Anda di halaman 1dari 13

KONSEP DAN MATLAMAT KOKURIKULUM; CARTA ORGANISASI

KOKURIKULUM; SUKAN SEKOLAH CARTA ORGANISASI MAJLIS SUKAN PENGURUSAN


SEKOLAH;SENARAI GURU-GURU PENASIHAT; TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA
KOKURIKULUM
UNIT KOKURIKULUM 2011

KONSEP DAN MAKLAMAT

1. Gerak Kerja Kokurikulum

Gerak kerja kokurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik
darjah. Ia bertujuan untuk mengukuhkan dan mengkayakan pembelajaran, saling lengkap-
melengkapi pembelajaran di bilik darjah bagi menyuburkan nilai-nilai murni, mengembangkan
bakat kepimpinan dan sedia berkhidmat di kalangan masyarakat. Gerak kerja kokurikulum
terdiri daripada gerak kerja pasukan pakaian seragam, persatuan & kelab dan sukan &
permainan.

2. Asas Perlaksanaan Gerak Kerja Kokurikulum

Sebagai satu bidang pendidikan, gerak kerja kokurikulum berdasarkan kepada:


2.1 semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan
perkembangan rohani, jasmani dan emosi.
2.2 semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan-rakan mereka.
2.3 semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
2.4 sekolah berperanan mendidik murid-murid dalam memajukan masyarakat.
2.5 masyarakat juga bersama-sama memainkan peranan dalam mendidik murid-murid.

3. Pentingnya Gerak Kerja Kokurikulum

Gerak kerja kokurikulum itu penting bagi melengkapkan pengetahuan murid-murid di sekolah.
Menerusi gerak kerja kokurikulum perkembangan social, minat dan bakat dapat diseimbangkan
dengan perkembangan mental murid-murid. Gerak kerja ini juga dapat membantu menjadikan
sekolah sebagai tempat yang menarik dan menggembirakan murid-murid.

4. Peranan Gerak Kerja Kokurikulum

Gerak kerja kokurikulum adalah untuk:


4.1 menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan
dan Rukunegara.
4.2 memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan.
4.3 memberi murid-murid pengalaman berhubung, bergaul dan bersatu padu dalam
masyarakat.
4.4 mengukuh dan mengkayakan pengalaman yang murid-murid perolehi dalam bilik darjah.
4.5 memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-murid dalam bidang-
bidang tertentu.
4.6 melatih murid-murid mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah, disamping
membina kesihatan dan kesejahteraan diri.
UNIT KOKURIKULUM 2011

4.7 memberi peluang dan galakkan kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada
masyarakat.
4.8 menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepada sekolah.

5. Matlamat Gerak Kerja Kokurikulum

Di antara matlamat gerak kerja kokurikulum ialah:


5.1 menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan
5.2 menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan
emosi murid-murid.
5.3 mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dikalangan murid dalam sekolah dan di antara
sekolah.
5.4 membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam gerak kerja yang diceburi.
5.5 membina dan meningkatkan disiplin murid.
5.6 mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
5.7 membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan
masyarakat.

6. Cara Mencapai Matlamat Gerak Kerja Kokurikulum

Matlamat tersebut boleh dicapai dengan cara:


6.1 melibatkan semua murid sama ada secara individu, kumpulan atau beramai-ramai dengan
aktif di dalam berbagai jenis gerak kerja.
6.2 melibatkan murid semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum yang sesuai.
6.3 melibatkan murid-murid dan pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat.
6.4 jawatankuasa bimbingan pelajar sekolah (JBPS) membantu perlaksanaan kegiatan
kokurikulum secara aktif.
6.5 merancang gerak kerja kokurikulum dengan teliti.
6.6 melibatkan PIBG dalam masyarakat.
6.7 memberitahu ibu bapa mengenai matlamat gerak kerja kokurikulum sekolah serta
rancangan-rancangan yang hendak dilaksanakan.
6.8 mencatatkan segala gerak kerja dan kemajuan yang telah dijalankan atau dicapai.
6.9 memberi penghargaan kepada murid-murid, guru-guru dan pihak yang terlibat.

