Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN MENGHANTAR (BOLA KERANJANG)

JENIS-JENIS HANTARAN
a) HANTARAN ARAS DADA
b) HANTARAN LANTUN
c) HANTARAN DI ATAS KEPALA
d) HANTARAN PANJANG SEBELAH TANGAN
e) HANTARAN BELAKANG

a) Hantaran Aras Dada


Hantaran yang paling tinggi diaplikasikan.
Digunakan untuk hantaran yang pantas dan dekat
(tidak melebihi 20 kaki).
Hantar ke paras dada penerima.

(i) Bola dipegang dengan kedua-dua belah tangan di hadapan dada- gunakan hujung
jari dan ibu jari.
(ii) Bola ditolak keluar dengan kuat- tangan diluruskan dan tapak tangan dipusing ke
sebelah luar.
(iii) Ikut lajak

b) Hantaran Lantun
Cara pelakuan- hampir serupa dengan hantaran aras dada Cuma rendah dan bola
dilantun sekali sebelum diterima.
Kerap digunakan apabila ahli pasukan lawan terlalu tinggi.
Boleh juga dilakukan dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.
(i) Berada dalam keadaan bersedia untuk menghantar dan perlakuan adalah seperti
hantaran aras dada
(ii) Badan adalah berada dalam keadaan rendah dan bola dilantunkan.
(iii) Selesai pelakuan. Hantaran diterima dengan sempurna.

c) Hantaran Di Atas Kepala


Gunakan kedua-dua belah tangan.
Bola dipegang di atas atau di belakang kepala.

(i) Berada dalam keadaan bersedia dan bola diletakkan di belakang kepala.
(ii) Menghayun tangan dan melepaskan bola.

d) Hantaran Panjang Sebelah Tangan


Digunakan untuk hantaran jauh & melancarkan serangan serta-merta (fast break)
Tangan dibawa ke belakang
Pelepasan bola adalah seperti hantaran/balingan besbol.
Sekiranya hantaran adalah daripada satu hujung gelanggang ke satu hujung lagi, boleh
gunakan cara hantaran lembing (javelin pass)

(i) Berada dalam keadaan bersedia dengan menggunakan cara hantaran lembing
(javelin pass).
(ii) Menghayun tangan dan mengilas badan untuk menghantar bola tersebut.
(iii) Ikut lajak

e) Hantaran Belakang
Digunakan untuk menghantar kepada ahli sepasukan yang tidak dikawal.
Kerap digunakan apabila pemain dan bola dikawal rapi oleh pemain-pemain lawan.
Hantaran yang sukar dibaca oleh pihak lawan iaitu bola dilepaskan di belakang badan.
Pelepasan bola ialah hasil aksi pergelangan tangan dan jari-jari.

(i) Berada dalam keadaan bersedia dan bola di sisi badan


(ii) Melepaskan bola di belakang badan.

Nama Ahli Kumpulan:


Tie In Ling
Esther Robin
Joanne Sim