Anda di halaman 1dari 14

KERTAS KERJA

LAWATAN KE PERTUBUHAN KEBAJIKAN JAGAAN WARGA EMAS


KEMUNTING TAIPING PERAK

PENDAHULUAN

Kelas BM 04 melalui Program Pengijazahan Guru Ambilan 2011 kohort 1 , ingin membuat
lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Jagaan Warga Emas Kemunting Perak sambil
menyiapkan tugasan Kerja Kursus ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan
Moral. Di dalam program ini, kami diterapkan dengan nilai nilai moral seperti kasih sayang,
hormat menghormati dan menghargai orang tua serta meningkatkan kemahiran dan teknik
komunikasi yang telah kami pelajari di dalam kelas. Maklumat lawatan adalah seperti
berikut:

Tajuk Program : MASIH ADA YANG SAYANG


Tarikh Tentatif : 26 Julaii 2013
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tgh hari
Tempat : Pertubuhan KebajikaanWarga Emas Kemunting Taiping
Bil Pelajar : 8 orang

PENGENALAN
Pusat Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kemunting merupakan pusat penjagaan warga
emas swasta atau dalam erti kata lain berbayar. Pusat ini terdapat dua buah rumah yang
disewa bagi menempatkan warga emas lelaki dan perempuan sebanyak RM 2200.00
sebulan. Pusat ini dihuni seramai 32 orang perempuan dan 20 orang lelaki. Bayaran yang
dikenakan kepada waris ialah sebanyak RM500.00 sebulan. Pusat ini lebih menitik beratkan
kepada golongan tua yang uzur dan tidak mampu bekerja lagi.

OBJEKTIF

Di akhir program lawatan ini, pelajar dijangka dapat:

1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri supaya menghargai warga emas


2. Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang
bernasib baik dan terpinggir.
3. Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan
melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.
4. Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para
pelajar.
5. Mengembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.
6. Menyambung silaturrahim dengan nenek dan datuk angkat mereka pada
masa akan datang.

ATURCARA PROGRAM

TARIKH AKTIVITI

26 Julai 2013 09.00 pagi Berkumpul di susur keluar Tol PLUS Kemunting

( Jumaat ) Bertolak ke lokasi

Sesi perkenalan dengan pemilik Pusat Jagaan.

Sesi berkenalan dengan warga emas

Mengadakan sesi temuramah

Memberi sumbangan

Sesi bergambar

Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ITEM JUMLAH


1 BARANGAN 160.00
DAPUR
Jumlah Keseluruhan 160.00

Peruntukan Perbelanjaan
- Melalui kutipan ahli ( RM 20.00 ) Sekepala
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG

PENAUNG
EN AZMI BIN NAYAN
PENGARAH

PENASIHAT
PUAN SYARIFAH BINTI ABDUL KADIR

SETIAUSAHA
MOHD YAZID BIN ABDUL HAMID

BENDAHARI
SITI FATIMAH BT ABDUL RAHMAN

AJK AKTIVITI
ANUAR BIN ABDUL AZIZ

AJK KEBAJIKAN
SAARI BIN ABDULLAH

PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini berjalan dengan lancer dan dirahmati Allah SWT.

Sekian.

Disediakan oleh:

.....................................................
( MOHD YAZID BIN ABDUL HAMID )
Setiausaha
Kelas BM 04
LAPORAN LAWATAN KE PERTUBUHAN KEBAJIKAN JAGAAN WARGA EMAS
KEMUNTING TAIPING PERAK

Pada 26 Julai 2013, bersamaan hari Jumaat Kelas BM 04 melalui Program


Pengijazahan Guru Ambilan 2011 kohort 1 , seramai 8 orang telah membuat
lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Jagaan Warga Emas Kemunting Perak disamping
menyiapkan tugasan Kerja Kursus ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas
Pendidikan Moral.

Tepat pada pukul 9.00 pagi , kami berkumpul di susur keluar Tol Plus Kemunting.
Selepas mendengar taklimat dari ketua kami iaitu Cikgu Shaari tentang tugasan
yang perlu dilakukan semasa di sana nanti. Kami memastikan barangan dapur
seperti beras, minyak masak, gula, kopi, teh dan sebagainya yang untuk dijadikan
subangan kepada warga emas telah tersedia. Selepas itu kami terus bergerak ke
lokasi yang hendak dituju.

Setibanya kami ke Pertubuhan Kebajikan Jagaan Warga Emas Kemunting, kami


disambut oleh pengasas pusat tersebut iaitu Puan Norizazan Binti Nordin. Kami
diberi taklimat dan dibawa ke persekitaran pusat jagaan tersebut. Kami juga di
perkenalkan dengan penghuni pusat jagaan tersebut.

Kami di sambut oleh Puan Norizazan ( No 4 dari kiri )


Sepanjang sesi temu bual dengan Puan Norizazan, beliau banyak menceritakan
pengalaman sepanjang menguruskan pusat jagaan tersebut. Ada yang manis dan
ada juga yang pahit. Atas usaha dan minat terhadap warga emas serta rasa simpati,
beliau masih mampu bertahan untuk menguruskan pusat jagaan tersebut.

( Puan Norizazan dan Puan Siti Fatimah bersama seorang warga emas )

Kami melihat pusat tersebut dijaga rapi dan bersih, walaupun penghuni pusat jagaan
tersebut terdiri daripada golongan wanita tetapi mereka masih mampu
menguruskannya. Kami dibawak ke kawasan dapur, di situ kami lihat barang dapur
telah tersedia tetapi masih kurang mencukupi.Kami juga diperkenalkan kepada
penghuni pusat tersebut, kebanyakannya mereke berumur 60 tahun ke atas dan
begitu uzur serta nyanyuk. Mereka ditempatkan di kawasan ruang tamu yang luas
tetapi disediakan katil masing-masing bagi memudahkan mereka berehat dan
menjalankan rutin harian mereka.
Program kami berjalan sehingga pukul 12.00 tengah hari iaitu diakhiri dengan
member sedikit sumbangan kepada penghuni pusat tersebut. Walaupun ia tidak
banyak tetapi dapat juga menampung perbelanjaan haria mereka di situ
Sejarah Penubuhan Pusat Pertubuhan Kebajikan Jagaan Warga Emas Kemunting
Perak.

Maklumat Pengasas Dan Sejarah Penubuhan


Pengasas Pusat Pertubuhan tersebut ialah Puan Norizazan bt Nordin. Beliau berasal dari
Selama Perak. Agak mengejutkan kami kerana beliau hanya berpendidikan hingga darjah
satu sahaja dan pada mulanya beliau tidak tahu menulis dan juga membaca. Tetapi atas
ketekunan beliau, beliau dapat menulis dan membaca atas usaha belajar sendiri. Beliau
bekerja sebagai tukang urut dan membuka kedai makan bagi menampung kehidupan
harian.

Atas rasa simpati dan minat terhadap orang tua atau dikenali sebagai warga emas maka
terbukalah pintu hati beliau untuk menubuhkan Pusat Penubuhan Jagaan Warga Emas
Kemunting. Dengan berbekalkan sedikit modal simpanan, beliau dapat menyewa dua buah
rumah lot banglo ( sebuah untuk lelaki dan sebuah lagi untuk wanita ) dengan kadar sewa
RM 1000.00 hingga RM1200.00 sebulan dapatlah beliau menempatkan dan menguruskan
warga emas dengan baik dan selesa.

Pada tanggal 1 Januari 2009 Pusat Pertubuhan Jagaan Warga Emas kemunting ditubuhkan
sehinggalah sekarang yang didiami oleh penghuninya seramai 32 orang wanita dan 20
orang lelaki yang ditempatkan secara berasingan.

Kini, sudah empat tahun Pusat Pertubuhan tersebut beroperasi. Dengan memiliki 12 orang
pekerja yang dibayar gaji sekitar RM 700.00 hingga RM 900.00 sebulan bagi menguruskan
kedua-dua buah rumah tersebut baik dari segi memasak, mengemas dan juga menguruskan
warga emas tersebut.

