Anda di halaman 1dari 105

1

PECUTAN AKHIR SPM


BAHASA MELAYU

Perkongsian Ilmu
Program PTRS
Dewan Serbaguna Meru,
Klang, Selangor
08 OKT 2017 (Ahad)
Salam Sejahtera
Salam Keilmuan
2
3
4
Wahai anakku ;
Pinjamkan Pinjamkan hatimu
seketika telinga untuk berada dalam
dan matamu majlis ini.
untuk melihat dan Pinjamkan akal dan
mendengar mindamu untuk
bicara saya hari memastikan ilmu
melekat dalam dirimu
ini

5
6

TEKNIK MENJAWAB
Bahasa Melayu SPM
2017
Dihasilkan oleh ;
SAHARUDDIN BIN ABDULLAH
Guru Bahasa Melayu
SMK Sijangkang Jaya.
saharuddinabdullah81@yahoo.com
Saharuddin-abdullah.blogspot.com
www.slideshare.net/ckgdin
Ckgsaha@twiter
7

Tak Kenal Maka Tak Cinta.


Berasal dari Temerloh, Pahang.
Pendidikan :
IPSI Tg Malim 1989 1992
UPM PBMP 1997 2000.
Perkhidmatan :
SK Kuala Krau ;1992 1997
SK Kanchong Darat ; 1998 2001
SMK Sijangkang Jaya ; 2002 2017
Anugerah KPM :
1996, 2004, 2013 (APC)
2008 (GC), 2017 (IK)
QR Code Reader

8
9
10

Ceramah Bahasa Melayu 2016\UST AKHWAN AFANDI -


HASRAT -lirik - l OFFICIAL VIDEO KLIP -( Full Video Clip ).flv
Soalan KBAT Apa yang boleh diperkatakan ?11

Menjulang Kejayaan
12

Anda Perlu Tahu

Pelajar Cemerlang :
Kertas 1.(130 markah)
100 (130) / 280 = 36 markah
Kertas 2. (110 markah)
90 (110)/ 280 = 32 markah
Kertas 3. (40 markah)
40 (40) / 280 = 14 markah
Jumlah 82 markah : ( Gred A )
13
Memecah Kebekuan Minda
Pilih nombor dan
kombinasi warna
yang anda suka,
Mengapa anda suka
nombor dan warna
itu?
Semoga nombor dan
warna anda memberi
sejuta makna dalam
hidup anda.

HELAIAN 14
Memecah Kebekuan Minda

Semoga
nombor
dan warna
anda
memberi
inspirasi
untuk anda

15
TARGET

BAHASA MELAYU
A+ /A /A- 16
GARIS PANDUAN
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM
KEPERLUAN KERTAS 1
1103/1

Bentuk Soalan Jenis Item


Ujian Berbentuk Subjektif Karangan
Rangsangan
Karangan Umum

Tempoh Ujian
2 jam 15 minit

17
18

Bilangan Soalan yang


Dikemukakan

a. Hanya satu soalan dan tiada


pilihan-wajib jawab

b. 5 soalan pilihan dan hanya


jawab satu soalan sahaja
19

JUMLAH MARKAH : 130 Markah

Bahagian A :

30

Bahagian B :

100
20

Skrip Contoh
Karangan Terbaik
Ceramah Bahasa Melayu 2016\Contoh Karangan
Terbaik.pptx
21

FORMAT SOALAN

Bahagian A
Karangan Berpandu Bahan Rangsangan
Masa yang dicadangkan ialah 45 minit

Panjang Karangan

Antara 200 hingga 250


patah perkataan
22

Bentuk Soalan

a) Gambar foto / Ilustrasi


b) Ilustrasi kartun
c) Pelan / Peta
d) Iklan
e) Petikan
f) Gambar Rajah
g) Dialog / Catatan
TEKNIK
LATIHAN
KESUNGGUHAN
KESABARAN

23
24

Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi


syarat-syarat yang berikut:-

a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan


b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup
c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting
didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan
d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian,
serta contoh yang sesuai
e) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul
f) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul
25

PERINGATAN !!!

Karangan yang lengkap dengan segala


isi penting tetapi susunan yang tidak
teratur hingga menyebabkan gaya dan
pengolahan kurang lancar akan
menyebabkan markah tidak dapat diberi
pada peringkat cemerlang kerana cacat
dari aspek gaya persembahan dan
kelancaran
26

1. Mengenal pasti arahan dan


kehendak soalan
Baca arahan dengan jelas dan teliti.
Kenal pasti isu dan fokus soalan.
Pastikan kehendak soalan, sama ada
hanya SATU bahagian atau DUA bahagian.
Mulai 2016, soalan berbentuk DUA
bahagian (KBAT) telah diperkenalkan oleh
LPM.
Ramai calon gagal menjawab mengikut
kehendak soalan yang diberi.
27

CONTOH SOALAN
Isu dan Fokus
Huraikan pendapat anda tentang langkah-
langkah menjaga keselamatan di jalan raya.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

Pematuhan undang-undang jalan raya.


