Anda di halaman 1dari 12

PEJABAT PELAJARAN WILAYAH SENTUL

SET LONJAKAN SEJARAH

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017

SET 1
1 Apakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan
Islam ?
A Kebebasan mengamalkan sebarang agama
B Kemajuan pesat dalam bidang ekonomi
C Kesejahteraan semua lapisan rakyat
D Ketinggian tatasusila masyarakat

2 Masyarakat dalam Tamadun Indus ( 2000 sebelum Masihi ) berjaya membina bandar
terancang tertua di dunia.
Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang
adalah disebabkan oleh
I Amalan sikap terbuka
II Pertembungan dengan budaya lain
III Perluasan wilayah pemerintahan
IV Kejayaan kegiatan penjelajahan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3 Anda sebagai seorang anak petani di China pada zaman Dinasti Han.
Bagaimanakah anda dapat mengubah status sosial anda?
A Memajukan perniagaan
B Memiliki tanah yang luas
C Menyertai pasukan tentera tetap
D Meningkatkan pencapaian pendidikan

4 Jadual 1 berkaitan dengan tokoh yang telah menyumbang dalam perkembangan


tamadun.
Tokoh Tamadun
Julius Caesar Rom
Chandragupta Maurya India
Apakah sumbangan mereka?
A Membentuk empayar pemerintahan
B Memperkenalkan pemerintahan monarki
C Mengasaskan pemerintahan secara birokrasi
D Melaksanakan pemerintahan republik

1
5 Gambar 1 ialah Gunung Jerai di Kedah.

Apakah kepentingan gunung tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua ?


A Memudahkan kedatangan pedagang
B Simbol penguasaan alam semesta
C Lambang kekuatan pemerintah
D Benteng pertahanan negeri

6 Dalam kerajaan awal Asia Tenggara, rakyat biasa takut untuk menderhaka kepada
raja.
Mengapakah mereka bersikap demikian ?
A Raja menguasai empayar
B Raja menjadi ketua pendeta
C Raja adalah bayangan tuhan
D Raja memiliki kekuatan tentera

7 Pada 6 Ogos 610 Masihi, bersamaan 17 Ramadhan, Nabi Muhammad SAW


menerima wahyu yang pertama. Apakah kesan peristiwa tersebut ?
A Penyebaran agama Islam
B Kemunculan kerajaan baharu Islam
C Penentangan orang Arab Quraisy terhadap Islam
D Pemisahan antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam

8 Peperangan al-Basus yang berlaku pada Zaman Jahiliah menunjukkan masyarakat


Arab mementingkan
A Agama
B Darjat
C Puak
D Kawasan

9 Tokoh berikut telah memberi sumbangan dalam perkembangan Islam.

Abdullah bin Arqat

Apakah sumbangan tokoh tersebut?


A Mengawal keselamatan
B Menjadi petunjuk jalan
C Menyiasat pergerakan musuh
D Menyebarkan agama Islam

2
10 Rajah 1 menunjukkan syarat Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani antara Nabi
Muhammad SAW dengan masyarakat Quraisy Makkah pada tahun 628 Masihi
(6 Hijrah).

Syarat Pertama Mengadakan gencatan


Perjanjian Hudaibiyah senjata selama 10 tahun

Rajah 1
Apakah kesan perjanjian tersebut ?
A Penghijrahan penduduk berkurangan
B Pertambahan wilayah jajahan
C Perluasan penyebaran Islam
D Pengukuhan angkatan tentera

11 Dasar sosial Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat
orang Kristian di Eropah untuk memeluk Islam.
Apakah aspek yang ditekankan dalam dasar tersebut?
A Warisan Bangsa
B Jurai keturunan
C Pengumpulan kekayaan
D Kecemerlangan individu

12 Antara berikut yang manakah termasuk dalam golongan al-Riddah yang muncul
selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW?
I Menjadi ketua khalifah
II Memerangi pemberontakan
III Mengaku sebagai khalifah
IV Mengingkari pembayaran zakat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13 Apakah bukti yang dikemukakan oleh S.Q. Fatimi tentang teori kedatangan islam ke
Asia Tenggara?
A Kewujudan kampung
B Penemuan batu nisan
C Perpindahan pedagang
D Persamaan bahan penulisan

14 Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah mengubah sistem pemerintahan dan


pentadbiran. Apakah bukti pernyataan di atas ?
I Wazir dilantik mentadbir wilayah
II Institusi kesultanan diperkenalkan
III Undang-undang syariah dilaksanakan

3
IV Jawatan tradisional dimansuhkan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Rajah 2 menerangkan tentang kaedah pendidikan dalam masyarakat Melayu


tradisional.

