Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritis terhadap bahan bacaan, saya
memilih sebuah artikel yang berkaitan dengan isu etika dan integriti guru iaitu Guru
Ponteng Isu Serius. Berikut adalah maklumat mengenai artikel yang dipilih.

1.1 ARTIKEL DAN JURNAL YANG DIPILIH

(a) Tajuk Artikel : Guru Ponteng Isu Serius


Penulis : Jainudin Nasir
Bilangan muka surat : 2 muka surat
Sumber : http://www.theborneopost.com/2011/12/24/guru-ponteng-isu-serius/

Artikel ini adalah dihasilkan oleh Jainudin Nasir dan bertajuk Guru Ponteng Isu
Serius. Menurut Yussin (2010), Kementerian Pelajaran memandang serius isu
ketidakhadiran guru di sekolah. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang
sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebaga ponteng kerja (Garry Coventry,
Greg Cornish, 1985). Isu guru ponteng telah melanggar Peraturan 23 iaitu Tidak Hadir
Bertugas yang telah dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993], (Persekutuan, 1993).

Bukan itu sahaja, artikel ini juga membincang tentang Program Amal Kewajipan
Untuk Negara (AKUN) yang telah dirancangkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri
Sabah (JPNS) dan telah dilaksanakan pada tahun 2012-2016. Program ini bertujuan
meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah dan memantapkan keberkesanan
penyampaian dan penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan. Pendapat penulis
terhadap isu guru ponteng sangat relevan dengan isu etika dan integriti guru. Kenyataan
ini boleh disokong oleh Wasilan (2007), Kementerian Pelajaran menerima 200 aduan
berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh negara, antara kesalahan ialah tidak hadir
bertugas (37 peratus).

Oleh itu, saya bersetuju dengan pendapat penulis bahawa pelaksanaan Program
AKUN dapat menyelesaikan masalah guru ponteng.

1
2.0 RINGKASAN

Idea utama yang dikemukakan dalam artikel ini ialah cara Program AKUN dalam
penyelesaian masalah guru ponteng sekolah. Menurut Bekas Pengarah Pelajaran Negeri
Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin, Program AKUN dapat meningkatkan peratusan
kehadiran guru di sekolah sekaligus memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta
penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan pada semua peringkat. Hal ini kerana
program AKUN mempunyai empat strategi pelaksanaan iaitu e-Cerap, Pemantauan
Silang, Pemantauan Bersepadu dan e-Hadir. Strategi ini boleh menangani masalah ini
dengan berkesan. Sebagai contoh, isu Guru Ponteng Sebelum Cuti Dikenal Pasti, artikel
ini diambil menerusi Utusan Online yang bertarikh 2 Jun 2010. Dengan penggunaan
strategi e-Hadir, isu ini dapat diselesaikan dengan efektif. Hal ini kerana e-Hadir dan e-
Cerap membolehkan pemantauan kehadiran guru dan anggota kakitangan sokongan
serta pelaksanaan proses pencerapan dilakukan secara online. Kenyataan ini disokong
oleh Systems (2016), kehadiran pengesanan secara elektronik dapat memudahkan
proses menyelia pekerja dan data kehadiran adalah tepat.

Bukan itu sahaja Program AKUN ini juga memberi ruang dan peluang kepada
pentadbir di sekolah dan Pegawai Pelajaran Daerah memberi khidmat serta bimbingan
dengan lebih terus, bersepadu dan komprehensif. Program ini membolehkan guru
membuat penilaian kendiri bagi meningkatkan kompetensi dalam pengajaran di dalam
kelas kerana setiap orang guru akan dipantau. Dengan penilaian kendiri, guru akan
memahami etika dan integriti yang harus diamalkan pada diri sendiri. Sebagai mana yang
telah Alstad (2016) nyatakan, melalui penilaian kendiri, guru dapat memahami kekuatan
dan kelemahan sendiri serta dapat mengambil tindakan untuk menambahbaikkan
kelemahan sendiri.

Seterusnya artikel ini juga menjelaskan Program AKUN ini berlandaskan 5M fungsi
iaitu Melatih, Membimbing, Memantau, Menilai dan Menambahbaik. Di sinilah
menyatakan bahawa seorang guru harus dilatih dan dibimbing dengan menghadiri kursus
atau bengkel untuk meningkat profesionalisme guru. Guru harus sentiasa dipantau dan
dinilai supaya mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan sendiri dari segi etika,
integriti dan juga kaedah pedagogi. Dengan mendapati kelemahan sendiri seperti sikap
yang kurang bertanggungjawab, guru harus berusaha untuk membuat perubahan supaya

2
dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Menurut Wilkinson and Cave (1987), bagi
seorang guru, penyampaian pengetahuan bukan satu yang khusus manakala ciri atau
sifat, imej diri dan peranan sosial atau kemahiran individu secara kasual yang dikaitkan
dengan prestasi kerja yang cemerlang.

