Anda di halaman 1dari 11

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

SIDANG AKADEMIK 2017/18 - SEMESTER 1


PPG 214/3 - KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU 1

TAJUK:
TATABAHASA TINGKATAN 1 (KATA GANDA)

NAMA PENSYARAH:
DR. FADZILAH BINTI AMZAH

NAMA-NAMA PEMBENTANG:
1) NUR AFIFAH NABILAH BINTI MAZLAN (131500)
2) CHOO YEE CHIN (127648)
3) SYAZLIHANI BINTI SAADON (130975)

WAKTU TUTORIAL:
RABU / 10-11 PAGI

TARIKH PENYERAHAN:
RABU / 1 NOVEMBER 2107
NAMA: NUR AFIFAH NABILAH BINTI MAZLAN (131500)
CHOO YEE CHIN (127648)
SYAZLIHANI BINTI SAADON (130975)

Rancangan Pengajaran Harian Sekolah Menengah


Pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme

Modul Tatabahasa
Tingkatan 1 Kreatif
Masa 60 minit
Tema/Tajuk Kata Ganda
Standard 5.2 Memahami dan menggunakan kata ganda dalam pelbagai ayat
Kandungan
Standard 5.2.1 Memahami dan menggunakan kata ganda penuh, kata ganda
Pembelajaran penuh berimbuhan dan kata ganda majmuk dengan betul
mengikut konteks.
Objektif Pengajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat:
& Pembelajaran 1) Menyenaraikan kata ganda dengan betul mengikut kategori.
2) Mengelaskan kata ganda mengikut kategori yang betul secara
bertulis.
3) Membina ayat dengan menggunakan jenis kata ganda yang
betul secara bertulis.
Elemen Merentas Ilmu: Tatabahasa
Kurikulum Nilai: Kerjasama, Bertanggungjawab
Kemahiran:
a) KBAT Mengklasifikasikan kata ganda ke dalam peta i-think
yang sesuai untuk digunakan bagi membina ayat.
b) EMK Komunikasi
c) Teknologi Audio, LCD
d) Kreativiti membuat peta i-think, pembentangan.
Perkembangan Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Pelajaran Pembelajaran
Penglibatan Set induksi ABM -
(5 minit) 1) Gambar berwarna
i. Murid diberi arahan untuk
2) Kotak
mengeluarkan sekeping gambar
Kemahiran-
dari kotak misteri.
1) Mendengar
ii. Murid diminta untuk
2) Bertutur
menunjukkan gambar kepada
KBAT-
rakan-rakan kelas yang lain.
1) Strategi berfikir
iii. Murid menyebut kata ganda
EMK-
yang sesuai berdasarkan
1) Penggunaan
gambar yang ditunjukkan.
teknologi
iv. Guru membuat perkaitan
dengan pengetahuan sedia ada
murid.

Penerangan Penerangan konsep Strategi PdP-


(15 minit) i. Murid diminta untuk 1) Rakaman audio
mengeluarkan sekeping kertas Objektif-
dan pensil. 1) Menyenaraikan kata
ii. Guru memainkan rakaman ganda dengan betul
audio kepada murid. mengikut kategori.
iii. Murid diminta untuk Kemahiran berbahasa-
mencatatkan kata ganda yang 1) Mendengar
didengari berdasarkan rakaman 2) Menulis
audio. ABM-
iv. Guru memberi penerangan 1) LCD
tentang konsep dan jenis kata 2) Pembesar suara
ganda kepada murid. 3) Papan putih
EMK-
1) Mempertajam
kemahiran
mendengar
Pengembangan Aktiviti berkumpulan Strategi PdP-
(20 minit) i. Murid diminta untuk 1) Pembentangan
membentuk empat kumpulan. berkumpulan
ii. Setiap kumpulan diminta untuk Objektif-
menyenarai kata ganda 1) Menyenaraikan kata
berdasarkan teks bacaan yang ganda dengan betul
berlainan iaitu: mengikut kategori.
a) Kumpulan 1: Buku Teks 2) Mengelaskan kata
(Halaman 143) ganda mengikut
b) Kumpulan 2: Buku Teks kategori yang betul
(Halaman 191) secara bertulis.
c) Kumpulan 3: Komsas KBAT-
(Halaman 19-23) 1) Strategi berfikir
d) Kumpulan 4: Komsas ABM-
(Halaman 33-37) 1) Buku Teks
iii. Murid mengelaskan kata ganda 2) Teks Komsas
yang diperolehi ke dalam peta i- Kemahiran berbahasa-
think. 1) Bertutur
iv. Wakil murid dari setiap EMK-
kumpulan diminta untuk 1) Komunikasi
membentangkan hasil kerja Kreativiti-
mereka. 1) Pembentangan
kumpulan
Nilai-
1) Kerjasama
2) Berkeyakinan tinggi
-Guru memberi penilaian

Pengembangan Pertandingan Membina Ayat Strategi PdP-


(15 minit) i. Wakil kumpulan diminta untuk 1) Aktiviti
mengambil tugasan daripada Berkumpulan
guru.
ii. Setiap kumpulan diminta untuk
membina ayat berdasarkan kata Objektif-
ganda yang terdapat dalam 3) Membina ayat
kandungan tugasan tersebut. dengan
iii. Wakil kumpulan dikehendaki menggunakan jenis
menulis ayat dibina di papan kata ganda yang
putih. betul secara bertulis.
iv. Guru menyemak semula Kemahiran berbahasa-
jawapan yang ditulis oleh 1) Membaca
murid. 2) Menulis
3) Bertutur
KBAT-
1) Strategi berfikir
ABM-
1) Kertas
2) Papan Putih
EMK-
1) Komunikasi
Nilai-
1) Kerjasama

Penilaian i. Murid membuat refleksi ABM-


(5 minit) tentang keseluruhan isi 1) Buku teks
pelajaran.
ii. Murid diberi tugasan tambahan
sebagai pengukuhan.
NAMA : NUR AFIFAH NABILAH BT MAZLAN (131500)
NO. MATRIK : 131500

REFLEKSI

Pengajaran dalam bilik darjah amat penting buat seorang pendidik. Pendidik perlu
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sebelum memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana kemahiran-kemahiran yang diaplikasikan oleh
guru dapat membantu untuk memberi pemahaman kepada murid tentang sesuatu isi pelajaran
di samping dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan
tidak membosankan. Guru juga perlu mahir memilih alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai
untuk digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran.

Berdasarkan kritikan dan pandangan yang diperoleh melalui sesi pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh guru, didapati bahawa terdapat beberapa
kelebihan yang perlu dikekalkan dan juga boleh ditambah baik untuk memastikan sesi
pengajaran menjadi lebih berkesan. Kelebihan pertama ialah penggunaan kemahiran
teknologi maklumat (ICT), sewaktu sesi pengajaran. Kemahiran ini sangat penting dalam
membantu guru untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran agar dapat menarik perhatian
murid dan sesuai dengan peredaran masa serta pengajaran abad ke 21. Guru menggunakan
rakaman audio yang menggunakan teks yang berkaitan dengan kata ganda. Penggunaan audio
ini dapat melatih murid menggunakan teknik mendengar sewaktu belajar. Sewaktu audio
dipasang, didapati semua murid sangat fokus mendengar supaya dapat mengeluarkan
seberapa banyak kata ganda yang mereka perolehi daripada audio tersebut.Kemudian, murid
diminta untuk menyalin seberapa banyak kata ganda yang mereka dapat ke dalam satu kertas
putih. Maklumat yang dipindahkan tersebut kemudiannya perlu dikategorikan berdasarkan
katergori kata yang ada. Penggunaan audio agak mencabar kerana memerlukan fokus yang
tinggi daripada pelajar, namun teknik ini sangat berkesan untuk dipraktikkan.

Seterusnya, pengurusan masa yang sangat baik oleh guru kerana sebelum kesemua
aktiviti bermula, guru telah memberitahu terlebih dahulu kepada murid masa yang sepatutnya
mereka ambil untuk menyelesaikan setiap aktiviti tersebut. Arahan yang jelas sangat penting
supaya tidak timbul salah faham kepada murid dan masa untuk sesuatu aktiviti itu dapat
dijalankan seperti yang dirancang. Selain itu, penggunaan teks berbeza yang guru praktikkan
juga sangat baik kerana dapat menambahkan lagi input yang murid dapat berbanding guru
menggunakan teks yang sama untuk aktiviti berkumpulan. Pelajar telah dibahagikan kepada
empat kumpulan, dan guru telah menetapkan supaya dua kumpulan menggunakan buku teks
manakala dua kumpulan lagi menggunakan Antologi Teks Komponen Sastera (KOMSAS).
Setiap kumpulan perlu membaca, menyenarai dan seterusnya mengelaskan kata ganda yang
ditemui dalam teks yang berbeza. Apabila penggunaan teks berbeza, hasil pembentangan
yang dilakukan oleh murid selepas itu juga berbeza dan murid tidak akan mudah jemu
berbanding pembentangan setiap kumpulan yang menggunakan teks yang sama sahaja.

Pada masa yang sama, sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan
papan putih sebagai bahan bantu mengajar. Papan putih digunakan dengan tujuan maklumat
yang disampaikan dapat diterjemahkan melalui penulisan dan pelajar perlu menyalin semula
isi pelajaran yang ditulis oleh guru pada papan putih. Walaupun penggunaan papan putih ini
dikategorikan sebagai tradisional namun berkesan untuk meningkatkan daya ingatan mereka.
Pada masa yang sama, ia dibantu dengan penggunaan peta I-think oleh guru untuk memberi
kefahaman yang lebih mudah kepada murid. Peta I-think ini dikatakan dapat meringkaskan
isi pelajaran ke dalam bentuk yang lebih mudah dengan hanya menggunakan kata kunci dan
disusun mengikut reka bentuk peta minda. Bukan guru sahaja yang membina I-think, namun
murid juga diberi tugasan untuk membina peta I-think berdasarkan kreativiti mereka.
Penggunaan papan tulis dan juga peta I-think ini sangat berkesan dan mudah difahami oleh
murid.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki oleh guru semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Pertama sekali, guruperlu perbaiki tentang kelancaran
komunikasi verbal iaitu suara guru perlu lebih jelas. Suara yang jelas memainkan peranan
penting kerana murid dapat mendengar isi pelajaran dan memahaminya. Seterusnya, dari segi
penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), guru perlu memastikan bahawa RPH yang
disediakan adalah lengkap. Hal ini demikian kerana, guru tidak melengkapkan bahagian
catatan aktiviti sepenuhnya. Guru seharusnya memperincikan lagi bahagian tersebut dengan
memasukkan dengan lebih menyeluruh pada bahagian aktiviti .Guru seharusnya memasukkan
dengan lengkap teks yang murid gunakan, contohnya muka surat dan juga sumber teks
tersebut. Hal ini penting kerana melalui aktiviti pengajaran, guru dapat memastikan segala
kandungan dan objektif dapat dicapai dan murd tidak mempunyai masalah tentang
pemahaman mereka terhadap pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru.
Secara kesimpulannya, terdapat kelemahan dan kebaikan dalam proses pengajaran
guru. Guru seharusnya perlu memastikan bahawa setiap rangka atau strategi pengajaran yang
digunakan perlulah sesuai dengan tahap kognitif. Guru juga perlu memperbaiki kemahiran
pengajaran mengikut keperluan semasa terutamanya pada abad ke-21 ini.
NAMA : CHOO YEE CHIN
NO. MATRIK : 127648

REFLEKSI

Dalam simulasi pengajaran kali ini, saya mendapati bahawa penggunaan perkataan-perkataan
yang agak kasar seperti oi adalah kurang sesuai digunakan dalam pengurusan kelas kerana
kemungkinan besar akan membawa kesan yang akan mempengaruhi hubungan guru-murid.
Hal ini disebabkan setiap pelajar mempunyai jati diri sendiri dan adalah perlu untuk
menghormati supaya dapat membina hubungan yang positif antara pelajar dengan guru.
Hubungan tersebut memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di mana akan mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran pelajar.
Sebagai contoh, guru sebenarnya boleh menggunakan perkataan-perkataan seperti hai,
hello dalam kawalan kelas dengan nada suara yang tegas sekiranya mendapati bahawa
tindakan pelajar sudah melampau batas dalam aspek-aspek tertentu. Hal ini dikatakan
demikian kerana guru yang menghormati dan peka dengan pelajar tetapi dalam masa yang
sama tegas dan menetapkan batas-batas yang tertentu akan dihormati oleh pelajar. Hasilnya,
suasana demokratik dapat diwujudkan di mana guru dan pelajar bersama-sama berkongsi
tanggungjawab dalam bilik darjah.

