Anda di halaman 1dari 2

Pembelajaran Abad ke-21 dan Tool Kits

PENYEDIAAN 'TOOL KITS'

Apakah itu 'tool kits'?


'Tool kits' ialah kit alat tulis seperti pen marker, 'tack-it', gunting, gam, 'stick-notes',
pembaris dan tag nama ahli kumpulan yang dimasukkan ke dalam sebuah beg kecil.

Apakah kepentingan 'tool kits' dalam PdPc?


Pembelajaran koperatif mudah dijalankan apabila setiap kumpulan dibekalkan
dengan 'tool kits'. Selepas mendengar arahan guru, murid-murid akan memulakan
aktiviti kumpulan dengan menggunakan 'tool kits'. Contohnya, murid menulis idea
pada peta buih di atas kertas mah-jong menggunakan alat tulis yang terdapat dalam
'tool kits'.

'Tool kits'

Beg 'Tool Kits'

Apakah peranan setiap ahli kumpulan dalam Pembelajaran Koperatif?


Di dalam setiap beg mempunyai 6 tag nama yang mempunyai peranan setiap ahli
kumpulan iaitu:
Pengurus Pasukan - menguruskan aktivti kumpulan
Pencatat - menulis / melukis sesuatu idea yang dibincangkan di dalam aktiviti
kumpulan pada kertas mah-jong atau kertas A4/A3
Pengurus masa - memastikan ahli kumpulan menyiapkan tugasan yang diberi dalam
tempoh masa yang ditetapkan oleh guru.
Pengurus senyap - memastikan aktiviti kumpulan berjalan dalam keadaan tidak
bising [6 inches voices].
Pengurus bahan - mengambil 'tool kits' daripada guru dan memastikan semua alat
tulis ada di dalam beg sebelum memulangkan kepada guru.
Pembentang - membentangkan hasil perbincangan kepada ahli kumpulan yang lain.
**setiap peranan di atas perlu rotation antara murid setiap kali aktiviti kumpulan
diadakan.

Tag nama
Video menunjukkan 'tool kits' diedarkan kepada Pengurus Bahan oleh guru

'Tool kits' dan anggaran perbelanjaan


Pembelajaran koperatif paling sesuai dijalankan antara 5 hingga 6 orang ahli dalam
satu kumpulan. Sekiranya dalam sebuah kelas mempunyai 40 orang murid maka
guru boleh mengagihkan murid kepada 8 kumpulan.

Di dalam 'tool kits' tersebut boleh dimasukkan:


Pen marker biru jenis ARTLINE/PILOT
Pen marker hitam jenis ARTLINE/PILOT
Pen marker merah jenis ARTLINE/PILOT
'Tack-It'
Gam
Gunting
Pembaris panjang
'Stick notes'
Flat lanyard (tali)
Tag nama
Kad / Bendera Traffic Lights (1 set - hijau,kuning dan merah)
**ARTLINE/PILOT boleh refill

Anda mungkin juga menyukai