Anda di halaman 1dari 13

SOALAN 1 13:

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. (26 markah)

1. Saya menyimpan maklumat itu ke dalam ________.


A. hospital
B. sekolah
C. televisyen
D. computer

2. Lelaki ________ pelukis terkenal.


A. atas
B. itu
C. ini
D. sini

3. Peserta itu __________ lagu Negaraku di atas pentas.


A. menjalankan
B. memasukkan
C. menyanyikan
D. menyiapkan

4. Rakyat Malaysia hidup ______________ dan sejahtera.


A. aman-damai
B. sunyi
C. indah permai
D. jimat

5. _________________ pertanyaan kamu boleh dijawab oleh Dr. Fazilah.


A. Segala
B. Para
C. Sekalian
D. Beberapa
6. Datuk Sazali Abdul Samad atlet bina badan Negara. Beliau dilahirkan _____ Batu Pahat,
Johor.
A. pada
B. dengan
C. oleh
D. di

7. _____________, akhirnya pasukan kita berjaya ke peringkat akhir!


A. Wah
B. Eh
C. Syabas
D. Oh

8. ____________ datang
tang ke majlis perkhawinan kakak saya.
A. Jangan
B. Jemput
C. Tolong
D. Minta

9. ______________ caranya membuat ketupat?


A. Bilakah
B. Bagaimanakah
C. Siapakah
D. Mengapakah

10. Kakak membantu ibu __________ kuih seri muka untuk minum petang.
A. membuat
B. mengbuat
C. buat
D. menbuat
11. Encik Maniam memetik sayur yang _________________ dari kebunnya.
A. lembut-lembut
B. pokok-pokok
C. segar-segar
D. dekat-dekat

12. Nelayan itu menangkap ikan di tepi laut dengan _____________ jala.
A. sebilah
B. sebuku
C. pasang
D. serawan.

13. Bapa membeli dua helai kain batik sebagai ______________ untuk mak cik di kampung.
A. bekas tangan
B. tanda mata
C. bulat hati
D. air muka

SOALAN 14 15:
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah. (4 markah)

14. Rajan berkata bahawa bapanya sedang tidur.


A. Kata Rajan, Bapanya sedang tidur.
B. Kata Rajan, Bapa awak sedang tidur.
C. Kata Rajan, Bapa saya sedang tidur.
D. Kata Rajan, Bapa tidur.

15. Wai Kit tidak hadir hari ini kerana dia demam.
A. Wai Kit demam kerana tidak hadir hari ini.
B. Oleh sebab tidak hadir hari ini, Wai Kit demam.
C. Oleh sebab demam, Wai Kit tidak hadir hari ini.
D. Kerana tidak demam, Wai Kit hadir hari ini.
SOALAN 16:
Pilih ayat yang betul. (2 markah)

16. A. Alex Yoong terkenal sebagai seorang pelumba kereta Formula F1.
B. Alex Yoong melainkan sebagai seorang pelumba kereta Formula F1.
C. Alex Yoong menghasilkan sebagai seorang pelumba kereta Formula F1.
D. Alex Yoong mengalahkan sebagai seorang pelumba kereta Formula F1.

SOALAN 17 20:
Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. (8 markah)

