Anda di halaman 1dari 12

DASAR KURIKULUM SKSR

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM


JALAN KENANGA 31350 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN.

VISI

Melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam semua bidang pendidikan untuk mencapai Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT) menjelang tahun 2015

Misi

Untuk merealisasikan Visi, Kami warga Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam memastikan Misi
berikut dilaksankan dengan jayanya:

1.Memimpin, mengurus dan menyadbir sekolah dengan efikasi, telus dan tulus

2.Meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan PdP yang


berkesan.

3. Meningkatkan kecemerlangan Sahsiah melalui program bina insan yang efisen


dan efektif.

4. Meningkatkan kecemerlangan Kokurikulum melalui pendekatan yang inovatif

Moto

Cemerlang, Gemilang, Terbilang

Slogan

Sederap Langkah, Sehala Arah

SK TASEK DERMAWAN 1
DASAR KURIKULUM SKSR

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG


Kurikulum adalah bidang utama atau core business bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di
sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam
bidang kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.Sekolah
Kebangsaan Tasek Dermawan adalah antara sekolah harapan dan pernah tersenarai antara 10 buah
sekolah terbaik dalam Daerah Kinta Utara bagi keputusan Peperiksaan UPSR.

Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang,suatu bentuk program yang
terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara pelajar untuk menghasilkan
impak yang maksima.Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan pelajar,bagi mencapai
arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1: Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2: Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3: Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri.

3.0 DASAR
3.1: Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua aspek pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan potensi diri dalam diri pelajar dari aspek jasmani,rohani,mantel dan
emosi .
3.2: Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar
pendidikan kebangsaan.
3.3: Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.4: Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa.
3.5: Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program
akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik mestilah diberikan
keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1: Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat ( 4 ) kali setahun mengikut
standard piawaian jabatan pelajaran bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan,masalah
dan isu kurikulum di sekolah.
4.2: Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di dalam Buku
Pengurusan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak atau PKPA 2/1991.
4.3: Mesyuarat Panitia Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah
disediakan dalam tempoh seminggu.
4.3: Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.4: Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum

SK TASEK DERMAWAN 2
DASAR KURIKULUM SKSR
mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia dan
maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa.
4.5: Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan
kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Pihak Pentadbiran Sekolah beserta Ketua-ketua Panitia
dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN


5.1: Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 .
5.2: Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah
berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata
pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling
membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan
keberkesanan pengajaran.
5.3: Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam
pengurusan prestasi mata pelajaran.
5.4: Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi pengajaran
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar untuk belajar
dengan lebih baik.
5.5: Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum
dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir sebagai penasihat. Satu salinan minit
mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Guru Besar melalui Setiausaha Kurikulum.
5.8: Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan panitia sambil diselia oleh
ketua panitia.

6.0 SISTEM FAIL


6.1: Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
6.2: Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi putih).
6.3: Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di bawah
pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah.

7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN


7.1: Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) - Sepuluh ( 10 ) Mata Pelajaran.
7.2: Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) -Tiga belas ( 14 ) Mata Pelajaran.

8.0. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


8.1: Sukatan Pelajaran ( SP ),Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP ),Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT ) dan
Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk
oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
8.2: Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
8.3: Satu salinan SP,HSP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia.
8.4: Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga mempraktikkannya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,dengan itu setiap guru harus mahir
tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata-mata pelajaran yang diajar.

SK TASEK DERMAWAN 3
DASAR KURIKULUM SKSR
8.5: Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru yang telah
disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar .
8.6: Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah mengikut
format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran masing-masing atau
paling minimina mengikut pekeliling yang ditetapkan.
8.7: Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam Buku Rekod Mengajar
sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran. Oleh itu, Buku Rekod Mengajar mestilah
lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap waktu pengajaran.
8.8: Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap
pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan penambahbaikan pada
masa hadapan.
8.9: Buku Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah setiap hari Jumaat
persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan disahkan.
8.10: Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas.
8.11: Setiap guru mestilah menghabiskan Sukatan Pelajaran sebelum bulan Oktober setiap tahun.
8.12: Pendidikan Bestari Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada student centered /
berpusatkan murid dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT yang disediakan. Kualiti
pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan guru juga harus menguasai kaedah-kaedah
terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staf.

