Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN 1

MENULISI ESEI TENTANG PENGARUH HINDU, ISLAM, DAN BARAT DALAM


KEBUDAYAAAN DAN MASYARAKAT MELAYU SECARA KRITIS DAN ANALITIS.

Sebelum membuka tirai bicara, saya ingin mengetengahkan satu persoalan yang berlegar
di dalam kotak pemikiran saya. Persoalannya adalah apakah yang dimaksudkan dengan budaya?
Perkataan budaya berasal dari bahasa Sanskrit iaitu "buddhayah yang wujud dari buddhi yang
membawa maksud budi, serta akal manusia manakala daya adalah tenaga. Menurut tokoh
Koentjaraningrat, budaya adalah suatu sistem gagasan, tindakan dan hasil karya manusia dalam
rangka kehidupan masyarakat yang dijadikan milik diri manusia dengan belajar. Manakala Taylor
berpendapat bahawa kebudayaan adalah satu kesatuan yang kompleks yang meliputi
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan kebolehan
manusia serta kebiasaan yang terdapat pada manusia. Manakala budaya ialah suatu bentuk
perlakuan yang mencerminkan adat dan cara hidup sesuatu masyarakat itu. Maka dapat kita
simpulkan bahawa kebudayaan masyarakat Melayu adalah suatu cara hidup, tradisi yang diwarisi
serta cara pemikiran umat Melayu dalam mengekalkan identiti mereka agar tidak pupus.

Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran
keperibadian kepada lebih 300 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang
sama iaitu bahasa Melayu. Oleh yang demikian, kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada
Kebudayaan Kebangsaan. Walau bagaimanapun, amalan dalam budaya Melayu telah
mengalami asimilasi, akomodasi, akulterasi dan pengaruh luar dengan pelbagai budaya yang
datang ke Nusantara. Pengaruh luar seperti Hindu, Islam dan Barat dalam kebudayaan Melayu
sememangnya dapat dilihat dengan jelas dari pelbagai aspek.

Aspek yang pertama adalah pemikiran. Pada kaca mata saya, pemikiran merupakan
satu aspek yang paling dominan dalam mengekalkan kedudukan seorang warganegara serta
mewujudkan kehidupan yang harmoni tanpa berpecah-belah. Pengaruh Islam dapat dilihat dalam
pemikiran masyarakat Melayu. Sejak kedatangan pengaruh Islam ke Nusantara pemikiran
masyarakat Melayu yang mengamalkan animisme mengikut pengaruh Hindu berubah kepada
pemikiran yang logikal dan rasionalisme. Pemikiran masyarakat Melayu berubah mengikut
peredaran zaman kini yang menuju ke arah wawasan 2020 di mana mereka berfikir secara
terbuka. Di sini, wujudnya satu pengaruh yang dikenali sebagai pengaruh barat. Walaupun
pemikiran terbuka adalah dikira bagus pada masa kini tetapi jika melampaui batas maka ia akan
bertentangan dengan agama Islam. Contohnya, pergaulan bebas. Contoh lain adalah
penyembahan berhala. Ketika penyerapan pengaruh Hindu, semua insan menyembah berhala
tanpa ada sebarang pendedahan yang betul tetapi selepas menerima pengaruh Islam secara
meluas maka nilai-nilai kepercayaan serta adat yang bertentangan dengan agama mula
dihapuskan. Jadi, pengaruh luar sememangnya dapat membentuk seorang manusia menjadi
lebih matang dan rasional dalam kehidupannya.

Seterusnya, pengaruh Hindu, Islam dan Barat turut dapat dilihat dari aspek politik.
Apabila pengaruh Hindu mulai memasuki rantau ini, sistem pentadbiran dipengaruhi oleh
pengaruh Hindu dan ini telah diserap dan dilaksanakan oleh masyarakat Melayu. Ini kelihatan
apabila ketua negara yang memimpin kerajaan dinamakan "Raja" iaitu istilah yang dipinjam
daripada bahasa Sanskrit (). Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat Melayu
adalah sebagai pemimpin kerajaan yang dikenali sebagai Dewaraja. Di samping itu, raja juga
dikatakan berketurunan dewa-dewa dan berkuasa mutlak. Pemujaan Raja dalam masyarakat
Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu dalam
masyarakat Melayu bahkan perkataan Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh
Hindu yang tebal.

