Anda di halaman 1dari 5

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

- Karya dalam Perubatan

Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti al-Qanun fi al-Tib, al-Adwiyah al-
Qalbiyyah, dan al-Alfiyyah al-Tibbiyyah. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti
Inggeris, Hebrew dan Latin.

Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap
sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat
pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam
bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang
berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini
menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah
diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa
Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,
Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis
seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya sebagai bahan
rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut
sebagai Ensiklopedia Kedoktoran.

Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada
abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan
Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan
digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di
seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan
Oxford University.

Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga
mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam
buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan
anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heartyang
mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan
menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk mengubatinya.

Pencapaian Dalam Bidang Perubatan

Penemuan penyakit baru dan puncanya

pengaruh kuman dalam penyakit

jangkitan virus seperti TB

Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.

Penemuan dalam bidang farmasi


menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit

menghasilkan ubat bius

membangunkan teknologi perubatan

mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan

mencipta picagari

Kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan

memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis

Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran

Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku
berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pada usia 21 tahun, ketika berada di
Khawarizm, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul Al-Majmu yang
mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau telah melanjutkan
penulisannya dengan menulis buku-buku lain iaitu 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah,
mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Karya-karya beliau telah
dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Dalam pada itu, karya-
karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab dan diberi tajuk
Muallafat Ibnu Sina. Jasa Ibn Sina dalam bidang perubatan dan keilmuan amat dihargai sehingga
sebuah institusi pendidikan di Hungary dinamakan sebagai Avicenna College.

Penemuan-Penemuan Baru

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia ilmu
pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya.

Bidang Geografi

Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-
sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau telah
membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu,
yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotles

Bidang Geologi, Kimia

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia memang tidak dapat disangsikan lagi.
Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi
sumber geologi di Eropah. Beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam
bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam
sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis.
Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh
Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya adalah seperti berikut:

1.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-
ilmu rasional.

2.Bidang metafizika , Ilahiyyat (Ilmu ketuhanan)

3.Bidang psikologi , Kitab an-Nayat (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.

4.Bidang sastera arab Risalah fi Asab Huduts al-Huruf ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya
huruf.

5.Bidang syair dan prosa Al-Qasidah al- Aniyyah syair-syair tentang jiwa manusia.

6.Bidang politik Risalah as-Siyasah (Book on Politics) Buku tentang politik.

KEWAFATAN IBNU SINA

Pada tanggal 1 Ramadhan 428 Hijriah, Abu Ali Sina atau yang terkenal dengan nama Ibnu Sina, yang
berasal daripada Iran, telah meninggal dunia. Ibnu Sina wafat pada usia ke 58 tahun di kota
Hamedan, Iran Barat. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di Tehran pada
tahun 1955 M, beliau telah dinobatkan sebagai Father of Doctor untuk selamanya-selamanya.
Sebuah monemun sejarah telah dibina di Tehran untuk itu. Makam beliau di Hamdan itu
kemudiannya telah dikelilingi oleh makam-makam doktor Muslim lain yang disemadikan di kawasan
tersebut. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian

merasa megah jika jasad mereka dapat dimakamkan di tanah perkuburan yang sama.

DALIL/LAMPIRAN

Dalil ini adalah yang terindah dari Ibnu Sina dan yang paling jelas menunjukkan daya kreasinya.
Meskipun dalil tersebut didasarkan atas perkiraan dan khayalan, namun tidak mengurangi
kemampuannya untuk memberikan keyakinan. Dalil tersebut mengatakan sebagai berikut :

Andaikan ada seseorang yang mempunyai kekuatan yang penuh, baik akal maupun jasmani,
kemudian ia menutup matanya sehingga tak dapat melihat sama sekali apa yang ada di sekelilingnya
kemudian ia diletakkan di udara atau dalam kekosongan, sehingga ia tidak merasakan sesuatu
persentuhan atau bentrokan atau perlawanan, dan anggota-anggota badannya diatur sedemikian
rupa sehingga tidak saling bersentuhan atau bertemu. Meskipun ini semua terjadi namun orang
tersebut tidak akan ragu-ragu bahwa dirinya itu ada, meskipun ia sukar dapat menetapkan wujud
salah satu bagian badannya. Bahkan ia boleh jadi tidak mempunyai pikiran sama sekali tentang
badan, sedang wujud yang digambarkannya adalah wujud yang tidak mempunyai tempat, atau
panjang, lebar dan dalam (tiga dimensi). Kalau pada saat tersebut ia mengkhayalkan
(memperkirakan) ada tangan dan kakinya.

, Ibnu Sina juga berpendapat bahawa keadaan sifat manusia akan berubah secara berterusan sama
ada pada masa yang lepas, sekarang mahupun masa akan datang. Beliau berkata:

Perhatikanlah wahai orang-orang yang berakal, pada diri kamu hari ini apa yang berlaku sepanjang
umur kamu, sehingga kamu dapat mengingati banyak daripada apa yang kamu telah berlaku
sekitarnya, maka kamu akan dapati ketetapan itu berterusan, sedangkan badan kamu dan bahagian-
bahagiannya berlaku sebaliknya bahkan ia akan layu dan hilang. Oleh yang demikian manusia
berhajat kepada pemakanan untuk menyegarkan badannya. Maka jika manusia mengurangkan
pemgambilan makanan dalam tempoh yang pendek, berat badannya pasti menurun ,
sesungguhnya jika keadaan ini dibiarkan berterusan selama 20 tahun, maka kamu dapati dalam diri
kamu tidak ada sesuatu pun dari bahagian badan kamu sedangkan zat kamu terus kekal dalam
tempoh tersebut bahkan seluruh umur kamu, jadi zat kamu telah bertukar dari badan kamu dan
bahagian-bahagiannya dari zahir dan batin.

Dari sini jelas bahawa kelakuan seseorang pada masa lepas akan terbawa-bawa hingga ke masa
sekarang dan masa akan datang. Inilah dikatakan kehidupan roh kita yang telah ditetapkan sejak
sekian lagi. Jika kehidupan ini bergerak dan berubah, maka sesungguhnya ia bergerak pada
pangkalnya (permulaan) dan berubah pada ketetapannya. Ini bukanlah suatu ikutan atau tautan
tetapi adalah limpahan jiwa yang satu dan daya tarikan tertentu.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan terhadap tamadun Islam
terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau seorang yang tidak mengenal putus asa, sebab itulah beliau
berusaha bersunggu-sungguh mempelajari sesuatu ilmu dan menyelesaikan masalah yang
dihadapinya. Ibnu Sina adalah seorang yang berinovatif kerana beliau banyak menghasilkan karya
dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan.

Selain itu, Ibnu Sina juga seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah SWT
terutama apabila menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau sering ke
masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ibnu Sina memiliki akal yang cergas dan tekun
dalam mempelajari ilmu ini kerana pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40
kali. Ibnu Sina juga mahir dalam ilmu anatomi iaitu mengenai kedudukan organ dan tubuh manusia.
Beliau orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata iaitu penglihatan dan fungsi mata.
Walaupun Ibnu Sina terkenal dengan ilmu perubatan, beliau juga pakar dari aspek lain seperti
matematik, falsafah dan agama.