Penyelenggaraan kenderaan.
Penguatkuasaan undang-undang.
28

CONTOH SOALAN
Isu dan Fokus
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
untuk memajukan sektor pelancongan negara
kita. (MRSM)

Mewartakan kawasan pelancongan baharu.


Meningkatkan prasarana
Mempromosikan produk pelancongan
29

CONTOH SOALAN RANGSANGAN


Isu dan Fokus
pendapat anda tentang ciri-ciri
sebuah pusat sumber sekolah yang baik.
(TRENGGANU)

Lokasi yang strategik dan suasana kondusif.


Mengadakan pelbagai kemudahan dan
aktiviti.
Menghebahkan kemudahan dan
perkhidmatan di pusat sumber.
30

CONTOH SOALAN RANGSANGAN

Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri


sebuah pusat sumber sekolah yang baik.
(TRENGGANU)

Lokasi yang strategik dan suasana kondusif.


Mengadakan pelbagai kemudahan dan
aktiviti.
Menghebahkan kemudahan dan
perkhidmatan di pusat sumber.
31

CONTOH SOALAN RANGSANGAN


Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. (KEDAH )
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. (KEDAH)

Menjalankan aktiviti gotong royong.


Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung.
Mengadakan majlis rumah terbuka.
32

CONTOH SOALAN RANGSANGAN

Huraikan pendapat anda tentang


kepentingan memiliki keluarga bahagia.
(MRSM)

Mengukuhkan institusi keluarga.


Melahirkan anak-anak berjaya.
Membentuk sikap positif.
33

CONTOH SOALAN RANGSANGAN

Huraikan pendapat anda tentang


kepentingan memiliki keluarga bahagia.
(MRSM)

Mengukuhkan institusi keluarga.


Melahirkan anak-anak berjaya.
Membentuk sikap positif.
34

SOALAN PERCUBAAN
Huraikan ciri-ciri pemimpin pelajar yang
berkualiti

Mempunyai sahsiah yang terpuji.


Bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas.
Menjadi contoh dan teladan.
Dimensi Masyarakat / Negara

Semangat kejiranan semakin luntur dalam


kalangan masyarakat khususnya
masyarakat bandar. Hal ini disebabkan
tuntutan kehidupan di bandar yang semakin
tinggi.

Bincangkan fenomena tersebut dan


langkah memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat.
Dimensi Masyarakat / Negara

Semangat kejiranan semakin luntur dalam


kalangan masyarakat khususnya
masyarakat bandar. Hal ini disebabkan
tuntutan kehidupan di bandar yang semakin
tinggi.

Bincangkan fenomena tersebut dan


langkah memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat.
Bengkel Membina Rangka Karangan
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
dalam kehidupan.

Dapat berkongsi pendapat.


Memudahkan urusan perniagaan.
Memperoleh pelbagai maklumat.
37
Dimensi Diri/Individu/Remaja
Terdapat sebilangan murid, ibu bapa
masyarakat hanya mementingkan pencapaian
akademik dengan meminggirkan aktiviti
kokurikulum di sekolah.

Sebagai seorang murid, huraikan pendapat


anda untuk menyakinkan semua pihak bahawa
kegiatan kokurikulum banyak faedahnya
kepada murid-murid dan tidak wajar diketepikan
di sekolah.
Dimensi Keluarga/Ibu Bapa
Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga
barangan keperluan pengguna. Setiap kali
berlaku kenaikan harga barangan, para
peniaga akan mengaut keuntungan manakala
pengguna akan menanggung beban.

Sebagai seorang pengguna yang bijak,


jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil
oleh setiap ahli keluarga untuk menangani
masalah kenaikan harga barangan.
Dimensi Masyarakat/Negara
Usaha-usaha berterusan membantu golongan
Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu
tindakan yang wajar demi membolehkan
golongan ini memberikan sumbangan berkesan
kepada negara.

Huraikan langkah-langkah yang patut dilakukan


oleh pelbagai pihak untuk membantu golongan
ini.
Dimensi Diri/Individu/Remaja

Pada era globalisasi ini, penguasaan


ilmu dalam pelbagai bidang akan
menentukan kejayaan seseorang itu.

Jelaskan kepentingan menguasai ilmu


dalam pelbagai bidang pada masa ini.
Dimensi KOMSAS

Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung


manakan dapat sagunya bermaksud tidak akan
tercapai cita-cita kalau tidak berusaha dan
bersusah payah.

Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan


untuk mencapai impian anda.
43

2. Membina rangka karanganmengapa ?


Mengelakkan isi penting tidak disusun
mengikut keutamaan.
Mengelak karangan daripada terpesong
atau menyimpang.
Mengelak isi sama daripada berulang.
Mengelakkan daripada terputus idea.
Memastikan masa mengarang dapat
dijimatkan.
Rangka mesti mengandungi pendahuluan,
isi penting dan penutup.
Rangka Karangan (Ciri Remaja Memilik Jati Diri Yang Kukuh) 44

Pendahuluan Jati diri sangat penting dalam membina kehidupan yang


cemerlang Jati diri dapat menangkis gejala negatif yang cuba
merosakkan kehidupan peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara
1)Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang Intelek boleh
mencorak tamadun bangsa dan membina kehidupan yang lebih baik.
2)Mempunyai kesihatan mental dan fizikal yang sempurna
membolehkan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
remaja negara maju amalan gaya hidup sihat.
3)Memiliki etika dan personality yang luhur suntikan agama dan nilai
moral yang luhur sejak kecil melakukan kerja amal supaya disanjung
oleh masyarakat.
4)Kreatif dan inovatif untuk memacu kecemerlangan negara
menggunakan minda - berani mencuba dan mencipta sesuatu yang
baharu mempelajari bidang TMK sesuai dengan situasi semasa.
Penutup Remaja harus memandang jauh ke hadapan mengelakkan
diri daripada terlibat dalam permasalahan sosial yang boleh
memusnahkan masa depan negara bersatu hati dan seia sekata
membangunkan negara.
Contoh : Rangka Karangan (memupuk semangat kejiranan) 45

Pendahuluan - Semangat kejiranan semakin terhakis dalam


diri masyarakat bersikap - bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing sibuk dengan kerjaya
mengejar kemewahan hidup.
1)Menganjurkan festival rakyat meliputi pelbagai lapisan
masyarakat setempat pengadakan pelbagai aktiviti.
2)Mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan
dapat mengenali jiran dengan lebih dekat amalan ziarah.
3)Mengadakan program gotong rotong menceriakan
kemudahan / prasarana awam bekerjasama untuk
memajukan kawasan setempat.
4)Menghadiri aktiviti sosial kenduri kahwin, kematian,
kemalangan memupuk rasa seia dan sekata dalam hidup
Penutup semua pihak harus bekerjasama mewujudkan
semangat kejiranan bulat air kerana pembetong, bulat
manusia kerana muafakat,
Contoh : Rangka Karangan (Faedah Penganjuran Sukan Ant) 46

Pendahuluan sukan bukan sekadar aktiviti untuk keceragasan diri


tetapi boleh memberikan manfaat daripada sudut sosial, ekonomi dan
politik serampang dua mata badan sihat, minda cerdas.
1)Memperkenalkan Malaysia ke negara luar negara kita dapat dikenali
diperingkat antarabangsa F1, squasy, badminton, hoki kemudahan
bertaaf dunia.
2)Menambahkan pendapatan negara kehadiran pelancong untuk
menonton pengaliran masuk wang pengangkutan, penginapan,
membeli belah.
3)Merapatkan hubungan antara negara peserta hubungan sosial dapat
diwujudkan untuk mengenali antara satu sama lain dapat berkongsi
idea, pendapat untuk kebaikan.
Penutup semua pihak perlu memberi sokongan agar penganjuran
dapat dilaksanakan dengan jayanya kecemerlangan mampu
meletakkan imej negara di persada dunia duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan negara lain.
47

3. Menulis Perenggan Pendahuluan


Pendahuluan merupakan pintu gerbang bagi
sesuatu karangan.
Pemeriksa akan dapat membuat tanggapan
pertama melalui penulisan pendahuluan.
Pendahuluan yang menarik akan berjaya
menambat hati pemeriksa.
Pendahuluan yang hambar pula akan
mematikan minat pemeriksa.
Pendahuluan yang dibina mestilah berkisar
tentang isu yang dkemukakan dalam soalan.
Contoh Pendahuluan: (isu negatif) 48

Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu


kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau
tersiar dalam media elektronik. Isu ini bukan sahaja
menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-
warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan
telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin
masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini
berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh
semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari
untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat
terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah
akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan
menjadi pekung yang sukar untuk dibendung(fokus)
ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
Contoh Pendahuluan: 49

Dalam era langit terbuka / globalisasi / pasca


kemerdekaan hari ini, isu kerap kali terpampang
di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media
elektronik. Isu ini telah menjadi bualan masyarakat
diseluruh pelosok negara dan turut diperdebatkan
dalam kalangan ahli politik. Persoalannya,
mengapakah isu ini berlaku? Di mana silapnya ?Hal
ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak
yang terbabit dan jalan penyelesaian harus dicari
untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat
terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah
akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan
menjadi pekung yang sukar untuk dibendung(fokus)
ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
50

Contoh Isu - negatif


Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar.
Punca-Punca Pembuangan Bayi.
Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak.
Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.
Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga.
Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit.
Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar.
Punca-punca Masalah Sosial Remaja.
Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar
Punca-punca pelajar ponteng sekolah.
Contoh Pendahuluan: (isu positif) 51

Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, isu


kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau
tersiar dalam media elektronik. Isu ini bukan sahaja
menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di
jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat
perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat.
Persoalannya, apakah kepentingan isu ini kepada
kita? Kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu ini dan
menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan
pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan seikat
bak sirih dan serumpun bak serai. Ini
menggambarkan perlunya kesepaduan idea untuk kita
memikirkannya. . (fokus) ini akan saya jelaskan
dalam huraian berikutnya.
Contoh Isu: (positif) 52

