Anda di halaman 1dari 7

Ruj.

Kami : PPTBS/F1Z1/0515 - 004


Tarikh : 5hb Mei 2015

DATO' HJ MAT NOH BIN AHMAD,


Majlis Bandaraya Alor Setar,
Jalan Kolam Air,
05675 Alor Setar,
KEDAH DARUL AMAN.

Yg Bhg Dato

TUNTUTAN DIKECAI MENJADI HARAPAN.


Dengan keberkatan dari Allah s.w.t. yang maha pengasih lagi penyayang, perihal
surat ini serta dengan segala hormatnya saya sebagai wakil kepada penduduk di
Taman Bandar Sejahtera Fasa 1 Zon 1 Pokok Sena, ingin menarik perhatian pihak
Yg Bhg Dato berkenaan dengan perkara seperti di atas.

Ke Arah Peningkatan Kualiti Tertinggi

2. Seperti yang pihak Dato sedia maklum, Bandar Sejahtera Pokok Sena
merupakan salah satu projek pemajuan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
melalui sebuah anak syarikat yang dimiliki penuh perbadanan iaitu Syarikat Seri
Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd yang mula dimajukan pada tahun
2011 serta mengalami kelewatan Milikan Kosong melebihi satu (1) tahun dan
berjaya disempurnakan pada Disember 2014. Namun, disebalik kejayaan pemaju
STDC menyerahkan kunci kepada pembeli, terdapat beberapa masalah teknikal
yang kritikal yang mendatangkan kemudaratan serta sifat keraguan pembeli
terhadap tahap keselamatan rumah tersebut.

3. Dengan mengambilkira tempoh kelewatan penyerahan kunci yang


melebihi satu (1) tahun serta keadaan semasa kebanyakkan rumah yang masih
dibaiki, kami yakin bahawa pemaju dan perunding yang terlibat tidak melakukan
pemeriksaan atau pengujian secara menyeluruh. Sukacita saya maklumkan
keraguan kami ini adalah mengenai Etika Badan Profesional serta tatacara Sijil
Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) dilakukan dan sepanjang pengamatan
kami terhadap perkara seperti yang disenaraikan di bawah bagi menarik
perhatian pihak Yg Bhg Dato.

Ruj. Kami : PPTBS/F1Z1/0515 - 004


a) Kecuaian kerja yang tidak boleh dijelaskan secara teknikal mahupun akal
yang logik adalah sistem perpaipan air berkongsi dengan sistem
pendawaian elektrik yang menghasilkan keanehan pancutan air dari
soket/plug 3 pin dan juga pendawaian lampu.

b) Klausa Tersedia Untuk Penyambungan diingkar dimana kebanyakkan


rumah mengalami kebocoran air dari siling serta dinding apabila bekalan
air disalurkan oleh pihak SADA yang membawa maksud pemasangan paip
tersebut tidak dilakukan proses Pengujian Dan Pentauliahan.

c) Kegagalan seperti perkara b, sebanyak 22% dari 128 buah rumah


mengalami ketirisan/penyerapan air pada lantai tandas tingkat atas dan
kesannya boleh dilihat dari tingkat bawah dan juga tempat-tempat lain
(rujuk lampiran Kecuaian Kerja).

d) Keretakkan di dinding sepanjang tempat pertemuan dinding dengan tiang


konkrit dan tetulang konkrit walaupun tiada bebanan di dalam rumah serta
gegaran yang terhasil dari pergerakan kenderaan.

e) Ruang tempat letak kereta yang pendek dan tidak muat untuk kereta
keluarga bagi setiap unit rumah yang terletak di hujang jalan iaitu sebanyak
18 buah rumah kerana terpaksa dikecilkan atas alasan mematuhi Cal De
Sac yakni salah satu syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
yakni MBAS. Masalah ini amat mengecewakan pembeli dimana antara
daya tarikan pembeli semasa mengunjungi rumah contoh adalah kawasan
letak kereta yang luas.

