Anda di halaman 1dari 3

Ringkasan Teori Utilitarianisme

RINGKASAN TOPIK

Teori Utilitarianisme merupakan salah satu aliran pemikiran di bawah Teori Etika Teleologi. Teori ini
telah diperkenalkan oleh dua orang ahli falsafah Inggeris iaitu :

Jeremy Bentham dari tahun 1748 -1832


John Stuart Mill dari tahun 1806-1832

Teori Utilitarianisme merupakan satu doktrin moral yang mengkehendaki manusia supaya bertindak untuk
menghasilkan kebaikan secara maksimum. Kebaikan ini termasuklah kegembiraan atau keseronokan
kepada semua pihak.
Jeremy Bentham menggunakan kaedah pengiraan kuantitatif yang dikenali sebagai Hedonistic Calculus
yang bermaksud kesenangan dalam istilah Yunani. Menurut kaedah ini, kesenangan (pleasure) dan
kesakitan (pain) setiap individu akan dicampur untuk mendapatkan jumlah keseluruhan kesenangan dan
kesakitan.

HEDONISTIC CALCULUS = kesenangan + kesakitan

Menurut Bentham, terdapat 7 elemen yang perlu dipertimbangkan untuk mengukur


keseronokan yang memberi skala di antara -10 hingga +10. Berikut adalah 7 elemen yang
dikenalpasti oleh Bentham :

INTENSITI Bermakna kedalaman. Sejauh manakah dalamnya kesan pengalaman terhadap


seseorang.
JANGKA MASA Berapa lamakah keseronokan atau kesengsaraan akan berakhir?
KEPASTIAN Adakah anda pasti sama ada anda mengalami keseronokan atau kesengsaraan
akibat sesuatu yang berlaku.
KESEGERAAN Kepantasan anda mengalami rasa seronok atau sebaliknya.
KESEDARAN Apakah kemungkinan anda mengalami rasa seronok pada masa akan datang?
KEBERKESANAN Apakah kemungkinan anda mengalami rasa sengsara pada masa
hadapan ? Contohnya mangsa tragedi selalunya sentiasa berasa takut dan risau.
HAD ATAU BATASAN Berapa kerapkah kesengsaraan dan keseronokan dicetuskan dalam
hidup orang lain?

Perbandingan selepas pengiraan akan menentukan bahawa sesuatu tindakan itu baik atau
buruk. Sekiranya jumlah kesenangan mengatasi jumlah kesakitan, ini bermakna tindakan
tersebut adalah baik dari segi moral serta ianya boleh dilaksanakan. Namun, jika skor
kesengsaraan melebihi keseronokan, maka perbuatan tersebut dianggap salah dan tidak
beretika.
Walaubagaimanapun, kaedah yang diperkenalkan oleh Bentham ini mendapat kritikan daripada
ahli falsafah yang lain pada zaman itu. Antara kelemahan Kalkulus Hedonistic Bentham ialah :

Intensiti atau darjah keseronokan adalah bersifat subjektif kerana perasaan individu
adalah berbeza-beza.
Kualiti keseronokan seseorang adalah tidak sama.
Mengukur kualiti keseronokan dan kesakitan amat sukar pada masa yang berbeza
dengan pengalaman yang berbeza.

Oleh kerana terdapat kritikan terhadap Teori Bentham, John Stuart Mill (1863) memperkenalkan
konsep Utilitarianisme. Prinsip utiliti yang diperkenalkan oleh Mill adalah dengan menilai sesuatu
tindakan itu sebagai beretika apabila tindakan itu membawa keseronokan dan kegembiraan,
tetapi sesuatu tindakan itu adalah salah dan tidak bermoral sekiranya ia memberi kesan yang
negatif. Konsep utilitarian yang diperkenalkan oleh Mill ini menyatakan bahawa peringkat
kesenangan adalah berbeza-beza mengikut individu.

PRINSIP PRINSIP UTILITARIANISME

Teori klasik Utilitarian boleh dibahagikan kepada empat prinsip seperti berikut :

Consequentalisme Prinsip ini menyatakan bahawa sesuatu tindakan yang betul


ditentukan oleh kesan.
Hedonisme Prinsip ini bermakna kesenangan tanpa kesakitan atau penderitaan.
Prinsip Hedonisme menyatakan bahawa kesenangan adalah satu-satunya asas kepada
kebaikan.
Maxilisme Prinsip ini menekankan bahawa tindakan yang betul adalah tindakan yang
memberi kesan positif lebih banyak berbanding kesan negative.
Universalisme Prinsip ini menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu haruslah
mengambil kira kesannya ke atas setiap individu dan masyarakat.

JENIS-JENIS TEORI UTILITARIANISME


Teori Utilitarianisme boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut :

Act Utilitarianisme
Teori ini merupakan teori yang berada pada peringkat paling rendah. Teori ini merekodkan kesan
sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes.
Hedonistic Utilitarianisme
Teori ini pula mengambilkira kegembiraan kesan daripada suatu tindakan yang dianggap
bermoral.

Secara kesimpulannya, Teori Utilitarianisme ini menyatakan bahawa sesuatu tindakan yang
diambil atau dilaksanakan haruslah memberi kesan yang positif kepada semua pihak atau untuk
bilangan orang yang paling ramai.

Anda mungkin juga menyukai