9.0. JADUAL WAKTU


9.1: Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
9.2: Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
9.3: Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
9.4: Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil.
9.5: Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu
9.6: Kelas Komputer untuk mata pelajaran teras diwujudkan setiap minggu dan jadual penggunaan
makmal komputer turut disediakan.
9.7: Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun
menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Guru Ganti . Guru yang
bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar semasa
Jadual Waktu Ganti tersebut .Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan dijalankan oleh guru ganti
yang terpilih.
9.8: Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan oleh Pihak Pentadbiran
Sekolah.
9.9: Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru pengawas Bilik-bilik Khas
tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap.Satu salinan jadual mestilah diserahkankan
kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat. Bilik-Bilik khas yang
terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal
Komputer,Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup,Surau, Bilik J-Qaf,Bilik Seni ,Bilik APD dan Pusat
Akses.
9.10: Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar dalam meningkatkan
ketrampilan dan potensi diri murid-murid. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber
oleh Guru Penyelaras Media mestilah mempunyai tujuhala ke arah tersebut dan semua guru

SK TASEK DERMAWAN 4
DASAR KURIKULUM SKSR
penolong kanan beserta ketua - ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan
perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik.

10 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


10.1: Program PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2016.Justeru,Pengajaran dan Pembelajaran bagi
mata pelajaran Sains dan Matematik boleh dilaksanakan menggunakan dwi bahasa , Bahasa
Inggeris atau Bahasa Melayu.
10.2: Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT).
10.3: Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam ICT.
Oleh itu penggunaan peralatan ICT adalah amat digalakkan dan menjadi keutamaan di dalam
menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan bantuan Bahan Bantu
Mengajar yang lain.
10.4: Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras
dengan dasar baru Kementerian Pelajaran iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memantapkan Bahasa Inggeris.
10.4: Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,seterusnya meningkatkan ketrampilan murid
dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Ini adalah
kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .
10.5: Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran ,
pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .
10.6: Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan pelbagai kaedah
dan kemahiran berdasarkan aras kebolehan murid. Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha
meningkatkan ketrampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara
berterusan.
10.7: Guru matapelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata
pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat
tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan Headcount Mata
pelajaran mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .
10.8: Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan pembelajaran di luar
bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan.
10.9: Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca,
belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan
ilmu.Murid-murid juga digalakkan belajar melalui Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ).
10.10: Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan- soalan bercapah ataupun HOTS
Higher Order Thinking Skills Questions.

11.0 GURU GANTI


11.1: Mana-mana guru yang berkursus,bercuti sakit atau diluluskan untuk Cuti Rehat Khas perlu
memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran sekolah lebih awal untul disediakan
guru ganti bagi kelas guru tersebut.
11.2: Guru yang dipanggil berkursus perlu menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang
ditinggalkan.

SK TASEK DERMAWAN 5
DASAR KURIKULUM SKSR
11.3: Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang telah diarahkan.

12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN


12.1: Ujian Pengesanan - 2 kali setahun
12.2: PKSR - 2 kali setahun
12.3: Semua urusan peperiksaan yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
12.4: Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang ditetapkan di
bawah Akta Pendidikan 1996.
12.5: Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta
penekanan kepada penilaian formatif.
12.6: Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan
mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil 02/2008
pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian
seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tahun,format peperiksaan,jadual
pengawasan,rekod markah,syarat lulus,jadual spesifikasi ujian,content skill dan post mortem
peperiksaan menggunakan program yang telah ditetapkan .
12.7: Jawatankuasa Headcount Sekolah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang
berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji take off value dan meletakkan ETR bagi
peperiksaan awam.

12.8: Format Peperiksaan


12.8.1: Ujian Pengesanan Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.2: PKSR Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.3: Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
12.8.4: Format Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi murid-murid tahap 2 iaitu
tahun 4,5,dan 6 serta tahap 1 iaitu bagi murid-murid tahun 2 dan 3.
12.8.5: Untuk murid tahun 1 peperiksaan dan penilaian adalah berasaskan Kurikulum Standart Sekolah
Rendah yang baru diperkenalkan.

12.9 Jadual Pengawasan


12.9.1: Ujian diadakan serentak selama 4 hari minggu bagi semua tahun.
12.9.2: Jadual pengawasan disediakan oleh pihak pentadbiran sekolah.
12.9.3: Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.

12.10 Rekod Markah


12.10.1: Markah Peperiksaan dimasukkan dalam komputer melalui sistem SAPS.
12.10.2: Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu bapa untuk
ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata pelajaran murid-murid diadakan
semasa Hari Terbuka Sekolah yang dijalankan selepas peperiksaan.