Tembikai berasal dari Afrika. Kini buah ini banyak ditanam di kawasan Mediterranean dan
Asia.
Selain pembajaan yang sempurna, cuaca panas, tanah gembur dan tidak menakung air amat
sesuai untuk buah ini tumbuh subur. Pokok ini tumbuh menjalar di atas tanah apabila buahnya
yang berat tidak dapat disokong oleh batang pokok yang lembut.
Buah tembikai yang berbentuk bulat atau bujur mempunyai kulit yang licin. Lapisan kulit
buah ini setebal 0.5 sentimeter. Isi buah tembikai dimakan segar atau dibuat jus.
Biji buah tembikai berbentuk leper dan mempunyai permukaan yang licin. Di China dan
beberapa negara Asia, terdapat tanaman tembikai yang dapat menghasilkan biji yang banyak.
Biji-biji ini dikeringkan, dipanggang dan dicampur garam untuk dijadikan kuaci.
Tembikai mengandungi 90 peratus air di samping zat makanan lain yang mempunyai khasiat
yang tersendiri. Isi buah tembikai yang dimakan segar atau dibuat jus mempunyai khasiat
untuk menyembuhkan masalah ginjal dan salur kencing serta berkesan untuk mengurangkan
tekanan darah.
Semasa memetik buah tembikai yang matang, tangkai pada buah ini dipotong dengan teliti
agar tidak mencederakan buah. Buah yang dipetik dengan cara menyentak atau memulas
akan menyebabkan kecederaan pada buah dan seterusnya buah akan mudah menjadi busuk.
17. Apakah ciri yang akan menghalang buah tembikai tumbuh dengan subur?
A. Tanah yang gembur
B. Tanah yang bertakung air
C. Cuaca yang panas
D. Pembajaan yang sempurna

18. Mengapakah pokok tembikai tumbuh manjalar di atas tanah?


A. Kerana batang pokok tembikai tidak dapat menyokong berat buah tembikai.
B. Kerana kulit buah tembikai terlalu tebal dan berat.
C. Kerana kandungan air di dalam buah tembikai terlalu banyak.
D. Kerana bentuk buah tembikai yang bulat atau bujur.

19. Pernyataan yang benar tentang petikan ialah


A. buah tembikai mula-mula ditanam di kawasan Mediterranean.
B. kuaci dihasilkan daripada biji buah tembikai.
C. jus buah tembikai hanya berkesan untuk mengurangkan tekanan darah.
D. tangkai buah tembikai yang tercedera akan menyebabkan buah mudah busuk.

20. Rangkai kata mempunyai khasiat dalam petikan bermaksud


A. ada keenakan.
B. ada keajaiban.
C. terdapat kebaikan.
D. terdapat keaslian.
SOALAN 21:
Lengkapkan petikan di bawah dengan kata hubung yang betul. (12 markah)

atau tetapi kerana dan kecuali untuk

Arun (a)_____________ abangnya, Nagen pergi ke pasar malam. Mereka ke pasar malam
(b)______________ membeli makanan. Suasana di pasar malam riuh-rendah
(c)______________ para pembeli sibuk menawar harga.

Kamu mahu bihun (d)____________________ mi goreng? Tanya Nagen.

Saya mahu mi goreng (e)_________________pelanggan di gerai itu ramai. Kita beli bihun
goreng sahajalah, kata Arun.

Baiklah, semua barang sudah kita beli (f)_________________bihun goreng. Jadi, selepas
membeli bihun goreng bolehlah kita pulang, kata Nagen kepada adiknya.

SOALAN 22:

a) Bina ayat tanya berpandukan jawapan yang diberi.

Perpustakaan terletak di sebelah kiri pejabat. (Di manakah)

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
(4 markah)
b) Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

Ayat aktif : Gobi membeli makanan di gerai tepi jalan itu.

Ayat pasif: _________________________________________________________________


(4 markah)

c) Tukarkan ayat cakap ajuk berikut kepada ayat cakap pindah.

Cakap Ajuk : Saya suka melukis, kata Omar.

Cakap Pindah :_____________________________________________________________

(4 markah)

d) Tukarkan ayat cakap pindah berikut kepada ayat cakap ajuk.

Cakap Pindah : Pengawas itu menyuruh kami makan di kantin.

Cakap Ajuk : _______________________________________________________________


(4 markah)
SOALAN 23:

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

Mel elektronik atau e-mel merupakan suatu perkhidmatan internet yang sangat popular
masa kini. Kita tidak perlu bersusah-payah menulis surat di atas kertas serta mengeposnya di
pejabat pos. Menerusi e-mel, kita hanya perlu menaipnya di dalam komputer lalu
menghantarkannya melalui perkhidmatan yang disediakan dalam internet. Kita hanya
memerlukan alamat e-mel terlebih dahulu, contohnya alin@hotmail.com. Kemudian, barulah
kamu boleh menghantarkan e-mel tersebut.

