Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

HARI KOKURIKULUM 2017


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BOYAN
34000 TAIPING PERAK

RASIONAL

Hari Kokurikulum 2017 SK Kampung Boyan ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan
murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid
sebagai insan yang seimbang dan harmonis. Program ini juga turut melibatkan semua murid
dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

MATLAMAT

Hari Kokurikulum 2016 SK Kebangsaan Kampung Boyan ini bertujuan untuk menarik minat
murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang
berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan selaras dengan
misi sekolah dalam memberikan pendidikan berkualiti yang menyeluruh ke arah membentuk
pelajar berilmu dan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh
dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1M1S yang baru diperkenalkan.

OBJEKTIF

Meningkatkan kebolehan, kemahiran dan bakat murid.


Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan dalam diri murid-murid.
Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya
tahan murid.
Guru dapat mengenal pasti murid yang berpontensi dan berbakat dalam bidang
sukan.
Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani,
rohani, emosi dan intelektual.
Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi
arahan.
TARIKH
28 dan 29 Oktober 2017 SABTU DAN AHAD

MASA
Lapor diri 7.30 pagi Sabtu
Bersurai 11.00 pagi Ahad

TEMPAT
SK Kampung Boyan

KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 4, 5 dan 6

STRATEGI PELAKSANAAN

Penubuhan Jawatankuasa Hari Kokurikulum.


Mengadakan taklimat / mesyuarat menentukan tempat, masa dan tugas untuk
memastikan aktiviti karnival berjalan dengan lancar.
Menyediakan borang penyertaan.
Menyediakan hadiah-hadiah untuk pemenang.
Memberikan taklimat dan jadual pertandingan kepada murid, guru dan staf terbabit.
Menyediakan peralatan pertandingan.

JAWATANKUASA KERJA HARI KOKURILUKUM 2016


Penasihat : En Fezarudin Bin Mahamudin (Guru Besar)
Pengerusi : En Ahzizul Anuar bin Mohd Nordin (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Zam Azlin Binti Md. Yusuf (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn Nursalalida@Azah Binti Hasmi (PK HEM)
Kem Komandan : En Rashidi Bin Mohd Rashid
Setiausaha : Pn Nor Faieza Binti Mohd Fazli

Bil AJK BIDANG TUGAS


1 BUKU PROGRAM
En Mohd Izani bin Mat Nawi Menyediakan buku program.
Mengedarkan kepada semua guru.

2 PENGACARA Mengacara Majlis semasa perasmian dan


penutup.
Pn Norizan bt Dalmizi Memastikan majlis bermula dan berakhir
seperti yang dijadualkan.

3 BACKDROP / PERSIAPAN PENTAS


Pn Khuzaimah bt Md Noh Menyediakan backdrop dan persiapan
Pn Nur Suraya bt Mohamad pentas yang bertemakan Hari Kokurikulum
Pn Bamavathy a/p Marimuthu dengan kreatif.
Mengemas kembali backdrop dan pentas
selepas majlis selesai.

4 PERSIAPAN TEMPAT dan KEBERSIHAN


En Mohd Razif bin Khalid Menyediakan tempat duduk murid, guru
Dibantu oleh pekerja swasta dan pentadbir.
Memastikan semua peralatan dikemas
semula setelah digunakan.

5 JURUGAMBAR , DOKUMENTASI &


LAPORAN Mengambil gambar sepanjang aktiviti
En Muhammad Farhan bin Saidin berlangsung.
Membuat laporan setelah selesai program.

6 HADIAH
Pn Hjh Hasni bt Hasan Menyediakan hadiah bagi setiap
Pn Siti Suhainie bt Sahrudin pertandingan yang diadakan
Pn Zainab bt Fakhuradzi

7 PA SISTEM Memastikan Healer(pembesar suara)


En Muhamad Azli bin Abd Aziz berfungsi untuk digunakan dipadang.
En Mohd Faidz bin Ibrahim Memastikan PA sistem berfungsi dengan
baik semasa majlis berlangsung.

9 PENYELARAS AKTIVITI
(UNIT BERUNIFORM) Merancang bersama guru penyelaras Unit
Pn Sivajothimalar a/p Muthusamy Beruniform tentang aktiviti / pertandingan
Pn Hasimah bt Ahmad yang akan dijalankan.
Pn Norma binti Hussin Menyenaraikan keperluan aktiviti dan
Pn Rohani binti Badaruddin memaklumkan awal kepada Setiausaha untuk
Pn Khuzaimah binti Mohd Noh tindakan lanjut.

10 PENYELARAS AKTIVITI
(PERSATUAN & KELAB) Merancang bersama guru penyelaras
Pn Norizan bt Dalmizi Persatuan dan Kelab tentang aktiviti /
Pn Raniswary a/p Narasuman pertandingan yang akan dijalankan.
Pn Noor Mila binti Mehat Menyenaraikan keperluan aktiviti dan
En Mohd Izani bin Mat Nawi memaklumkan awal kepada Setiausaha untuk
En Mohd Tarmizi bin Ismail tindakan lanjut.