Kepentingan Pendidikan kepada Rakyat dan


Negara.
Industri Makanan Tradisional Penting untuk
Negara.
Amalan Gaya Hidup Sihat
Peranan Ibu Bapa untuk Melahirkan Keluarga
Bahagia.
Kebaikan Amalan Menabung dalam Kalangan
Remaja.
Langkah-langkah untuk Memupuk Budaya
Membaca dalam Kalangan Pelajar
Peranan Pihak Berkuasa untuk Memajukan
Sektor Pertanian.
Contoh Pendahuluan Umum: 53

Sebab-sebab kerajaan wajar meneruskan Program


Angkasawan Negara.
Pada 10 Oktober 2007, suatu perisitiwa besar telah
terakam dalam sejarah tanah air. Peristiwa tersebut
ialah kejayaan seorang anak Malaysia, iaitu Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bersama-sama
dengan dua orang lagi krew Soyuz TMA 10 telah
berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
(ISS). Kejayaan anak Malaysia itu membawa seribu erti
kepada hala tuju negara untuk bangkit dan bersaing
dalam persaingan global. Jika dahulu anak-anak
Malaysia dianggap sebagai bangsa hingusan, tetapi
pada hari ini sudah banyak negara mula mengangkat
tabik kerana menghormati kejayaan bangsa Malaysia.
Bengkel Membina Pendahuluan

Lihat grafik di bawah


dengan teliti. Meningkatkan ekonomi negara
Huraikan faedah-
faedah melancong
dalam negara.
Panjangnya huraian
Menanam semangat patriotik
hendaklah antara
200 hingga 250
patah perkataan.

Merapatkan hubungan kekeluargaan


54
Contoh Pendahuluan:
Dalam era pasca kemerdekaan ini, halwa
telinga dan mata kita sering dihidangkan
dengan pelbagai inisiatif oleh pihak kerajaan
untuk menggalakkan lebih ramai rakyat untuk
melancong dalam negara. Negara kita juga
kaya dengan pelbagai tempat menarik yang
boleh dikunjungi seperti Jambatan Pulau
Pinang, Pulau Langkawi dan negeri Melaka. Kita
melancong untuk melihat keindahan alam
semula jadi, tempat bersejarah, mercu tanda,
kawasan tanah tinggi dan sebagainya.
Persoalannya, apakah faedah melancong dalam
negara sendiri? Persoalan inilah yang akan saya
huraikan dalam huraian berikutnya. 55
56

4. Menulis Perenggan Isi


Karangan berpandu dicadangkan supaya
menulis 3 @ 4 perengan isi.
Gunakan isi yang diberi sepenuhnya.
Perenggan isi mestilah mempunyai isi utama,
ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan.
Setiap ayat yang dibina perlulah mempunyai
kesinambungan antara satu dengan yang lain.
Kesinambungan dan pertautan perenggan juga
sangat penting untuk menghasilkan karangan
yang baik.
1 isi hanya untuk 1 perenggan.
CONTOH HURAIAN ISI 57

Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.


Pematuhan kepada undang-undang jalan raya.
Undang-undang digubal dan dipinda untuk
memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan
ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah
mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan demi keselamatan diri sendiri dan
juga pengguna yang lain. Antara pematuhan undang
yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan
had laju, memakai tali pinggang keselamatan, tidak
menggunakan telefon bimbit dan sebagainya.
Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa
malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan
pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga
keselamatan di jalan raya.
CONTOH HURAIAN ISI 58

Faedah Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa.


Antara faedah yang diperoleh dalam
penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ialah dapat
memperkenalkan Malaysia ke negara luar. Mengikut
peta dunia, Malaysia hanyalah sebuah negara yang
kerdil dan tersorok. Sejarah bangsa Malaysia juga
tidaklah begitu menonjol hingga menyebabkan dunia
tidak mengenali Malaysia. Tetapi hari ini, Malaysia
sudah terkenal dan mampu duduk sebaris dengan
negara-negara lain dengan penglibatan Malaysia dalam
penganjuran sukan bertaraf dunia. Negara kita
menonjol dalam penganjuran sukan permotoran
Formula One, golf, badminton dan sebagainya. Dengan
penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ini, negara
kita dikenali di seluruh rantau dunia..
CONTOH HURAIAN ISI 59

Ciri-ciri Pemimpin Pelajar yang Berkualiti.


Selain itu, ciri-ciri pemimpin pelajar yang berkualiti ialah
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Pemimpin
pelajar yang berkualiti akan melaksanakan amanah dan
tanggungjawab yang terpikul di bahunya dengan baik dan
sempurna. Pimpinan yang berkualiti menyebabkan mereka
akan disanjung tinggi oleh para pelajar dan secara tidak
langsung pelajar akan akur dengan arahan yang
disampaikan. Peribahasa Melayu ada menyatakan tuah
yang disembah, junjung yang dipanjat. Contoh pemimpin
pelajar yang bertanggungjawab ialah adil dalam
menjalankan tugas, tidak bersifat perkauman, sanggup
berkorban dan selalu berbincang untuk membuat
keputusan. Ternyatalah bahawa, pemimpin yang berkualiti
ialah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
CONTOH HURAIAN ISI 60

Usaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan.


