Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERTANDINGAN MEMASAK MASTERCHEF JUNIOR 2017

Pertandingan memasak ini dianjurkan bagi memahirkan murid dalam praktikal


kehidupan kendiri. Pertandingan ini juga dianjurkan bagi melibatkan murid dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar kelas yang menyeronokkan dan
berkesan.

Pertandingan ini telah di jalankan dari 27 - 28 Sepember 2017 dan telah


melibatkan seramai 8 orang murid tahun enam. Tema pertandingan memasak pada
kali ini ialah sajian pagi dan manisan.

Berikut merupakan objektif pertandingan memasak Masterchef Junior SK


Lubok Assam 2017:

1) Memupuk minat suka memasak dan mencungkil bakat /kreativiti murid.


2) Menimbulkan kesedaran mendalam terhadap masakan berkhasiat dan
pemakanan seimbang dalam kehidupan.
3) Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
4) Menjadikan sumber inspirasi untuk murid-murid terus berusaha berdikari.
5) Membentuk murid yang anggun, sederhana, berketrampilan, bijak dan mahir
memasak.

Kesimpulannya, melalui aktiviti yang telah dijalankan ini, pertandingan ini telah
mencapai sasaran dan objektifnya kerana telah terbukti dapat mengeratkan
silaturahim dan perpaduan seterusnya akan menggalakkan kualiti bahasa murid
SKLA.

Selain itu, pertandingan ini telah dapat meningkatkan tahap kemahiran murid
dan mewujudkan suasana kasih sayang serta kerjasama antara murid-murid khasnya
dan seluruh warga sekolah umumnya. Akhir kata, diharapkan program seperti ini akan
diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik.

Laporan disediakan oleh, 4 OKTOBER 2017.

.......................................
(NORA ANAK JULI)
Setiausaha,
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi.
Lampiran gambar:

Antara kumpulan yang bertanding.

Antara kumppulan yang bertanding. Barisan juri pertandingan.

Setiap kumpulan bertungkus lumus menyediakan masakan.


Antara menu yang disediakan. Kumpulan yang mempersembahkan
menu mereka kepada juri.

Warga sekolah yang turut memberi sokongan. Menu sandwish.

Menu-menu yang sangat menyelerakan.