Rumusan artikel ini telah mengemukakan harapan Bekas Pengarah Pelajaran


Negeri Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin iaitu Program AKUN dapat dicapai dengan
cemerlang dari segi keputusan peperiksaan awam meningkat, kos tenaga, masa dan
wang dapat dioptimumkan, semua sekolah dapat dipantau dalam jangka masa setahun,
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaram guru, masalah ketidakhadiran guru
dapat dikurangkan dan amalan budaya kerja AKUN diterapkan. Tidak dapat dinafikan
bahawa, Program AKUN akan dapat membawa banyak kebaikan. Oleh itu, Datuk Dr
Muhiddin Yusin begitu berharap Program AKUN dapat menyelesaian masalah guru
ponteng dengan berkesan supaya guru-guru di negara kita boleh melahirkan anak murid
yang berkualiti.

3
3.0 KRITIKAN

3.1 Kekuatan Program AKUN dalam menyelesaiakan masalah guru ponteng


sekolah.

Status kehadiran guru dan anggota kumpulan sokongan boleh diperoleh pada
setiap hari, minggu dan bulan. Hal ini kerana strategi e-Hadir dapat mengemaskinikan
analisis kehadiran guru dari semasa ke semasa. Dengan strategi ini, guru tidak berani
ponteng sekolah tanpa alasan. Menurut Trujillo (2015), penggunaan perisian masa dan
kehadiran secara online dapat membantu majikan menjejaki masa pekerja dan dapat
melahirkan pekerja yang lebih produktif, dan cekap.

Bukan itu sahaja, e-Hadir dan e-Cerap dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Analisis data tentang kehadiran guru dan maklumat guru boleh didapati dengan mengeklik
tetikus. Program ini dapat menjimatkan kos sumber seperti kertas, gaji pekerja dan
sebagainya. Maklumat boleh diproses dan dikemaskini di mana-mana sahaja dengan
cepat dan berkesan. Dengan ini, pihak Kementerian boleh fokus terhadap keberkesanan
strategi pedagogi guru bukan lagi pada etika guru yang kurang bertanggungjawab.
Selain itu, dengan strategi pemantauan silang dan bersepadu, kekuatan dan
kelemahan sekolah dapat dikesan dan dapat dianalisis. Menurut Michael Bamberger dan
Eleanor Hewitt (1986), pemantauan memberikan maklum balas yang berterusan sejauh
mana projek dapat mencapai matlamat yang ditentukan. Dengan ini, maklum balas
daripada pemantauan membolehkan guru membuat refleksi terhadap pengajaran
seharian.

Seterusnya, Program AKUN juga dapat meningkatkan peratus kehadiran guru. Hal
ini kerana pihak kementerian mengambil inisiatif dengan memberi amaran untuk
mengambil tindakan tegas terhadap guru yang ponteng sekolah. Kenyataan ini boleh
disokong oleh Nasir (2011), terdapat 117 Guru di Sabah diberi surat tunjuk sebab langgar
tatatertib. Dengan tindakan ini, guru akan mengetahui tahap serius isu guru ponteng di
Malaysia dan tidak akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Program AKUN ini amat mempunyai kekuatan dalam penyelesaian masalah guru
ponteng. Guru yang bertanggungjawab dalam pengajaran boleh menjadikan diri sendiri

4
sebagai contoh kepada anak murid. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Dr
Muhiddin Yusin, Program AKUN dapat menekankan pemantapan kualiti perkhidmatan di
peringkat sekolah yang menjadi cermin kejayaan dan pencapaian sebenar pendidikan.

3.2 Kelemahan Program AKUN dalam menyelesaikan masalah guru ponteng


sekolah.

Pihak Kementerian harus menyediakan kursus dan bengkel untuk menyebarkan


Program AKUN kepada semua guru besar dan guru di sekolah. Ini akan menyebabkan
pembelanjaan yang besar. Kos penerimaan pengetahuan yang baru dan mahir dalam
suatu bidang amat tinggi (Lucey, 2014). Pihak Kementerian perlu menyediakan bajet yang
agak besar dalam persediaan kursus supaya kursus tersebut dapat dijalankan dengan
lancar dan efektif serta peserta iaitu guru-guru akan mendapat input yang berguna dalam
pengajaran seharian.

Kelemahan yang seterusnya ialah bukan setiap orang guru mahir dalam Teknologi
Maklumat dan Berkomunikasi (TMK). Hjetland (1995) menyatakan bahawa teknologi
dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan
teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran.
Tetapi terdapat guru seperti guru lama (veteran) kurang mahir dalam TMK seperti
dinyatakan oleh (Bakar, n.d.). Ini akan menyebabkan Program AKUN tidak dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berjaya. Oleh itu, guru-guru perlu membiasakan diri
dengan pebagai kemudahan TMK (Ofsted, 1977).