Selain itu, usaha-usaha yang dapat memupuk
semangat kejiranan adalah dengan mengadakan
amalan ziarah-menziarahi. Amalan ziarah-menziarahi
adalah amalan mulia dan sangat dituntut oleh agama
kerana dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan
dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu
sama lain. Keakraban dalam masyakarat akan
melahirkan satu kelompok komuniti yang bersatu padu
dan saling memerlukan bak peribahasa bagai aur
dengan tebing. Amalan ziarah-menziarahi ini dapat
dilakukan pada waktu majlis keraian, kemalangan,
kenduri kendara dan sebagainya. Jelaslah bahawa
amalan ziarah menziarahi dapat memupuk semangat
kejiranan.
61

Ungkapan Menarik
Dalam Karangan
Ceramah Bahasa Melayu 2016\Ungkapan
Menarik Karangan.pptx
Bengkel Menulis Isi

Lihat grafik di bawah


dengan teliti.
Huraikan faedah-
Meningkatkan ekonomi negara
faedah melancong
dalam negara.
Panjangnya huraian
hendaklah antara
200 hingga 250
Menanam semangat patriotik
patah perkataan.

Merapatkan hubungan kekeluargaan 62


CONTOH HURAIAN ISI
Faedah-faedah Melancong dalam Negara.
Antara faedah melancong dalam negara ialah
dapat meningkatkan ekonomi negara. (bagaimana)
Apabila kita pergi melancong, kita akan
mengeluarkan perbelanjaan untuk membayar kos
menggunakan prasarana dan infrastrukur yang
disediakan. Ini secara tidak langsung dapat
membantu perkembangan industri pelancongan dan
seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Contoh
perbelanjaan yang selalu dikeluarkan ialah untuk
penginapan, pengangkutan, dan membeli-belah. Ini
membuktikan bahawa melancong dalam negara
dapat meningkatkan ekonomi negara.
63
CONTOH HURAIAN ISI
Faedah-faedah Melancong dalam Negara.
Selain itu, faedah melancong dalam negara dapat
menanamkan semangat patriotik iaitu cinta pada
negara. (bagaimana) Sekiranya kita mengunjungi
tempat-tempat bersejarah, kita akan mengetahui
sejarah sesuatu tempat dan secara tidak langsung akan
menanamkan perasaan cinta akan negara . Pepatah
Melayu ada menyatakan, tak kenal maka tak cinta.
Antara tempat bersejarah di negara kita ialah Kota A
Famosa, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abd
Samad dan sebagainya. Ternyatalah, dengan
melancong dalam negara dapat menanamkan
semangat patriotik dalam diri kita.
64
CONTOH HURAIAN ISI
Faedah-faedah Melancong dalam Negara.
Faedah yang diperoleh apabila kita melancong dalam
negara ialah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
(bagaimana) Apabila kita melancong dalam negara,
perbelanjaannya adalah lebih murah. Oleh itu, lebih ramai
ahli keluarga dapat turut serta dalam program itu. Selain
itu, kita juga boleh singgah atau bermalam di rumah sanak
saudara di tempat kita melancong. Ini secara tidak
langsung dapat mempereratkan hubungan kekeluargaan,
memperkenalkan anak-anak dengan saudara mara dan
menjalinkan semula hubungan yang mungkin sudah lama
terpisah. Ahli bijak pandai Melayu ada menyatakan, yang
jauh didekatkan dan yang dekat dimesrakan. Ternyatalah
bahawa melancong dalam negara dapat merapatkan
hubungan kekeluargaan.
65
66

5. Menulis Perenggan Penutup


Karangan yang cemerlang haruslah
mempunyai penutup yang matang.
Tanpa perenggan penutup, sebuah karangan
akan menjadi tergantung kerana tiada rumusan
atau kesimpulan terhadap isu yang
dibincangkan.
Perenggan penutup perlu ditulis dengan teliti
supaya rumusan, kesimpulan, harapan dan
penegasan terhadap isu dapat dikemukakan
dengan berkesan.
Jangan masukan isi baharu dalam penutup.
Contoh Penutup: (Negatif) 67

Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas,


ternyatalah(isu) dapat ditangani secara bijaksana
jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap
melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling
menunding jari atau melihat kesalahan orang lain
bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa
Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa
jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan
penyelesaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan
positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang
disepakati akan dapat menyelesaikan isu.. dan
secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat
yang harmoni dan sejahtera.
Contoh Penutup: (positif) 68

Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas,


ternyatalah isu . memberikan natijah yang baik
kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah
bersikap rasional dan positif dalam membincangkan
isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk
memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah
yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah
Melayu ada menyatakan bulat air kerana
pembetong, bulat manusia kerana muafakat.
Semoga kita akan terus menyokong isu .. ini
dan secara tidak langsung dapat melahirkan
masyarakat yang berfikiran matang untuk terus
membangunkan negara.
Contoh Penutup: 69

