Anda di halaman 1dari 2

Cikgu Izatulhanim

Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

Selasa, 3 November 2015

IKTIBAR
IKTIBAR DARIPADA PERJUANGAN TOKOH

i. Tanpa ilmu pengetahuan kita mudah dipermainkan oleh pihak yang lebih
maju yang cuba mengambil kesempatan. Perpecahan dalam kalangan
masyarakat akan memudahkan musuh-musuh luar menguasai kita. Sikap
mengutamakan kepentingan diri dapat menggagalkan perjuangan untuk
memartabatkan bangsa. Pihak-pihak luar hanya akan mengambil kesempatan
jika kita berada dalam keadaan yang lemah. Kita perlu menghadapi musuh
dengan menggunakan kekuatan akal fikiran iaitu ilmu dan bukannya kekuatan
tenaga.Perebutan kuasaakan menjadikan kita sentiasa berpecah-belah. Kita
hanya akan menjadi bangsa yangbermaruah jika kita bersatu padu dan
mempunyai kekuatan ekonomi. Tanpa kekuatan ekonomi kita akan mudah
terpedaya dengan bantuan dan tawaran yang diberikan pihak musuh.

ii. Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai
semangat juang yang kental. Kita patut belajar daripada sifat pemimpin masa
lampau yang tidak mudah berputus asa dalam perjuangan.Sifat tersebutlah yang
menyebabkan mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan.
Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang mematuhi ajaran
agama.Mereka berani menegakkan kebenaran.Mereka menolak pengenalan
sistem cukai dan undang-undang British kerana pembaharuan tersebut
bercanggah dengan budaya dan nilai tempatan.Mereka memiliki jati diri yang
tinggi menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh luar.
Kita patut mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang mempunyai semangat
setia negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup berkorban untuk bangsa
dan tanah air.Mereka sedia mempertahankan kedaulatan tanah air walaupun
menghadapi pelbagai halangan daripada pihak British.
Kita patut mencontohi sifat pemimpin tempatan yang mempunyai disiplin yang
tinggi menyebabkan mereka dapat mewujudkan kerjasama antara pemimpin
dengan pengikutnya.
izatul hanim di 7:47 PG

Kongsi

1 ulasan:

Unknown 10 Ogos 2017 6:09 PG


cenggini
Balas

Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai: Pilih profil...

Terbitkan Pratonton

Laman utama
Papar versi web

About Me

izatul hanim
Ikut 30

Lihat profil lengkap saya

Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai