Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA LAWATAN

TAJUK: KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


PETROSAINS DAN AQUARIA KUALA LUMPUR PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN
KAMPONG LADANG GEMAS

1. Pendahuluan

Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kampong Ladang,


Gemas akan mengadakan satu program lawatan sambil belajar ke Aquaria dan
Petrosains di Kuala Lumpur. Lawatan ini akan di adakan pada 28.10.2017
( Sabtu ). Seramai 7 orang murid pendidikan khas masalah pembelajaran dan
3 orang guru akan mengikuti lawatan tersebut.

2. Objektif

Antara objektif program adalah seperti berikut :-


i. Mewujudkan integrasi yang berkesan di kalangan guru-guru dan murid-
murid Pendidikan Khas.
ii. Mendedahkan murid-murid Pendidikan Khas dengan cabaran dan
saingan berhadapan persekitaran serta masyarakat luar.
iii. Memberi peluang kepada murid menggunakan kemudahan awam di
samping melatih mereka memahami serta mematuhi peraturan dan
arahan di tempat-tempat awam serta menghargai kemudahan yang
disediakan.
iv. Membentuk disiplin diri, memupuk sahsiah dan berupaya menjaga
keselamatan diri sendiri/rakan serta mematuhi peraturan serta arahan
guru ketika berada di luar bilik darjah.
v. Mewujudkan suasana Pengajaran dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah
yang menyeronokkan dan berkesan.
vi. Meningkatkan disiplin diri, kawalan diri, kemahiran sosial dan daya tahan
murid pendidikan khas.

3. Aktiviti Program
i. Lawatan ke Aquaria KLCC, Kuala Lumpur
ii. Lawatan Ke Petrosains KLCC, Kuala Lumpur

4. Tentatif Program

28 Oktober 2017 ( Sabtu )


6.50 pagi Berkumpul di sekolah
7.00 pagi Bertolak ke Stesen Kereta Api Gemas
7.30 pagi Bertolak ke Kuala Lumpur menaiki ETS
9.30 pagi Sampai di KL Sentral
10.00 pagi Bertolak ke Petrosains KLCC Kuala Lumpur menaiki LRT
10.30 pagi Lawatan ke Petrosains KLCC Kuala Lumpur
12.30 tengahari Makan tengah hari
1.30 petang Solat zohor
2.00 petang Lawatan ke Aquaria KLCC Kuala Lumpur
4.00 petang Bertolak dari KLCC ke KL Sentral menaiki LRT
4.30 petang Solat, bertolak dari KL Sentral ke Gemas
6.30 petang - Sampai di Sek.Keb.Kampong Ladang, Gemas.

5. Punca Pendapatan Wang

i. Bayaran daripada guru - RM 121.00 5 orang = RM 605.00


ii. Bayaran daripada murid - RM 86.50 12 orang = RM 1083.00
= RM 1643.00

iii. Bayaran yang dikenakan termasuk tambang bas dan makan


minum.

Anggaran Perbelanjaan

Tambang bas/pengangkutan : Rm 916


Tiket masuk / bayaran aktiviti : Rm 352
Makanan / minuman : Rm 357
Insuran : Rm 18

Jumlah Keseluruhan RM 1643.00

6. Penutup

Pihak pengurusan lawatan berharap lawatan sambil belajar pengawas


sekolah ini akan dapat menambah pengalaman dan ilmu secara realistik
dan meluas. Di samping itu secara tidak langsung diharap program ini
dapat dicapai secara menyeluruh bagi melahirkan generasi yang peka
terhadap persekitaran menghargai anugerah Tuhan.

Disediakan Oleh :-
(ALI IMRAN BIN MAD AMIN)
SETIAUSAHA PPKI
SEK.KEB.KAMPONG LADANG, GEMAS

Disemak Oleh :

( PN NORHAYATI BINTI HAMID)


PENYELARAS PPKI
SEK.KEB.KAMPONG LADANG, GEMAS

Disahkan Oleh :-

( PN ZARINAH BINTI YAHYA)


GURU BESAR
SEK.KEB.KAMPONG LADANG, GEMAS
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
PETROSAINS & AQUARIA KUALA LUMPUR PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK KAMPONG LADANG
2017

TEMPAT
KUALA LUMPUR

TARIKH
28 OKTOBER 2017

HARI
SABTU

MASA
7.30 PAGI HINGGA 6.30 PETANG