Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOHN, BAU,

c/o PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAU


JALAN TASIK BIRU
94000,BAU.

Rujukan Kami :
Tarikh : 21 FEBRUARI 2017
Kepada:
..
Tuan / Puan
MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1 / 2017
Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Tuan / Puan dengan ini dijemput ke mesyuarat di atas yang akan diadakan sebagaimana berikut :
Tarikh : 28 Februari 2017 ( Selasa )
Jam : 12.35 tgh
Tempat : BILIK GURU SK ST JOHN BAU

3. Agenda Mesyuarat
3.1 Ucapan Aluan Ketua Panitia
3.2 Ucapan PK Pentadbiran
3.3 Pengesahan Minit Mesyuarat 2016
3.4 Perkara berbangkit
3.5 Perlantikan AJK Panitia 2017
3.6 Perkara yang di bincangkan
3.6.1 TOV 2017
3.6.2 KSSR
3.6.3 Perancangan Tahunan Panitia Matematik
3.6.4 Pencapaian UPSR 2017
3.6.5 Linus 2.0 ( Tahun 1 Tahun 3 )
3.7 Penyelarasan Rancangan Pelajaran Tahunan & Harian
3.7.1 Perincian Mengikut Mingguan dan Harian
3.8 Perancangan Aktiviti Tahunan
3.9 Peruntukan Kewangan Panitia
3.10 Hal-Hal Lain

Semoga ianya dalam makluman tuan / puan


Sekian, terima kasih.

Berkhidmat Untuk Negara

Yang Benar,

.
( PN WILFA ANAK RANGKAT )
KETUA PANITIA MATEMATIK,
SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOHN BAU

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL 1/2017

Tarikh : 28 februari 2017

Masa : 12.35 petang

Hari : Selasa

Tempat : Bilik Mesyuarat Sk St John Bau

Kehadiran :

1. Pn Jolamp Lajing ( PK1)


2. Pn Wilfa Rangkat (Ketua Panitia)
3. Pn Ain Anne Hubert Abdullah (Setiausaha)
4. Pn Nurain Abdullah
5. Pn Jesrim Akok
6. Pn Patricia Cyndy

1. UCAPAN PENGERUSI : PN WILFA RANGKAT (K. PANITIA)


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru di atas kerjasama
yang telah diberikan oleh semua ahli panitia dalam menjayakan program panitia pada
tahun lepas dan kehadiran pada mesyuarat pada kali ini.
1.2 Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan dengan
lancar dan jayanya.

Tindakan : Makluman

2. UCAPAN PENASIHAT : PN JOLAMP LAJING (PK 1)


2.1 Pn Jolamp Lajing ( PK1) mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Matematik Bil. 1/2017.
2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah berjaya mendapat peratus
lulus sebanyak 79.49% bagi mata pelajaran Matematik dalam Peperiksaan UPSR Tahun
2016 yang lalu. Walaupun ianya menurun berbanding peratus lulus tahun lalu, Namun
ianya tetap boleh dibanggakan.Beliau berharap pada tahun ini, peratus lulus bagi mata
pelajaran Matematik dapat dilonjakkan semula kepada 80% bagi menyamai pencapaian
pada tahun 2016 yang lalu.
2.3 Beliau juga berharap agar semua ahli panitia dapat merancang dan melaksanakan
program yang berkesan untuk membantu dalam pembelajaran murid pada tahun ini dan
mengekalkan peratus lulus dalam UPSR pada tahun 2017.

Tindakan : Makluman
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1 Pn Nurain Abdullah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan dan
disokong oleh Pn Patricia Cyndy.