12.11 Gred Pencapaian


12.11.1: Semua murid ( Tahun 1 hingga 6 ) - mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan gred yang
telah ditetapkan iaitu:

80 - 100 markah : Gred A

SK TASEK DERMAWAN 6
DASAR KURIKULUM SKSR
60 - 79 markah : Gred B
40 - 59 markah : Gred C
20 - 39 markah : Gred D
0- 19 markah : Gred E

12.12 Jadual Spesifikasi Ujian


12.12.1: Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap
kesukaran yang logik untuk para pelajar.
12.12.2: JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
12.12.3: Bagi soalan objektif,analisis item melalui program SP Chart/ PEDIA mesti disediakan setiap kali
selepas ujian / peperiksaan.
12.12.4: Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum
dicetak.

12.13 Post- mortem Untuk Peperiksaan


12.13.1: Post Mortem secara bertulis harus disediakan oleh Ketua Panitia bagi mata pelajaran masing-
masing setiap kali peperiksaan dijalankan.
12.13.2: Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah murid-murid hendaklah dikenal pasti bagi
tujuan pemulihan dan pengukuhan.
12.13.3 Semua guru diminta mengisi borang NKRS+W seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan
diserahkan kepada PK Pentadbiran.

13.0 PEMANTAUAN
13.1: Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1: Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan dicerap dua kali dalam setahun
secara rasmi.
13.1.2Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual
barisan pentadbir dan ketua-ketua panitia untuk menyelia dan memantau bagi memastikan
pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah yang telah dirancang.
13.1.3: Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan.Oleh itu adalah penting guru
tidak membuat judgement statement tetapi mestilah membuat statement berdasarkan
observation supaya penambaikan boleh berlaku.
13.1.4: Pengurusan dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun oleh
guru-guru penolong kanan.
13.1.5: Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi memastikan Dasar
Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.
13.1.6: Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja,buku latihan dan hasil kerja pelajar
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik oleh pihak
pentadbiran sekolah.
13.1.7: Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan
dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh Guru Besar untuk
dimaklumkan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya diperbincangkan dalam
mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .
13.1.8: Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar / Penolong-penolong Kanan atau oleh Ketua -ketua
Panitia.Manakala semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
13.1.9: Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerapuntuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai

SK TASEK DERMAWAN 7
DASAR KURIKULUM SKSR
untuk dicerap.

13.2: Pengurusan Panitia


13.2.1: Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Pentadbiran.
13.2.2: Penolong kanan akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun.
13.2.3: Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di pejabat.
13.2.4: Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi.
13.2.5: Semua Panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan setiap tahun berdasarkan
TOV,ETR dan headcount murid.
13.2.6: Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan PCG secara
berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

13.3 Peperiksaan dan Penilaian


13.3.1: Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru Besar dalam pengurusan
dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
13.3.2: Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas
tahunan.

13.4 Bilik-bilik Khas


13.4.1: Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan
Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
13.4.2: Penyeliaan adalah untuk bilik-bilik seperti berikut :
Bilik Mesyuarat
Bilik APD
Pusat Sumber
Bilik Perkembangan Staf
Stor-stor yang telah dikhaskan
Bilik J-Qaf
Surau
Pusat Akses
Makmal Komputer
Bilik SPBT
Bilik Setiausaha Peperiksaan
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Bengkel Kemahiran Hidup.
Makmal Sains
Bilik Pengawas
Bilik Seni
Bilik PPDa
Bilik Bahan Bantu Mengajar
13.4.3: Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa bilik-bilik khas ini mestilah
diwujudkan.
13.4.4: Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.

13.5 Jawatankuasa Pemantauan


13.5.1: Guru Besar.
13.5.2: Guru-guru Penolong Kanan.

SK TASEK DERMAWAN 8
DASAR KURIKULUM SKSR
13.5.3: Ketua Panitia dan Penyelaras yang dilantik

13.6 Penyediaan Buku Latihan Murid


13.6.1: Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi
memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2: Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah bilangan murid di dalam
setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak pentadbiran sekolah.
13.6.3: Semua Penolong Kanan akan menyerahkan buku latihan murid mengikut kelas yang diajar
kepada Guru Besar untuk semakan.