Konklusinya, kita tidak mampu untuk hidup


bersendirian di atas muka bumi yang sejahtera ini.
Kehidupan yang sempurna dan harmoni hanya kita
perolehi apabila kita mempunyai jiran-jiran yang dapat
membantu kita dikala kita susah dan senang. Semangat
kejiranan yang kian menipis dalam masyarakat hari ini
hanya dapat ditangani apabila masyarakat sanggup
membuat anjakan paradigma dan berubah sikap. Sikap
mementingkan diri sendiri harus dikikis dari sanubari
bagi mewujudkan satu kelompok kejiranan yang dapat
merencanakan satu kehidupan yang baik. Pepatah yang
berbunyi bulat air kerana pembetong, bulat kata kerana
muafakat membuktikan kepentingan jiran dan kehidupan
bermasyarakat.
Contoh Penutup: 70

Daripada penjelasan di atas, ternyatalah ibu


bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan
yang baik. Tanggungjawab ini sewajarnya
dilaksanakan oleh ibu bapa dengan sempurna.
Kealpaan dan kelalaian ibu bapa akan meninggalkan
kesan kepada kesihatan anak-anak. Kita tidak mahu
sikap sudah terhantuk baru terngadah atau nasi
sudah menjadi bubur berlaku dalam kehidupan kita.
Penyesalan setelah berlaku sesuatu perkara tidak
mendatang apa-apa manfaat kepada kehidupan kita.
Ibu bapa harus memahami bahawa mencegah itu
adalah lebih baik daripada mengubati demi
melahirkan sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera.
Bengkel Menulis Penutup
Lihat grafik di bawah
dengan teliti.
Huraikan faedah -
faedah melancong Meningkatkan ekonomi
negara
dalam negara.
Panjangnya huraian
hendaklah antara
200 hingga 250
Menanam semangat patriotik
patah perkataan.

Merapatkan hubungan kekeluargaan


71
Menggalakkan
Tanaman Hijau -
Pencemaran Udara

Alam sekitar yang bersih merupakan idaman semua insan.


Penanaman pokok merupakan salah satu daripada langkah untuk
memelihara alam sekitar. Pokok yang ditanam boleh
membekalkan oksigen kepada manusia dan karbon dioksida yang
dihembus oleh manusia akan diserap oleh pokok. Penanaman
pokok juga boleh mencantikkan pemandangan, memberi sumber
pendapatan dan menjimatkan perbelanjaan. Justeru itu, lebih
banyak pokok yang kita tanam, maka alam dipersekitaran kita
akan menjadi lebih nyaman dan segar. Pelbagai pokok boleh
ditanam di persekitaran kita seperti pokok buah-buahan, pokok
bunga dan tanaman sayur. Jelaslah kepada kita bahawa
penanaman pokok adalah antara langkah untuk menjaga alam
sekitar.
Selain itu, menjaga
kebersihan sungai juga merupakan Menjaga Kebersihan
langkah-langkah untuk memelihara Sungai -Pencemaran
alam sekitar. Sikap masyarakat yang
air
suka membuang sampah sarap atau
sisa buangan ke dalam sungai haruslah
diubah. Pelbagai kempen telah, sedang
dan akan dilaksanakan oleh pelbagai
agensi kerajaan untuk memastikan
sungai sentiasa bersih dan ceria.
Slogan Sayangi Sungai Kita sudah
acapkali kedengaran dan dipaparkan
dalam media massa. Sungai yang
bersih membolehkan kita memperoleh
sumber air yang bersih, menjadikan
sungai sebagai kawasan pelancongan
dan berupaya untuk menjadi tempat
rekreasi. Sehubungan dengan itu,
sewajarnya kita menyahut Kempen
Cintai Sungai kita sebagai langkah
untuk memelihara alam sekitar.
Langkah memelihara alam
Mengamalkan sekitar yang seterusnya ialah
mengamalkan amalan kitar semula.
Kitar Semula - Amalan kitar semula ini telah lama
Pencemaran dilaksanakan di negara kita, namun
sambutan yang diberikan oleh
darat masyarakat masih lagi dingin. Amalan
kitar semula bukan sahaja dapat
menjaga alam sekitar malah boleh
mendatangkan pendapatan kepada
masyarakat. Barangan yang telah kita
guna perlulah diasingkan mengikut
jenisnya seperti kertas, plastik dan
kaca. Dengan pengasingan ini,
barangan tersebut boleh dijual atau
diguna semula dan secara tidak
langsung boleh mengurangkan masalah
pelupusan sampah yang sering
menjejaskan alam sekitar. Terbuktilah,
amalan kita semula dapat memelihara
alam sekitar.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
SPM
Bahasa Melayu

KARANGAN
UMUM

76
Kome bace,
kome dapat

77
MAKSUD AL QURAN

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah


nasib sesuatu kaum sehingga mereka
sendiri mengubah apa yang ada pada diri
mereka
(Surah ar-Rad ayat 11)