Yg Bhg Dato,

4. Malaysia merupakan sebuah negara Demokrasi Berpelembagaan


dipaksikan Rukun Negara yang salah satunya adalah Kedaulatan Undang-
undang dan antara yang terkandung di dalam Akta 172 adalah seperti berikut;

tiada seorang pun boleh mengunakan atau membenarkan digunakan


sesuatu tanah atau bangunan atau memulakan, mengusahakan atau
menjalankan apa-apa pembangunan melainkan ,menurut pelan
pembangunan atau sesuatu perancangan

Akta Undang-undang Kecil 25 UKBS 1984 (Pindaan) 2007 menyatakan ;


Borang F, Perakuan Siap Dan Pematuhan boleh dikeluarkan oleh PSP
setelah ;
i. Segala syarat-syarat yang dikenakan oleh PBT dipatuhi.

ii. Borang-borang G1 hingga G21 berkenaan perakuan berperingkat


sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua telah diperakui.

Ruj. Kami : PPTBS/F1Z1/0515 004

2
iii. Semua perkhidmatan termasuk jalan akses, tempat letak kereta, parit,
pemasangan alat sanitari, air dan elektrik, pili bomba, pembentungan
dan pembuangan sampah.

iv. Memperakui Borang F bahawa beliau telah mengawasi pembinaan


dan penyiapan bangunan tersebut yang telah dibina mengikut akta
undang-undang kecil dan pelan yang telah diluluskan.

Perjanjian Jual Beli, Fasal 23 menerangkan tatacara penyerahan Milikan Kosong


iaitu ;
(1) Apabila suatu Perakuan dikeluarkan oleh arkitek Penjual yang
memperakui bahawa pembinaan Bangunan tersebut telah siap dengan
sewajarnya dan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan ke
Bangunan tersebut dan Penjual telah memohon untuk dikeluarkan Perakuan
Layak Menduduki daripada Pihak Berkuasa Yang Berkenaan dengan
mematuhi peruntukan-peruntukan yang relevan dibawah Undang-Undang
Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Pembeli telah membayar segala
wang yang kena dibayar di bawah subfasal 4(1) mengikut Jadual Ketiga
dan segala wang lain yang kena dibayar di bawah Perjanjian ini dan
Pembeli telah melaksanakan dan mematuhi segala terma dan waad di
pihaknya di bawah Perjanjian ini maka Penjual hendaklah membenarkan
Pembeli mengambil pemilikan Harta tersebut.

5. Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang merupakan Pihak Berkuasa


Tempatan berlandaskan Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Akta 172) adalah
pihak yang terlibat didalam pembangunan ini dari Kelulusan Merancang
sehinggalah disempurnakan sepenuhnya dengan keluarnya Sijil Perakuan Siap
Dan Pematuhan seterusnya tempoh kecacatan. Sehubungan itu, pindaan
terhadap Akta 133 di bawah Akta A1286 membenarkan pihak Yg Bhg Dato
menggunakan kuasa yang ada melaksanakan tanggungjawab terhadap
pemasalahan kami ini dengan memberi perhatian yang ikhlas seterusnya
tindakan keadilan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia .

6. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan terhadap perkara ini kami
dahulukan dengan sejuta penghargaan dan semoga setiap jasa baik akan
mendapat setinggi-tinggi ganjaran dari Allah SWT. Disudahi dengan memetik
penuh iktibar sepotong firman Allah Subhanahu WaTaaladari;

Surah An Nisaa ,Ayat 58.Mafhumnya:


Sesungguhnya Allah Menyuruh Kamu Menyampaikan Amanat Kepada Yang
Berhak Menerimanya, Dan (Menyuruh Kamu) Apabila Menetapkan Hukum Di
Antara Manusia Supaya Kamu Menetapkan Dengan Adil. Sesungguhnya Allah
Memberi Pengajaran Yang Sebaik-Baiknya Kepadamu. Sesungguhnya Allah
Adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.