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tiada

5. PERLANTIKAN JAWATAN AJK PANITIA 2017

1.1 Pengerusi membentangkan guru-guru yang mengajar bagi setiap kelas


1 Pn Nurain Abdullah
2A Pn Nurain Abdullah
2B Pn Nurain Abdullah
3 Pn Patricia Cyndy
4 Pn Wilfa Rangkat
5 Pn Patricia Cyndy
6 Pn Wilfa Rangkat
1.2 Pengerusi juga membentangkan ahli jawatankuasa panitia matematik bagi tahun 2016.
1.3 Pn Wilfa Rangkat mencadangkan AJK panitia disahkan, disokong oleh Pn Jolamp Lajing
Tindakan
Semua guru matematik

6. PERKARA YANG DIBINCANGKAN

6.1 TOV Tahun 2017

6.1.1 TOV mata pelajaran matematik bagi setiap kelas hendaklah dibuat berdasarkan
markah Peperiksaan Akhir Tahun 2016. Bagi memudahkan guru, guru boleh
membuka Sistem SAPS untuk mengisikan TOV murid-murid.

6.1.2 TOV hendaklah disediakan dalam tiga salinan. Salinan pertama ditampal di dalam
buku rekod guru, salinan kedua di tampal di dalam kelas yang di ajar dan salinan
ketiga disimpan di dalam dokumen panitia Matematik.
6.1.3 TOV yang dibuat hanya melibatkan murid-murid Tahun 5 dan 6 sahaja
memandangkan Tahun 1, 2, 3 dan 4 terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Tindakan : Semua Guru Matematik

6.2 KSSR

6.2.1 Bagi guru yang terlibat dalam pengajaran KSSR, satu fail mata pelajaran perlu
diwujudkan dan sentiasa dikemaskini.

6.2.2 Semasa pengajaran dilaksanakan, evidens yang digunakan perlu disimpan ke dalam
fail perkembangan murid dan evidens tersebut perlu berdasarkan standard prestasi
yang telah diberikan.

6.2.3Setiap guru mata pelajaran diingatkan supaya menyediakan rekod transit bagi setiap
kelas yang di ajar dan merekodkannya setelah membuat penilaian ke atas murid-
murid. Rekod transit tersebut perlu disimpan bagi memudahkan guru-guru membuat
rujukkan ketika ingin mengisi data tersebut ke dalam sistem SPPBS atau untuk
tujuan pemantauan.

6.2.4 Pengerusi memaklumkan bahawa sistem SPPBS belum lagi dibuka untuk tahun 2017
dan dijangkakan akan di buka pada bulan April 2017 berdasarkan surat
pemberitahuan yang diterima.

6.2.5Pengerusi meminta semua ahli panitia dapat melaksanakan pengajaran berdasarkan


Kurikulum KSSR dan melaksanakan PBS sepanjang masa.

Tindakan : Guru KSSR

6.3 Huraian Sukatan / Rancangan Tahunan dan cara penulisan RPH

6.3.1 Pengerusi memaklumkan kepada ahli panitia bahawa Huraian Sukatan dan
Rancangan Tahunan telah dikumpulkan dalam fail panitia. Guru boleh
mengambilnya di dalam fail dan perlu dipulangkan kembali.

6.3.2Penulisan Rancangan Pengajaran Harian pada tahun ini sebulat suara dipersetujui di
tulis di dalam Bahasa Melayu sepenuhnya yang melibatkan Tahun 1 sehingga Tahun
6.

6.3.3Format Pernulisan Rancangan Pengajaran Harian bagi tahun 1, 2, 3 dan 4 perlu


mengikut format KSSR, manakala bagi tahun 5 dan 6 adalah mengikut format
penulisan KBSR.

6.3.4Penulisan refleksi pengajaran perlu ditulis selepas sesuatu pengajaran dilaksanakan


pada ruangan refleksi di dalam buku RPH.
Cadangan penulisan 20/30 orang murid dapat menjawab 10/20 soalan
latihan dengan betul

Tindakan : Semua guru Matematik

6.4 Perancangan Tahunan Panitia Matematik

6.4.1Mesyuarat Panitia dilaksanakan sekurang-kurangya empat kali setahun.

6.4.1Mengadakan minggu Matematik dalam setahun.

