Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

JAMUAN AKHIR TAHUN 2014


SMA RANTAU

KELAB GURU DAN STAF SOKONGAN 2014


SEKOLAH MENENGAH AGAMA RANTAU
Jamuan Akhir Tahun 2014
SMA Rantau

1.0 PENGENALAN

Kelab Guru dan Staf Sokongan SMA Rantau merupakan kelab yang mewakili semua guru dan anggota
kumpulan pelaksana yang lebih dikenali sebagai staf sokongan. Kelab Guru dan Staf Sokongan ini
merupakan organisasi yang dilantik oleh pihak sekolah bagi tujuan menjaga kebajikan kakitangan
sekolah dan menggerakkan aktiviti yang berkaitan.

2.0 MATLAMAT

Penganjuran majlis ini bukan sahaja berpaksikan peranannya sebagai acara tahunan semata-mata
tetapi penganjuran majlis ini menggalas misi yang tersendiri. Misi utama majlis ini ialah untuk menjadi
medium yang berkesan bagi mengukuhkan lagi pautan ukhuwah antara guru-guru dan staf sokongan
bersama-sama dengan keluarga. Bukan itu sahaja, matlamat utama pelaksanaan majlis ini juga adalah
untuk merealisasikan penghargaan buat para guru dan staf sokongan di atas segala sumbangan dan
khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tahun persekolahan 2014.
Majlis Jamuan Akhir Tahun 2014 ini juga dilaksanakan untuk menghargai guru dan staf
sokongan yang telah berpindah dari SMA Rantau pada tahun ini. Justeru, penganjuran Majlis Jamuan
Akhir Tahun ini bukan sahaja bertindak sebagai suatu wadah untuk menghargai guru-guru dan staf
sokongan malah sebagai suatu tanda dalam kenangan perpisahan buat guru dan staf berkenaan.

3.0 NAMA PROGRAM

Majlis Jamuan Akhir Tahun 2014 SMA Rantau

4.0 ANJURAN

Kelab Guru dan Staf Sokongan SMA Rantau 2014

5.0 OBJEKTIF

5.1 Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru, staf sokongan dan ahli keluarga.

5.2 Menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh seluruh kakitangan SMA Rantau
sepanjang tahun 2014.

5.3 Mengenang jasa guru dan staf yang telah berpindah dari SMA Rantau.

6.0 TEMPOH PELAKSANAAN

6.1 Tarikh: 21 November 2014


6.2 Hari: Jumaat
6.3 Masa: 7.00 11.00 pm

1
Jamuan Akhir Tahun 2014
SMA Rantau

7.0 TEMPAT

Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson

8.0 SASARAN

8.1 Guru-guru SMA Rantau


8.2 Staf sokongan SMA Rantau
8.3 Ahli keluarga kakitangan SMA Rantau

9.0 JAWATANKUASA MAJLIS

Penasihat: Pn Nuri Binti Ab Hak


Timbalan Pengerusi: Pn Faridah Binti Hj Hussin
Setiausaha: Pn Farah Nasyirah Binti Othman
Bendahari: En Ahmad Farid Bin Mohd Ali
Ahli Jawatankuasa: Pn Siti Nor Aishah Binti Mohd Nor
En Amirul Amzar Bin Rosli

10.0 TENTATIF PROGRAM

BIL MASA PERKARA


1 7.00 pm Ketibaan tetamu & Solat Maghrib
2 7.30 pm Pendaftaran
3 7.45 pm Kata aluan pengacara majlis
Bacaan doa
Ucapan Pengerusi Kelab Guru dan Staf
Sokongan SMA Rantau Tahun 2014
4 7.50 pm Jamuan makan
5 8.30 pm Penyampaian hadiah perpisahan
Ucapan Perpisahan
Cabutan bertuah
Sukaneka
6 11.00 pm Bersurai

11.0 SUMBER PERBELANJAAN

11.1 Sumbangan JHEAINS : RM 3000.00


11.2 Sumbangan Kelab Guru : RM 500.00
Jumlah pendapatan : RM3500.00

2
Jamuan Akhir Tahun 2014
SMA Rantau

12.0 PERBELANJAAN

Bil Perkara Perbelanjaan Seunit Bilangan Jumlah


1 Tempahan makanan RM70 perkepala 29 RM 2030
2 Hadiah
- door gift RM10 29 RM 290
- Cabutan bertuah untuk guru dan staf RM14 29 RM 406
- Cabutan bertuah untuk anak-anak RM6 15 RM 90
- Hadiah perpisahan dan 1st baby @ SMAR
RM100 5 RM 500
- Sukaneka
RM25 4 RM 100
3 Lain-lain keperluan - - RM 84
JUMLAH KESELURUHAN - - RM 3 500

13.0 PENUTUP

Majlis Akhir tahun 2014 ini tidak akan berjaya diimplementasikan tanpa mendapat kerjasama dan
komitmen daripada semua pihak. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar semua pihak yang
terlibat dalam pelaksanaan majlis ini dapat memberi sokongan dan komitmen yang persis lagi jitu demi
memastikan kelancaran dan keberkesanan majlis ini.

Disediakan Oleh,

(AHMAD FARID BIN MOHD ALI)

Bendahari,

Kelab Guru dan Staf SMA Rantau 2014.

(SITI NOR AISHAH BINTI MOHD NOR

Ahli Jawatankuasa,

Kelab Guru dan Staf SMA Rantau 2014.

Anda mungkin juga menyukai