3
Ruj. Kami : PPTBS/F1Z1/0515 - 004

Buah manggis pokoknya rendang,


Panjat mari pakai tangga,
Mulut manis hati bimbang,
Takut tak sampai bagai diduga.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

--------------------------------------------
MOHAMAD SALEHUDDIN BIN ABD RAHMAN
Pengerusi,
Persatuan Penduduk Taman Bandar Sejahtera Fasa 1 Zon1,

SALINAN KEPADA:

Y.BHG. DATO' HJ ABD. RAHIM BIN MAN


PENGURUS BESAR (OPERASI)
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH,
Tingkat 14, Wisma PKNK,
Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar,
KEDAH DARUL AMAN.
(Mel ; abdrahim@pknk.gov.my/aduan@pknk.gov.my)

ZAIRUL FAZIR BIN ZAKARIA


SERI TEMIN DEVELOPMENT CORPORATION (M) SDN BHD,
No. 2155A,
Jalan Sultan Abdul Halim,
05400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(Mel ; seri_temin@hotmail.com)

RUSHDANMDSALLEH ARCHITECT
107, Tingkat Satu,
Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Halim,
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05150 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(Mel ; rms.architects@gmail.com)

4
Ruj. Kami : PPTBS/F1Z1/0515 004

NIZAM HASWIRA & PARTNERS,


PEGUAMBELA & PEGUAMCARA,
No. 8 Tingkat 2,
Kompleks Seri Temin,
Jalan Ibrahim,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
(Mel ; nhpspfirm@yahoo.com)

YBHG. DATO' PADUKA HAJI MOHD PUAT BIN HAJI MOHD ALI
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,
Aras 4, Blok E,
Wisma Darul Aman,
05150 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(Mel : suk@kedah.gov.my)

YBHG. DATO' HAJI TAJUL URUS BIN MAT ZAIN


BAHAGIAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN,
Aras 4, Blok E,
Wisma Darul Aman,
05150 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(mel ; perumahan@kedah.gov.my)

PENGARAH,
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN,
Jabatan Perumahan Negara,
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Aras 30, No 51, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya,

MAJLIS NEGARA KERAJAAN TEMPATAN,


Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Aras 2, No 51, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.
(Mel : pro@kpkt.gov.my)

LEMBAGA ARKITEK MALAYSIA,


Ibu Pejabat JKR,
Blok F, Tingkat 17,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
(Mel ; info@lam.gov.my)

5
Ruj. Kami : PPTBS/F1Z1/0515 - 004

BADAN PEGUAM MALAYSIA,


No. 15, Leboh Pasar Besar,
50050 Kuala Lumpur.
(Mel ; complaints-intervention@malaysianbar.org.my)
(Mel ; kedahbarcomm@gmail.com)
(Mel : yingying@malaysianbar.org.my)

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA


Tingkat 11,
Menara TH Perdana,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
(Mel : humanrights@suhakam.org.my)

JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH.


Bangunan Wan Mat Saman,
Jalan Raja,
05676 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(Mel : jheaik@kedah.gov.my)

PEJABAT KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN


Aras 2, Blok A,
Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(Mel :kdymm@kedah.gov.my)

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA,


Tingkat 2, Blok B,
Bangunan Persekutuan,
Jalan Sultan Badlishah,
Peti Surat 6000,
05720 Alor Setar, Kedah.
(Mel : info@sprm.gov.my)

SINAR KARANGKRAF SDN BHD


KOMUNITI UTARA,
No. 34, Jalan Gangsa,
Kompleks Perniagaan Utama,
Jalan Sultanah Sambungan,
05150 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
(Mel : komuniti_utr@sinarharian.com.my)

AL HIJRAH MEDIA CORPORATION


Pusat Penyiaran Digital TV Al Hijrah,
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur,
(Mel : info@tvalhijrah.com)

6
7

Anda mungkin juga menyukai