6.4.2Mengadakan program Bijak Sifir sepanjang tahun.

6.4.3Menganjurkan Bengkel Matematik bagi Murid Tahun 6 sebelum Peperiksaan UPSR.

6.4.4Rancangan Tahunan Panitia Tahun 2017 (Sila rujuk lampiran)

6.4.5Pengerusi berharap agar perancangan tahunan dapat dijalankan dengan lancar.

6.4.6Pencerapan Pentadbir dan Ketua panitia serta pemeriksaan buku latihan akan
dijalankan dan jadual pencerpan akan diedarkan kepada ahli panitia secepat mungkin.

Tindakan : Semua guru Matematik

6.5 Pencapaian UPSR 2016

6.5.1Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru matematik di atas
pencapaian yang membanggakan kerana Peratus Lulus mata pelajaran Matematik
pada tahun 2016 ialah 70.49% . Kejayaan yang dicapai adalah berkat usaha dan
kerjasama yang jitu dikalangan guru-guru dan berharap usaha yang baik ini
diteruskan pada tahun ini.

6.5.1Pengerusi memaklumkan bahawa Peratus lulus untuk tahun 2017 ialah 80% iaitu
mengekalkan pencapaian pada tahun 2016.

Tindakan : Semua guru Matematik

6.6LINUS

6.6.1Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat 1 orang murid tahun 2 yang belum


menguasai kemahiran Numerasi dan 3 orang murid tahun 3 yang masih belum
menguasai kemahiran Numerasi. Pengerusi berharap murid ini dapat dibantu oleh
guru yang mengajar murid tersebut. Bagi murid Tahun 1, mereka telah di kenalpasti
melalui ujian saringan SPALINUS iaitu seramai 5 orang .
6.6.2Pengerusi berharap murid LINUS yang berada pada tahun 3 pada tahun ini dapat di
pulihkan sepenuhnya bagi mencapai 100% murid menguasai kemahiran Numerasi
pada penghujung tahun 2017.

6.6.3Pengerusi juga meminta guru yang mengajar murid LINUS dapat menulis dalam RPH
masing-masing aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas.

6.6.4Meminta guru meneruskan penggunaaan BBB semasa PdP dan menggunakan modul
yang dibekalkan semasa pengajaran LINUS.

6.6.5Pengerusi juga memaklumkan bahawa kelas LABATURA akan di jalankan setiap hari
Rabu secara bergilir-gilir.

6.6.6Kem Cerdas Linus, akan di adakan pada bulan Julai hasil perbincangan bersama
Penyelaras Linus sekolah.

Tindakan : Guru LINUS

6.7 PROTIM

6.7.1PROTIM pada tahun ini akan dilaksanakan berdasarkan instrumen yang akan
dibekalkan oleh KPM serta meminta guru mengikut prosedur kerja yang akan
ditetapkan oleh KPM.

Tindakan : Guru PROTIM

6.8Angaran Perbelanjaan

6.8.1Alat-alat yang masih diperlukan adalah seperti blok pecahan, kad nombor, wang
contoh. Alat penimbang, jam dan tali pengukur.

Tindakan : Ketua Panitia

6.9Hal-Hal Lain

6.9.1Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk
membantu murid-murid dalam mata pelajaran dan seterusnya meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Matematik dikalangan murid-murid SK St John, Bau pada
tahun ini.

6.9.2Guru Besar berharap agar prestasi Matematik terutamanya UPSR pada tahun 2017
dapat dikekalkan dan meningkatkan pencapaian Matematik murid-murid yang lain
pada tahun ini.
Tindakan : Semua guru Matematik

5. UCAPAN PENANGGUHAN

6.0 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:00 petang.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

.
(Pn Ain Anne Hubert Abdullah) (Pn Wilfa Rangkat)
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
Sk St John, Bau Sk St John, Bau

Disemak Oleh :


(Pn Jolamp Lajing)
GPK 1 Sk St John, Bau

Anda mungkin juga menyukai