Masalah capaian internet juga merupakan salah satu halangan dalam


pelaksanaan Program AKUN. Memetik artikel daripada Utusan 2015, Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bahawa terdapat
kawasan pedalaman yang isyarat jalur lebarnya masih lemah dan keadaan itu
menyukarkan penduduk mendapat kemudahan talian telefon mudah alih serta akses
Internet seperti di bandar. Dengan masalah ini, bukan semua guru dapat melibatkan diri
dalam strategi yang telah dinyatakan dalam Program AKUN.

Tidak dapat dinafikan bahawa, Program ini juga mempunyai kelemahan iaitu bajet
penyediaan kursus, guru buta TMK, dan masalah capaian internet. Kelemahan-

5
kelemahan ini boleh ditangani sekiranya pihak swasta memberi sokongan dan memberi
kerjasama dengan pihak kerajaan seperti dari segi wang, tempat dan perkhidmatan.

4.0 KESIMPULAN

Secara konklusinya, isu ponteng bukan sahaja melanggar etika profesion perguruan,
malah kesannya boleh mempengaruhi banyak pihak seperti murid, sekolah, ibu bapa dan
masyarakat sekeliling. Pada pendapat saya, Program AKUN ini dapat menyelesaikan
masalah guru ponteng. Hal ini kerana strategi-strategi dalam Program ini amat berguna
dalam penyelesaian masalah guru ponteng. Tidak dapat dinafikan bahawa, guru sentiasa
akan mengalami tekanan kerja. Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang
menyebabkan berlakunya tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas,
keperluan penghargaan, kekangan masa dan tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah
dan hubungan interpersonal. Dengan ini, guru harus berfikir secara rasional supaya dapat
mencari alternatif untuk menyelesaikan tekanan kerja bukan larikan diri daripada
tanggungjawab. Oleh itu, guru haruslah mengamalkan etika profesional supaya menjadi
teladan kepada anak murid serta melahirkan insan yang seimbang.

6
5.0 RUJUKAN

Alstad, C. (2016, March 6). Evaluation in Education. Retrieved from Education Career
Development to Enhance Educational Skills: https://resumes-for-
teachers.com/blog/professional-development/teachers-use-self-reflection-self-
evaluation-education/

Bakar, A. A. (n.d.). Penguasaan ICT di Kalangan Guru. Retrieved from Academia:


http://www.academia.edu/3620342/penguasaan_ICT_dikalangan_guru

Bernama. (2015, Mei 17). Kerajaan tingkat capaian jalur lebar di pedalaman. Retrieved from
Utusan: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-tingkat-capaian-jalur-
lebar-di-pedalaman-1.92645

Dunham, J. (1992). Stress In Teaching. London: Routledge.

Garry Coventry, Greg Cornish. (1985). Absent With Reason. Melbourne: Victorian Institute of
Secondary Education.

Hjetland, T. (1995, June). Technology and the Special Education Classroom. Retrieved from ERIC:
https://eric.ed.gov/?id=ED386144

Lucey, B. (2014, January 17). How To Organise An Academic Conference - 10 tips. Retrieved from
Higher Education Network: https://www.theguardian.com/higher-education-
network/blog/2014/jan/17/how-to-organise-academic-conference

Michael Bamberger, Eleanor Hewitt. (1986). Monitoring and Evaluating Urban Development
Programs. Washington: World Bank.

Nasir, J. (2011). Guru Ponteng Isu Serius. Kota Kinabalu: Borneo Post.

Ofsted. (1977). School Inspection Handbook.

Persekutuan, P. (1993). Peratuan-Peraturan pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib). Kuala


Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Systems, A. (2016, July 28). 4 Key Benefits of an Electronic Atendance Management System.
Retrieved from Advance Systems: https://advancesystemsinc.com/key-benefits-
electronic-attendance-management-system/

Trujillo, P. (2015, June 23). 8 Benefits of Tracking Time and Attendance. Retrieved from Wasp
Buzz: http://www.waspbarcode.com/buzz/8-benefits-of-tracking-time-and-attendance/

Wasilan, N. (2007). Dewan Rakyat: 200 Aduan Salah Laku Guru. Kuala Lumpur: Berita Harian.

Wilkinson. C, Cave. E. (1987). Teaching and MAnaging: Inseparable Activities In Schools. London:
Croom Helm.

Yussin, D. M. (2010). Guru Ponteng Sebelum Cuti Dikenal Pasti. Kota Belud: Utusan Online.

Anda mungkin juga menyukai