Anda di halaman 1dari 6

KUALA KANGSAR EXCELLENT LINTANG CEMERLANG

DASAR HAL EHWAL MURID


Pendahuluan

Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid
khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. , atas dasar inilah,
matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan,keselamatan dan
akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu
memberi sumbangan kepada bangsa,agama dan negara.
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana
sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya.
Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai
program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah
tercapai.Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan
wawasan sekolah ini.

Matlamat Program Hal Ehwal Murid


Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai
individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan
kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima bagi menyuburkan potensi
kepimpinan.

Objektif
1. Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
2. Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan
di peringkat sekolah.
3. Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1.0 Sistem Pendaftaran Pelajar.


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :
1. Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
2. Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga
3. Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah
dan maklumat murid sebelum akhir bulan Februari

2.0 Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.


1. Semua murid perlu memiliki Buku Panduan Tatacara Displin Sekolah.
2. Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
3. Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga
hingga tahun enam.
4. Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
4.1- Pencalonan oleh guru kelas.
4.2- Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
4.3- Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
4.4- Majlis watikah perlantikan
4.5- Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering
melanggar peraturan.

3.0 Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.

1. Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran

Takwim Pengurusan 2017 Page 35


KUALA KANGSAR EXCELLENT LINTANG CEMERLANG

dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut :


1.1- Bilangan murid yang terlibat.
1.2- Pemilihan murid yang tepat.
1.3- Penyediaan menu yang berkhasiat.

2. Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah


seperti berikut :
2.1 Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
2.2. Berinteraksi dengan kawan-kawan.
2.3. Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.

3. Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :


3.1. Pemeriksaan mata.
3.2. Pemeriksaan gigi.
3.3 Pemeriksaan kuku dan rambut.
3.4. Pemeriksaankesihatan dan kebersihan diri.
3.5. Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
3.6. Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
3.7. Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
3.8. Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
3.9. Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.

4. Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :


4.1. Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
4.2- Gotong-royong.
4.3- Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila
menjumpainya.
4.4- Tidak membuang sampah merata-rata.

4.0 Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.


1. Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam
sebarang tindakan yang diambil.
2. Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM.
3. Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

5.0 Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.


1. Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa
diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
2. Sesi kaunseling Individu
3. Sesi kaunseling kelompok
4. Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
5. Kem Jati diri

6.0 Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.


1. Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran
melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
2. Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut :
3. Keselamatan jalan raya.
4. Jenayah juvana
5. Pertolongan cemas
6. Penyalahgunaan dadah.

7.0 Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.


Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh
perbagai pihak seperti :

Takwim Pengurusan 2017 Page 36


KUALA KANGSAR EXCELLENT LINTANG CEMERLANG

1. Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.


2. Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
3. Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
4. Menyertai pertandingan sukan dan permainan.

AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2017

1. Pendaftaran Tahun 1
Pendaftaran tahun 1 ini dijalankan sepanjang tahun melalui online sebelum sesi
persekolahan awal tahun bermula.Murid-murid Tahun 1 diberikan pendedahan awal
tentang kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka
dengan suasana persekolahan yang baru.

2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah


Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan
motivasi kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka
bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang
diamanahkan.

3. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah


Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong
ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap
tahun.Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid yang
telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.

4. Sambutan Hari Guru


Sambutan diadakan mengikut arahan JPN pada tarikh yang di tetapkan setiap
tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru selain memberi
peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
mengajar mereka.

5. Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu
sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah
juga memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah
keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.

6. Sambutan Bulan Kemerdekaan


Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada
15 Ogos hingga 17 September setiap tahun.Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan
sepanjang sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang,
Sambutan 31 Ogos, Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan.Selain itu, acara-acara
lain yang turut dijalankan adalah seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan
hiasan kelas bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan
pelbagai lagi.

7. Sambutan Hari Kanak-Kanak


Mulai tahun ini,pihak sekolah akan menyambut hari kanak-kanak dan hari
kokurikulum secara berasingan. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka,
sukan, persembahan dan pelbagai lagi.

8. RMT
Seramai --------- orang murid dari sekolah ini telah mendapat RMT.murid-murid
tersebut diberikan makanan pada pukul 7.15 pagi. Murid lain membawa bekalan

Takwim Pengurusan 2017 Page 37


KUALA KANGSAR EXCELLENT LINTANG CEMERLANG

dari rumah atau membeli makanan di kantin. Suatu taklimat akan diberikan
kepada ibu bapa mengenai pentingnya bersarapan pagi.

9. Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6


Program Iminusasi Murid Tahun 1 diberi pada awal tahun dan untuk murid
Tahun 6 pada pertengahan Tahun.Kedua-dua Imunisasi ini diberi oleh klinik
kesihatan Sungai Siput.
(Jadual akan diberi oleh klinik kesihatan pada awal tahun).

10. Rawatan Pergigian


Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak
sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan
rawatannya.Rawatan ini diberikan sepanjang tahun.

11. Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1


Pihak sekolah juga membuat persediaan dan pendaftaran untuk murid-murid
Tahun 6 ke Tingkatan 1. Biasanya borang-borang yang berkenaan akan mula
diisikan selepas peperiksaan UPSR. Selain itu, pihak sekolah juga membantu
murid-murid yang layak dan ingin memohon ke sekolah berasrama penuh sekiranya
ada yang meminati.

12. Pertandingan Kebersihan Kelas


Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan
dinilai oleh guru bertugas dan GPK HEM dan kelas yang terbaik diberikan satu piala
pusingan.

13. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah


Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah
dengan kerjasama PIBG, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan
persekitaran sekolah sentiasa bersih.

