atau Ibn al-Arabi sangat terkenal dah dia sangat diagungkan mana-mana pengikut Tasawwuf.
Mereka menganggapnya sebagai seorang Wali Allah yang hebat dan disebut sebagai al-Syeikh al-
Akbar (Syeikh Besar) dan Khatamul Auliya (Penutup Sekalian Wali).
Namun, siapakah sebenarnya dia di sisi Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah? Apakah pandangan ulama
Jarh wa Tadil terhadap dirinya?
Imam al-Zahabi r.h menyebut dalam kitab beliau yang terkenal Siyar Alam al-Nubala bahawa nama
syeikh ini adalah:
Maksudnya: Seorang yang alim, mempunyai tulisan karya yang banyak, Muhyiddin Abu Bakar
Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad al-Tai al-Hatimi al-Mursi Ibn al-Arabi.
Kemudian selang beberapa perenggan Imam al-Zahabi menyatakan kedudukan lelaki ini dalam
syariat:
) (
Maksudnya: dan antara tulisannya yang paling teruk adalah kitab (al-Fusus), maka jika kitab ini tidak
boleh dihukum kufur maka tiada lagi kekufuran dalam dunia ini..
Lihat betapa teruknya lelaki ini sehingga Imam al-Zahabi r.h menghukumkan dia telah mencapai
tahap kekufuran yang lebih tinggi daripada Iblis, nauzubillah min zalik!!
Imam al-Zahabi juga mendatangkan riwayat daripada Imam Izzuddin bin Abdul Salam r.h di mana
beliau berkata:
Lihat bagaimana seorang ulama besar mazhab Syafii menghukum Ibn Arabi atau Ibn al-Arabi ini
sebagai keji dan pendusta.
AL-ZARKALI R.H.
()
Maksudnya: dan penduduk Mesir telah mengingkarinya kerana satahat (latahan sufi) yang muncul
daripadanya maka sebahagian mereka (ulama Mesir) berusaha untuk menjatuhkan hukuman mati ke
atasnya.
Maksudnya: dan dia mempunyai kitab bernama Fusus al-Hikam yang terkandung dalamnya
beberapa perkara kebanyakannya kufur yang jelas pada zahirnya.
Jadi dengan jelas, ulama besar seperti al-Zahabi dan Ibn Kasir rahimahumallah menghukum Ibn Arabi
sekurang-kurangnya sebagai majruh (cedera) pada aqidahnya. Maka, orang seperti ini tidak
sepatutnya dijadikan qudwah ikutan. Ramai lagi ulama dan pemuka-pemuka agama yang boleh kita
contohi dan ikuti, bahkan para Sahabat Rasulullah s.a.w lebih layak untuk kita kaji dan teladani ilmu
dan amalan mereka berbanding orang kebelakangan seperti Ibn Arabi ini. Wallahualam.