Pengaruh Barat pula kelihatan dalam sistem pemerintahan yang berorientasikan sistem
demokrasi. Sistem ini telah berjaya menghapuskan sistem feudal Melayu zaman itu yang
mengamalkan Pemerintahan Beraja. Terdapat beberapa jenis demokrasi yang diperkenalkan
oleh barat antaranya Demokrasi Berparlimen. Malaysia telah mengamalkan Demokrasi
Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan daripada British. Sistem demokrasi ini memberi
kebebasan kepada rakyat jelata untuk bersuara dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan
pemimpin mereka. Ini dapat ditunjukkan melalui Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU) yang
dilaksanakan setiap lima tahun sekali. Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di bawah
pentadbiran Raja Perlembagaan.

Melalui pemerhatian dan hetrogen kajian, saya mendapati bahawa terdapat pengaruh
Hindu dan Barat dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu. Salah satu pengaruh Hindu yang
masih kekal sehingga kini dalam kalangan masyarakat Melayu adalah adat berinai. Kamus
Dewan edisi keempat mendefinisikan berinai sebagai memerahkan kuku dan jari dengan
menggunakan inai. Inai merupakan sejenis tumbuhan yang daunnya mampu untuk menjadikan
kuku dan jari berwarna merah pekat. Adakalanya kita pernah berfikir bahawa adat berinai ataupun
lebih dikenali sebagai mehendi berasal dari negara India tetapi ini menjadi satu adat yang
menular hampir di seluruh negara terutamanya di negara kita Malaysia. Walaupun adat ini berasal
dari negara India, ianya tetap diteruskan walaupun selepas kedatangan agama Islam. Hal ini
berlaku kerana ianya tidak salah dari sisi agama Islam. Adat berinai merupakan pelengkap
kepada upacara perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu dan adat ini digelar berinai di
pelamin.

Wang hantaran juga merupakan salah satu adat dalam perkahwinan Melayu yang telah
diadaptasi melalui pengaruh Hindu. Wang hantaran merupakan satu aspek budaya masyarakat
Melayu yang telah diamalkan dalam majlis perkahwinan dan merupakan pemberian ikhlas pihak
lelaki kepada wanita yang ingin dikahwini. Dalam budaya masyarakat Melayu wang hantaran
diwakili oleh pihak lelaki. Manakala dalam masyarakat Hindu wang hantaran akan diwakili oleh
pihak perempuan. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah
hantaran pihak lelaki semasa adat bertunang. Hal ini kerana wang hantaran inilah yang menjadi
satu lambang nilai harga diri seseorang gadis itu. Jika pihak perempuan tidak dapat memberikan
sejumlah wang yang diminta ini akan mendatangkan aib ataupun malu kepada mereka. Tetapi
situasi ini berlainan bagi masyarakat Melayu kerana ianya berlaku bagi pihak lelaki. Walaupun,
adat yang sama diamalkan tetapi konsep dan cara pelaksanaanya berbeza mengikut budaya
yang diwarisi masing-masing.

Tambahan penggunaan tepak sireh dikatakan berasal daripada pengaruh Hindu yang
telah meresap masuk ke dalam adat perkahwinan Melayu. Bagi masyarakat India sireh bukan
hanya untuk dimakan malah turut digunakan untuk upacara sembahyang di kuil. Hal ini kerana,
beberapa daun sireh akan dihidangkan bersama-sama sebelah kelapa yang telah dibelah dua,
beserta dua biji pisang untuk menyembah tuhan. Kini, penggunaan sireh juga mengalami revolusi
di mana sireh digunakan untuk dimakan dan menjadi simbol adat resam serta adat istiadat
masyarakat Melayu dalam urusan perkahwinan (hantaran) dan perubatan tradisional.