Penceritaan lisan
Pendidikan tidak
Pembelajaran pantang-larang
formal
X

Apakah X?
A Menerusi pantun
B Mengadap guru
C Pembacaan kitab
D Pengajian sekolah pondok

16 Jadual berikut berkaitaan dengan tokoh ulama yang terdapat di negara


kita.

Tokoh Ulama Negeri


Tuk Pulai Condong Kelantan
Tuk Ku Pulau Manis Terengganu

Apakah peranan tokoh ulama tersebut ?


A Menasihati sultan
B Mengawal adat istiadat
C Menguatkuasa undang-undang
D Mengetuai pentadbiran wilayah

17 Gambar menunjukkan suasana penjualan surat pengampunan ( indulgences )

4
di Eropah pada abad ke -16.

Mengapakah Marthin Luther menentang penjualan surat pengampunan


Atersebut
Menjejaskan kedudukan bangsawan
B Menyekat perkembangan ekonomi
C Menghalang kemajuan pendidikan
D Menggugat kesucian ajaran agama

18 Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani oleh Sepanyol dan Portugal pada


tahun 1949. Apakah kesan perjanjian tersebut?
A Pengukuhan institusi gereja
B Pewujudan kerjasama ketenteraan
C Perkongsian pelabuhan di Timur
D Pembahagian kawasan penjelajahan

19 Jadual 2 menunjukkan peningkatan nilai eksport getah di Tanah Melayu pada


awal abad ke-20.

Tahun Nilai Eksport ( dalam Pound


Sterling )
1932 9 077 000
1933 14 253 000
1934 32 557 000

Mengapakah peningkatan nilai eksport tersebut berlaku ?


A Kemunculan teknologi moden
B Kerjasama negara pengeluar
C Permintaan dunia bertambah
D Penglibatan pekebun kecil

20

5
Gambar menunjukkan pekebun sedang mengusahakan kebun buah-buahan.
Apakah yang perlu Encik Rahman lakukan jika beliau berhasrat membuka
kebun buah-buahan semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu.
A Mendapatkan sokongan sultan
B Membeli daripada pembesar melayu
C Membuat permohonan dipejabat tanah
D Menjelaskan cukai yang ditetapkan kepada residen

21 British telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu. Mengapakah


sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?
A Kegiatan ekonomi tradisional terjejas
B Pengaruh golongan agama merosot
C Pemimpin kehilangan kuasa
D Tanah peribumi dirampas

22 Jadual 2 menerangkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di


Thailand pada abad ke-19.

Tokoh Perubahan yang dibuat

Raja Mongkut Melantik 80 orang penasihat British

Raja Chulalongkorn Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah

Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?


A Memperkukuhkan sistem pemerintahan beraja
B Memantapkan pentadbiran kerajaan
C Memelihara kedaulatan negara
D Memenuhi tuntutan rakyat

23 Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong,
Terengganu menentang British.
Mengapakah penentangan tersebut dilakukan?
A Pengenalan pendidikan sekular
B Pengenalan peraturan tanah
C Perlucutan jawatan pembesar
D Pembunuhan penduduk tempatan
24 Andaikan anda seorang pembesar tempatan di Pasir Salak, Perak semasa British

6
memperkenalkan pentadbiran Barat.
Mengapakah anda menentang British?
I Hilang kawasan pegangan
II Peraturan membuka tanah baru
III Larangan memungut hasil hutan
IV Campur tangan dalam adat resam
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

25 Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara


Woodrow Wilson.
Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?
A Sistem monarki dipulihkan
B Amalan realpolitik diharamkan
C Rakyat disatukan berdasarkan agama
D Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa

26 Apakah kesan kepada negara sekiranya realpolitik dilaksanakan pada hari


ini?
A Menggalakkan kerjasama
B Mencetuskan peperangan
C Menyatupadukan penduduk
D Membangkitkan semangat rakyat

27 Sebagai rakyat yang cinta akan negara, mengapakah anda menentang Malayan
Union?
A Mempertahankan tamadun bangsa
B Melemahkan golongan radikal
C Meningkatkan kos pentadbiran
D Kesukaran mendapatkan kerakyatan

28 Gambar menunjukkan demonstrasi orang Melayu Sarawak pada tahun 1949.

Mengapakah orang Melayu Sarawak bertindak sedemikian?