TENTATIF PROGRAM

7.30 ~ 8.00 pagi MENGAMBIL KEHADIRAN MURID


PEMBAHAGIAN KUMPULAN
8.00 ~ 8.30 pagi AEROBIC
8.30 ~ 10.00 pagi ORIENTEERING & LARIAN KOMANDO
10.00 ~ 10.30 pagi REHAT
10.30 ~ 12.00 tgh hari PERTANDINGAN KHEMAH DAN GAJET
PERTANDINGAN MEMASAK / IKHTIAR HIDUP
12.00 ~ 1.00 petang REHAT
1.00 ~ 2.00 petang BERSIHKAN DIRI & SOLAT ZOHOR
2.00 ~ 3.00 petang KAWAD KAKI
3.00 ~ 4.30 petang PERTANDINGAN KAWAD KAKI
4.30 ~ 5.00 petang SOLAT ASAR
5.00 ~ 6.30 petang LDK
6.30 ~ 7.30 petang BERSIHKAN DIRI & SOLAT MAGHRIB
7.30 ~ 8.30 malam TAZKIRAH & SOLAT ISYA'
8.30 ~ 9.00 malam MAKAN MALAM
9.00 ~ 11.00 malam MALAM KEBUDAYAAN
11.00 malam TIDUR

29 OKTOBER 2017 AHAD

5.30 pagi BERSIHKAN DIRI


5.55 ~ 7.00 pagi SOLAT SUBUH & TAZKIRAH
7.30 ~ 8.00 pagi AEROBIC
8.00 ~ 8.30 pagi SARAPAN PAGI
8.30 ~ 10.00 pagi AKTIVITI SAYANG SI BUTA
10.00 ~ 11.00 pagi MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH
BERSURAI

PERINCIAN AKTIVITI

1.) Larian Komando


- Larian berhalangan - peserta akan berhadapan dengan beberapa halangan
sepanjang aktiviti yang dijalankan.
Objektif
I. Menerapkan sikap kerjasama dalam kumpulan.
II. Menguji ketahanan mental dan fizikal peserta
III. Membina keyakinan serta tidak mengenal erti putus asa.

2.) Orienteering
- Aktiviti ini berbentuk pengembaraan yang mana peserta perlu melengkapkan
tugasan yang diberi semasa pengembaraan dibuat. Aktiviti ini banyak tertumpu
pada pemahaman peserta dalam penggunaan kompas dan peta.

Objektif.
I. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri.
II. Bekerjasama dan menghormati pemdapat di antara satu sama lain.
III. Menguji ketahanan mental
IV. Dapat membuat keputusan dengan bijaksana dalam menyelesaikan
tugasan yang diberi.

3.) Sayang Si Buta (Burung Pungguk)

-Aktiviti ini memberikan kesedaran kepada peserta tentang pentingnya kesempurnaan


pancaindera serta menjaganya.
I. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
II. Menghargai dan bersyukur kepada Allah di atas kesempurnaan
pancaindera yang ada pada diri.
III. Menghormati dan menolong orang yang memerlukan.
IV. Ada perasaan belas ihsan terhadap sesama manusia.

4.) Kawad kaki


-Aktiviti ini menekan aspek disiplin, kerjasama dan keseragaman dalam kumpulan. Ia
adalah latihan / aktiviti yang mesti ada dalam setiap unit beruniform.

I. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri.


II. Memupuk kerjasama, disiplin dan keseragaman dalam kumpulan dan diri
peserta.
III. Melahirkan pelajar yang berketrampilan, cekap dan berdaya saing.

5) Pertandingan Khemah & Rekacipta Gajet


-Kekemasan, kebersihan, disiplin.

6) Pertandingan Memasak
-Survival, kekemasan, kebersihan, penggunaan bahan-bahan semulajadi.
7) Malam kebudayaan
-aktiviti kebudayaan murid.

FORMAT PERTANDINGAN

Bil Permainan SKOR Bilangan Peserta


1 ORIENTEERING & LARIAN
MARKAH SAHSIAH INDIVIDU
KOMANDO
2 PERTANDINGAN KHEMAH &
MARKAH TERTINGGI KUMPULAN
GAJET
3 IKHTIAR HIDUP MARKAH TERTINGGI KUMPULAN
4 KAWAD KAKI MARKAH TERTINGGI KUMPULAN
5 RAWATAN KECEMASAN MARKAH SAHSIAH INDIVIDU

PERBELANJAAN & HADIAH

Jumlah
Bil Perkara Kedudukan Nilai Keseluruhan
(RM)
Makan murid RM 3.00 X 2 X RM888.00
Sarapan 148
1
Makan tengah hari RM 6.00 X 148 RM888.00
Makan malam RM 6.00 X 148 RM 888.00
Johan RM 50.00 X 3 RM 150.00
Naib johan RM40.00 X 3 RM 120.00
2 Hadiah Ketiga RM30.00 X 3 RM 90.00
Sahsiah (L) RM30.00 X 1 RM 30.00
Sahsiah (P) RM30.00 X 1 RM 30.00

3 Barang runcit RM 100.00

JUMLAH RM 3184.00

JUMLAH KESELURUHAN : = RM 3184.00

Disediakan oleh, Disemak oleh,

NOR FAIEZA BINTI MOHD FAZLI EN AHZIZUL ANUAR BIN MOHD


NORDIN
SETIAUSAHA KOKURIKULUM PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SK KAMPUNG BOYAN 2017 SK KAMPUNG BOYAN

Disahkan oleh,

EN FEZARUDIN BIN MAHAMUDIN


GURU BESAR
SK KAMPUNG BOYAN

Anda mungkin juga menyukai