Majlis perkahwinan adalah satu agenda yang amat dinanti-nantikan oleh bakal pengantin
baru. Hal ini kerana ia adalah satu memori teindah yang tidak dapat dilupakan walaupun ditelan
arus globalisasi bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ini adalah salah
satu sebab kenapa cara pemakaian menjadi aspek yang penting bagi sesuatu majlis
perkahwinan. Dahulu, pakaian adat perkahwinan orang Melayu merupakan pakaian
tradisional orang Melayu. Contohnya, baju songket yang ditenun dan baju kurung Kedah ataupun
Pahang. Namun, akibat daripada arus pemodenan dan pengaruh luar, pakaian pengantin
juga dipengaruhi dengan pengaruh barat. Dengan ini, bukan sahaja bidang pemodenan (fesyen)
meningkat dari segi pakaian tetapi ekonomi negara kita juga meningkat di persada dunia.
Walaupun pakaian pengantin ini mempunyai pengaruh ala barat tetapi pakaian pengantin tetap
pakaian yang tradisional pada mata semua orang.

Selain itu, pengaruh Islam pula dapat dilihat dalam pemberian mas kahwin. Masyarakat
Melayu mengikut adat perkahwinan Islam setelah penyebaran Islam ke Nusantara dibawa oleh
pedagang dari Arab dan Parsi. Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan) 1984 menyatakan mas kahwin adalah pembayaran perkahwinan yang wajib
dibayar di bawah Hukum Syara oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakad
nikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang. Ini
mencerminkan perasaan kasih sayang dan kesediaan suami untuk hidup bersama isterinya serta
sanggup berkorban demi keharmonian rumah tangga.

Pengaruh Hindu merupakan antara pengaruh yang diresap dengan meluas dalam
kebudayaan masyarakat Melayu. Ini ditonjolkan dalam adat membelah mulut bayi. Apabila
seseorang bayi dilahirkan, pelbagai adat dilaksanakan agar bayi tersebut membesar tanpa
penyakit serta kesusahan. Di sini pengaruh Hindu dapat dilihat dalam budaya masyarakat Melayu
ketika upacara mencecah garam ke dalam mulut bayi. Bagi masyarakat Hindu ianya bersamaan
dengan upacara mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi. Pada masa yang sama, dalam
budaya masyarakat Melayu surah al-fatihah dan surah al-Ikhlas dibacakan manakala mengikut
hindu pula adalah pembacaan mantra. Contohnya, gayatri mantra. Melalui pernyataan dapat
dirumuskan bahawa adatnya adalah sama mengikut pengaruh Hindu tetapi hanya caranya sahaja
berbeza dari segi budaya masyarakat Melayu.