A Pembentukan kerajaan sendiri
B Pergerakan politik semakin radikal
C Penentangan terhadap sistem residen
D Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British

7
29 Gambar nenunjukkan Dato' Onn bin Jaafar.

Apakah cadangan beliau untuk menyatupadukan penduduk Tanah Melayu sebelum


merdeka?
A Membuka keahlian UMNO kepada semua kaum
B Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan
C Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
D Membentuk Parti Perikatan

30 Antara yang berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1957?
I Melalui permohonan
II Kuat kuasa undang-undang
III Perkenan Raja-Raja Melayu
IV Kelulusan Dewan Undangan Negeri
A I dan II
B I dan IV
C II dn III
D III dan IV

31 Jadual menerangkan tentang hubungan tegang antara Malaysia dengan


Indonesia.
Tarikh 20 Januari 1963
Peristiwa Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia
Dasar Ganyang Malaysia

Bagaimanakah dasar tersebut dilaksanakan?


A Kerjasama dengan tentera Komanwel
B Pencerobohan ruang udara Tanah Melayu
C Serangan melalui Kelantan, Terengganu dan Pahang
D Melakukan tangkapan terhadap penduduk Tanah Melayu

8
32 Apakah hak keistimewaan yang diperoleh Sarawak dan Sabah apabila menyertai
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963?
A Menentukan agama rasmi negara
B Mengawal hal ehwal imigresen
C Menentukan dasar luar negeri
D Mengawal sumber kewangan negeri

33 Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak memastikan pilihan raya yang


diadakan di Malaysia adil dan telus ?
A Menyediakan jadual awal berkempen bagi calon
B Menetapkan manifesto parti politik yang bertanding
C Membenarkan pengundi berdaftar sahaja layak mengundi
D Melarang pemerhati dari luar negara memantau pengundian

34 Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15
untuk tempoh lima tahun bermula 13 Disember 2016.

Bagaimanakah pemilihan Yang Dipertuan Agong dilakukan?


A Warisan
B Pengiliran
C Pilihan raya
D Musyawarah

35 Pada tahun 1958, Pak Abu ingin mengusahakan tanaman pisang secara kecil-kecilan,
tetapi tidak mempunyai sumber modal yang cukup.
Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah agensi kerajaan yang boleh membantu
Pak Abu?
A Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
B Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
C Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
D Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

9
36 Maklumat berikut menunjukkan prinsip Rukun Negara.

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undan
Kesopanan dan kesusilaan

Mengapakah rakyat Malaysia harus menguasai prinsip Rukun Negara tersebut?


A Mengatasi masalah kemiskinan
B Mengukuhkan perpaduan rakyat
C Memartabatkan bahasa kebangsaan
D Meningkatkan kemajuan ekonomi negara

37 Dasar berikut memberi sumbangan ke arah mencapai Wawasan 2020.

Dasar Bahasa Kebangsaan


Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan

Apakah sumbangan dasar tersebut?


A Mewujudkan integrasi kaum
B Meningkatkan taraf hidup rakyat
C Menjamin kecemerlangan negara
D Membina masyarakat berdaya saing

38 Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918.
Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut ?
A Menguji senjata
B Permintaan Britain
C Mempertahankan Serbia
D Menyekat ideologi komunis

39 Malaysia menentang dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.


Apakah tindakan Malaysia terhadap negara tersebut?
A Menamatkan perlindungan politik

10
B Menghalang hubungan perdagangan
C Memutuskan hubungan diplomatik
D Menyekat bantuan kemanusiaan

40 Peta 1 menunjukkan kawasan Koridor Raya Multimedia.

Mengapakah kerajaan mewujudkan koridor tersebut?


A Membangunkan wilayah pembangunan baru
B Mewujudkan keseimbangan ekonomi
C Merancakkan perkembangan perindustrian
D Membentuk masyarakat yang bermaklumat

SOALAN PEPERIKSAAN TAMAT

PETA DAKAP

11
12

Anda mungkin juga menyukai