Anda di halaman 1dari 4

SMK SULTAN SULAIMAN SHAH

KERTAS KERJA
TEKNIK BIJAK MENJAWAB SAINS SPM

ANJURAN :
PANITIA SAINS
TAHUN 2017
1.0 Pendahuluan

Dalam menuju kecemerlangan, pelajar-pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya sama ada dari
segi akhlak, akademik, ko-kurikulum dan sebagainya. Kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang
akademik diukur daripada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam khususnya SPM 2017.
Bagi mencapai matlamat tersebut, bimbingan ke arah peperiksaan perlu diberi perhatian serius
khususnya dari segi teknik-teknik menjawab, pembahagian masa dan soalan-soalan peruncingan
yang kerap disoal di dalam peperiksaan.

Menyedari hakikat inilah maka pihak Panitia Sains telah mengambil inisiatif untuk mengadakan
Teknik Bijak Menjawab Sains bagi membantu pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan SPM
2017.

2.0 Rasional

Pelajar-pelajar kurang berkemahiran dalam teknik teknik menjawab soalan Sains terutamanya
dalam memahami kata kunci soalan seperti huraikan, terangkan, jelaskan, mengapa dan lain-lain.

3.0 Objektif

3.1 Supaya pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan segala teknik dan tips yang diperoleh dari
bengkel ini bagi meningkatkan peratus gred A+ dan A dalam SPM 2017.

3.2. Supaya pelajar-pelajar dapat memberi jawapan soalan dengan tepat selaras dengan peraturan
permarkahan berdasarkan kata kunci yang diberi.

3.3 Supaya para pelajar dapat membuat pembahagian masa yang betul dalam menjawab soalan
sebagaimana masa yang ditetapkan.

4.0 Sasaran

141 orang pelajar tingkatan 5

5.0 Maklumat Pelaksanaan

Tarikh : 18 August 2017

Hari : Jumaat

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan sekolah


6.0 Jadual program

8.00 am- 10.00 am - Persediaan tempat dan mengedar bahan.

- Teknik Menjawab Kertas 2

Oleh : Pn Siti Zubaidah binti Kassim

10.00 pagi -10.30 pagi - REHAT (Minum pagi)

10.30 pagi -12.00 petang - Sambungan Teknik Menjawab Kertas 2

7.0 Jawatan kuasa Kerja

Pengerusi : En. Sasuraja a/l Kolundai (PK Pentadbiran)

Timbalan Pengerusi 1 : Pn Hajjah Masribanun binti Duki (PK HEM)

Timbalan Pengerusi 2 : En. Misnan bin Musleh (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Rosyatimah binti Moharom

Penyelaras : Pn. Lezawati binti Ahmad Yusop

Setiausaha : Pn Nor Hasidah binti Adenan

AHLI JAWATAN KUASA TUGASAN

1. Pn.Lezawati binti Ahmad Yusop -menyediakan kertas kerja.


-menguruskan LCD ,Komputer dan wayar.
-menyediakan Whiteboard Makerpen.
2. Pn.Nor Hasidah binti Adenan -membukukan dan memperbanyakkan bahan
edaran.
-mengurus PA sistem.
3. Pekerja pembersihan swasta - mengurus susun atur kerusi meja
8.0 Anggaran Perbelanjaan.

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1 Makan minum pelajar 134 x RM 4.00 RM 536.00
2 Bahan dan Modul 134 x RM 2.00 RM 268.00
Jumlah RM 804.00

9.0 Penutup

Pendedahan berkaitan teknik menjawab yang betul dan tepat pastinya dapat membantu
pelajar menjawab soalan dengan tepat dan efisien. Ketepatan dalam menjawab soalan
akan dapat membantu para pelajar mendapat markah yang terbaik dan akan memperoleh
kejayaan yang cemerlang dalam mata pelajaran Sains dalam setiap kali penilaian
khususnya dalam SPM 2017.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh

__________________________ ____________________________
LEZAWATI BINTI AHMAD YUSOP
Ketua Panitia Sains 2017.
SMK Sultan Sulaiman Shah,
45600 Batang Berjuntai, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai