Anda di halaman 1dari 2

TOPIK 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJA

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan pembelajaran pelajar adalah berkaitan dengan aspek-aspek merancang pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan, melaksanakan pengajaran seperti yang telah dirancang, menilai
keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan membuat tindakan susulan
berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan.

Ciri-ciri guru sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran:

prihatin dan penyabar bersedia untuk


peka sistematik menghadapi berubah dan harus pandai
pengurus bijak
terhadap dalam karenah fleksibel berkomunika
yang cekap mengurus
situasi merancang murid semasa sesi si dengan
dan berkesan masa pengajaran dan
sekeliling dan menilai pelbagai latar berkesan
pelajar belakang pembelajaran

Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran, terdapat tiga peringkat pengurusan dan
pembelajaran yang berkaitan dengan persediaan guru:

SEBELUM SEMASA SELEPAS

membuat persediaan rapi sebelum harus memilih strategi yang tepat proses penilaian dan pengukuran
memulakan sesi pengajaran dan agar penyampaian maklumat dan perlu dilaksanakan oleh guru untuk
pembelajaran pelaksanaan pengajaran menjadi mengetahui keberkesanan
termasuk merancang pelaksanaan lebih berkesan terutamanya pengajaran.
pengajaran melalui penulisan memilih aktiviti yang melibatkan Penilaian dilaksanakan bertujuan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) interaksi aktif murid yang terdiri untuk mengesan perkembangan
daripada pelbagai buday penguasaan murid dan
memastikan pengajaran yang mengenalpasti kekuatan dan
dirancang terlaksana dan berjalan kelemahan murid dalam
dengan lancar pembelajaran
menerapkan nilai-nilai kepelbagaian Pengukuran pula mmerupakan satu
budaya dalam aktiviti pengajaran proses sistematik untuk
dan pembelajaran mendapatkan maklumat secara
menyediakan suasana bilik darjah kuantitatif untuk menentukan
yang kondusif dari segi psikososial pencapaian murid.
dan fizikal Alat pengukuran dalam proses
mengurus didiplin murid dengan pengajaran dan pembelajaran
mengambilkira kepelbagaian adalah seperti data kuantitatif hasil
kelompok murid daripada ujian bulanan, kuiz,
mengendalikan aktiviti pemulihan peperiksaan, temubual murid, soal
dan pengayaan. selidik dan data pemerhatian.

Komunikasi Pengurusan fizikal bilik


semasa sesi darjah untuk
pengajaran dan mewujudkan
pembelajaran persekitaran yang
kondusif
KAEDAH PENGURUSAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PELAJAR

Pengurusan
masa guru
PERSPEKTIF MULTIDISIPLIN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Perspektif multidisiplin bermaksud langkah-langkah mengurus sesuatu proses pengajaran dengan


menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran. Di dalam sesebuah bilik darjah, pasti akan berlakunya
masalah disiplin murid sama ada masalah disiplin ringan, sederhana mahu pun teruk. Antara
masalah disiplin yang sering berlaku dalam bilik darjah ialah murid akan tidur semasa guru sedang
mengajar, ada murid yang ponteng kelas, melakukan vandalisme seperti merosakkan kerusi meja
dalam bilik darjah. Masalah yang berlaku ini akan mengganggu kelancaran pengajaran guru dan
mengganggu hak murid-murid yang lain untuk belajar.

Kaedah kaedah mengurus sesuatu pembelajaran

mempunyai kemahiran merancang objektif pelajaran, kemahiran merancang bahan-bahan pengajaran,


merancang aktiviti kumpulan, merancang strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran dan
1. merancang pembelajaran, merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah dan merancang aktiviti penilaian.

mempunyai kemahiran untuk mengurus bilik darjah, mengurus rutin harian, mengurus bahan-bahan pelajaran,
mengurus disiplin bilik darjah, mengurus aktiviti kumpulan, mengurus keadaan fizikal dan kemudahan di bilik
2. mengelola darjah dan mengurus aktiviti penilaian dalam bilik darjah.
(mengurus)

menguasai kemahiran membimbing, mengajar, pemudahcara dan berkomunikasi secara lisan dan tulisan bagi
memastikan arahan disampaikan dengan berkesan dan pelajar dapat memahami setiap arahan yang diberikan.
3. mengarah

guru perlu memantau setiap murid di dalam bilik darjah untuk memastikan keselesaan dan kesediaan murid
untuk belajar.
4. mengawal

RUMUSAN

Kesimpulannya, pengurusan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses daripada


persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta
melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Seterusnya,
pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang
berbeza manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti
merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan
terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latar belakang pelajar, dan
kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Selain itu, ciri-ciri seorang
pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi
sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai; penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai
latar belakang, mengurus masa dengan baik dan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan
pelajar dengan berkesan.

Rujukan:

https://www.scribd.com/document/344679606/Topik-2-Kajian-Pengurusan-Dan-Pembelajaran-
Pelajar

Anda mungkin juga menyukai