Untuk mendapatkan geran menjaga wargamas ini puan norizazan telah bertemu denngan
Datuk Zambri iaitu Menteri Besae Perak bertempat di MajlisSehari Bersama Pelanggan.
Tidak lama selepas berjumpa dengan Menteri Besar Perak, geran untuk menjaga warga
emas telah diperolehi iaitu masih baru setahun dan diberikan peruntukan sebanyak RM
10000.00 setahun untuk menguruskan pusat 10000.0 0tetapi masih tidak mencukupi
terutama dalam menampung perbelanjaan makan minum mereka. Audit dibuat setiap tahun
bagi membuaktikan ketelusan pengurusan pusat tersebut.

Cara Kemasukan Dan Bayaran

Pusat tersebut mengenakan bayaran kepada wris yang menghantar warga emas iaitu RM
500.00 sebulan bagi menampung kos penjagaan mereka. Ttapi agak malang kerana
kebanyakan waris hanya membayar pada permulaan sahaja dan lama kelamaan tidak
membayar terus kepada pusat tersebut. Tiada kretiria yang ditetapkan untuk menghantar
warga emas ke pusat tersebut sebenarnya. Waris boleh menghantar pada bila-bila masa
sahaja tetapi waris juga sepatutnya mengambil berat terhadap warga emas yang mereka
hantar. Ada juga penghuni di pusat tersebut hanya menggunakan duit pencen mereka
sahaja.

Aktiviti

Tiada aktiviti yang khusus untuk penghuni pusat tersebut. Kebanyakan mereka pada waktu
pagi iaitu selepas sarapan dan membersihkan diri, mereka hanya menonton CD ceramah-
ceramah agama dan motivasi. Ada juga tetamu dari luar datang menziarah Pada waktu
petang pula mereka banyak menghabiskan masa dengan berbual sesama sendiri
sehinggalah waktu malam.Ini kerana kebanyakan warga emas ini uzur dan nyanyuk. Ia agak
sukar untuk menguruskan rutin harian mereka.

Kesimpulan

Dapat dilihat Puan Norizazan sungguh baik hatinya kerana sanggup mengorbankan masa
dan tenaga demi menjaga insan2 tua yang telah ditinggalkan oleh anak2 mereka sendiri.
Urusan jenazah wargamas yang telah kembali kerahmatullah dan tidak dituntut turut
diuruskan oleh beliau. Kalau hendak diikutkan berapa sangat lah nilai wang yang diberikan
berbanding dengan masa , tenaga dan juga pengorbanan yang diberikan.Sedangkan kita
sendiri hendak menjaga kedua ibu bapa pun susah, inikan pula beliau yang sanggup
menjaga orang tua yang tiada langsung pertalian darah. Sungguh mulia hati beliau.
SESI TEMURAMAH DENGAN SEORANG WARGA EMAS

Nama : Rosiah Binti Ahmad

Berasal : Tumpat Kelantan

Umur : 67 Tahun

Bilangan Anak : 3 Orang

Ini adalah seorang warga emas yang telah ditemuramah oleh saya dan Siti Fatimah.
Walaupun agak kurang jelas dengan cerita yang diberikan oleh beliau tetapi kami masih
boleh memahami dan menangkap butiran patah perkataan yang dituturkan oleh beliau.