78
79

BENTUK KARANGAN

Berformat Umum
80

BAHAGIAN B :
KARANGAN UMUM
Keperluan SPM

Pembahagian soalan :
1. Dimensi diri/individu/remaja.
2. Dimensi keluarga
3. Dimensi masyarakat/kerajaan/
negara.
4. Dimensi Serantau/Global/
Antarabangsa
5. Dimensi Komsas
81

BAHAGIAN B :
KARANGAN UMUM
Keperluan SPM

1. 5 soalan dikemukakan dan


pilih 1 soalan sahaja
2. Panjangnya perlu melebihi 350
patah kata
3. Masa yang dicadangkan 1 jam
30 minit
4. 100 markah
82

1.Surat Kiriman 1.Keperihalan


2.Laporan 2.Cereka
3.Rencana 3.Fakta
4.Berita 4.Perbincangan
5.Wawancara 5.Bahas
6.Ulasan 6 Komsas
7.Perbahasan
8.Ceramah
83

SKEMA PEMARKAHAN

(a) Takrif

(b) Isi / Fikiran

(c) Bahasa

(d)Pengolahan / Penyampaian /
Pemerengganan
84

KRITERIA PENSKORAN

Cemerlang : 80-100
Kepujian : 66-79
Baik : 51-65
Memuaskan : 36-50
Kurang memuaskan : 21-35
Pencapaian minimum : 01-20
85

Markah kurang Daripada 350

Baik bawah : 51 - 65

Memuaskan : 36 - 50

Kurang memuaskan : 21 - 35

Tidak memuaskan : 0 - 20
86

Bengkel Memahami Kehendak Soalan

Dimensi Diri / Individu.


Anda seorang pelajar cemerlang Sijil
Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan.
Pihak sekolah telah mengundang anda untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk
Langkah-langkah Menjadi Pelajar
Cemerlang.

Tuliskan ceramah itu selengkapnya.


87

Bengkel Memahami Kehendak Soalan

Dimensi Keluarga / Ibu Bapa.


Teknologi siber kini semakin maju. Ibu
bapa memainkan peranan penting dalam
mengawal kecenderungan anak-anak
melayari internet.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan


peranan ibu bapa dalam mendidik anak-
anak memanfaatkan internet pada masa ini.
88

Bengkel Memahami Kehendak Soalan


Dimensi masyarakat / negara .
Siswazah pada hari ini kurang berminat
menceburkan diri dalam bidang pertanian.
Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil
inisiatif untuk menarik minat para siswazah
menceburkan diri dalam bidang tersebut.

Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh


pihak pihak berkenaan.
89

Bengkel Memahami Kehendak Soalan

Dimensi Serantau / Global /


antarabangsa

Kecenderungan negara-negara luar untuk


campur tangan dalam masalah sesebuah
negara berpunca daripada pelbagai faktor.

Huraikan faktor-faktor tersebut.


90

Bengkel Memahami Kehendak Soalan

Dimensi KOMSAS.

Anda begitu teruja untuk menyertai


pertandingan menulis cerpen anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajuk
cerpen berdasarkan peribahasa Kerana
Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga

Tulis cerpen itu selengkapnya.


91

Menulis Pendahuluan

Jenis-jenis Pendahuluan.
Berbentuk Soalan/Persoalan.
Berbentuk Definisi
Berbentuk fakta
Bentuk sejarah.
Bentuk suasana
Bentuk peribahasa
Bentuk puisi
Bentuk gabungan
Petikan tokoh
Pendahuluan Definisi 92

(Langkah-langkah Mengatasi Pembalakan Haram)

Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau


usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan
kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar,
memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya.
Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu
pembalakan sah dan pembalakan haram. Pembalakan
sah merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi
undang-undang kerana telah mendapat kebenaran dan
dokumen daripada kerajaan. Sebaliknya pembalakan
harap merupakan kegiatan membalak yang dijalankan
secara haram. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan
hutan di negara kita semakin berkurangan. Oleh itu,
langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk membendung
kegiatan ini.
93
Pendahuluan Persoalan.
( Cara-cara mengatasi masalah keganasan rumah tangga )

Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak.


Namun demikian, isu keganasan rumah tangga yang
merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda
negara kita. Gejala ini ibarat duri dalam daging
Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah
tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya masalah sosial ini? Siapakah yang harus
dipersalahkan? Ke manakah hilangnya nilai-nilai
kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang
telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan
penyelesaian untuk menangani gejala ini? Apakah
rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit
sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus
dijadikan renungan dan perbincangan kita..
94
Pendahuluan Fakta
(Cara-cara Menangani Masalah Ponteng Sekolah)
Dasawarsa ini, gejala ponteng sekolah kian menjadi-
jadi dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan
masyarakat. Gejala ini kian sukar untuk dibendung.
Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia mendapati kira-kira 20 % pelajar terlibat
dalam gejala ponteng sekolah setiap hari. Angka ini
sangat menggerunkan. Kerjasama dari semua pihak
sama ada ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan
pihak berkuasa sangat diperlukan untuk menangani
isu ini. Kita tidak mahu, fenomena ini menjadi lebih
parah dan boleh menjejaskan proses pembentukan
insan yang sempurna. Cara-cara menangani gejala
ini akan saya huraikan dalam huraian berikutnya.
95

