Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama
am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat ,
benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit
ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah
nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri
daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung
ayat.
Rumahnya roboh.
Radio itu berbunyi.
Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula berkibar
Kata sifat
Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif
seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau
frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti
amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar
Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh:
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.
Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata sendi
Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu
perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.
Contoh:
Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)
Sendi nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata sendi
nama yang biasa digunakan ialah:di,ke,kepada,pada,dari,daripada,seperti,dengan
Sendi kata
Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata sifat dan kata
tugas.
bagi,sambil ,selepas,sebelum
Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata
yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau
keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang
boleh dikatakan sebagai satu ayat.
Walau bagaimanapun, perkataan "adalah" boleh disisipkan dalam ayat jika seseorang hendak
menegaskan maksud, umpamanya:
1. Ali adalah guru.
2. Kucing adalah mamalia.
Kata "adalah" dalam ayat-ayat itu digunakan apabila timbul keraguan yang dapat dibayangkan
dengan adanya pertanyaan yang menggunakan kata adakah seperti:
1. Adakah Ali guru?
2. Adakah kucing mamalia?
Kata "adalah" dalam ayat-ayat di atas samalah dengan kata "benarkah" atau "betulkah".
Bagaimanapun, ayat yang disertai "adalah" bukan ayat inti lagi.
Frasa Nama + Frasa Kerja
Contoh:
1. Saya menulis rencana.
2. Kami berdiri.
3. Kucing ini menangkap tikus.
4. Syarikat itu membuka kilang.
Predikat ayat inti untuk pola ini dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu yang
terbahagi dua:
1. kata bantu aspek: akan, belum, masih, sedang, sudah, telah;
2. kata bantu modaliti: boleh, dapat.
Letak kata bantu ialah sebelum kata kerja. Selain itu, predikat untuk ayat ini dapat diperluas
dengan menggunakan keterangan seperti: Saya duduk di kerusi. "Di kerusi" ialah keterangan
tempat.
Predikat ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang terbahagi tiga:
1. penguat depan: begitu
2. penguat belakang: sekali, betul
3. penguat bebas: sangat
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:
Contoh:
1. Saya ke Kuala Lumpur
2. Dia di sekolah.
3. Kami di rumah.
4. Buku ini untuk adik.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri sendiri
tanpa kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:
ayat (1) mesti ditulis: Saya pergi ke Kuala Lumpur; atau
ayat (4) mesti ditulis: Buku ini dibeli untuk adik.
Sebenarnya baik disertai kata kerja atau tidak, ayat-ayat itu betul belaka.
Hukum D-M
Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan
unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang
menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St.
Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.
Contoh ayat:
Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung, katanya.
Dia mengelak, lantas menikam.
2.Kata hubung pancangan
Contoh ayat:
Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
Contoh ayat:
Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
Contoh ayat:
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
Saya berkawan dengannya semenjak kecil
Contoh ayat:
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah
Awalan
ke-
Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama.
Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua
perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an
untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada
kata dasar:
penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama):
kekasih, ketua, kemudi
pe(n)-
Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada
perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
milik sifat seseorang: pemuda, pembesar
ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.
pe-
Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama
memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan
imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
per-
Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata
kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".
juru-
Awalan "juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat
secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar
daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:
Akhiran
-an
Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada
perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
Apitan
ke--an
Imbuhan apitan "ke--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada
perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
pe(n)--an
Imbuhan apitan "pe(n)--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada
perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
perbuatan: pemeriksaan, pemilihan
hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan
Imbuhan "pe(n)--an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.
per--an
Imbuhan apitan "per--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada
perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
Sisipan
Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan
"-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak telapak; kuning kemuning.
JENIS-JENIS AYAT
Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan,
permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak
dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu
ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak
digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh
digugurkan.
Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah
digugurkan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan
untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu
maksud. Contohnya:
Ayat biasa : Cadangannya harus diketepikan.
Ayat nafi : Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Ayat biasa : Kerja ketua memang susah.
Ayat nafi : Kerja ketua tidak pernah senang.
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat
nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya,
umpamanya:
1. Bukankah orang itu guru kamu?
2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
3. Anda sudah faham, bukan?
Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk
dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas
dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan
kesamaran makna.
Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel
"kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.
"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain
itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.
Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung
ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu
menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan
bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu
menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Ayat inti
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu
dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika
anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat
inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering
menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan
ingin tahu pembaca.
Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi
satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan
sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain.
Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
Contohnya :
deru - menderu
duga - menduga
caci - mencaci
tanggungjawab
olahraga
tandatangan
matahari
suruhanjaya
jawatankuasa
sukarela
warganegara
setiausaha
kakitangan
pesuruhjaya
bumiputera
antarabangsa
beritahu
kerjasama
Selain contoh yang ditunjukkan di atas, ejaan kata majmuk ditulis terpisah.
Contoh:
jalan raya
tunjuk ajar
ambil alih
kuat kuasa
kenal pasti
ibu bapa
campur aduk
daya serap
Perbendaharaan Kata
Calon mestilah mempunyai perbendaharaan kata yang luas supaya senang mengenal pasti
kesalahan penggunaan kosa kata. Di samping itu, pemilihan kata mestilah bersesuaian dengan
maksud sesuatu ujaran.
Contoh:
(a) Kesan daripada keletihannya berlatih bola sepak menyebabkannnya terpelecok lalu jatuh.
- Kata akibat lebih sesuai digunakan kerana mempunyai konotasi yang tidak baik.
(b) Sistem lampu isyarat yang baru diperkenalkan itu mengakibatkan perjalanan kereta menjadi
tidak lancar.
- kata menyebabkan lebih sesuai untuk menerangkan situasi ini.
Penggunaan Bentuk Jamak
Penggunaan bentuk jamak sering kali disalahgunakan, bukan sahaja dalam situasi lisan tetapi
juga dalam tulisan. Kadang kala, bilangan sudah dinyatakan tetapi kata nama masih digandakan
untuk menunjukkan maksud jamak.