7. Unsur-unsur Pendidikan dalam Gerak Kerja Kokurikulum

Antara unsur-unsur pendidikan yang terdapat dalam gerak kerja kokurikulum adalah seperti
berikut:
7.1 Percaya kepada Tuhan
7.2 Beradab dan bersusila seperti bersopan santun, berbudi bahasa, hormat menghormati.
7.3 Taat dan setia serta patuh kepada peraturan.
UNIT KOKURIKULUM 2011

7.4 Bertanggungjawab seperti boleh diharap atau dipercayai.


7.5 amanah seperti jujur dan ikhlas.
7.6 mengawal diri seperti disiplin kendiri, menjauhi daripada melakukan sesuatu yang tidak
baik.
7.7 Tolong menolong dan bekerjasama.
7.8 Menjaga kebersihan dan alam sekitar.
7.9 kasih saying dan belas kasihan
7.10 Bertimbang rasa dan bertolak ansur dan sentiasa bermaaf-maafkan
7.11 Bercita-cita dan bersemangat tinggi.
7.12 Gembira dan bersyukur
7.13 Keberanian seperti keyakinan diri, cekal hati, berani mencuba.
7.14 Intelek seperti tajam fikiran dan mempunyai kemahiran
7.15 imaginatif dan kreatif
7.16 Logik seperti rasional, sistematik bekerja dengan tertib dan teliti.
7.17 Berdikari dan berdedikasi seperti bebas membuat sesuatu dalam lingkungan peraturan.
UNIT KOKURIKULUM 2011

TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah. (Rancangan Jangka Panjang /Pendek)


2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual waktu.
5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri
/kebangsaan.
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
8. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan
lain.
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di sekolah.
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan
digunakan.
12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang menunjukkan prestasi
cemerlang dalam bidang masing-masing.
13. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan.

TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1. Menentukan objektif gerakerja kokurikulum tercapai


2. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah.
3. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum.
4. Memastikan semua unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancer, berterusan dan
berkesan.
5. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
6. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum
7. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada murid.
8. Menerima laporan kegiatan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
9. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha
kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit.
10. Memutuskan pengurniaan yang akan diberikan kepada murid yang mencapai taraf
kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum


UNIT KOKURIKULUM 2011

2. Membantu Guru Besar dalam pengagihan tugas guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan
penilaian murid.
3. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan pakaian
seragam dan sukan permainan.
4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
5. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
6. Memastikan boring-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
7. Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan
latihan dengan mereka.

TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN

1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.


2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM.
3. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
4. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk
edaran, rujukan dan rekod.
11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan
sekolah.
12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian
Sukan Sekolah.
13. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/PASUKAN BADAN BERUNIFORM

1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.


2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
UNIT KOKURIKULUM 2011

4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai


persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.
7. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum
8. Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.
9. Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod
bilik kokurikulum.
10. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:(Borang penyertaan
persatuan/Borang senarai AJK dan ahli/Buku laporan aktiviti)
11. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.
12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT / PEMIMPIN

1. Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa


2. Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan pasukan pakaian seragam, kelab /
persatuan dan kelab sukan / permainan.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda / peralatan diurus dengan baik.
9. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan.
10. Mendaftarkan pasukan pakaian seragam, kelab persatuan dan kelab sukan / permainan kepada
Pengetua / Guru Besar atau Badan Induk.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah / zon / daerah / negeri dan
kebangsaan dengan baik.
13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
17. Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
UNIT KOKURIKULUM 2011

18. Memastikan tiada unsur subversif tersebar dikalangan ahli.


19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada jawatankuasa
kokurikulum sekolah satu minggu selepas penyertaan aktiviti.
20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

TANGGUNGJAWAB GURU KELAB PERMAINAN / RUMAH SUKAN

1. Membentuk jawatankuasa.
2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.
7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan
mencukupi untuk digunakan.
13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan.
15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil
daerah/negeri dan negara)
16. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, kebudayaan & Sukan; Majlis
Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