Dalam kebudayaan masyarakat Melayu terdapat juga pengaruh Barat tetapi bukannya
dalam adat membelah mulut bayi malah dalam adat berpantang. Dalam kebudayaan Melayu
setelah ibu melahirkan anak si ibu akan berpantang selama 44 hari. Melalui penyelidikan, saya
mendapati bahawa orang Barat selepas melahirkan anak akan berpantang selama 40 hari.
Selama 40 hari tersebut, si ibu tidak akan membuat sebarang kerja rumah kerana akan
membebankan si ibu. Mereka dianggap tidak suci ataupun kotor dalam tempoh masa ini.
Apabila berakhirnya masa berpantang ini, si ibu bersama bayinya akan pergi ke gereja untuk
mendapatkan kerestuan daripada tuhan mereka. Jadi, dapat dinyatakan bahawa ianya hampir
sama dengan adat berpantang orang Melayu. Jadi, adat berpantang dalam kebudayaan Melayu
mempunyai pengaruh barat terutamanya istilah kotor. Dalam masyarakat Melayu juga si ibu
tidak digalakkan untuk menjalankan sebarang kerja rumah. Pada pemikiran saya, setiap wanita
yang melahirkan anak bagaikan mati hidup semula. Ini kerana proses melahirkan anak
diibaratkan seakan kelahiran kedua bagi setiap wanita. Oleh itu, si ibu perlu merehatkan dirinya.
Sesiapa sahaja yang datang ke Alam Melayu perlu belajar dan menguasai bahasa
Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran, perdagangan, malah dalam soal-soal
agama pun mesti dalam Bahasa Melayu, kata Dr. Awang lagi yang pernah menyandang
Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1999-2004 ). Melalui pernyataan ini
dapat disimpulkan bahawa bahasa Melayu digunakan secara menyeluruh oleh semua orang.
Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan bahasa Melayu menerima hetrogen perkataan bagi
memantapkan kedudukannya. Hal ini kerana penutur bahasa Melayu yang rela hati
mengujarkannya walaupun mempunyai pengaruh luar secara meluas.

Lantaran itu, bahasa Melayu telah memperkayakan lagi perbendaharaan kata dan
meluaskan kosa katanya melalui penerimaan pengaruh Hindu, Barat dan Islam. Bahasa sanskrit
telah mempengaruhi bahasa Melayu sejak pengaruh kebudayaan hindu sehingga zaman
kedatangan Islam pada abad ke-13 Masihi. Ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh yang
terdapat dalam buku teks Sejarah SJK tahun 5, muka surat 27, topik pengaruh bahasa lain dalam
bahasa Melayu. Contoh perkataan Melayu yang menerima pengaruh Hindu adalah seperti
surgam-syurga, naragam-neraka dan maaligai-mahligai. Manakala, perkataan melayu yang
menerima pengaruh barat adalah seperti stamp-setem, class-kelas dan taxi-teksi. Pengaruh
Islam juga dapat dilihat dalam perkataan Melayu seperti sujud, salam, jihad, akhbar, maklumat,
anasir, akhlak, dan maktab. Saya telah meringkaskan fakta ini melalui rajah berikut :

Pengaruh Bahasa Perkataan Bahasa Melayu Moden


Barat (Inggeris) Stamp Setem
Glass Gelas
Taxi Teksi

Islam (Arab) Halal Halal


Akhbar Berita ,surat khabar
Hindu (Sanskrit) (rajha) Raja
Negara
(nagara)
Dewa
(dewa)

Kesusasteraan adalah antara faktor pencetus perkembangan entiti sebuah negara ke


pelusuk dunia. Sama ada secara lisan mahupun secara bertulis, sastera Melayu terbukti menjadi
pemangkin dalam pembentukan keperibadian luhur dalam tamadun Melayu. Di samping bahasa,
pengaruh sastera Hindu juga banyak berkembang dalam kesusasteraan Melayu. Buktinya, kesan
penemuan batu bersurat di Palembang di mana isinya dinukil dalam bahasa Melayu Kuno. Karya-
karya yang mempunyai unsur Hindu juga dihasilkan semasa kerajaan Sriwijaya bertapak ke
Nusantara. Ini dapat ditunjukkan melalui bahasa sanskrit yang digunakan bagi mengarang karya.
Natijahnya, muncullah epik-epik yang menerima pengaruh Hindu serta dipenuhi dengan unsur
mitos seperti Ramayana, Mahabharata dan hikayat Pandawa, lima orang adik beradik dan
menjadi penyebab kelahiran pelbagai hikayat dalam sastera Melayu. Begitu juga pengaruh dalam
puisi melayu seperti mantra, seloka dan gurindam. Contohnya, dalam buku Sejarah Melayu, frasa
ratna mutu manikam mempamerkan perkataan Hindu yang diterjemahkan terus kepada bahasa
Melayu.

