Anda di halaman 1dari 4

TOPIK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

ILMU MENGURUS BILIK KEMAHIRAN MENGURUS STRATEGI MENGURUS BILIK


DARJAH BILIK DARJAH DARJAH

PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah adalah proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah,
galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran
yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.

bilik darjah
tradisi

JENIS bilik darjah


bilik darjah
terbuka BILIK KBSR dan
KBSM
DARJAH
bilik darjah
mata
pelajaran
khas
(KBSM)

ILMU MENGURUS BILIK DARJAH

Pengurusan yang berkesan bergantung kepada nilai dan sistem kepercayaan guru, pengetahuan dan
kemahiran guru, kreativiti guru, gaya kepimpinan guru dan komunikasi guru. Sebagai contoh jika
guru itu seorang pengurus bilik darjah yang cemerlang, dia mampu menggunakan pengetahuan dan
kemahiran yang luas untuk menjadi lebih kreatif seperti mengajar menggunakan video, filem, lukisan
dan pelbagai cara yang boleh menarik minat pelajar.

Adab guru murid

Membimbing dengan penuh kasih sayang.


Menyampaikan pelajaran dengan penuh hikmah.
Menjadi contoh yang baik.
Menggunakan bahasa yang baik.
Menerima murid sedia ada.
Menerima pandangan murid dengan terbuka.
Mendoakan kesejahteraan murid.
Adab murid guru

Memuliakan dan menghormati guru.


Merendah diri terhadap guru.
Mentaati arahan guru.
Menggunakan bahasa yang baik.
Mendoakan kesejahteraan guru.

KEMAHIRAN MENGURUSKAN BILIK DARJAH

Memotivasikan Murid

guru berperanan penting dalam membentuk sikap yang diharapkan


penerapan nilai- nilai murni dalam diri murid- murid merupakan salah satu tugas dan
peranan guru
guru juga bertanggungjawab dalam mewujudkan persekitaran yang positif (keadaan bilik
darjah yang melibatkan interaksi antara guru dan murid, dan juga murid dengan murid yang
lain secara positif)
guru berperanan dalam melibatkan murid secara aktif di dalam kelas.
murid-murid haruslah diberikan pendedahan dan didedahkan dengan kepelbagaian teknik
belajar (dapat menarik minat murid-murid untuk menguasai pelajaran dengan lebih baik dan
sempurna)

Mengawal Rutin Bilik Darjah

memastikan keadaan bilik darjah dalam keadaan yang kemas dan kondusif bagi proses
pembelajaran dan pengajaran
jadual bertugas perlu ada dalam setiap kelas untuk memastikan setiap murid mempunyai
tanggungjawab untuk memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih
peraturan bilik darjah juga perlu diletakkan di notis kenyataan bilik darjah supaya setiap
murid dapat mematuhi peraturan di dalam bilik darjah
peraturan dalam bilik darjah ini haruslah mendapat persetujuan di antara murid dan guru
(hal ini adalah untuk mengelakkan rasa tidakpuas hati yang mungkin wujud di kemudian
hari)
guru juga bertanggungjawab dalam menguruskan keadaan fizikal bilik darjah meliputi
susunan meja murid-murid, susunan meja guru, dan juga lain-lain peralatan yang wujud di
dalam bilik darjah.
keadaan fizikal bilik darjah yang kondusif
Memastikan Murid mengikuti Peraturan Bilik Darjah

harus mengkaji faktor yang menyebabkan sesuatu masalah itu wujud di dalam bilik darjah
(contoh, murid yang suka ponteng kelas)
guru haruslah mengkaji dan melakukan soal selidik terhadap murid tersebut dan juga rakan-
rakannya mengenai latar belakang keluarga dan juga persekitaran yang menyebabkan murid
tersebut bersikap sedemikian
guru haruslah menggariskan cara-cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah murid
tersebut
tindakan akan diambil terhadap kesalahan yang
menjadi tugas guru untuk mengenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang
telah dilakukan oleh murid tersebut
murid ini juga harus diberikan sesi kaunseling agar murid ini dapat memotivasikan dirinya
sekaligus mewujudkan disiplin kendiri dalam diri murid ini

STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH

Pengurusan fizikal

Susunan peralatan bilik darjah serta bahan pembelajaran perlulah kreatif, ceria dan pelbagai.
Konsep bilik darjah akan berubah-ubah mengikut perkembangan pendidikan. Pelajar mudah
berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan dengan keadaan bilik darjah yang sesuai dan kondusif.

Pengurusan P&P

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah tugas yang sama penting
dengan yang lain kerana pembaziran waktu akan merugikan. Mempunyai objektif yang jelas,
mengetahui apa yang hendak dilakukan, mengetahui apa yang akan dilakukan oleh pelajar,
mempunyai bahan yang diperlukan dan mengetahui berapa lama masa sesuatu bahagian
pelajaran itu. Kemahiran interpersonal dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam
mengawal pelajar adalah antara kemahiran yang boleh dipraktikkan.
Pengurusan tingkah laku
- Hubungan yang tulen antara guru dengan muridnya.
- Menjadi guru yang bermakna kepada semua pelajar
- Nilai dan kepercayaan guru terhadap pelajar yang lemah, pelajar yang bermasalah, pelajar
yang cemerlang, perbezaan individu, potensi individu, tugas dan tanggungjawab guru

Pendekatan menguruskan bilik darjah:

1. Pendekatan Intimidation (mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan


perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang
mempersenda dan memperkecil diri pelajar serta paksaan)
2. Pendekatan Autoritarian (guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan
dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan
dan penyeliaan dijalankan secara berterusan)
3. Pendekatan Cookbook Management (guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh
dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang
tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disedia berasaskan aspek-aspek yang
diperoleh daripada pelbagai sumber)
4. Pendekatan Sosioemosi (suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui
pembentukan hubungan antara perseorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap
empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang
berkesan)
5. Pendekatan Permisif (Kebebasan) Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar
dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan
peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas
pembelajaran masing-masing.
6. Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku (kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan
tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan
juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini.
Guru memainkan peranan untuk menjadi model kepada tingkah laku yang diingini)

RUMUSAN

Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan
oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-
jadi sejak akhir-akhir ini.

Rujukan:

https://www.scribd.com/doc/73018025/20110329140306PENGURUSAN-BILIK-DARJAH

Anda mungkin juga menyukai