TANGGUNGJAWAB JURULATIH PASUKAN SEKOLAH

1. Latihan perlu dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.


2. Pastikan guru-guru menghantar pelajar dalam semua pertandingan MSSD.
3. Membuat laporan selepas menghadiri Taklimat / Kursus / Mesyuarat.
4. Menguruskan Pengangkutan dan surat-surat kebenaran daripada penjaga bagi murid-murid
yang mewakili sekolah.
5. Semua peralatan dan jersi yang dipinjam perlu dipulangkan dalam keadaan baik.
6. Semua pelajar diwajibkan memakai pakaian baju T sekolah dan track bottom.
7. Pertandingan persahabatan digalakkan dijalankan sebelum pertandingan.
8. Semua pertandingan yang disertai perlu menyediakan laporan lengkap dan diserahkan kepada
PK Kokurikulum 3 hari selepas pertandingan tamat.
UNIT KOKURIKULUM 2011

9. Semua tuntutan pertandingan dibuat melalui PK Kokurikulum.


10. Latihan pertama bermula pada minggu kedua selepas bermula sesi persekolahan.
11. Semua sijil dikeluarkan kepada pelajar seminggu selepas pertandingan.
12. Maklumat jurulatih luar perlu direkodkan dalam Buku Kejurulatihan Sekolah.
13. Sijil Penghargaan perlu dikeluarkan kepada jurulatih luar.
14. Sepanjang aktiviti / pertandingan semua jurulatih luar perlu ada bersama-sama dengan guru
penasihat.
15. Semua prasarana permainan perlu lengkap sebelum latihan.
16. Pastikan guru menandatangani Buku Rekod Kokurikulum Pelajar.
17. Lengkapkan Buku Laporan selepas aktiviti.

TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
PERSATUAN/KELAB/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

1. PENGERUSI
1.1. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua
mesyuarat.
1.2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil
tindakan yang sewajarnya.
1.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

2. NAIB PENGERUSI
2.1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
2.2. Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
2.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

3. SETIAUSAHA
3.1. Menguruskan hal-hal surat menyurat.
3.2. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
3.3. Mencatat kehadiran ahli.
3.4. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

4. PENOLONG SETIAUSAHA
4.1. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
4.2. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
4.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
UNIT KOKURIKULUM 2011

5. BENDAHARI
5.1. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
5.2. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
5.3. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
5.4. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
5.5. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat
Agung.
5.6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

6. PENOLONG BENDAHARI
6.1. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
6.2. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7. AHLI JAWATANKUASA
7.1. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.2. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

8. PEMERIKSA KIRA-KIRA
8.1. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan
bertangungjawab keatasnya.
8.2. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
UNIT KOKURIKULUM 2011

CARTA ORGANISASI
MAJLIS SUKAN SEKOLAH

PENGERUSI
(GURU BESAR)
En. Juanda b. Shariff

NAIB PENGERUSI
(GPK Kokurikulum)
En. Aziz bin Ninggal

SETIAUSAHA
En. Mohd. Al-Bohori b. Mohd. Shaari

PENOLONG SETIAUSAHA
En. Dramanti Santri b. Rohani

AHLI JAWATANKUASA

KETUA GURU
KETUA GURU RUMAH SUKAN
PERMAINAN & OLAHRAGA

Rumah Mat kilau Bola Baling Lelaki


Pn. Siti Zainab bt Rosdi En. Dramantri Santri b. Rohani

Rumah Dato' Maharajalela Bola Baling Perempuan


Pn. Norhaiza bt Mohd Noor Pn. Siti Zaharah bt Muhamed

Rumah Dato' Bahaman Bola Tampar


Pn. Suhana bt Jasman En. Mohd. Al-Bohori b. Mohd. Shaari

Rumah Tok Janggut Olahraga


En. Mohd. Azri b. Abu Bakar Pn. Salmie bt Ramli
UNIT KOKURIKULUM 2011

SENARAI GURU-GURU PENASIHAT

UNIT PAKAIAN SERAGAM

PENGAKAP PUTERI ISLAM

1. En. Dramanti Santri b. Rohani (K) 1. Pn. Norhaiza bt Mohd Noor (K)
2. En. Mohd. Al-Bohori b. Shaari 2. Pn. Hjh Nurulhuda bt. A. Rahman
3. En. Mohd Azri b. Abu Bakar 3. Pn. Hjh Fatimah bt Md. Tahir
4. Pn. Salmie bt Ramli 4. Pn. Siti Zaharah bt Mohamed
5. Pn. Raja Izatul Farisa bt Raja Shariffudin. 5. Pn. Hjh Noorizan bt Zakaria
6. Cik Yong Soo Ying 6. Pn. Norliza bt Jamal
7. Pn. Siti Zainab bt Rosdi
8. Pn. Salbiah bt Monil
9. Pn. Noor Aziana bt ahmad
10. Pn. Faridah bt Md. Yusop
11. Pn. Suhana bt Jasman
12. Pn. Razmah bt Hassan
KELAB PERSATUAN

