Anda di halaman 1dari 8

Laporan menghasilkan sudut ilmu Bahasa Inggeris

Antara objektif pelaksanaan projek ini adalah :

1. Meningkatkan minat murid terhadap aktiviti mebaca.


2. Membina motivasi intrinsik dan penghayatan Bahasa melalui
pendekatan bacaan.
3. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan minda dengan input
yang berguna dan menarik.
4. Memperkembangkan kemahiran berfikir secara kreatif and kritis semasa
aktiviti membaca.
5. Melatih murid mengamalkan nilai membaca untuk menjamin
pembelajaran sepanjang hayat.

Penyediaan sudut Bahasa Inggeris yang menarik berasaskan


pendekatan yang menceriakan pelajar telah menawarkan suatu cara
yang mampu menarik perhatian dan minat murid untuk membaca buku
yang mampu menambah pengetahuan dan keinginan murid untuk
melibatkan diri dalam kelas PdP. Dalam pada masa yang sama mereka
belajar untuk menguasai kemahiran berfikir dengan kritis dengan
membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

Menerusi medium ini, guru- guru secara tidak langsung dapat


memupuk minat membaca. Kawasan yang kondusif dan menarik amat
membantu murid berasa selesa untuk mempelajari pengetahuan
baru.Penerapan nilai membaca harus dijadikan budaya suapya ianya
selalu diamalkan dalam kehidupan seharian.Dengan itu, penerapan
minat sejak kecil adalah amat penting.

Sudut Bahasa Inggeris amat penting dalam pertumbuhan


minat membaca kanak-kanak. Ianya merupakan hal yang
mnyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal ini kerana projek seperti
ini menolong dalam pembangunan kemahiran asas intelek iaitu
membaca. Ianya juga meningkatkan daya berfikir murid supaya lebih
kreatif dan kritis. Oleh itu pemilihan projek ini amat bersesuaian untuk di
aplikasikan di sekolah terutamanya terhadap murid tahap 1. Ini kerana
mereka akan menjadi cepat bosan dan kurang berminat
sekiranyapersekitaran pembelajaran kurang ceria dan menarik.
Perkembangan literasi dan minat mempunyai peranan yang
besar dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi murid-
murid sekolah rendah .Objektif jangka panjang ini adalah untuk
keseronokan dan minat dalam membaca, yang mana dapat memberi
sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan JERIS
murid. Melalui sudut ilmu tersebut, Murid-murid juga dapat merujuk
maklumat yang disediakan dengan lebih mudah kerana kedudukan
sudut yang stategik.

STRATEGI PERLAKSANAAN

LANGKAH AKTIVITI

1 Berbincang bersama rakan dan guru pembimbing


tentang bahan yang bersesuaian untuk dipamerkan
dekat sudut Bahasa Inggeris.
Menyediakan kertas kerja untuk projek sudut Bahasa
Ingerris.
2 Menyediakan bahan-bahan yang perlu dipamerkan di
sudut Bahasa Inggeris
Menjalankan projek menghasilkan sudut Bahasa
Inggeris.
3 Menulis laporan dan refleksi tentang hasil projek yang
siap dijalankan
KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI

Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari
cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan
rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan .

Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk
murid-murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk belajar
dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, sudut Bahasa
Inggeris mampu menarik minat murid terhadap Bahasa Inggeris.
Memupuk semangat kerjasama dan muhibah di antara guru pelatih dan
kaki tangan sekolah.

Menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan guru


pelatih.
Melatih guru pelatih sifat sabar dan ketahanan mental dan fizikal yang
baik dalam menyediakan guru pelatih untuk situasi sebenar di sekolah.

KELEMAHAN PROJEK/ AKTIVITI

Kekangan masa kerana masa yang diperuntukkan hanyalah


selama sebulan.
kekangan tenaga kerana hanya beberapa orang yang
menyiapkan projek yang banyak.
Ruang yang disediakan untuk sudut ini tidak mampu menampung
jumlah murid yang banyak iaitu melebihi 10 orang murid. Hal ini
kerana ruang yang disediakan tidak luas dan terletak dibawah
tangga.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Kami mencadangkan agar ruang sudut Bahasa Inggeris yang lebih


besar disediakan oleh pihak sekolah. Hal ini bertujuan agar murid lebih selesa
dan bahan bacaan lebih banyak boleh disimpan. Selain itu, guru pelatih
mencadangkan agar pihak sekolah boleh memberi sedikit sumbangan bahan
bacaan terkini kepada murid-murid. seperti surat khabar, majalah Inggeris dan
sebagainya. Hal ini dapat memberi semangat dan dorongan kepada murid-
murid untuk terus membaca. Di samping itu, bagi cadangan masa hadapan,
guru sekolah boleh menjadikan Sudut Bahasa Inggeris sebagai satu tempat
tumpuan dan tempat untuk melaksanakan aktiviti seperti pertandingan
bercerita, berlakon atau berpuisi. Saya juga mencadangkan agar sudut bacaan
tersebut disedikan satu papan tulis mini supaya guru-guru boleh menulis kosa
kata baharu bersama maksudnya sekali pada setiap hari untuk menambah ilmu
pengetahuan baharu murid-murid. Di samping murid membaca bahasan
bacaan, murid juga boleh mengetahui perkara baharu pada setiap hari.

Selain itu, kami harus membuat perancangan masa membuat projek


yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan
disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja
pada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek
dengan cepat.

KESIMPULAN

Secara keseluruhanya, projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan


tidak mempunyai masalah yang besar.Murid juga secara kasarnya dapat
menggunakan sudut Bahasa Inggeris ini walaupun ada kekangan kecil .Saya
juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah seperti guru
pembimbing dalam menjayakan tugasan ini dimana guru pembimbing saya
telah memberikan banyak cadangan dan bantuan kepada saya.Saya berharap
projek ini akan memberikan sumbangankepada guru guru untuk mengunakan
sudut kecil yang kami sediakan ini , yang mana ianya mampu memberikan
keseronokan dan pengajaran yang lebih berkesan.
Gambar Sebelum dan Selepas penghasilan sudut Bahasa Inggeris
Disediakan oleh:

..
( PRISCA LIM LI JAN)

GURU INTERNSHIP

IPGK PERLIS

Disemak oleh:

(PN. HALIMATUN SAADIAH BT MOHD ZAN)

GURU PEMBIMBING SRK STELLA MARIS

Anda mungkin juga menyukai