Melalui pengaruh Islam dan huruf arab dalam penulisan Melayu, bahasa Melayu yang
merupakan bahasa yang berasal dari keluarga Austronesia telah berkembang pesat dan menjadi
bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah yang dipinjam daripada perbendaharaan kata Arab
dan Parsi. Bahasa Melayu semakin pesat digunakan dalam kalangan masyarakat untuk
berinteraksi antara satu sama lain bagi semua urusan di dalam mahupun di luar. Ini dapat
dibuktikan dalam topik Sejarah Kesultanan Melayu Melaka, bagaimana sesuatu negeri dapat
berkembang pesat dalam tempoh yang paling cepat. Justeru, ini juga ditunjukkan dalam laman
web, http://rohaniramadzan3105.blogspot.my/2011/01/minggu-1-artikel-bahasa-melayu-dalam
html, artikel :Bahasa melayu di mana ia menerangkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa
lingua franca.

Di samping itu, jika kita meneliti buku-buku klasik seperti Sejarah Melayu versi Shellabear,
dapat kita lihat dengan jelas bahawa ianya mempunyai pengaruh Barat. Contoh salah satu
perkataan yang digunakan oleh Shellabear ialah engineer.

Tambahan, akibat daripada ledakan perkembangan munculnya tulisan yang terpengaruh


dengan Islam iaitu tulisan Jawi. Kegunaannya dapat dibuktikan dengan istana yang dijadikan
sebagai sebuah pusat perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik setelah menerima pengaruh
Islam bagi menggantikan Buddha. Melalui ini, banyak karya yang berunsur Islam telah dihasilkan
ataupun dinukilkan oleh penulis yang mahir dalam penulisan di istana. Contohnya, hikayat
Abdullah dan hikayat Hang Tuah. Pengaruh Islam juga ditonjolkan melalui tulisan khat yang lebih
dikenali sebagai kaligrafi setelah penerimaan tulisan Arab. Melalui pengembangan agama dan
persuratan, seni khat (kaligrafi) turut sama terpengaruh dengan Islam. Melalui pelbagai kajian
yang telah cari, saya mendapat maklumat bahawa seni khat yang tertua ditemui pada batu
bersurat ditemui di tebing Sungai Tersat, Kuala Berang itu bertarikh 1303 masihi, dan dipercayai
contoh awal penggunaan seni khat dalam Bahasa Melayu. Seni khat ini sebenarnya mempuyai
ajaran dan hukum Islam di mana ditulis dengan ayat-ayat al-Quran dengan disepadukan dengan
motif tumbuh-tumbuhan. Maka, jelasnya bahawa kesenian Islam tidak hanya mengandungi nilai
estetika tetapi turut mempunyai isi-isi tersirat yang dapat meningkatkan keintelektualan.

Aspek yang lain adalah kesenian. Pengaruh hindu dapat dilihat dalam seni teater
masyarakat Melayu terutamanya dalam persembahan wayang kulit. Pada masa yang sama,
wayang kulit turut mempunyai pengaruh Islam. Ketika menyulusuri serba sedikit info wayang kulit
saya mendapati bahawa cerita yang dipersembahkan dalam wayang kulit adalah cerita yang
mengandungi unsur Hindu seperti epik ramayana. Salah satu nama watak yang dimainkan adalah
Sri Rama dan Hanuman. Kesenian wayang kulit sememangnya antara kebudayaan Melayu yang
semakin terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu bahkan menjadi salah satu kesenian
Melayu yang terkenal di persada antarabangsa.