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA


14.1: Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.
Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bahan bantu
mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran dengan mengisi borang Nota Minta.
14.2: Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3: 5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun berikutnya.
14.4: Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

15.0 BUKU TEKS,BUKU KERJA,BUKU LATIHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
15.1: Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap pelajar dan
guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran.Maklumat dan pengetahuan
asas dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
15.2: Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks dan
mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 2 Oktober 1991.
15.3: Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru bertanggungjawab
dan dibantu oleh Pengawas SPBT.
15.4: Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains selaras dengan
SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989.Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang bergaris
dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian,
dan kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian atau eksperimen.Halaman yang kosong boleh
digunakan untuk melukis gambarajah ,graf dan sebagainya.Penggunaan buku ini dapat
memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi murid dalam bentuk penulisan .
15.5: Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai
kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah.Guru
mata pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan disemak mengikut
tempoh yang telah ditetapkan .
15.6: Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia atau guru
terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku serta mengambil tindakan susulan.Pelajar yang
melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah
dibincangkan dalam mesyuarat panitia .
15.7: Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat panitia.

16.0 LATIHAN MINIMUM


16.1: Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan

SK TASEK DERMAWAN 9
DASAR KURIKULUM SKSR
dalam topik-topik yang diajar.Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan
oleh semua murid dan disemak oleh semua guru matapelajaran.
16.2: Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat panitia
pertama setiap tahun.
16.3: Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi mengikut
tahap kebolehan murid-murid.

17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN


17.1: PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris untuk Program NILAM.
17.2: Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan membawa
murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan
pelajaran.
17.3: Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa Melayu
untuk tempoh 6 bulan pertama persekolahan dan oleh guru-guru Bahasa Inggeris untuk 6 bulan
berikutnya.
17.4: Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
secara bergilir-gilir.
17.5: Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan diserahkan
kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan .
17.6: Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

18.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


18.1: Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran dibuat
berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah perlulah menyokong
sepenuhnya semua program peningkatan akademik yang berfokus ke arah kecemerlangan dan
ketrampilan diri serta sahsiah murid.
18.2: Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu semua panitia dalam
merancang dan melaksanakan program akademik di peringkat sekolah.
18.3: Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid mengingat dan
menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata pelajaran ,menajamkan kemahiran
berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai,dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi murid-murid terutamanya melalui penulisan,meningkatkan penguasaan dan
pemerolehan ilmu pengetahuan,meningkatkan motivasi dan minat murid-murid untuk terus
belajar .
18.4: Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pada masa
yang sama dapat meningkatkan ketrampilan diri murid-murid.Dilaksanakan sepanjang tahun
dengan bimbingan guru.Manakala program jangka pendek adalah program-program yang
dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam
yang lebih berfokus kepada latihtubi,pendedahan teknik dan practice make perfect juga
practice make permanent .
18.5: Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan keberkesanan dan
kelancaran Program Kecemerlangan Akademik .
18.6: Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan
dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.

SK TASEK DERMAWAN 10
DASAR KURIKULUM SKSR
18.7: Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan panitia.
18.8: Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang
ke arah kecemerlangan murid.
18.9: Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi yang akan membantu semua Panitia dalam
merancang dan melaksana program peningkatan akademik.
18.10:Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan dan kelancaran
Program Peningkatan Akademik.

19.0 PERKEMBANGAN STAF


19.1: Kursus Dalaman
19.1.1: Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar /
Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan menggunakan format minit curai.
19.1.2: Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara
Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
19.1.3: Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.

19.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi


19.2.1: Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003. Setiap kakitangan awam wajib
menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari / 42 jam setahun.Dirancang mengikut permintaan
guru berdasarkan keperluan.
19.2.2: Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan
maklumat dan perkongsian pintar.
19.2.3: Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru.

19.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus


19.3.1: Diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan keperluan.
19.3.2: Disimpan untuk rujukan panitia.

20.0 KAJIAN TINDAKAN


20.1: Semua Panitia mata pelajaran diwajib membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
20.2: Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

21.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PEPERIKSAAN
21.1: Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan.
21.2: Percetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat.
21.3: Bahan untuk cetakan 100 helai ke atas hendaklah direzo -Tempoh serahan mestilah 3 hari
sebelum penggunaannya.
21.4: Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
21.5 Guru diminta mencatat bahan yang perlu dicetak dalam buku mengikut format yang disediakan
bagi tujuan kawalan.

22.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN


22.1: UPSR - Semua murid lulus setiap mata pelajaran ( Sekurang-kurangnya dengan pangkat C )
22.2: Sasaran 40 orang murid untuk pencapaian 5A dalam UPSR.
22.3: Peperiksaan Dalaman semua murid lulus setiap mata pelajaran.

SK TASEK DERMAWAN 11
DASAR KURIKULUM SKSR
23.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
23.1: Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri
dan Kebangsaan.
23.2: Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.

24.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM


24.1: Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan
negara .
24.2: Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui
mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

SK TASEK DERMAWAN 12

Anda mungkin juga menyukai