BAHASA MELAYU SAINS & MATEMATIK

1. Pn. Razmah bt Hassan (K) 1. Pn. Raja Izatul Farisa bt Raja Shariffudin.(K)
2. Pn. Hjh Fatimah bt Md. Tahir 2. Pn. Salbiah bt Monil
3. Pn. Siti Zainab bt Rosdi 3. Pn. Salmie bt Ramli
4. En. Dramanti Santri b. Rohani
PERPUSTAKAAN
ALAM SEKITAR
1. Pn. Noor Aziana bt Ahmad (K)
2. Pn. Norliza bt Jamal 1. Pn. Suhana bt Jasman (K)
3. En. Mohd. Al-Bohori b. Shaari 2. Pn. Hjh Nurulhuda bt. A. Rahman
3. Pn. Hjh Noorizan bt Zakaria
RUKUN NEGARA 4. Cik Yong Soo Ying

1. Pn. Faridah bt Md. Yusop (K)


2. Pn. Siti Zaharah bt Mohamed
3. Pn. Norhaiza bt Mohd Noor
4. En. Mohd Azri b. Abu Bakar
UNIT KOKURIKULUM 2011

KELAB PERMAINAN

FUTSAL BOLA BALING PEREMPUAN

1. En. Mohd Azri b. Abu Bakar (K) 1. Pn. Hjh Nurulhuda bt. A. Rahman (K)
2. Pn. Norhaiza bt Mohd Noor 2. Pn. Hjh Fatimah bt Md. Tahir
3. Pn. Salmie bt Ramli 3. Pn. Siti Zaharah bt Mohamed
4. Pn. Hjh Noorizan bt Zakaria 4. Pn Siti Zainab bt Rosdi
5. Pn. Norliza bt Jamal 5. Pn. Faridah bt Md. Yusop
6. Pn. Razmah bt Hassan 6. Pn. Suhana bt Jasman

BOLA TAMPAR

1. Pn. Salbiah bt Monil (K)


2. Pn. Noor Aziana bt Ahmad
3. En. Mohd. Al-Bohori b. Shaari
4. En. Dramanti Santri b. Rohani
5. Pn. Raja Izatul Farisa bt Raja Shariffudin.
6. Cik Yong Soo Ying

SUKAN SEKOLAH

RUMAH MAT KILAU (MERAH) RUMAH DATO' MAHARAJALELA (HIJAU)

1. Pn. Siti Zainab bt Rosdi(K) 1. Pn. Norhaiza bt Mohd Noor (K)


2. Pn. Hjh Nurulhuda bt. A. Rahman 2. Pn. Salbiah bt Monil
3. Pn. Norliza bt Jamal 3. Pn. Noor Aziana bt Ahmad
4. Pn. Raja Izatul Farisa bt Raja Shariffudin. 4. Pn. Faridah bt Md. Yusop

RUMAH DATO' BAHAMAN (BIRU) RUMAH TOK JANGGUT (KUNING)

1. Pn. Suhana bt Jasman (K) 1. En. Mohd Azri b. Abu Bakar (K)
2. En. Dramanti Santri b. Rohani 2. Pn. Salmie bt Ramli
3. Pn. Hjh Fatimah bt Md. Tahir 3. Pn. Hjh Noorizan bt Zakaria
4. Pn. Razmah bt Hassan 4. Pn. Siti Zaharah bt Mohamed
5. Cik Yong Soo Ying
TUGAS-TUGAS KHAS

1. LAWATAN : Pn. Siti Zaharah bt Muhamed


2. INSURAN TAKAFUL : Pn. Siti Zainab bt Rosdi

Anda mungkin juga menyukai