Contoh yang paling menonjol sekali ialah amalan para wali di Jawa, Indonesia. Sebelum
Islam, seni ini didominasi oleh pengaruh Hindu yang sebelum itu menyerap pengaruh animisme,
kisah-kisah Ramayana dan Mahabharatta. Pengembang-pengembang Islam telah menggunakan
strategi ini untuk tujuan dakwah. Walaupun wayang kulit ini menerapkan nilai dari segi pengaruh
Hindu tetapi pada masa yang sama memancarkan isi penting daripada ajaran Islam bagi orang-
orang yang dapat memahaminya. Contohnya, Lakon Jimat Kalimasada yang mengisahkan
tentang kekeramatan kalimah syahadat, azimat yang dimiliki oleh keluarga yang baik-baik seperti
Pandawa. Pandawa Lima ditafsirkan sebagai Rukun Islam yang lima. Ada juga ditafsirkan
sebagai sembahyang lima waktu. Pandawa di sini sebenarnya adalah watak dari cerita Hindu
Ramayana. Maka boleh disimpulkan bahawa wayang kulit adalah satu kesenian Melayuu yang
mempunyai pengaruh Hindu dan pengaruh Islam.

Melalui laman web http://abangasyraff.blogspot.my/2011/12/sejarah-seni-teater-melayu.


html, saya mendapati bahawa seni teater ini mengalami empat generasi. Generasi pertama
dalam teater Melayu adalah bangsawan, seterusnya diikuti oleh sandiwara, kemudiannya
realisme dan akhir sekali adalah teater Melayu kontemporari. Di sini teater bangsawan
berkembang dan bertembung dengan pengaruh drama Barat, terutamanya cerita-cerita yang
dikarang oleh Shakespeare yang kemudiannya diterap dalam drama bangsawan menjadikan
drama bangsawan menjadi lebih menarik. Hal ini telah menyebabkan munculnya istilah opera
dalam seni teater Melayu. Jadi, dapat kita tahu bahawa seni teater Melayu juga menerima
penngaruh Barat. Natijahnya, teater disukai kerana moden serta mempunyai peluang keemasan
di peringkat antarabangsa kerana status bahasa Inggeris yang tinggi bersma-sama bahasa
Melayu. Bangsawan juga mula menggunakan alat muzik moden seperti piano, biola dan alat-alat
muzik lain sebagai muzik iringan yang mengiringi lagu yang dinyanyikan oleh pelakon dalam
sesuatu pementasan menggantikan alat muzik tradisional Melayu seperti gambus dan kompang.

Seni bina pula boleh dilihat dari segi bangunan-bangunan yang dibina dengan reka
bentuk yang dianggap moden serta diminati oleh orang ramai. Contohnya, Menara Berkembar
Petronas yang dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh pengaruh barat.

Masjid, surau dan rumah orang Melayu jelas mempamerkan seni bina yang menerima
pengaruh Islam. Reka bentuk bumbung biasanya direka dalam bentuk limasan, yang mana
cerminnya bertingkap tiga, atau lima, lebar di bahagian bawah dan menirus ke atas. Contohnya,
Masjid Agong Damak di Jawa dan juga Masjid Kampung Laut Kelantan (rujukan:buku teks
Sejarah tahun 5) . Bahan binaan pada binaan tersebut adalah dari kayu tetapi kini dikemas kini
dengan simen dan batu-bata, namun unsur-unsur kesenian Islam tetap terpelihara.

Pengaruh Hindu pula terdapat dalam ukiran seni bina masyarakat Melayu. Motif-motif
yang melambangkan haiwan seperti gajah, ular dan sebagainya terdapat dalam seni ukiran yang
menghiasi rumah dan barang-barang perhiasan.

Sebagai penutup bicara, perubahan yang berlaku dalam kebudayaan Melayu banyak
dipengaruhi oleh pengaruh luar. Sudah terang lagikan menyuluh, melalui pengaruh Hindu,Islam
dan Barat dalam pemerintahan, bahasa, kepercayaan, kesenian, kesusasteraan dan adat
istiadat yang merangkumi aspek kebudayaan masyarakat Melayu dapat menjadikan identiti
masyarakat Melayu terkenal. Akhir kalam, beginilah kebudayaan masyarakat Melayu dapat
berdiri megah membentuk ketamadunan yang unggul di seantero dunia bak kata pepatah duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi.

Anda mungkin juga menyukai