Anda di halaman 1dari 3

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

asas-asas sosiologi
pendidikan dan
pembelajaran

SOSIOLOGI DAN
PEMBELAJARAN

konflik dalam fungsi-fungsi


pembelajaran pembelajaran

PENGENALAN

Sosiologi ialah disiplin sains masyarakat manusia. Sosiologi ialah satu kajian yang sistematik terhadap
pengaruh hubungan sosial ke atas tingkah laku dan sikap manusia serta bagaimana sesuatu
masyarakat itu mengalami perubahan.untuk memahami kehidupan di dunia. Sosiologi, seperti juga
psikologi, biologi, antropologi, astronomi, matematik dan ilmu kemanusiaan, memberi satu
gambaran yang jelas tentang apa yang kita lakukan. Oleh itu, sosiologi mengkaji interaksi, stratifikasi
sosial ( peranan, pangkat dan kelas) dan sosialisasi masyarakat.

ASAS-ASAS SOSIOLOGI PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN

MASALAH
MASYARAKAT ORGANISASI INSTITUSI INTERAKSI
SOSIAL

Sosiologi adalah satu perspektif akademik yang mengkaji masyarakat mengenai sosial, institusi, dan
masalah sosial. Ahli sosiologi selalunya berbeza pendapat tentang aras yang lebih penting tetapi
fokus utama sosiologi ialah manusia dalam masyarakat dan tindakan serta masalah yang
dihadapinya. Sosiologi adalah untuk menilai manusia secara teliti dan kritikal. Penilaian secara teliti
dan kritikal penting supaya ada bukti yang kukuh untuk menjelaskan setiap tindakan manusia.

Kajian Sosiologi

idea
manusia

SOSIOLOGI
undang- MENGKAJI nilai
undang MANUSIA
manusia
manusia SECARA TELITI
DAN KRITIKAL

kebenaran
manusia
3 Aliran Pemikiran

FUNGSIONAL RADIKAL KONFLIK

Emilie Durkheim Karl Marx Karl Marx & Max Weber

Konflik berlaku kerana kuasa,


Bagaimana masyarakat tiada persamaan antara ras,
Bagaimana masyarakat bertindakbalas terhadap etnik dan kelas. Perubahan
mneruskan kehidupan konflik, kuasa, kelas, status yang dibawa oleh individu dan
dan tidak persamaan modenisasi dalam masyarakat

Dari 3 corak pemikiran ini, muncul sosiologi mikro dengan aliran pemikiran iaitu interaksi simbolik,
etnometodologi, dramalurgikal, fenomenologi dan teori pertukaran. Setiap aliran pemikiran adalah
penting dalam mengkaji tentang masyarakat dan saling mempengaruhi dalam menyelesaikan isu-isu
berkaitan tindakan manusia dalam masyarakat.

FUNGSI-FUNGSI DALAM PEMBELAJARAN

4 fungsi nyata bagi pendidikan dalam masyarakat:

1. pendidikan haruslah mengambil kira nilai dan standard masyarakat, iaitu pendidikan yang
dibentuk bagi melengkapkan kanak-kanak dengan kepercayaan, gaya pemikiran dan
tindakan yang dianggap diperlukan dan dikehendaki oleh masyarakat.
2. pendidikan harus mengekalkan perpaduan dengan cara melengkapkan kanak-kanak dengan
perasaan kepunyaan masyarakat bersama-sama dengan komitmen pada cara hidupnya
seperti yang difahami oleh mereka.
3. pendidikan haruslah menyampaikan pengetahuan yang terdiri daripada warisan sosial.
4. pendidikan juga diharapkan bagi memperkembangkan pengetahuan baru. Empat fungsi yang
dinyatakan ini membolehkan pendidikan menjadi agen perubahan sosial bagi sesuatu
masyarakat
SOSIALISASI
Individu belajar tentang nilai, budaya dan peranan dalam masyarakat. Kanak-
kanak belajar sebagai seorang yang produktif.

TRANMISI BUDAYA
Individu belajar tentang nilai, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kanak-kanak
memilih kerjaya dalam bidang yang diminati ( kolar putih atau kolar biru)

KAWALAN SOSIAL DAN


INDIVIDU
Perkembangan individu dikehendaki bertindak menikut undang-undang yang
ditetapkan oleh sekolah, tempat kerja dan lain-lain.

PILIHAN LATIHAN DAN


PENEMPATAN INDIVIDU
Persaingan berlaku dalam pemilihan kerja dalam kalangan individu. Individu dalam
DALAM MASYARAKAT kelas atasan lebih berpeluang daripada individu kelas bawahan.

PERUBAHAN DAN
INOVASI
Berlaku dalam proses Pendidikan mengikut keperluan.
KONFLIK DALAM PEMBELAJARAN

AKADEMIK

AKADEMIK
AGAMA DAN
AGAMA

Dalam sesuatu masyarakat terdapat pelbagai status yang berkonflik. Dalam masyarakat Malaysia,
status budaya orang Melayu merupakan budaya yang dominan. Orang Melayu di Malaysia adalah
beragama Islam, oleh itu ciri-ciri Islam diaplikasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam
sistem pendidikan Malaysia, terdapat sekolah agama dan sekular. Stratifikasi pendidikan Malaysia
memberi kebebasan untuk ibu bapa memilih bidang yang diminati oleh kanak-kanak mereka.

Terdapat konflik ibu bapa dan anak-anak:

- sekolah mana yang lebih baik.


- sistem pendidikan di Malaysia yang bermasyarakat majmuk
- konflik berlaku dalam penerapan budaya dominan (budaya Melayu, Cina , India, Iban, Kadazan,
Dayak dan lain-lain)
- satu kebudayaan di bentuk supaya konflik dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu
padu.
- konflik sentiasa berlaku dalam aspek jenis sekolah yang perlu seorang individu belajar
- peranan guru di sekolah dan terhadap masyarakat
- kurikulum yang sesuai
- kokurikulum yang perlu diceburi oleh seorang individu dan bidang kerjaya yang sesuai untuk
individu.

Oleh yang demikian, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam meletakkan seseorang
individu dalam status serta masyarakat dan ini amat ketara di Malaysia.

RUMUSAN

Melihat pada proses masyarakat Malaysia, pendidikan masih boleh dilihat sebagai faktor paling
berkesan dalam perubahan sosial dan pendidikan memainkan peranan agen perubahan struktur
dalam masyarakat.

Rujukan:

Perspektif Sosiologi dalam Fungsi Sosial Pendidikan di Malaysia, Najeemah Mohd Yusof (DP. Jilid 10,
Bil. 1/2010)

Anda mungkin juga menyukai