Anda di halaman 1dari 9

Assalamualaikum WBT

Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh di dalam taman;

Junjungan budi kenangan kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman

Harum semerbak si bunga melur,

Jadi hiasan taman larangan,

Sejambak pantun mesra dihulur,

Setulus ingatan mengimbau kenangan.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Anak kelahiran Pekan lama, kuala ketil ini telah melihat dunia pada tanggal

27 Mei 1961 bersamaan 11 safar 1378 hijrah. Beliau merupakan anak

kepada pasangan En. Jaafar bin Abdul Hamid dan Puan Zainab bt

Maamum yang telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1953.

Dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana iaitu seramai 6 orang adik-


beradik dan Puan Norlida merupakan anak ketiga. Mereka membesarkan

anak-anak dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih pada keluarga.

Mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Kupang,Baling iaitu

dari tahun 1967 hingga 1972. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke

peringkat sekolah menengah di Kuala Pegang dari tahun 1973 hingga

1978. Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan juga Ko-

Kurikulum sememangnya tidak dapat dinafikan. Beliau sangat aktif dalam

bidang sukan dan pernah menjadi wakil daerah dalam perlawanan bola

jaring dan hoki.

Hold tunggu sijil

Beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruan di Maktab Perguruan

Keningau Sabah, negeri di bawah bayu selama tiga tahun iaitu dari tahun

1986 hingga 1988. Semasa mengikuti Latihan Asas perguruan, beliau turut

mengambil bahagian dalam sukan antara Maktab iaitu KAGUM dalam

acara bola jarring dan softball. Bermula dari sini, beliau mula melangkah

dengan lebih yakin dan berani untuk menempuhi segala dugaan dan ujian

dalam arena pendidikan yang penuh mencabar.


Indah gemerlap bintang bercahaya,
Semilir berhembus berpuput mesra,
Rindu bertaut sepenuh jiwa,
Mesra terjalin indah terasa.

Ambil gendang di Kampung Kandis,


Ditabuh ramai ditingkah biola,
Makin dipandang semakin manis,
Dilabuh hati menyala cinta.

Ayam di sabung jantan dipaut,


Jika ditambat kalah laganya
Asam didarat ikan dilaut,
Dalam belanga bertemu jua

Begitu indahnya pantun Melayu yang tersimpan pelbagai maksud

yang tersirat dan tersurat. Benar jugalah kata pepatah, Kalau jodoh tak ke

mana...,akhirnya dua hati ini bersatu dengan ijab dan kabul dengan pilihan

keluarga.

Justeru bertautlah kasih berpautlah ikatan sayang antara Puan

Norlida dan pasangannya En Harun bin Masran pada . Perkahwinan

atas dasar plihan keluarga itu membibitkan rasa cinta dan seterusnya
melayari bahtera rumahtangga. Kesunyian dan kesepian ketika bertugas di

rantau orang akhirnya terubat apabila bertemu dengan pilihan hati yang

menjadi pemangkin serta pencetus semangat untuk terus berbakti kepada

anak bangsa demi negara bangsa yang tercinta.

Bertautnya kasih di Jabbar Rahmah,

Adam dan hawa menyulam rasa,

Anak-anak itu amanah Allah,

Pengikat kasih dan sayang keduanya.

Pucuk pegaga tumbuh melata,

Jadi ulaman penambat selera,

Anak itu seumpama permata,

Sejuk di mata damai di jiwa.

Puan Norlida bt jaafar dan pasangannya En Harun bin Masran

telah dianugerahi Ilahi dengan seorang puteri, iaitu Nor hidayah bt Harun

masih menuntut di sekolah Menengah Kebangsaan Amanjaya.

Pada tahun 2005 Puan Norlida telah kehilangan Suami Tercinta,tiada lagi

tempat bergantung harap, tiada lagi teman untuk berbual. Namun


ketentuan ilahi tetap di redhai.Semoga Puan Norlida tabah menghadapi

dugaan ini..