Pendahuluan Peribahasa.
(Unsur Budi Bahasa dalam cerpen yang anda baca)
Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang
mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara
peribahasa yang menggambarkan seseorang yang
tidak mengenang budi dan jasa ialah seperti kacang
lupakan kulit dan seperti ulat lupakan daun.
Peribahasa seperti kacang lupakan kulit bermaksud
seseorang yang lupa akan jasa orang yang
menolongnya setelah menikmati kesenangan. Oleh
itu, sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita.
Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima
kasih atas segala jasa, pertolongan, dan pengorbanan
orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan
prinsip hidup seperti kacang lupakan kulit tidak
akan hidup bahagia, sama ada di dunia mahupun di
akhirat.
96

Pendahuluan Sejarah.
(Usaha-usaha Memartabatkan Bahasa Melayu)
Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasanya yang
tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah
menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca
sejak lebih 600 tahun yang lalu, lebih lama daripada
bahasa Inggeris yang hanya bermula pada
pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa
Melayu telah dinobatkan sebagai Bahasa
Kebangsaan atau bahasa rasmi negara sejak
merdeka. Pada tahun 1957, iaitu selepas merdeka,
bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang
termaktub dalam perlembagaan.
97

Pendahuluan Gabungan
Boleh juga menggunakan pendahuluan
gabungan seperti;
Definisi sesuatu persoalan
Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk.
Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan
umum.
Pendapat peribadi berkenaan tajuk
karangan.
98
Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk Vandalisme
Tiga Buah Pondok Telefon Dibakar, Sampah Sarap
Bertaburan di Pusat Rekreasi, dan Tandas Awam
Diconteng dengan Kata-kata Lucah. Begitulah antara
tajuk berita yang dipaparkan di media massa. Sejak
belakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa
dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah
lari daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus
pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini,
kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat
yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya.
Persoalannya, mengapakah hal ini terjadi? Adakah
pembangunan dan kemajuan negara terpaksa
mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang
harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada
semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak
semakin gawat. Janganlah kita hanya bertindak apabila
suasana menjadi lebih teruk. Sikap sudah terhantuk baru
tengadah tidak harus dijadikan amalan dalam hidup kita.
Pendahuluan Suasana. 99

(Punca-punca Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar)


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan
seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh
pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, media masa
melaporkan tentang kejadian sebuah sekolah di Alam
Shah dan Rawang yang dibakar oleh pelajar yang diambil
tindakan oleh guru disiplin. Kes terkini yang kita ketahui
ialah tentang kematian pelajar di sebuah sekolah
berasrama di Negeri Sembilan. Apabila sesuatu berita itu
disiarkan oleh media massa, masyarakat begitu terkejut,
gempar dan mahu masalah itu ditangani dengan segera.
Walau apapun tindakan yang dilakukan, perkara tersebut
sudah berlaku dan menggambarkan kegawatan disiplin
sekolah. Punca kejadian ini harus diselusuri agar langkah
menangani dapat diambil tindakan segera
100
101
Gabungan:
( Cara-cara Memperkasakan Integrasi Nasional)
Sebagai rakyat sebuah negara yang rakyatnya berbilang
kaum dan agama, kita tidak boleh memandang ringan soal
integrasi. Kita juga secara jujur harus mengakui, selepas hampir
setengah abad mencapai kemerdekaan, isu perkauman masih
menjadi masalah di negara kita. Di manakah silapnya apabila
kaum Melayu, Cina, dan India tidak dapat duduk semeja dalam
suasana yang mesra? Semua pihak akur bahawa sekolah
berperanan penting memupuk perpaduan, tetap terdapat
segelintir pihak yang masih memperjuangkan pendidikan kaum
sendiri. Memang menyedihkan apabila anak kita pergi ke
sekolah berlainan dalam usia yang begitu muda, sekali gus
terlepas peluang berinteraksi dan beramah mesra. Kata bidalan
Melayu, Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah.Bagi
memperkasakan integrasi nasional, hubungan kaum rakyat
Malaysia perlu diperteguhkan.
102
3 JENIS MANUSIA

ORANG YANG HARI INI


LEBIH BAIK DARI SEMALAM

ORANG YANG HARI INI


SAMA MACAM SEMALAM

ORANG YANG HARI INI


LEBIH TERUK DARI SEMALAM

103
KECEMERLANGAN,
KESEDERHANAAN ATAU
KEGAGALAN ADALAH PILIHAN
SENDIRI

104
105

Rehatkan Minda
Kalau kita nak rasa apa yang org lain rasa
kita kena buat apa yang orang lain buat

Anda mungkin juga menyukai