Bukan itu sahaja, intonasi suara yang digunakan oleh guru turut memainkan peranan
yang penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Seseorang guru perlu
pandai dalam memainkan intonasinya dalam menarik perhatian pelajar. Seterusnya, guru
perlu mengawal masa terhadap setiap aktivtiti yang akan dijalankan oleh pelajar. Contohnya,
sebelum sesuatu aktiviti bermula, guru boleh mengehadkan masa dan memberitahu mereka
terhadap masa yang digunakan untuk aktiviti tersebut seperti saya akan memberi masa
selama satu minit kepada anda semua untuk membina ayat tersebut. Hal ini pula akan
memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan oleh guru tepat pada masanya seperti yang
telah dirancang dalam rancangan pengajaran harian sebelum ini.
NAMA : SYAZLIHANI BINTI SAADON
NO. MATRIK : 130975

REFLEKSI

Berdasarkan tugasan yang diberikan dalam subjek Kaedah Mengajar Bahasa Melayu,
saya mendapati bahawa saya banyak mempelajari ilmu-ilmu baru dalam mengendali proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Hal ini dikatakan demikian
kerana, melalui tugasan berkumpulan yang telah saya laksanakan bersama-sama ahli
kumpulan yang lain, pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran telah dapat dikenalpasti,
yang mana ianya sangat berguna untuk diaplikasikan dalam bilik darjah. Maklum balas serta
komen yang diajukan oleh penyelaras subjek ini, iaitu Dr. Fadzilah Binti Amzah, kepada
setiap pembentang adalah sangat membantu terutama dalam mengenalpasti beberapa aspek
dan strategi pembelajaran yang perlu ditekankan dan digunapakai semasa proses
pembelajaran serta beberapa kesilapan yang perlu dielakkan oleh guru ketika menjalankan
proses P&P.

Melalui pembentangan yang telah saya laksanakan, antara perkara yang saya pelajari
ialah guru perlu bijak dalam mempelbagaikan strategi pembelajaran terutama dalam menarik
perhatian pelajar terhadap proses pembelajaran yang akan dilaksanakan. Hal ini termasuk
melakukan sesuatu aktiviti yang boleh mencabar kemampuan pelajar dari awal proses
pembelajaran seperti melatih pelajar untuk menggunakan kemahiran mencatat sambil
mendengar. Hal ini dikatakan mampu untuk menarik perhatian mereka kerana proses
mendengar dan mencatat memerlukan tumpuan yang mendalam terhadap bahan pengajaran
yang sedang diperdengarkan kepada mereka, iaitu rakaman audio. Apabila pelajar sudah
berada dalam mod pembelajaran, maka secara tidak langsung mereka lebih bersedia untuk
menghadapi proses pembelajaran yang seterusnya. Dalam hal ini, dapatlah saya simpulkan
bahawa guru perlu lebih kreatif dan berfikiran di luar kotak dalam menghasilkan suatu proses
pembelajaran yang menarik kerana proses pembelajaran yang berkesan bermula daripada
perancangan yang dijana oleh guru.

Selain mempelbagaikan strategi pembelajaran yang berkesan, guru juga perlu


menekankan aspek hubungan dan komunikasi dua hala yang lebih berkesan antara guru dan
pelajar. Dalam hal ini, guru perlu bijak mengambil peluang merapatkan hubungan dengan
pelajar agar guru lebih memahami keperluan pelajar dalam proses pembelajaran. Sebagai
contoh, semasa aktiviti sedang dijalankan dalam proses P&P, guru digalakkan untuk bergerak
dari satu tempat ke satu tempat dan memerhati setiap tugasan yang sedang dilaksanakan oleh
para pelajar. Kehadiran guru disamping pelajar secara tidak langsung akan menimbulkan
motivasi dalam diri pelajar kerana mereka menganggap bahawa guru benar-benar mengambil
berat akan setiap tugasan yang dijalankan oleh para pelajar. Hal ini juga secara tidak
langsung akan menggalakkan pelajar untuk lebih banyak bertanya dan guru yang bertindak
sebagai fasilitator akan membimbing pelajar dalam mendapatkan maklumat. Kesannya, selain
proses pembelajaran menjadi lebih menarik, hubungan antara guru dan pelajar juga dapat
dieratkan kerana wujudnya komunikasi dua hala yang berterusan dalam proses P&P.

Kesimpulannya, proses pembelajaran yang berkesan dan menarik amat mustahil untuk
dicapai sekiranya guru tidak merancang suatu strategi pembelajaran yang sistematik dan
bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar. Dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang
menarik dan mampu mengikat perhatian pelajar, hal-hal seperti mengekalkan hubungan yang
baik antara guru dan pelajar serta pelaksanaan aktiviti yang mencabar pemikiran pelajar juga
perlu diambil kira supaya proses pembelajaran tersebut menjadi lebih bermakna, bukan hanya
pada pelajar tetapi juga pada guru.