Anda di halaman 1dari 6

Laporan Program Orientasi Sekolah

1.0 Pengenalan

Pada tarikh 13 mei 2016, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan dari Universiti
Pendidikan Sultan Idris telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sekolah Seni
Kuala Lumour (SSeMKL) yang bertempat di SMK Shah Alam, Persiaran Anjung Seri,.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memenuhi syarat kelulusan bagi subjek
Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 dan 2 dengan kod khusus KPD3016
danKPD3026. Lawatan ini juga bertujuan untuk menbantu kami untuk mempersiapkan
diri kami sebelum ke praktikum. Seramai 51 orang pelajar telah menyertai lawatan
tersebut termasuklah dengan dua pensyarah pengiring. Pada hari tersebut, pelajar
dikehendaki berkumpul di hadapan foyer yang berhampiran dengan tempat letak kereta
dekan fakulti muzik dan seni persembahan pada jam 8.30 pagi. Setelah semua pelajar
telah berkumpul di tempat yang ditetapkan, pelajar akan beratur dan masuk ke dalam
bas untuk bertolak.
Perjalanan ke SSeMKL mengambil masa selama satu jam 30 minit minit untuk
sampai ke sana. Apabila kami sampai ke sekolah tersebut pada jam 10.00 pagi
suasananya seperti meriah dan amat menarik. Kami juga mendapati bahawa SSeMKL
namun demikian sekolah ini hanya menumpang sementaara di SMK Shah Alam.
Sekolah ini amat besar dan cantik. Bangunan sekolah dipenuhi dengan maklumat-
maklumat yang cukup bermaanfaat.
Setelah kami sampai ke sekolah tersebut, kami di jemput oleh oleh En. Han
Shin Wern iaitu guru muzik SSeMKL Seterusnya, En Han membawa kami ke satu
tempat yang dikhaskan untuk kelas muzik dan pada masa itulah, kami berjumpa dengan
pelajar SsemKL En Han Shin Wern mengumpulkan kami ke dalam bilik tersebut dan
memnceritakan mengenai Sekolah seni Malaysia Kuala Lumpur.
Seterusnya, kami menjalankan sesi soal jawab mengenai SSeMKL dan kami
telah dipersembahkan dengan beberapa persembahan dari pelajar muzik. Antaranya
adalah vokal dan Band, ukelele ensembel, dan koir sebelum kami bertolak kembali ke
Universiti pada jam 12.00 tengah hari

1
2.0 Latar Belakang Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur

Latar belakang sekolah seni adalah bertujuan untuk mewujudkan masyarakat dan
negara yang bertaraf tinggi yang telah diiktiraf oleh negara. Tambahan lagi, seni merupakan
satu manifestasi tamadun yang membentuk kehidupan sesebuah negara. Oleh itu, Teater, Seni
tari, Muzik, seni Halus dan sinematografi yang menjadi asas yang telah diamalkan sebagai
pelengkap kehidupan yang berkualiti. Sesebuah negara yang maju menegaskan kepentingan
seni dan galakan seni, kepada golongan belia secara formal ataupun tidak formal.

Kementerian pendidikan Malaysia (KPM) telah memberikan tenaga dan membuat


perancangan dengan dasar pendidikan kebangsaan dan dasar kebudayan untuk memperkaya
kebudayaan, kesenian danwarian untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang lengkap,
unggul dan prihatin terhadap seni. Oleh itu, sekolah seni di malaysia telah diwujudkan untuk
menjadikan rakyat malaysia yang prihatin terhadap seni. Terdapat pelbagai bimbingan, asuhan
dan latihan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah untuk menwujudkan kemahiran seni dalam
diri pelajar.

KPM telah melaksanakan beberapa aktiviti kesenian iaitu, kesenian dalam oengajaran
pembelajaran, kesenian dalam kokurikulum, latihan guru pendidikan, latihan jurulatih
eksekutif sekolah, progran apresiasi seni dan program pengantarabangsaan kesenian.

Sekolah seni malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan peluang dan ruang kepada para
belia di Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan membolehkan mereka membentuk
kerjaya mereka sendiri dalam bidag seni seperti muzik, tari , teater dan seni visual.

3.0 definisi Sekolah Seni

Sekolah seni adalah sebuah institusi pendidkan formal yang menyediakan kemudahan
untuk mencungkil potensi dan bakat dalam diri pelajar untuk menceburi bidang keseniang dan
kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

2
4.0 falsafah sekolah seni Malaysia.

Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui
pendidkan kesnian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi
melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeribadian mudia dalam
mengamalakanbudaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.

5.0 Visi Dan Misi Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur

Visi

Menjadi pusat kecermerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan
budayawan bertaraf dunia.

Misi

1. memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian dalam kalangan pelajar

2. menggalakkan penglitan aktif murid dalam aktiviti kesenian.

3. mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.

6.0 Objektif Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur

Objektif SSeMKL adalah:-

1. melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.

2. melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian

3. menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di pringkat


antarabangsa

4. melahirkan pengguat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.

5. melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.

3
7.0 pengambilan Sekolah Seni Malayisa Kuala Lumpur.

Oleh kerana sekolah SSeMKL adalah sekolah seni yang masih baru lagi. Penngambilan
pelajar ke SSeMKL adalah terbuka kepada muzik sahaja. Kerana SSemKL hanya menumpang
sementara di sekolah SMK Shah Alam, dan ia tidak mempunyai pelbagai kemudahan untuk
memampung pelajar yang banyak. Namun demikian, aktiviti kesenian lain seperti tari, seni
visual turut dijalakan kepada semua pelajar yang memasuki sekolah seni malaysia kuala
lumpur.

Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur adalah Sekolah seni yang ke tiga yang telah
ditubuhkan di malaysia. Walaupun sekolah ini masih menumpang di SMK Shah Alam. Pada
tahun hadapan ia akan dijangkaan untuk berpindah ke sekolah mereka kerana sekolah mereka
masih dalam proses pembinaan.

8.0 pelaksanan pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur mempunyai pelaksaan pengajaran dan


pembelajaran (PdP) mereka tersendiri iaitu, persekolahan mereka bermula pada sesi pagi untuk
sesi akademik yang seperyi sekolah menegah biasa. Tetapi pada jam 1.00 petang hingga 3.00
petang adalah pelaksanaan untuk aktiviti kesenian. Untuk mata pelajaran muzik dijalankan dari
hari isnin sehingga hari rabu. Berlangsung selama 2 jam iaitu sejam untuk teori dan sejam lagi
untuk latihan amali.

Oleh itu, PdP seni adalah berbeza dengan PdP akademik yang ditentukan oleh KPM
agar tidak terganggu dengan sesi pembelajaran akademik seperti bahasa Malaysia, Matematik
dan sebagainya. Selain daripada itu, pelaksanaan PdP muzik dan seni pada waktu petang
adalah bertujuan untuk mencapai objektif dan falsafah sekolah seni malaysia.

9.0 Pelaksanaan kurikulum

Dalam pelaksanaan kurikulum disekolah merupakan peningkatan pendidikan melalui


penerapan pola pelaksanaan kurikulum yang nasional mengikut falsafah pendidikan
kebangsan dan falsafah sekolah seni malaysia. Pelaksaan kurikulum mengandungi kegiatan
PdP, proses pembelajaran serta penilaian. Dalam penilaian, 40 markah untuk amali akan

4
diniali dalam subjek muzik manakala teori akan dinilai sebayak 60 markah. Standard
permarkahan ini adala mengikut standard kurikulum sekolah.

10.0 Refleksi Secara Kritikal

Dalam program orientasi sekolah ini, kami telah mengadakan sesi soal jawab bersama
dengan ketua panitia muzik iaitu, En Han Shin Wern. Sesi soal jawab ini sangat membantu
kami untuk dalam mengenali dengan lebih dalam lagi mengenai pendidikan muzik di Sekolah
Seni Malaysia, Kuala Lumpur.

Menurut cikgu Han Shin Wern segala pembelajaran dan pengajaran di sekolah adalah
standard falsafah pendidikan di Malaysia dan standard falsafah sekolah seni Malaysia. Soalan
peperiksaan dibuat mengikut standard namun demikian ia juga bergantung apa yang cikgu
Han ajar semasa kelas. Untuk membuat penilaian markah minimum yang perlu murid capai
adalah 40 markah. Kebiasaannya penilaian ini merangkumi 40 markah amali dan 60 markah
teori muzik. Oleh itu, murid terpaksa untuk belajar dengan lebih gigih untuk mencapai markah
memuaskan bagi mereka.

5
6