Anda di halaman 1dari 9

FAKULTI:

PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER/TAHUN:

JANUARI 2013

KOD KURSUS

HBEF 3503

TAJUK KURSUS

T1A1

NAMA: MOHD RIZAL BIN RAMLI

NO MATRIKS: 800621065209001

NO KAD PENGENALAN: 800621-06-5209

NO TELEFON: 0103169287

EMAIL: mohdrizal_ramli@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN: PAHANG LEARNING CENTRE


PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu.
Ia terletak di kawasan yang strategik iaitu di laluan perdagangan yang cukup sibuk pada masa
dahulu yang mana jalan utamanya adalah melalui Laut China Selatan. Salah satu cirri
keistimewaan dan keunikan negara Malaysia ialah, ia didiami oleh pelbagai kaum mahupun
etnik dengan aman dan harmoni tanpa mengambil kira perbezaan warna kulit mahupun
kepercayaan dan agama. Di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia adalah seperti
Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-laian lagi.

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai amalan dan kebudayaan turut


diamalkan mengikut kepercayaan dan anutan agama masing-masing. Bagi masayarakat
Melayu, mereka lazimnya dikaitkan dengan amalan yang berteraskan ajaran agama Islam
seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa, Hari Raya Aidiladha atau lebih
dikenali dengan Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Korban. Manakala bagi kaum India pula,
mereka meraikan sambutan Hari Deepavali dan kaum Cina pula meraikan sambutan Tahun
Baru Cina dan Perayaan Kuih Bulan. Bagi kaum-kaum yang terdapat di Sarawak pula
khususnya masyarakat Dayak iaitu kaum Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi, mereka meraikan
sambutan Gawai Dayak dan masyarakat di Sabah pula meraikan sambutan Pesta Menuai.

Dalam kajian ini, saya memilih perayaan yang disambut dan diraikan oleh kaum Cina
iaitu perayaan Tahun Baru Cina. Tujuan saya memilih perayaan atau sambutan Tahun Baru
Cina ini adalah untuk mengetahui dengan lebih dalam lagi tentang sambutan ini dan juga
untuk memahami dengan lebih terperinci tentang adat resam masyarakat kaum Cina yang
terdapat di negara Malaysia ini.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling istimewa dan penting bagi kaum
Cina di seluruh dunia, khususnya di Malaysia. Perayaan ini disambut pada hari dan bulan
pertama mengikut Kalendar Lunar Cina. Masyarakat Cina menyambutnya secara besar-
besaran selama lima belas hari.

Bagi mereka, Tahun Baru Cina merupakan lambang titik permulaan dalam
menentukan nasib dan kehidupan seseorang sepanjang tahun tersebut. Selain itu, mereka juga
beranggapan bahawa usia mereka turut bertambah setahun lagi pada hari tersebut.
LATAR BELAKANG DAN SEJARAH

Kebiasaannya kita hanya mengetahui bahawa sambutan tahun baru bagi kaum Cina
adalah Tahun Baru Cina sahaja. Namun, sebenarnya sambutan ini juga turut dikenali sebagai
Festival Musim Bunga. Ia dirai dan dirayakan selama lima belas hari sehinggalah hari yang
ke lima belas itu, iaitu hari yang terakhir diraikan pula dengan Chap Goh Meh.

Selain itu, menurut lagenda kaum Cina, Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu
tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas atau rasaksa yang membuat huru-hara di Tanah
Besar China pada setiap tahun. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan
kesengsaraan. Makhluk atau rasaksa ini digelar sebagai Nian iaitu bermaksud tahun.
Rasaksa tersebut memusnahkan segala harta benda termasuk juga nyawa manusia.

Bagi menghalang peristiwa dan kejadian tersebut berterusan, mereka mencari ikhtiar
untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan
melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan
malam. Selain itu, rasaksa tersebut tidak datang lagi apabila Tarian Singa dimainkan dengan
diiringi paluan gendang dan gong yang kuat.

Pada keesokkan paginya, mereka keluar dari rumah masing-masing sambil


bersalaman dan mengucapkan tahniah kerana terselamat daripada ancaman Nian. Mereka
juga turut menyembah dewa-dewa dan roh-roh nenek moyang mereka sebagai tanda
kesyukuran kerana melindungi mereka daripada serangan Nian. Sejak daripada peristiwa
tersebut, maka Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran sehingga ke hari ini.
KALENDAR LUNAR CINA DAN KEPERCAYAAN

Ahli Astrologi Cina telah menetapkan Kalendar Lunar Cina sekitar tahun 300 SM di
era pemerintahan Maharaja Yao. Calendar Lunar Cina ini dibuat untuk menyatukan musim
menanam dan musim menuai para petani. Ia dibentuk berdasarkan fasa bentuk bulan yang
kelihatan pada suatu ketika iaitu di penghujung musim sejuk dan menjelang musim bunga
iaitu sekitar pertengahan bulan Januari dan pertengahan bulan Februari.

Kalendar Lunar Cina dibuat berdasarkan 12 ekor binatang yang menjadi simbol
tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha
telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi yang hadir cuma 12 ekor
binatang sahaja . Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha mengikut giliran
mereka menghadap Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet,
harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa
mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang
tersebut.

Zodiak Cina yang berteraskan kepada dua belas haiwan ini, melengkapkan satu
pusingan bagi dua belas tahun Kalendar Lunar Cina. Tahun yang berasaskan haiwan ini
begitu banyak kaitan dan pengaruh dalam kepercayaan kaum Cina dalam menentukan
kehidupan dan nasib sepanjang tahun. Ia turut mempengaruhi tindakan tindakan yang akan
dilakukan oleh seseorang agar dapat menjauhkan diri daripada ditimpa kecelakaan dan
sentiasa pula beroleh kekayaan dan kesejahteraan dalam hidup.
HARI-HARI SEBELUM TAHUN BARU CINA

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah


mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib
malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah
mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam
sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Rumah
pula dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran
dalam bahasa Cina( chun lian ).
Manakala Ang pau, bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan
pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan kehormatan.

