boleh dicapai menerusi penglibatan setiap ahli masyarakat kita
dalam acara sukan yang begitu mudah lagi menarik itu.

Tambahan pula, sukan juga berupaya untuk menjana perkembangan


ekonomi negara ini menerusi pembinaan lebih banyak kemudahan sukan
seperti stadium. Kos yang tinggi memang diperlukan untuk pembinaan
stadium tetapi pembinaan ini juga boleh menjadikan aktiviti ekonomi
sampingan berkembang bersama-sama peluang kerja. Sesungguhnya,
ekonomi negara akan menjadi lebih rancak pertumbuhannya kerana
masyarakat kita begitu meminati acara sukan itu.

Imej negara akan bertambah baik apabila sukan menjadi kegilaan


penduduk tempatan. Masyarakat luar menganggap negara yang berjaya
dalam sebarang acara sukan memiliki satu keunikan yang tersendiri pula.
Jadi, kita hendaklah melakukan acara sukan ini supaya negara kita
mencapai kejayaan dalam pertandingan antarabangsa yang meninggikan
imej penduduk negara ini pula.
Kesimpulannya, semua impak positif penglibatan acara sukan ini memang
benar-benar berlaku. Semua pihak terutama rakyat hendaklah
bekerjasama untuk melibatkan diri mereka dalam sebarang acara sukan
yang diminati itu. Slogan badan sihat otak cergas membuktikan bahawa
sukan boleh membawa banyak faedah kepada masyarakat semua.

FAEDAH MEMBACA
1. Pelbagai bahan bacaan yang baik boleh di dapati di pasaran , di perpustakaan ataupun di internet
seperti suratkhabar , majalah, buku cerita, buku-buku ilmiah, ensaiklopedia dan lain-lain lagi.
2. Membaca boleh menambah pengetahuan- pelbagai maklumat terdapat pada bahan bacaan
panduan ketika peperiksaan kuiz dan panduan dalam hidup seharian- mengetahui isu-isu
semasa serta perkembangan dalam dan luar negara..
3. Membaca dapat memanfatkan masa yang terluang- dapat mengelakkan diri dari terlibat dalam
kegiatan-kegiatan salah laku dan tidak berfaedah seperti melepak, merokok, merempit dan
masalah-masalah sosial lain
4. Membaca boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan- dapat berkumpul bersama-sama ahli
keluarga ketika membaca membaca sambil bersantai atau sama-sama mencari bahan-bahan
untuk peperiksaan.

Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan masyarakat semakin penting dan
diutamakan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam memupuk amalan
membaca namun, budaya membaca dalam masyarakat masih rendah lagi. Melalui pembacaan,
seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung dapat
membantu memajukan negara. Dengan ini, isu budaya membaca dalam kalangan masyarakat tidak
boleh dipandang ringan. Jika budaya tersebut dibiarkan begitu sahaja hasrat masyarakat untuk
menjadikan negara kita negara maju pasti akan terganggu. Pengamalan budaya membaca dalam
kalangan masyarakat akan mendatangkan pelbagai faedah terhadap diri kita. Oleh itu, semua lapisan
masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan
pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat khabar.
Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan
bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat
meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa
Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan
membaca dan seterusnya menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang
amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang.
Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Selain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang kita miliki. Hal ini
kerana dengan membaca kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu. Jika kita membaca
bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains kita akan mengenali lebih banyak istilah atau kosa
kata baharu dalam bidang berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah, apabila seseorang telah
mengenali banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa
berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa dengan mudah. Penguasaan
perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus globalisasi kini. Persaingan antara
masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah
rajin membaca supaya dapat menambahkan perbendaharan kata dalam minda kita.

Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan yang
cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan
pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran tertentu yang
memerlukan pembacaan yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana kita akan dapat maklumat atau
isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei. Pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan
mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik taraf dengan kemudahan yang lebih
selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin dan kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat
menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan yang kondusif. Secara eksplisit, pelajar akan
mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada bahan bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang
adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu, semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca
sebagai rutin harian agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang antara dua
pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh menjadikan amalan
membaca sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh menjadikan perkara lain sebagai hobi
sekiranya perkara itu berfaedah. Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada seseorang, namun masa
yang singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai aktiviti. Dengan ini,
kita haruslah menggunakan masa lapang dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya seseorang
itu tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika menunggu bas. Oleh itu,
sebagai insan yang begitu mengutamakan masa mereka seharusnya mengisi masa dengan amalan
membaca.

Di samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan negara. Hal ini demikian kerana
tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang tertentu dapat membantu meningkatkan ekonomi negara
kita. Lanjutan itu, negara kita dapat membangun dengan pesat. Kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi telah menyebabkan banyak ciptaan baharu direka. Sebagai contoh, Negara Jepun yang
maju dalam bidang sains dan teknologi telah mencipta pelbagai jenis barangan yang berfungsi secara
automatik. Membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan kita dan ilmu-ilmu yang diperoleh ini
bolehlah digunakan dalam memajukan sektor-sektor tertentu seperti sektor pelancongan. Apabila
sektor-sektor dibangunkan, ekonomi negara kita akan pesat membangun seperti Cendawan Tumbuh
Selepas Hujan. Secara umumnya, negara kita akan layak bersaing dengan negara maju yang lain.
Kemajuan negara pula perlu disusuli dengan budaya menulis buku. Oleh itu, kita hendaklah rajin
membaca supaya tanah air kita dapat dibangunkan dan dimajukan. Malah, kita dapat hidup dalam
keadaan yang lebih baik.

Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada individu mahupun negara.
Melalui membaca kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan yang
diperoleh itu bukan sahaja dapat membantu seseorang mendapat keputusan yang cemerlang malah
dapat memajukan negara. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk
memupuk amalan membaca namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca. Hal ini disebabkan
budaya membaca perlu dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana Melentur Buluh Biarlah dari
Rebungnya. Ibu bapa juga bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan banyak
membaca buku. Selain itu, pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti
perpustakaan supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga perlu
dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan
menjadi negara yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah membaca dan berusaha meningkatkan
budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan.

GAYA HIDUP SIHAT

Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak


kehidupan yang baik dalam diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup
sihat ini meliputi aspek pemakanan yang betul dan mengamalkan senaman
yang berkala. Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang
gaya hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa kadar
obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah. Jelaslah, ada
banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh masyarakat Malaysia.
Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani
satu kehidupan yang sihat. Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa
mereka hendaklah mengambil diet yang betul terutama mengutamakan
sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang
seimbang memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang
diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan
masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia
itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.
Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu
kehidupan yang sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan
yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk mengesan sebarang
simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula.
Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan
cara pencegahan dan rawatan yang terperinci mendatangkan impak yang
positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka bertemu
dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani kehidupan yang
sihat.
Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi
senaman yang berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan
yang sihat. Senaman setiap pagi atau petting menjamin peluh keluar
daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik
badan keluar dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan jua.
Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu
gaya hidup yang baik buat manusia.
Sementara itu, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting
dalam gaya hidup yang sihat ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam
sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya.
Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan
manusia akan mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan
pada esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada
kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan
tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.
Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin
memiliki gaya hidup yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana
kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik di pejabat dan juga di
rumah bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang
memahami diri sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi
yang positif sudah pasti akan mampu menerima cabaran hidup dengan lebih
matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu
mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu mendesak ini.
Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gaya hidup
yang sihat boleh dicapai oleh manusia. Kerjasama semua amat diperlukan
terutama kesedaran diri sendiri agar kesihatan menjadi keutamaan dalam
hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan segera bakal
menyaksikan masyarakat kita searing dilanda penyakit demi penyakit yang
boleh membawa impak buruk pula. Slogan badan cergas otak cerdas
membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang
ingin sejahtera kehidupannya.

FAEDAH PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk


keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin
untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut
mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan
penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud
pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.


Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk
membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia.
Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu
boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.
Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih
baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek
pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih
tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah
untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling
penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang
mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang
sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia


perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup
khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi
menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan
mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman
yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi
jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam
hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental


seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba
menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir
untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding
dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan
seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya
tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua


kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi
masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif
daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan
tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di
negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat
untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. Tepuk dada
tanya selera.

Makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh
badan. Dewasa ini, media masa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi
pelbagai program dan penulisan artikel dalam usaha menyalurkan informasi kesihatan
kepada masyarakat.

Sejak kecil lagi, kita dididik agar mengambil makanan yang seimbang. Makanan
seimbang yang mengandungi protein, karbohidrat, kalsium, garam mineral dan vitamin
amat diperlukan untuk tumbesaran dan membina tubuh badan yang kuat. Tubuh yang sihat
dan cergas akan memberi semangat kepada kita untuk melaksanakan tugas harian dengan
lebih baik dan sempurna.

Justeru, tubuh badan kita akan lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan
penyakit dan tidak mudah jatuh sakit. Kita dapat menghindari penyakit kronik seperti
penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Pepatah juga ada
mengatakan,Diri anda ialah apa yang anda makan. Kenyataan ini jelas benar dalam soal
kesihatan.

Dalam pada itu, pemakanan seimbang memberi kesan dalam perkembangan mental
dan personaliti kita. Seseorang yang seimbang dalam aspek pemakanan akan kelihatan
sihat, cerdas dan mempunyai produktiviti yang tinggi dalam pekerjaan. Kita tidak akan
mudah berasa letih, sebaliknya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih
efektif. Sudah tentu syarikat gergasi tidak akan mengambil calon yang sering sakit dan
mempunyai masalah kesihatan sebagai pekerja mereka.

Sesungguhnya, pemakanan seimbang penting untuk mengawal kadar obesiti. Kita


hanya perlu mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang
diperlukan oleh tubuh badan kita. Menurut sumber Berita Harian, 4 daripada 10 orang
dewasa yang melebihi 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau lebih
berat badan (obesiti). Sehubungan itu, pengambilan makanan seimbang akan menjadikan
tubuh badan kita tidak terlalu gemuk dan mudah menjalankan aktiviti-aktiviti harian.
Masalah obesiti juga dapat diatasi.

Konklusifnya, kita perlu mengambil makanan seimbang demi kesihatan dan


kesejahteraan hidup kita. Pemakanan yang baik ini bukan sahaja akan memberi kesan positif
kepada individu, malah masyarakat dan negara. Tepuk dada tanya selera

Anda mungkin juga menyukai