Bak kata bidalan Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung

manakan dapat sagunya, begitulah juga dengan Puan Norlida bt Jaafar.

Khidmat bakti beliau sentiasa ditagih lantaran ciri-ciri kepimpinan yang

telah sebati dalam diri beliau serta semangat beliau yang sentiasa

membara dan tidak pernah mahu mengalah. Melangkah dengan penuh

iltizam di dada memulakan tugas pertama beliau di sekolah Kebangsaan

Sembulan kota kinabalu, Sabah pada tahun 1988-1993

Bagai sireh pulang ke gagang,setelah enam tahun menabur bakti di

negeri di bawah bayu beliau kembali berkhidmat dinegeri jelapang padi

iaitu di Sek Keb Sera Baling pada tahun 1994. Semasa bertugas di sekolah

Sek Keb sera Baling, beliau mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan selama

setahun di Maktab perguruan Mohamad Khalid Johor baru dalam

kursusPra Sekolah.

Pada tahun 1995 beliau bertugas di Sek Keb Ulu Bakai Baling dan

pada tahun 1999 beliau sekali lagi memenuhi kekosingan jawatan di Sk.

Kuala Pegang, Baling. Manakala pada tahun 2000 pula beliau bertugas di

sekolah Keb. Sungai Petani.


Selama 11 tahun menabur bakti di sek keb Sungai Petani,beliau

sekali lagi di tempatkan di sekolah kebangsaan Ambangan Heights

sehinggalah sekarang . Dan apa yang pasti beliau begitu prihatin terhadap

anak-anak didiknya malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak

hal. Tidak pernah jemu dan mengalah dalam usaha memberikan

pendidikan yang terbaik kepada semua anak didiknya, sejajar dengan

prinsip hidup beliau mengajar anak orang bersungguh-sungguh, pastinya

anak kita orang lain akan ajar bersungguh-sungguh juga. Seharusnya kita

semua mengambil teladan sikap beliau ini.

Bakat kepimpinan beliau sungguh menyerlah dan beliau mempunyai

wawasan pendidikan yang cukup tinggi dan patut dicontohi.

Beliau menabur bakti di sekolah ini selama hampir 5 tahun dan

sekolah ini merupakan destinasi terakhir beliau sebagai Guru sebelum

menamatkan perkhidmatan beliau selama 29 tahun . Untuk pengetahuan

semua, Puan Norlida telah mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan

cemerlang.

Perlu dinyatakan di sini, sifat keprihatinan begitu terserlah dan

sukar disanggah. memberikan motivasi dan semangat kepada semua

murid, memotivasikan guru-guru dengan dengan membina hubungan yang

baik dengan waris. Hubungan beliau bersama guru-guru dan staf amat
baik. Makna kata, sikap keprihatinan beliau terhadap rakan sejawat dan

anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa dimamah usia. Sentiasa

ikhlas dalam menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu

pengetahuan dan pengalaman bermakna.

Kicak kicau mendayu-dayu,


Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung

Untuk berjaya kita perlu mendaki setangga demi setangga

sehingga ke puncak jaya, Begitu jugalah dengan Puan Norlida bt Jaafar

Kecemerlangan dalam kepemimpinan sebagai seorang guru memang

terserlah dan tidak boleh disangkal lagi.Pada tahun 1998, beliau telah

menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

Antara tugas-tugas luar yang beliau terlibat adalah:


Jurulatih bola jaring peringkat daerah

Jurulatih softball peringkat daerah

Jurulatih Hoki peringkat Daerah

Demikianlah serba sedikit biodata Puan Norlida Guru SK

Ambangan Heights, yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada

hari ini. Segala jasa bakti beliau akan dikenang sepanjang hayat kita dan

hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.

Marilah kita saksikan secoret kenangan sepanjang Puan Norlida sepanjang

berada di sekolah kebangsaaan Ambangan Heights.

Anda mungkin juga menyukai