Makcik Rosiah telah menetap di Pusat Pertubuhan Jagaan Warga Emas Kemunting ini
selama 2 tahun. Jika dilihat dari sudut fizikalnya, makcik ini juga agak uzur dan hanya
duduk di katilnya sahaja.
Makcik Rosiah masuk ke Pusat Jagaan ini kerana dihantar oleh anaknya kerana anak-
anaknya bekerja jauh dan risau keadaannya yang tinggal seorang diri di rumah. Tetapi itu
alas an mereka. Apabila disoal kepada makcik Rosiah sama ada anak-anak beliau
menjenguk beliau, jawapan yang diberikan dengan air mata sahaja. Itu menunjukkan
kepada kami anak-anaknye tidak pernah menjenguk selepas menghatar Makcik Rosiah ke
Pusat jagaan tersebut

Beginilah nasib malang yang dialami oleh Makcik Rosiah. Dahagakan kasih saying dari
anak-anaknya dan mengharapkan mereka dating menjenguk. Bukannya setiap hari beliau
meinta mereka dating, memadai dengan sebulan atau dua bulan sekali dating menjenguk
untuk bertanyakan khabar. Kami berharap agar anak-anak Makcik Rosiah dating menjenguk
dan mengambil berat terhadap beliau. Itulah harapan kami.
REFLEKSI

Sepanjang saya menjalankan tugasan ini banyak pengalaman yang saya perolehi. Saya
amat bersyukur kerana mendapat tugasan seperti ini kerana ia banyak memberi kesedaran
dan manfaat kepada saya.

Bermula saya menerima tugasan ini, saya amat tertarik apabila diminta membuat
penyelidikan terhadap pusat-pusat penjagaan warga emas Memang kita tahu golongan
warga emas adalah golongan yang terpinggir dan sering tidak diendahkan. Maklumlah pada
peringkat umur 60 tahun ke atas tiada apa yang mampu dibuat oleh mereka ini. Hanya
menghabiskan sisa-sisa hidup sahaja

Tugasan in diberi secara kumpulan iaitu berpasangan. Jadi, ahli kumpulan saya ialah Siti
Fatimah. Bersama beliau , saya tiada sebarang masalah dalam sepanjang menjalankan
tugasan. Memang sebelum ini kami pernah menjalankan tugasan bersama jadi tidaklah
begitu kekok untuk menjalankan tugasan ini. Kami berbincang dengan ahli kumpulan lain
dan mencapai kata sepakat untuk mengadakan lawatan ke Pusat Penjagaan Warga Emas
Kemunting Taiping.

Seramai 8 orang telah pergi ke pusat penjagaan tersebut pada 26 Juali 2013. Kami di
sambut dengan mesra oleh pengasas pusat tersebut. Memang saya akui, sebelum ini saya
tidak pernah langsung melawat rumah orang-orang tua, tetapi apbila saya sampai di sana
hati saya agak terusik apabila melihat kehidupan warga emas tersebut.

Saya lihat kebanyakannya agak uzur dan nyanyuk. Dari erti kata lain Lain disoal, lain
dijawab Mereka lebih banyak termenung, tidur, dan berehat sahaja. Mereka tidak mampu
berkerja dengan kuat. Dalam fikiran saya mereka ini sepatutnya bersama anak-anak dan
cucu-cucu, hidup gembira atau lebih menjalankan ibadah. Tetapi mereka ini menghabiskan
sisa hidup sesame mereka sahaja.

Semasa saya menjalankan sesi temuramah dengan salah seorang warga emas , memang
agak menyedihkan , Bila bertanya tentang anak-anak , hanya air mata yang mengalir di pipi
mereka. Pada masa itu juga hati saya tersentuh dan simpati terhadapa golongan ini.

Setelah selesai membuat lawatan ke pusat penjagaan tersebut, maka bermulalah untuk
membuat laporan tugasan. Saya cuba membuat tugasan dengan sebaik yang mungkin
walau pada masa yang sama saya juga terpaksa menumpukan untuk mengajar murid saya
yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi.
Saya berharap, tugasan yang telah saya siapkan ini dapat member manfaat kepada saya
dan juga orang lain.

Sekian terima kasih


AKUAN HASIL PELAJAR

SAYA AKUI KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI
NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP-TIAP SATUNYA TELAH SAYA
JELASKAN SUMBERNYA.

Tanda tangan :

Nama Penuh : MOHD YAZID BIN ABDUL HAMID

No. K/Pengenalan : 780330-08-5909

Tarikh : 24 Ogos 2013

Anda mungkin juga menyukai