Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN GURU

BAGAIMANAKAH MELATIH PELAJAR UNTUK BERFIKIR


SECARA KBAT????
Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke 21 adalah mengajarkan pelajar teknik
untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun sebenarnya sudah lama
wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi barulah kini semakin giat dipromosikan
sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras pelajar, tanpa perlu lagi
melalui KBAR, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah.
Jom kita tengok beberapa cara dan strategi yang boleh digunakan oleh rakan guru bagi
menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.

1. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi


Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa
memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap
pemikiran seseorang pelajar itu.
Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri Soalan
KBAT adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan
juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara
beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkan lah
soalan-soalan yang sebegitu.

2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah


Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah
memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang
diberi, pelajar perlu lah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai
apakah konsep yang bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi
membolehkan kita membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan
pelbagai pilihan dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan
yang telah diambil kira semua faktor serta kesan akibatnya.
Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan
menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian,
meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik sebagai
penyelesaian.

3. Teknik Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan.
Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara
berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan
dengan isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan
penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik
menyoal.
Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal.
Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi
juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling
memahami dan bekerjasama.
Tujuan Teknik Penyoalan
- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar
Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini
kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan
menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi.

Di sini juga disertakan sedikit Panduan Penyoalan yang betul bagi membantu guru untuk
mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar.

Prinsip Panduan Penyoalan


- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas

4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks


Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama
mengandungi aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula
kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu.
Maka gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar
yang mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT

5. Pembelajaran Berasaskan Projek


Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL).
Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam
jangka panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya
menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan
mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau
pun bertulis.
Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam proses pengajaran
yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek. Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi
pemangkin kepada pembelajaran berasaskan projek.
6. Menggunakan Alat Berfikir
Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda
dengan lebih bijak dan berkeesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak
terburu-buru dalam melakukan sesuatu.

Ini adalah antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan
dalam berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
- i-Think
- 6 Thinking Hat
Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita
dan alat pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol untuk
menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara
mereka. Tujuan utama pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi
membantu pelajar berfikir.

Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk garis
panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat ini
dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai faktor,
menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap
suatu tindakan, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu
dari pelbagai sudut pandangan.

Anda mungkin juga menyukai