Anda di halaman 1dari 3

AJK PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS, SK INDERSABAH 2017

KERTAS KERJA PROGRAM PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS


SK INDERSABAH
2017

1.0 PENDAHULUAN
Murid-murid menghabiskan kebanyakan masa di kelas semasa mereka melalui sesi pembelajaran di
kelas selain daripada penggunaan bilik-bilik khas serta kawasan lain di sekeliling sekolah.
Persekitaran kelas yang kondusif untuk pembelajaran adalah amat penting dalam membantu murid
memupuk minda untuk belajar semasa berada di dalam kelas. Justeru, adalah menjadi
tanggungjawab guru-guru terutamanya guru kelas untuk memastikan keadaan positif ini dapat
dicapai bagi meningkatkan tumpuan serta motivasi murid sehingga ke tahap optimum.
Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas adalah sebagai satu medium untuk guru sama-sama
berusaha menambah baik dan mengolah keadaan kelas dari semasa ke semasa. Diharapkan agar
kewujudan program ini dapat menjadi inspirasi kepada guru untuk menyediakan persekitaran kelas
yang positif serta kondusif untuk pembelajaran para murid.

2.0 OBJEKTIF
i.Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.
ii.Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih
dan ceria.
iii.Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, hormat-
menghormati, menghargai dan tolong-menolong.
iv.Menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbang kepada pengurusan
dan kebersihan bilik tersebut.
v.Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.

4.0 MATLAMAT
i. Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.
ii. Meningkatkan tahap kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya.
iii. Menyediakan suasana kondusif di dalam kelas untuk pembelajaran berterusan.

1
AJK PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS, SK INDERSABAH 2017

5.0 PELAKSANAAN

Juri iaitu guru yang bertugas akan membuat penilaian sebanyak 3 kali seminggu. Kategori yang
dinilai di dalam kelas adalah maklumat kelas dan sekolah, maklumat PDP, keceriaan serta
kebersihan kelas.
Setiap minggu, kelas yang terbersih akan mendapat pengiktirafan melalui makluman pada
papan notis keceriaan iaitu pelekat berbentuk senyum (smiley face) yang akan dilabel pada kelas
berkenaan. Sijil serta piala pusingan pula akan dianugerahkan kepada kelas terbersih pada setiap
hujung bulan semasa majlis perhimpunan diadakan.

6.0 KATEGORI PERTANDINGAN


Kategori pertandingan terbahagi kepada 1 bahagian iaitu :
a) Kategori Perdana (Tahun 1-Tahun 6)

7.0 SENARAI JAWATANKUASA & JURI PENILAI


Penolong penyelaras 3K(Keceriaan) : Pn Nurul Izzah Binti Mohd Nazir
Ahli jawatankuasa :

Kumpulan Nama Juri Penilai


Kumpulan A Pn Jumaini Lamaini
Pn Nurul Izzah Binti Mohd Nazir
Puan Norela Binti Musah
Puan Jumaatiah Binti Laja Pantua
Puan Farhah Nabila Binti Ahmad Yusof
Kumpulan B Pn Jumaini Lamaini
Puan Rugaya Benza
Ust Shaifulhisham Bin Shamsudin
En Mohd Ali Bin Husin
Puan Zaiton Binti Baki

2
AJK PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS, SK INDERSABAH 2017

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Anggaran perbelanjaan hadiah keceriaan kelas pada hujung tahun :

Tempat pertama
RM15x 8 bulan = RM120

Tempat ke-2
Kategori Perdana RM10 x 8 bulan = RM80

Tempat ke-3
RM5 x 8 bulan = RM40

Piala Pusingan
RM50
Sijil
RM50
Jumlah RM120 + RM80 + RM40 + RM50 + RM50 = RM340

10.0 PENUTUP
Program pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas diharapkan dapat melahirkan murid yang
bertanggungjawab dan meningkatkan suasana positif untuk pembelajaran yang berterusan semasa di
dalam kelas. Diharapkan agar pelaksanaan program ini akan sentiasa disokong dan digalas dengan
penuh komitmen oleh para guru dan kakitangan sekolah yang terlibat.

Disediakan oleh,

..
(NURUL IZZAH BINTI MOHD NAZIR)
Penolong Penyelaras
Jawatankuasa Pertandingan Keceriaan & Kebersihan Kelas
SK Indersabah,Tawau