14. Bantuan Kebajikan Murid


Kwapm / Baitulmal / Bantuan Persekolahan / Sumbangan PIBG / ADUN

15. Program Maju Diri


Program Maju Diri dijalankan pada minggu kedua sesi persekolahan bermula.
Murid-murid yang terlibat adalah di kalangan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.
Pelbagai aktiviti berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid
tersebut. (Bahagian Bimbingan Kaunseling)

16. Sesi Kaunseling


Sekolah tidak mempunyai guru kaunseling sepenuh masa namun pengurusan
sekolah telah melantik seorang guru kaunseling. Guru kaunseling tersebut boleh
menjalankan program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-
murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga
dijalankan.

17. Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis

Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis
bagi menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan
seperti ceramah keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan
pendedahan kepada murid-murid tentang keselamatan diri masing-masing.

Takwim Pengurusan 2017 Page 38


KUALA KANGSAR EXCELLENT LINTANG CEMERLANG

CARTA ORGANISASI HAL EHWAL MURID

PENGERUSI
En. Mohamad Rizal bin Mohamed Yunus
GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Asiah binti Abu Bakar
GURU KANAN HEM

NAIB PENGERUSI 1
En.Kamarul Maizan bin Ismail
GURU KANAN PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI 2
En. Nik Muhamad Nazim bin Nik Ishak
GURU KANAN KOKURIKULUM

PENGURUSAN DATA HEM PENGURUSAN DISIPLIN MURID


PENYELARAS PENYELARAS
Pn.Asiah bt. Abu Bakar En.Nik Muhamad Nazim bin Nik Ishak
DATA SMM / APD GURU DISIPLIN / SSDM
En. Abdul Raof bin Abdul Mutalib En.Nik Muhamad Nazim bin Nik Ishak
PENDAFTARAN GURU PENGAWAS
Pn.Roudzoh binti Salimi Khoiren Pn.Lorraine Livia A/P Albic
AJK : Semua Guru AJK : Semua Guru

PENGURUSAN KESELAMATAN MURID PENGURUSAN KESIHATAN


PENYELARAS PENYELARAS
En.Ahmad Termizi bin Abd Rahim Pn.Norsolehah binti Hasan
KESELAMATAN BENCANA / INFRASRUKTUR GURU KESIHATAN
KESELAMATAN JALAN RAYA / KEBAKARAN Pn.Wan Mariah binti Wan Sulaiman
En.Ahmad Termizi bin Abd Rahim KANTIN / RMT / BIJIRIN SNEK
GEJALA SOSIAL / DADAH / INHALAN Pn.Norsolehah binti Hasan
Pn.Roudzoh binti Salimi Khoiren PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
KEBERSIHAN DAN KECERIAAN En.Mahadzir bin Abu Bakar
En.Mahadzir bin Abu Bakar PROGRAM BEBAS DENGGI
AJK : Semua Guru En.Ahmad Termizi bin Abd.Rahim
AJK : Semua Guru

PENGURUSAN
PENGURUSAN BIMBINGAN & KAUNSELING
BANTUAN PELAJARAN MURID PENYELARAS
PENYELARAS Pn.Azlina binti Zabidi
Pn.Murni binti Abu Hanafiah PROGRAM GURU PENYAYANG / 3S
BANTUAN KWAPM / KEBAJIKAN Pn.Wan Mariah binti Wan Sulaiman
Pn.Murni binti Abu Hanafiah PROGRAM PSIKOMETRIK/MENTOR MENTEE
BANTUAN BUKU TEKS Pn.Azlina binti Zabidi
Pn.Murni binti Abu Hanafiah PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
AJK : Semua Guru Pn.Asiah binti Abu Bakar
LAWATAN
En.Abdul Raof bin Abdul Mutalib
HARI KANAK-KANAK
Pn.Lorraine Livia A/P Albic
AJK : Semua Guru

Takwim Pengurusan 2017 Page 39


KUALA KANGSAR EXCELLENT LINTANG CEMERLANG

SENARAI SEMAK TUGASAN

NAMA GURU & DG

EN.KAMARUL MAIZAN
PN. ASIAH
EN.NIK MUHAMAD NAZIM
PN. NORSIOLEHAH
PN.ROUDZOH
PN.LORRAINE LIVIA
PN.WAN MARIAH
EN.AHMAD TERMIZI
EN.ABDUL RAOF
EN.MAHADZIR
PN.AZLINA
PN.MURNI
44
34
32
44
41
41
41
41
34
34
32
32
JAWATAN

PENGURUSAN HEM
DATA SSM / APDM / SSDM X
PENDAFTARAN X
PENGURUSAN DISIPLIN
GURU DISIPLIN X
GURU PENGAWAS X
PENGURUSAN KESELAMATAN MURID
BENCANA & INFRASTRUKTUR X
GEJALA SOSIAL/DADAH/INHALAN X
KEBERSIHAN / KECERIAAN X
PENGURUSAN KESIHATAN
GURU KESIHATAN X
PROGRAM SUSU 1MALAYSIA X
PROGRAM BEBAS DENGGI X
KANTIN X
RMT X
PENGURUSAN BANTUAN PELAJARAN MURID
BANTUAN KWAPM / KEBAJIKAN X
BANTUAN BUKU TEKS X
PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PROGRAM GURU PENYAYANG X
PROGRAM PSIKOMETRIK X
PROGRAM MENTOR MENTEE X
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 X
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR X
PROGRAM HARI KANAK-KANAK X
0 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2

Takwim Pengurusan 2017 Page 40

Anda mungkin juga menyukai