Banyak kelebihan yang boleh diperolehi apabila kita menggunakan e-mel. E-mel yang
dihantar kepada penerima akan sampai dengan cepat. Penerima tidak perlu menanti lama
kerana mesej anda itu boleh disampaikan melalui e-mel dalam beberapa saat sahaja.

Perkhidmatan e-mel juga amat murah dan mudah kerana ia tidak memerlukan setem
sebagai bayaran pos. Kita hanya perlu membuka perkhidmatan e-mel menerusi internet secara
percuma. Tambahan pula, kita tidak perlu beratur untuk membeli setem.

a) Perkhidmatan e-mel menggunakan___________________________________________


(2 markah)

b) Apakah yang diperlukan oleh seseorang sebelum menghantar e-mel?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________
(2 markah)
c) Apakah kelebihan e-mel?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
(2 markah)

d) Apakah maksud mesej dalam petikan?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
(2 markah)

e) Pada pendapat kamu, mengapa semakin ramai pengguna yang menggunakan


perkhidmatan e-mel ini ?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
(3 markah)
SOALAN 24:

Baca laporan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

Lawatan ke Ladang Ternakan Burung Puyuh

Pada 18 Julai 2015 yang lalu, SJK(C) Kolam Air telah melawat ke ladang ternakan
burung puyuh Kuala Selangor. Lawatan ini diiringi oleh dua orang guru penasihat.
Encik Said menyambut kedatangan kami. Beliau memberi penerangan mengenai
penternakan burung puyuh. Kami mendengar penerangan Encik Said dengan teliti.
Menurut Encik Said, hanya burung puyuh daripada baka yang terbaik sahaja diternak
untuk dijadikan puyuh daging. Telur-telur burung puyuh ini juga diambil untuk dijual di pasar
raya. Burung puyuh keluaran ladang ini memang sedap dan terkenal di seluruh negara.
Sebelum pulang, kami mengucapkan terima kasih kepada Encik Said. Beliau
memberikan kepada kami cenderahati sebagai kenangan. Kami menaiki bas dan terus pulang
semula ke sekolah.

Disediakan oleh, 20 JULAI 2015


Vincent Chong
(VINCENT CHONG)
Setiausaha Kelab Keusahawanan SJK(C) Kolam Air

a) Siapakah yang menulis laporan ini?

_________________________________________________________________________
(2 markah)

b) Ke manakah SJK( C) Kolam Air menjalankan lawatan?

__________________________________________________________________________
(2 markah)
c) Siapakah yang memberi penerangan mengenai penternakan burung puyuh?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
(2 markah)

d) Apakah tujuan telur-telur burung puyuh itu diambil?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
(2 markah)

f) Apakah keistimewaan burung puyuh keluaran ladang Encik Said?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
(3 markah)
SOALAN 25:
Baca dan fahami petikan. Kemudian, jawab soalan di bawah.

Berbasikal menjadikan badan


Internet kita lebih sihat kerana Guru
mengeluarkan peluh

Berbasikal dapat Berbasikal menjimatkan wang


mengisi masa lapang kerana kita tidak perlu
kerana kita boleh berbasikal mengisi petro
di waktu petang

Alam sekitar terpelihara Buku


Ibu bapa
daripada pencemaran udara
kerana tiada asap dikeluarkan

a) Mengapakah badan kita lebih sihat dengan berbasikal?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
(2 markah)
b) Mengapakah berbasikal dapat memelihara alam sekitar?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
(2 markah)

c) Nyatakan tiga faedah berbasikal yang terdapat dalam teks.

I. ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

II. ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

III. ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
(6 markah)

Anda mungkin juga menyukai