Anda di halaman 1dari 6

Istiadat Lingkungan Tunas

Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan penanda ditengah-tengah
kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya tema haiwan,
kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk
masuk satu persatu.

Arahan: Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan kumpulan......

Respon: Kumpulan Kesidang masuk seperti arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dan
kemudian berdiri dalam lingkungan besar (yang akan terbentuk setelah enam kumpulan mengambil
tempat).

Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegang tangan dan
berskip ke kiri sambil menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan
dan menyanyikan lagi PP Tunas.Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang
menarik bagi ahli membentuk satu lingkungan besar.

Masuk secara rekaan Tema kenderaan Tema haiwan

Skip ke kiri Skip ke kanan Kumpulan berenam

Sumber dari: https://www.scribd.com/presentation/120063434/HORMAT-KEPANDUAN


Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan humming
lagu kumpulan na na na na..... . Ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil disekeliling
penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan.
Setelah selesai ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan
besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli
sekali lagi humming lagu kumpulan.

2.5: Kedudukan ahli baru dalam lingkungan

Setelah selesai ke enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua ahli pegang
tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai dan menyanyikan
lagu PP Tunas. Setelah selesai menyanyikan lagu PP Tunas dan berskip, semua ahli
berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak.

Pemimpin: Sebut perkataan T.O.S sekali

Ahli: Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali . Setelah selesai
serentak turunkan tangan.

Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti menyampaikan maklumat, memeriksa


kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh
ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna dalam dalam kuda.

Sumber dari: https://www.scribd.com/presentation/120063434/HORMAT-KEPANDUAN


Istiadat Lingkungan Tunas bersama ahli baharu

Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli


baharu akan masuk ke tengah penant dan duduk bertinggung.
Setelah selesai semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri
berpegang tangan dan menyanyikan lagu ahli baharu sambil skip ke kiri dan
kanan.
Ahli baharu akan skip ke kumpulan berenam mereka.
Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu PP Tunas.

Penutupan perjumpaan mingguan

Di akhir perjumpaan semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan


menyanyikan laguLonceng PP Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup
perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan
besar. Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Lonceng. Ahli boleh keluar
dari lingkungan menggunakan rekaan masing-masing. Pemimpin boleh memberi
arahan keluar baris dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli keluar baris
boleh dibuat juga secara rekaan.

Sumber dari: https://www.scribd.com/presentation/120063434/HORMAT-KEPANDUAN


Istiadat Pow Wow

Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi,
membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow wow dikendalikan oleh pemimpin.

Cara melaksanakan

Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberi respon
dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali.seterusnya, ahli-ahliakan
berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut. Pemimpin akan memberi arahan
kepada ahli sekiranya ahli ingin memberi pendapat, letak tangan atas telinga seperti arnab
(3 jari). Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan dibelakang dan tunjukkan isyarat
seperti gengam jari (tidak setuju) / buka gengaman (setuju). Pemimpin boleh bergerak
mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai pow wow semua ahli boleh
berdiri dan bersurai.

Istiadat Hormat Besar

Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan
orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakan semasa ahli dalam bentuk lingkungan. Semua ahli
berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletak di bawah dagu seperti kuntum bunga yang belum
berkembang.Tetamu akan masuk ke lingkungan di bawa oleh ahli lain. Pemimpin boleh
memberi que dan ahli serentak beraksi menggayakan kuntum bunga yang tertutup beransur-
ansur berkembang. Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk tangan di atas
bahu kiri empat kali sambil mengucap selamat datang . Kemudian bertepuk tangan di atas
bahu kanan empat kali dan menyebut selamat datang . Semua ahli berdiri tegak dan
memberi isyarat hormat sambil memberi senyuman Ahli boleh menyanyikan lagu Selamat
Datang.

Tetamu disambut oleh ahli dalm lingkungan kecil


Senarai rujukan
Amzan Abd. Malek dan Harizan Hamsah A. (2007). Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Robert_Baden-Powell
http://www.panduputeri.org.my/
https://id.wikipedia.org/wiki/Olave_Baden-Powell
https://id.wikipedia.org/wiki/Agnes_Baden-Powell
https://www.scribd.com/doc/90008572/Sejarah-Penubuhan-Pandu-Puteri-Malaysia sejarah
di malaysia
file:///C:/Users/User/Downloads/82530363-pandu-puteri.pdf istiadadt
https://www.scribd.com/document/348795848/1-Perlembagaan-Persatuan-Pandu-Puteri-
Malaysia
https://www.scribd.com/doc/62248850/hormat-pandu-pteri
https://www.slideshare.net/maslamah/panduan-mengisi-buku-log
2.5 Istiadat-istiadat rasmi Persatuan Pandu Puteri

Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).


Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri
yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap
ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia
merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang
lain.

Gambar 2.5.1: Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).

Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya,


Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa
dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan
dan taklimat (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut)
Kapten memberikan arahan selanjutnya:

Kapten: Pasukan, keluar baris!

(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri,
rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda).

Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik:

Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli)


3 orang bagi Pasukan Panji-Panji
1 orang pembaca doa
1 orang penyampai kata-kata hikmat

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu
Puteri Ranjer

(Amzan Abd. Malek & Harizan Hamsah. A, 2007)