Anda di halaman 1dari 4

1

TEMA KARANGAN BERDASARKAN BUKU TEKS


TINGKATAN 4: UNIT 9 :KERJAYA
Minggu Kerjaya
Cita-cita dan Kerjaya
Surat Permohonan

BAHAGIAN A : KARANGAN BAHAN RANGSANGAN


SOALAN:
Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca granduan
mengganggur di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

TERLALU MEMILIH
PEKERJAAN

PUNCA-PUNCA
GRADUAN
MENGANGGUR

TIDAK FASIH MAJIKAN MEMILIH


BERBAHASA PEKERJA
INGGERIS BERPENGALAMAN
2

RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Masalah pengangguran dalam kalangan graduan baru semakin meningkat. Berikutan
dengan pergelutan ekonomi, ramai mahasiswa dan mahasiswi masih tidak mempunyai pekerjaan
walaupun sudah lama digelar graduan. Apakah punca sebenar permasalahan ini?

ISI 1
A Sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan

M Pengangguran berlaku dalam kalangan siswazah berpunca daripada sikap tidak ingin bekerja
jika bukan dalam bidang atau kursus yang mereka pelajari waktu di universiti.

P Oleh itu, sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan menyebabkan mereka mengganggur

ISI 2
A Tidak fasih berbahasa Inggeris

M Pertuturan yang baik menambahkan keyakinan untuk sesebuah syarikat ambil bekerja.
Bahasa Inggeris merupakan sangat penting antara kelayakan yang diambil kira ketika sesi temu
duga.

P Oleh itu, ramai granduan yang tidak fasih berbahasa Inggeris gagal mendapat pekerjaan.

ISI 3
A Majikan memilih pekerja yang berpengalaman

M Kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di luar sana hanya


memerlukan pekerja yang sudah ada pengalaman bekerja

P Jadi, dimanakah peluang pekerjaan bagi graduasi baru? Bagaimana mereka ingin mencari
pengalaman jika kebanyakan syarikat hanya mahukan pekerja yang sudah berpengalaman?

PENUTUP
Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus
berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah
mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di
tempat yang sama sepanjang hidup mereka. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
3

BAHAGIAN B: KARANGAN UMUM


SOALAN :
Pada zaman ini persaingan antara para pelajar untuk memasuki pasaran pekerjaan sangat tinggi,
jadi.tidak ada gunanya para pelajar bersaing sesama mereka sekiranya mereka hanya bergantung
kepada kelulusan akademik sahaja.
Huraikan kemahiran-kemahiran yang perlu para pelajar kuasai sebelum mereka memasuki
pasaran pekerjaan.

RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Isu : Kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai
cabaran dan rintangan yang bakal menghambat bagi para pelajar. Para pelajar atau golongan
remaja ini merupakan asset paling berharga buat sesebuah negara dan peneraju tampuk
pemerintahan negara kelak.
Cadangan : Para pelajar haruslah bersedia dari sekarang untuk menempuhi dunia yang semakin
mencabar ini agar tidak mudah ditindas bak kata peribahasa melayu sediakan payung sebelum
hujan
Penegasan : Oleh itu, para pelajar haruslah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai bidang
kemahiran sebelum memasuki dunia pekerjaan

ISI KARANGAN
ISI 1 : KEMAHIRANBERKOMUNIKASI
Fakta : Kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran yang sangat penting dan wajar dikuasai
oleh para pelajar.
Huraian : Hal ini demikian, kerana,setiap pekerjaan memerlukan kita untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dengan masyarakat .
Contoh : Misalnya, para pelajar yang petah berbicara mengeluarkan hujah atau pendapat yang
matang dan berani berhadapan dengan pelbagai peringkat klien akan mudah mendapat tawaran
pekerjaan .

Penegasan Isi : Oleh itu jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran berkomunikasi dalam diri
pelajar yang bakal memasuki alam pekerjaan ini.
4

ISI 2 : KEMAHIRAN BAHASA


Fakta : Pelajar juga haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran bahasa kerana kemahiran ini
memainkan peranan penting sebagai pelengkap bagi para pelajar untuk memasuki alam
pekerjaan
Huraian : Hal ini kerana,individu yang mempunyai kemahiran berbahasa dalam pelbagai Bahasa
lebih mudah mendapat peluang pekerjaan terutamanya dalam era globalisasi ini.
Contoh : Contohnya bahasa Inggeris, Mandarin, Jepun dan Korea
Penegasan Isi : Jelaslah di sini kemahiran berbahasa juga merupakan kemahiran yang perlu
dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai asas untuk memasuki alam pekerjaan.
ISI 3 : KEMAHIRAN TEKNOLOGI

Fakta : kemahiran teknologi juga penting selaras dengan kemajuan teknologi globalOleh hal yang
demikian di situ ada jalan.Dengan ini kita mampu memiliki asset utama untuk mencari peluang
dalam pelbagai sektor.

Huraian : .Hal ini kerana kemahiran ini mungkin berguna kepada pelajar berdasarkan bidang
pekerjaan yang pelajar minati seperti teknologi pembuatan dan penciptaan .
Contoh : pelajar perlulah mengambil prakarsa untuk mempelajari kemahiran tersebut dengan
meminta tunjuk ajar dari orang yang mahir dan menghadiri kursus teknologi bak kata pepatah di
mana ada kemahuan,

Penegasan Isi : Oleh itu,jelaslah kemahiran teknologi merupakan salah satu pelengkap bagi
pelajar untuk menjamin masa depan yang cerah.

ISI 4 : KEMAHIRAN ICT


Fakta : Para pelajar juga haruslah mempelajari dan menguasai kemahiran dalam bidang teknologi
maklumat.
Huraian : Hal ini, demikian kerana teknologi maklumat ini dapat mempercepatkan proses
penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui rangkaian intenet dan laman web.
Contoh : Untuk menguasai bidang ini ,para pelajar digalakkan menyertai kelab teknologi maklumat
di sekolah dan memasuki pertandingan mereka cipta laman sesawang.
Penegasan Isi : Jadi ,mempelajari bidang teknologi maklumat amatlah penting kepada para
pelajar kerana di zaman yang semakin maju ini kegunaan teknologi maklumat semakin meluas
dalam pelbagai bidang pekerjaan tidak kira swasta mahupun kerajaan.

PENUTUP
Pandangan : Secara keseluruhannya,jelaslah bahawa kemahiran dalam pelbagai bidang sangat
penting bagi para pelajar sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan
Harapan : Oleh itu,pelajar merupakan harapan kepada tonggak kemajuan negara kelak.Persis
kata pepatah,pemuda harapan bangsa,pemudi tiang Negara. Justeru itu, impian negara untuk
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain akan tercapai.

Anda mungkin juga menyukai