MALAM TAHUN BARU CINA

Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di
rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini merupakan sebagai satu simbol eratnya
ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam
pada malam tahun baru ini kebiasaannya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang,
sup, taukua, ikan, khinzir, yu shang, tiram berkicap dan lapan jenis sayuran yang dimakan
bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara shou sui ,
yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan
dihabiskan dengan bermain mah jong sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara
ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan
sambutan tahun baru bermula.

HARI PERTAMA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Hari pertama merupakan hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari
diri daripada memakan daging pada hari ini kerana mereka mempercayai amalan ini akan
melanjutkan usia mereka. Perkara yang paling penting untuk dilakukan pada hari pertama
Tahun Baru Cina ialah semua ahli keluarga menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga
paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Selain itu, terdapat juga keluarga yang mengundang pasukan tarian singa sebagai
upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari
rumah. Di samping itu, ucapan Kong Hee Fatt Choy akan diucapkan sesama penganut. Ia
membawa maksud semoga tahun ini akan membawa kebaikan. Tetamu mula berkunjung
membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ang pow
diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
.
PAKAIAN, MAKANAN DAN HIASAN

Memakai pakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun
Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.
Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan
permulaan baru pada tahun baru.Bagi makanan pula, Limau mandarin merupakan buah-
buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi
masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk membuang sial. Manakala
buah limau mandarin itu pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

Selain itu, Kuih bakul merupakan kuih yang paling laris dan begitu banyak didapati di
semua tempat dan di mana-mana sahaja. Mee-mee pula dihidangkan tanpa dipotong,
melambangkan panjang hayat. Namun, amalan ini tidak hanya terhad kepada sambutan tahun
baru sahaja tetapi menjadi amalan di dalam kehidupan seharian mereka.

Hiasan bunga juga merupakan salah satu aspek yang dititikberatkan oleh masyarakat
Cina semasa menyambut Tahun Baru Cina. Hiasan berikut merupakan hiasan bunga yang
paling mudah didapati dan sering dijual pada Tahun Baru. Menurut kepercayaan mereka juga,
setiap bunga memiliki maksud tertentu. Sebagai contohnya, bunga Plum melambangkan tuah.
Bunga Kumkuat pula melambangkan kemakmuran. Bunga kekwa pula melambangkan
panjang umur. Manakala

bunga Matahari bermaksud tahun yang elok.

Masyarakat Cina juga sering meletakkan perhiasan berupa gambar ikan . Ikan
melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki
tahun.

HARI KEDUA PERAYAAN TAHUN BARU CINA DAN SELEPASNYA

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun ki nin memperlihatkan
anak perempuan yang telah berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut
tradisi, anak perempuan yang telah berkahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi
keluarga kandung sendiri.

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk
menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut, iaitu hari ini dikenali sebagai "mulut
merah" (ch ku), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam
pergaduhan. Oleh itu, menurut kepercayaan mereka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-
menziarahi, sebaliknya hanya tinggal di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian
ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai
tanda penghormatan kepada si mati. Manakala bagi sesetengah penganut agama Buddha
percaya bahawa hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (rn r), iaitu hari yang mana usia
setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Pada hari ini,
salad ikan mentah lambung (yee sang) dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk
melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan
dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di
rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum
Cina di tempat lain selain rantau tersebut.

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah
Maharaja Jed di Kayangan (tin gng) di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini
dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari
kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut.
Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku
Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Manakala Teh dituang sebagai
adat bagi menghormati orang ternama.

Pada hari kelima belas ini merupakan hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang
diraikan sebagai Chap Goh Mei (Yunxio ji). Tngyun ialah sejenis makanan Cina yang
diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk
membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan
boleh dimasak sama ada dengan inti atau tanpa inti.

Selain itu, di sesetengah tempat hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan
Tanglung. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga
disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti
utama pada hari perayaan itu. Antara acara yang mesti dijalankan pada perayaan ini pula
ialah menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu pada malam harinya. Mengapa
memasang lampu-lampu pada Hari Cap Goh Mei?

Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada
ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan
15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng
memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di
tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini. Lampu-lampu
tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung,
bangunan, orang, buaya, burung dan binatang. Pada zaman kini, di bantu oleh teknologi
moden, kebanyakan lampu tersebut diperbuat dari gentian optik dan laser. Manakala kawalan
bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu yang berwarna-warni.

Pakaian Tradisional Kaum Cina Sempena Tahun Baru Cina


Jubah Labuh Cheong Sam

Pakaian Jubah Labuh merupakan satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh
lelaki Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China
menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang
emas dan perak.

Pakaian tradisional yang terkenal dalam kalangan wanita kaum Cina ialah Cheong
Sam. Cheong Sam diperkenalkan semenjak revolusi Negara China pada tahun 1911 dan ia
membawa maksud baju labuh dalam dialek kantonis. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-
kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm
sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Lazimnya, Cheong Sam
mempunyai leher yang tinggi, butang pada bahagian bahu, bentuk yang sendat pada pinggang
dan belahan di kiri dan kanan kain. Cheong Sam biasanya diperbuat daripada kain sutera,
satin dan lain-lain jenis kain lembut. Cheong Sam merupakan baju yang angggun serta sering
dilihat pada hari ini semperna Tahun Baru Cina.

Anda mungkin juga menyukai