Anda di halaman 1dari 3

Surat Permohonan pendaftaran Persatuan

Setiausaha

Persatuan Kaligrafi

Sekolah Jenis Kebangsaan AAA

30000 Txxx,

Pxxx.

Ruj. Tuan : XXAB4275/01/17

Ruj. Kami :

Tarikh : 06 Mac 2012

Guru Besar,

SJK AAA,

30000 Txxx, Pxxx..

Puan,

Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Persatuan Kaligrafi SJK AAA

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat penubuhan Persatuan Kaligrafi


SJK AAA telah diadakan pada 4hb Januari 2017 (Rabu) jam 1:30 petang di
perpustakaan SJK AAA. Mesyuarat telah memutus dan mengesahkan sebulat
suara senarai ahli jawatankuasa dan aktiviti-aktiviti utama persatuan
sepanjang tahun.

3. Sehubungan dengan itu, saya sebagai setiausaha bagi pihak Persatuan


Kaligrafi SJK AAA dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya puan
mengesah penubuhan ini dan mendaftarkan sebagai sebuah persatuan dalam
bidang ko-kurikulum di sekolah.

4. Jasa baik dan kerjasama puan meluluskan permohonan ini amatlah


dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

______________________

(LEE MEI MEI)

Setiausaha,

b.p J/K Penaja Persatuan Kaligrafi

SJK AAA
s.k 1. Guru Kanan Kokurikulum SJK AAA

2. Fail Persatuan Kaligrafi SJKC AAA